Kalau weekend tak kemana mana, mesti saya akan berasa kurang produktiviti. Sungguh. Macam mana nak menyahut seruan kerajaan dan menjana ekonomi negara kalau begini sudahnye? ahahaha. Bersungguh jer saya mengatur ayat kan. Macam la banyak sangat contribution kau kat negara selama ni.
Kelmarin pun work station saya ditutup. Letih dan malas sebenarnya. Rasa nak berehat rehat macam tuan puteri mayang mengurai kejap. Hubby pun sama. Letih lain macam aje minggu ni kan. Kerja bertimbun. Project baru untuk shell tahun depan katanye. Layan aje, janji tetap dapat petrol free pun dah kira bagus kat aku. Yang lain tak nak amik tahu, sebab takde kena mengena dengan aktiviti pergerakan harian. Tapi kebusy-an dia tu amatlah berbeza dengan saya. Sebusy busy saya pon masih boley sempat hadap shoppingnsales.com tiap tiap hari. Atau singgah buat many & pady. Nak jugak kasi kuku cantik kan. Kang nanti zahir semua dah okay, sekali keluar kuku macam Mak Esah sapa nak jawab?? Apsal nak kena masuk unsur unsur horror Mak Esah pulak dah cik puan ooi.
Berbalik pada hubby saya, dia ni kalau busy, akan lebih bercirikan tidak bercakap banyak di talian tapi tidak mahu memberitahu yang dirinya busy. Kira macam degil tapi mahu rupanya. "Oh, Okay, Yeps, Orait, Ic , I love u" Begitu lah. Ayat ayatnye akan menjadi lebih pendek daripada biasa. Maka fahamlah wifey ini yang kadangkala saja jugak gedik nak meng-akses suamiku tiga jam sekali. Itu belum masuk bab sms lagi. Nanti akan diperjelaskan bila kita dah jadi kawan karib yer. Ha ha ha.
"Break kejap. Mengangkat jemuran di balcony sebab hujan lebat dah tempias sampai kena baju yang tak bersalah itu.."
Yay. Masuk hari ni dah empat hari saya berjaya mengelat tak masak di rumah dan memberi injection pada suami sendiri. Ha ha. ( tak payah kau nak tiru aksi blogger nih demi kesejahteraan rumahtangga masih masing ) Breakfast tu tak kira lah. Kalau setakat sandwich, salads, muesli atau nasik lemak sambal tumis telur pon belum lagi layak masuk dalam carta memasak aku tau. Definasi memasak bagi saya haruslah yang hard core aje. Hahahahaha. Hep!Hep! Apsal kau kerut kerut muka ni??
Maksudnya, mesti lah ada aktiviti membasuh beras, memotong ayam atau daging dan melibatkan tumis tumisan manja. Kalau setakat masak nasik lemak di pagi hari tuh kira sap sap sui lah ;p
Kelmarin petang, pegi Al Rawsha, lunch merangkap dinner sekaligus. Sebab seharian berlepak dan menghadap muka masing masing kat rumah aje. Sekali sedar dah pukul empat. Baru tergedik gedik saya kelaparan macam anak kucing dua hari tak makan..
Sila hadap yang ni dulu. Belum apa apa dah kena tengok gambar yang baik tah yah tengok pun takpe. Ha ha ha . Kami semua nak protes lah!!!!!
Chicken shawarma yang menjadi kegilaan saya dari dulu lagi..
Bestestest punya nasi arab in town. So far saya rasa Tarbush yang kat starhill tu pun tak bley lawan dia nih lagi..
Selalunye kiter makan chicken mandy kalau kat sana, tapi sejak dipengaruhi oleh blog Dr Nicole ( bukan nama sebenar ) yang sangat pandai dan rajin memasak lamb itu, sampai terliur saya dibuatnya saban hari. Menyedari hakikat diri yang tak berape reti memasak haiwan ternakan itu, maka semalam saya pun meng-order lamb mandy di sana. Sedapnye mak aaihh!! Sampai tapau bawak balik untuk makan hari ni pulak. Tapi yang tak bestnye, restoren dia ni dah nak tutup dan berpindah ke tempat lain rupanye. Haiyooh..jangan ler jauh jauh sangat dari rumah saya. Pasrah aje lah kalau dia jadi tutup hujung tahun ni. Uwaaa!
Tak lupa jugak, akibat ketagihan melampau akan takoyaki.. maka, dengan penuh kesungguhan kiter pergi mendapatkannya sekali lagi. Alasan sebenarnye nak jalan jalan, dah dasar tak reti balik rumah terus. Nak buet camno tuh?
Tapi semalam kiter cuba rasa yang baru pulak, chicken n cheese. Hakikatnye tekak saya masih cakap octpus and chili lagi yummy dari yang nih. Hmmmm nasib kau lah..
Sudah. Dah selesai sesi merapu bagai. Banyak lagi keja kau nak buat hari ni. Jom pegi carefour beli groceries macam mak mak orang pulak.
Alaaaaaaaa..sangat tak gorjes bukan? Dangg!!!!
Winks&smiles!
Yg dekat Jalan Damai Ampang tu dah nak pindah ke? Ke mana?
ReplyDeleteA'aa, diaorang dah nak pindah. Hari tu sampai masuk tv, tak ingat nama tempat baru tuh sbb mcm tak pernah dengar. ha ha. Nnt i check dgn hubby.
ReplyDelete