Friday, January 7, 2011

Suka suka

Saya suka makan yang itu. Malas nak sebut nama sebab rasanye semua orang dah boley mengenal objek dan mengeja kan. Kalau tak kenal pegi bukak kamus alam dan masyarakat cepat. Dah, jangan buang masa.

Saya suka padanye bukan sebab abang Gerard Butler dari Ireland. Ha ha ha. Apa kena mengena kesukaan ku dengan dia pulak? Kau ni pun. Saya adalah penggemar segala makanan yang bercirikan potato.Tambah pulak dicicah dengan mayo dan pickles. Siap suruh diaorang tambah pickle lebey lebey dengan tak malunya. Nampak tak unsur unsur paksaan tak mengira tempat?

Kalau tiap tiap hari aku makan cengini pun belum tentu ada penyesalan di hati. Tapi kalau disuruh makan nasi tiap tiap hari rasa guilty pulak? Hubby marah kalau saya cakap, "oh my, i eat a lot!! i eat a lot!!" Dia suruh cepat cepat cakap Alhamdulillah. Sebelum Allah tarik balik rezeki yang ada :) Tapi memang betul pun, tempat lain belum tentu dapat rasa nasi tiap tiap hari kan.
Bukan tak bersyukur, tentu lah bersyukur sangat sangat. Cuma kalau makan dengan banyak pun tak menjana kesihatan yang baik bukan? Itu lah yang saya maksudkan di awal tadi. Bukan ape, saya nih kalau dah dapat makanan kesesuaian tekak, kadang kadang akan menjadi lupa diri seharian. Risau nih. Risau tau tak.



Selain dari tu, kentang yang dikunyah dengan meatballs pun saya sukaaaaa. Sangat menjana tumbesaran sebenarnya. Pun saya makan tanpa rasa bersalah. Kalau setakat size M tu haruslah tak cukup untuk saya, mesti nak order yang pinggan paling besar besaran aje. LMAO!! Lepas makan baru terkulat kulat nak pegi timbang diri sendiri. Kan dah membuang masa korang baca entry yang baik tak payah baca pun takpe. Haaih.

Jadi moral of the strory hari ni..

Marilah kita berlari lari manja petang karang untuk membuang segala lemak lemak yang dah lunyai di badan itu. Ishh gile lama tak exercise kau. Patut lah...................! eh malas nak tulis ayat mengeji diri sendiri. Hahhaahahaha. *tekop mulut*

Sudah jangan nak hadap lama lama. Memang takkan aku tulis pun.

Winks&smiles!

Thursday, January 6, 2011

We know what you did last week

Hahahaha. Gelak syok sendiri jap baca title entry nih..

cik puan berposing suci dengan virgin mint mojito. bukan ajinomoto okeh. lolz

1. Tak memasak langsung kat rumah. Eh, ada ada. Aku buat breakfast aje dan masak untuk lunch masa hari ibubapa sampai dari penang. Okay what..? kira produktif jugak kan dari tak berasap langsung work station tu, sape nak jawab? Kau boley?

2. Jadi driver dan tourist guide yang paling terhormat. Bawa ibubapa jalan jalan di kota sampai semua orang jadi lemau dan lembik di malam hari dan bila ditanya nak pergi mana lagi esok, masing masing hanya beri isyarat geleng kepala tanda keletihan melampau sampai tak mampu diucapkan dengan kata kata. Haah! hambek kau. Ayat tepanjang yang pernah ditulis oleh blogger seumur hidup dia.

(btw, semalam kiter dah tengok kak long kiter dalam 'the tourist'. Dia sangat cantik macam kiter jugak rupanya. muahahahahah. Sorang lagi kakak kiter ada dalam 'meet the little fockers'. eh bukan kakak, yang tu kembar. larrriiiiikkkkkk!) - iklan. harap bertenang semua. sila ketatkan tali pinggang masing masing.

4.minggu lepas jugak adalah hari yang takkan dilupakan oleh dad sampai bila bila. Mana taknye, dia telah dibawa oleh menantu kesayangan untuk bersolat di masjid bangsar pada satu petang yang mulia. Namun terpaksa pulang tanpa kasut yang baru dibeli tak sampai 48 jam. Ha ha ha. Nak gelak pun ada, nak nangis pun ada gak. Kesian tengok dad masa tuh. Tak faham kenapa tergamak orang mencuri di dalam masjid? Sampai macam tu sekali rupanya kalau terdesak yer. Dah dasar tak cukup ajaran gamaknye :)

5. First time masak nasi arab untuk mom and dad. Daddy saya tambah sampai dua kali ( memang maknanye sedap lah tu sebab dad kurang sikit kalau nasi nih, unlike me, pemakan nasi yang tegar. Hihi ) Mom mintak saya print kan recipe sebab dia nak cuba jugak kat rumah nanti. Berkat recipe dari Dr nicole. Semua orang makan dengan gembira.

6. Hubby yang kurang sihat, sakit tekak dan bertanda tanda hendak di-attack oleh flu dan demam. Nasib baik wifey nih cepat bertindak dan membasmi kuman kuman itu. Eh, apsal tetiba terasa diri umpama sabun Dettol Antiseptic pulak. Sabun pun sabun lah, janji hubby dah sihat walafiat sekarang. (terus pose ala superwifey sambil pegang mop..hahahahaha..gila kau! )

7. Baru hari ni sempat mem-potong kuku. Hahahaha. Hey, kau ingat orang hadap blog kau nak dengar cerita pasal kuku semata mata? Sangat menjengkil kan okeh. Ekceli tiap tiap minggu pun potong kuku, bezanya adalah sejak dua menjak nih sibuk terlampau sampai dah lama tak ke nail spa, maka akhirnye telah mem-potong kuku secara sendirian berhad aje. Tapi tetap terasa nikmat sebab aku buat sendiri dan tak payah membuang nafkah yang diberi suami di kedai ah moi itu. Kan kan?

8. Telah mula menabung secara sihat. Sihat bermaksud, aktiviti memasukkan duit lebihan setiap hari ke dalam tabung dan tak dicuri kembali oleh diri sendiri di hujung minggu untuk membeli bahan bahan riadah yang tak berfaedah langsung.

9.Minggu mendapat hadiah tajaan percuma dari ibubapa. Okay mai sini saya senaraikan apa yang dibeli hari tuh ;
-Mac lipstick Hot Gossip ( fav color dari dahulu kala )

-Mac powder blush ( ganti yang dah separa nak habis tuh )

-Mac matte foundation and powder ( dari dulu bercita cita nak pakai nih, hee! )

- Scarf yang semuanya bewarna pink dan purple aje. Balik rumah baru perasan. Hubby cakap pening kalau tengok color pink ramai ramai. Ha ha. Aku pun tak paham kenapa. Potong betul la dia nih.

-Mng blouse dan blouse dan blouse ;)

-Gucci Flora body lotion. dapat nih setelah berjaya memujuk dad belikan perfume kat mom. Mom yang baik hati telah berikan saya ini sebagai upah. Perfume bila boley dapat pulak? Melampau kau kan. Dah lama tak kena nih!! Nampak tak unsur unsur rezeki jangan ditolak? Ha ha.

-barang barang work station saya kat ikea lagi. Yay!

-pyjamas cartoon cartoon yang mom beli. Terasa diri macam baby kalau pakai baju yang ada ciri ciri cartoon nih. Kau rasa tak? Hey mind you, aku pakai sensorang kalau kat rumah. Depan hubby pon tak mampu pakai lagi. Harus dia gelak guling kalau tengok wifey buang tabiat cengitu.

-minggu mendapat duit saku dengan banyaknye. Hahaha Yang nih malas nak bincang. sekian.

10. First time bawak ibubapa makan frozen yogurt di Dutamas. Kat penang takde lagi kot rasanye. Nyaman tekak sampai hari ni kau. So tak payah bersusah susah dan bersesak sesak nak ke Pavvy lagi sebab nak makan yang tu aje.


Itu aje? Tak, sebenarnya banyak lagi, tapi cukup lah sekadar di sini, sebelum saya menjadi sebak lagi sekali. Bukan ape, sebak yang kelmarin pun masih tinggal saki baki lagi, saya kan perempuan yang sangat beremosi. Eh, Apsal dah jadi macam pantun pulak nih? Hahahaha.
(terus kedengaran background music teardrops on my guitar...hallaaamak..feeling habis, wifey siapekah itu? )

Sudah. Takde maknanye.


Hari ni kena masak ayam masak merah untuk suami. Cepat pegi cuci ayam. Apa?? cuci ayam????? macam mana nak jadi diva kalau asyik kena cuci ayam cengini kan? Ewwww..


Winks&smiles!

Wednesday, January 5, 2011

Rindu


bawa ibubapa ke ikea sambil posing gedik dengan muka bangga. Dad cakap saya pandai drive kat kl dari dia :)


Ibubapa dah balik penang hari ni. Hati kembali sedih. Terus rasa empty. Tengok bilik diaorang dah kosong. Tengok family hall pun rasa kosong. Mom suka 'lepak' kat situ sebab cozy katanye. Hari ni dah tak boley berebut rebut newspaper dengan dad sambil curi white coffee dia. Bila dia kat sini atau saya balik ke penang, dad yang akan buatkan coffee untuk saya masa breakfast. Saya rasa coffee dia lah yang paling sedap di dunia. Betul.


-Kejap. Tak mampu nak sambung. Hati jadi sebak tiba tiba-



mom at Peranakan Palace, 1 utama. Bawa ibubapa makan kat sana last weekend. Semua orang suka makan kat situ kecuali saya. Kau ni kan, suka tau jadi lain dari yang lain. Ha ha. Bukan ape, sebabnye saya order nasi apa ntah, kononnye tak nak sama dengan semua orang. Hambek kau, tekak giler protes sampai sakit. Pedas terlampau gamaknye.. Mom cakap saya tak tahan pedas dari kecik kecik lagi :)


masa jalan jalan kat mid valley sebelum singgah Delicious dan paksa ibubapa makan pavlova and bread pudding :)

shopping kat klcc. dad belanja saya lipstick & powder blush MAC, mom belikan saya shirt MNG !! Best naaaaa. Mom suka Isetan sebab blouse cantik cantik dan senang cari size katanya..



Dad dengan aksi meow meow sebab nak pujuk anakanda yang kuat memprotes. ha ha ha. Dad tak suka makan meatballs kat ikea tuh, tapi dia suka makan yang ini..

fried chicken biryani at Insaf. Kalau diaorang datang kl, wajiblah saya bawa mereka ke Insaf. biryani dia sedap sangat, dan saya suka ratah fried chicken dia gitu aje..

capati, somewhere dekat masjid india jugak. Hubby kurang suka makan capati tapi dad giler suka pulak dah. Dad saya adalah pemakan species roti yang tegar, bukan macam anak dia yang sorang tuh. Sehari tak makan nasi pun dah kecoh sangat. Ha ha. So kelmarin saya pun bawa lah diaorang tawaf kat masjid india.

Jalan jalan bawa mom cari scarf kat situ sampai lemau. Tapi best sebab mom belanja saya banyak scarf baru. Yaaay. Thank u mom :)


Dad yang tak tahan panas dan bersesak sesak kat masjid india sebab kitaorang singgah sana sini nak mencari tudung. Sebab tuh saya bribe -kan dia dengan biryani dan capati awal awal lagi. Ha ha ha!! Lebih kurang tiga jam jugak kat situ kelmarin sebelum balik dan siggah sogo kejap. Sogo macam biasa, amat memboringkan untuk jiwa muda saya. Mom suka sangat lah :)

Hari ni rasa kosong kembali. Ibubapa baru balik pagi tadi. Dad kena balik awal sebab banyak kerja dan dah lama tinggalkan office katanya. Kalau turut kan hati, nak sangat saya ikut balik penang dengan diaorang. Tapi tak boley. Tak, bukan tak boley. Tak mampu nak tinggalkan hubby kesayangan sebenarnya. Mula lah nanti rasa serba salah, sedih pilu, rindu dendam segala gala macam orang mabuk bercinta. Baik tak payah. Nanti semua orang akan susah hati sebab saya. Biar lah saya tanggung kesusahan itu sensorang aje. Ececeh! (sambil sapu air mata macam cerekarama minggu ini )


Haaaih. Itu lah saya. Sangat cepat beremosi dan sensitive dengan keadaan sekeliling . Susahnye kan. Insyaallah, dua tiga hari lagi okay lah hendaknya :)

Ya Allah selamatkan lah perjalanan kedua ibubapaku. Amen.

Tuesday, January 4, 2011

Mood lari

Haaihh..penatnye berlari kejar mood tadi. bukan. bukan berlari setempat. Berlari dengan penuh kesungguhan sebab nak men-tempek gambar ni..



Me and mom :)


Sekarang mood sudah kembali. Yay yay! Ingat tak entry yang lepas lepas tentang upah macam magic? (sila rujuk gambarajah di atas )

La la la la la !

Sekarang saya nak sambung berlari lagi sebab nak mengejar mangsa mangsa yang seterusnya pulak. hahahahaha.! (sambil pose muka perempuan suci)


winks&smiles!

kesayangan




winks&smiles!!

Penat

...menjaga hati orang
...menjaga emosi orang
...menghormati perasaan orang
penat dan lelah sudah.

Tapi

Ada ke yang peduli
walaupun sedikit
tentang hati kita?
waktu kita sanggup bersusah susah untuk mereka
ada kah orang yang sanggup bersusah susah untuk kita pula?
pernah tak bayangkan diri mereka di tempat kita
bila kita selalu kenangkan mereka walau dimana.
Bila berkata kata
Sedikit pun orang tak peduli
Apa yang kau rasa sebenarnya.

Itu lah hakikat.

Percaya lah sekarang.


my feelings deserve to be respected..

Sunday, January 2, 2011

Halo si manis 2011.

Selamat tahun baru semua. Klcc di malam raya eh silap, malam 2011 dari kacamata seorang wifey yang sedang mengintai manja dari tirai kamar.. kau ada? ha ha ;)



Maaf saya sangat busy. Sila tinggalkan pesanan jika perlu.

Ececeh!!.. banyak cantik kau cik puan, macam lah ramai sangat yang rajin nak menghadap blog kau saban hari kan. Sudah takde maknanye nak berpesan bagai okeh. Cepat pulang ke pangkal jalan.


Tapi betul, sebenarnye saya amatlah busy menghabiskan masa bersama sama orang yang paling saya sayaaaang. Sampai nak hadap notebook ni pon takde masa nokz. Bawa ibubapa berjalan sana sini, makan makan, sembang sembang, gelak gelak guling guling, purak purak merajuk, pastu ugut ugut manja, hey..melampau!! .. seronoknye, tuhan aje yang tahu. Hubby pulak off dari last week, menjadikan kegembiraan wifey menjadi sangatlah lengkap akhirnya.

Perlukah ciri ciri peace no war itu cik puan ?? -drama kejap-


Baiklah, ini aje yang termampu untuk entry kali ini. Nampak tak, betapa busy nye saya bukan..?? Entry pun sudah tidak ketahuan. Esok kiter sambung lagi kalau idea merapu menjadi sangat terdesak dan sukar dibendung. Ha ha ha.


Sila lah rindukan saya buat sementara waktu ini.


Selamat datang 2011. Saya sangat gembira!! :D

xoxo
winks&smiles!