Thursday, January 6, 2011

We know what you did last week

Hahahaha. Gelak syok sendiri jap baca title entry nih..

cik puan berposing suci dengan virgin mint mojito. bukan ajinomoto okeh. lolz

1. Tak memasak langsung kat rumah. Eh, ada ada. Aku buat breakfast aje dan masak untuk lunch masa hari ibubapa sampai dari penang. Okay what..? kira produktif jugak kan dari tak berasap langsung work station tu, sape nak jawab? Kau boley?

2. Jadi driver dan tourist guide yang paling terhormat. Bawa ibubapa jalan jalan di kota sampai semua orang jadi lemau dan lembik di malam hari dan bila ditanya nak pergi mana lagi esok, masing masing hanya beri isyarat geleng kepala tanda keletihan melampau sampai tak mampu diucapkan dengan kata kata. Haah! hambek kau. Ayat tepanjang yang pernah ditulis oleh blogger seumur hidup dia.

(btw, semalam kiter dah tengok kak long kiter dalam 'the tourist'. Dia sangat cantik macam kiter jugak rupanya. muahahahahah. Sorang lagi kakak kiter ada dalam 'meet the little fockers'. eh bukan kakak, yang tu kembar. larrriiiiikkkkkk!) - iklan. harap bertenang semua. sila ketatkan tali pinggang masing masing.

4.minggu lepas jugak adalah hari yang takkan dilupakan oleh dad sampai bila bila. Mana taknye, dia telah dibawa oleh menantu kesayangan untuk bersolat di masjid bangsar pada satu petang yang mulia. Namun terpaksa pulang tanpa kasut yang baru dibeli tak sampai 48 jam. Ha ha ha. Nak gelak pun ada, nak nangis pun ada gak. Kesian tengok dad masa tuh. Tak faham kenapa tergamak orang mencuri di dalam masjid? Sampai macam tu sekali rupanya kalau terdesak yer. Dah dasar tak cukup ajaran gamaknye :)

5. First time masak nasi arab untuk mom and dad. Daddy saya tambah sampai dua kali ( memang maknanye sedap lah tu sebab dad kurang sikit kalau nasi nih, unlike me, pemakan nasi yang tegar. Hihi ) Mom mintak saya print kan recipe sebab dia nak cuba jugak kat rumah nanti. Berkat recipe dari Dr nicole. Semua orang makan dengan gembira.

6. Hubby yang kurang sihat, sakit tekak dan bertanda tanda hendak di-attack oleh flu dan demam. Nasib baik wifey nih cepat bertindak dan membasmi kuman kuman itu. Eh, apsal tetiba terasa diri umpama sabun Dettol Antiseptic pulak. Sabun pun sabun lah, janji hubby dah sihat walafiat sekarang. (terus pose ala superwifey sambil pegang mop..hahahahaha..gila kau! )

7. Baru hari ni sempat mem-potong kuku. Hahahaha. Hey, kau ingat orang hadap blog kau nak dengar cerita pasal kuku semata mata? Sangat menjengkil kan okeh. Ekceli tiap tiap minggu pun potong kuku, bezanya adalah sejak dua menjak nih sibuk terlampau sampai dah lama tak ke nail spa, maka akhirnye telah mem-potong kuku secara sendirian berhad aje. Tapi tetap terasa nikmat sebab aku buat sendiri dan tak payah membuang nafkah yang diberi suami di kedai ah moi itu. Kan kan?

8. Telah mula menabung secara sihat. Sihat bermaksud, aktiviti memasukkan duit lebihan setiap hari ke dalam tabung dan tak dicuri kembali oleh diri sendiri di hujung minggu untuk membeli bahan bahan riadah yang tak berfaedah langsung.

9.Minggu mendapat hadiah tajaan percuma dari ibubapa. Okay mai sini saya senaraikan apa yang dibeli hari tuh ;
-Mac lipstick Hot Gossip ( fav color dari dahulu kala )

-Mac powder blush ( ganti yang dah separa nak habis tuh )

-Mac matte foundation and powder ( dari dulu bercita cita nak pakai nih, hee! )

- Scarf yang semuanya bewarna pink dan purple aje. Balik rumah baru perasan. Hubby cakap pening kalau tengok color pink ramai ramai. Ha ha. Aku pun tak paham kenapa. Potong betul la dia nih.

-Mng blouse dan blouse dan blouse ;)

-Gucci Flora body lotion. dapat nih setelah berjaya memujuk dad belikan perfume kat mom. Mom yang baik hati telah berikan saya ini sebagai upah. Perfume bila boley dapat pulak? Melampau kau kan. Dah lama tak kena nih!! Nampak tak unsur unsur rezeki jangan ditolak? Ha ha.

-barang barang work station saya kat ikea lagi. Yay!

-pyjamas cartoon cartoon yang mom beli. Terasa diri macam baby kalau pakai baju yang ada ciri ciri cartoon nih. Kau rasa tak? Hey mind you, aku pakai sensorang kalau kat rumah. Depan hubby pon tak mampu pakai lagi. Harus dia gelak guling kalau tengok wifey buang tabiat cengitu.

-minggu mendapat duit saku dengan banyaknye. Hahaha Yang nih malas nak bincang. sekian.

10. First time bawak ibubapa makan frozen yogurt di Dutamas. Kat penang takde lagi kot rasanye. Nyaman tekak sampai hari ni kau. So tak payah bersusah susah dan bersesak sesak nak ke Pavvy lagi sebab nak makan yang tu aje.


Itu aje? Tak, sebenarnya banyak lagi, tapi cukup lah sekadar di sini, sebelum saya menjadi sebak lagi sekali. Bukan ape, sebak yang kelmarin pun masih tinggal saki baki lagi, saya kan perempuan yang sangat beremosi. Eh, Apsal dah jadi macam pantun pulak nih? Hahahaha.
(terus kedengaran background music teardrops on my guitar...hallaaamak..feeling habis, wifey siapekah itu? )

Sudah. Takde maknanye.


Hari ni kena masak ayam masak merah untuk suami. Cepat pegi cuci ayam. Apa?? cuci ayam????? macam mana nak jadi diva kalau asyik kena cuci ayam cengini kan? Ewwww..


Winks&smiles!

3 comments:

  1. Seronoknya jadi 'the only child' ni, memanjanglah disponsored. Kalah masa nak kahwin, yg ni bukan setakat sepersalinan.(Sigh) jeles, jeles.

    ReplyDelete
  2. and it's sad to know ada pencuri dalam masjid ni. I think ur dad bukannya sedih kasut dia hilang, he's more upset with the fact that ada org buat dosa masa org lain sembahyang Jumaat.

    ReplyDelete
  3. emm betul doc, dad cakap orang mcm tu maybe tak penah fikir dosa pahala kot sbb tu dalam masjid pun dia tak peduli. kesian, anak sapa lah tuh :S

    ReplyDelete