Wednesday, August 10, 2011

Chef jadian datang lagi!

Anda suka makan? sambil anda berjalan jalan macam cik puan besar? Anda mahu menjadi seperti saya? Cheh. Ha ha ha. Maka mari lengkapkan diri masing masing dengan bahan ilmiah JJCM ini. Saya sudah beli, anda bila lagi? Cepat, jangan biarkan hidupmu di dalam kerugian. Zaaassss. Hahahahahah!! *keluarkauskrangsash*

Assalammualaikum semua :)

Wah apekah punye tajuk tu? Iklan pon sangat luarbiasa. Saje saje nak test market kejap. Baiklah. Baiklah. Akibat perbuatan tidak memasak sudah begitu lama, maka semalam semangat chef jadian telah datang kembali. Bagus. Bagus. Wifey siapekah itu? Nanti kiter bincang sesama.


Beef pasta. ditambah tokok dengan tuscan mushroom bersama baby capsicum dan lain lain. Ciri penting adelah olive oil aka minyak che eton. Ha ha ha. Sumpah annoying kan. Memula niat di hati mahu membuat mac&cheese okeh, wah apekah taste matsalls sesangat tekak cik puan sejak dua menjak neh?? apekah?? namun akibat kekurangan stock cheese di rumah, terpaksa lah menukar haluan traffic. And taadaaa jadilah yummylicious beef pasta cik puan besaq :)

Pastu saya menjadi rajin dan rajin lagi. Pasta tu nak dibuat acah acah makan aje nokz. Lepas solat kena makan nasik pulak. Ha ha. Jadi ini adelah kawan kepada nasi kami semalam. Memperkenalkan buat julung julung kalinye, Ayam Masak Merah Cik Puan Besar. Dah lama tak masak cengini uolss. Kiter guna versi tumis serai kali neh. Wanginyeee.. rumah sape lah tu kan?

Iftar-8 kami di Nirvana sebab teringin ingin nak makan sotong goreng dengan banana leaf rice. Sampai tido malam pon buleh kecur air liur. Mak aaihh, itu adelah saya sangat.

Jangan terpedaya dengan aktiviti camera ini. Nasi tu memang nampak macam besar besaran bagai, tapi hakikatnye separuh aje. Ha ha. Yang lain kiter ratah sampai licin. Okeh mari kiter bincang ape yang ade dalam daun pisang itu. Dari kiri, fried bitter gourd, chicken 65, sekelumit nasi.. hahahaha, dari kanan atas sekali rasam, sotong goreng, yogurt cucumber dan di bawah adelah acar.

Fried spicy squid perah limau. Meleetoppsss okeh!

Chicken 65 yang tersangat sedap dan sentiasa menjadi favourite dish kalau ke sini.


Semalam visa encik hubby ke Ostolia sudah siap. Lama jugak, nak dekat dua minggu. Dalam masa menunggu tuh, dia buleh cuit cuit saya cakap kalau tak dapat visa macam mana. Hoih. Meroyan i uolss Ha ha ha. Tix dah beli awal awal, hotel pon dah booked, itinerary pon i dah dok siap list out, tup tup dia buleh tanya cengitu. Sentap okeh sentap. Tapi syukur semua dah siap. Sekarang tinggal aku punyer visa aje yang kena apply online katanye. Yang itu kacang puteh sangat. Heh.

Wah, keterujaan pegi Ostolia telah melebihi hari raya neh. Kedengaran jakun tidak? Hahahahah. Okay la okay la i tak penah pegi. Naseb baik dapat suami budiman nak bawak wifey pegi dan merasa hidup di negara kangaroo. Cheh. Macam nak pegi bertahun.

Lagi kurang lebih dua minggu mahu pulang beraya di kampung halaman. Sempat jenguk jenguk bazar ramadan kat sana pulak. Nak buat kueh raya dengan mom lah nanti.

Yeay!


Entry-tamat.

Monday, August 8, 2011

10 days to go

during our wedding reception, Sunway Hotel


1.Saya akan kembali mengingati sesuatu yang tak pernah saya lupakan sampai bila bila.

2.Saya akan kembali merasakan menjadi pengantin baru semalam. wah??

3.Eh kurusnye saya masa neh? Maaf lah muka terpaksa di-edit bersesuaian dengan faktor peribadi dan sekeliling :)

4. Tema masa tu adelah royal gold. Saya bagi penghargaan special untuk dad sebab dia tersangatlah suka akan warna nih walaupon hakikatnye saya kurang menggemari-nye. Jadi kerana kasih sayang yang melimpah ruah, saya mahu menjadi puteri yang paling cantik di mata daddy pada hari tersebut. Dad sangat gembira sampai nanges :) Yang paling penting, hajat nak pakai veil panjang tetap tercapai nokz. Ha ha ha.

5. Resepsi perkahwinan kami diadakan sehari selepas majlis nikah, dua hari selepas majlis berinai dan beberape hari sebelum Siti dan Dato K pulak naik pelamin.

6. Kami selamat dinikahkan sehari sebelum resepsi, pukul 5 petang waktu penang tempatan. Ha ha. Bersesak sesak jugak sedara mara dan kawan kawan yang datang, sebab kebanyakkannye pertama kali mahu melihat wajah si putera yang berjaya menambat hati puteri tunggal itu. Cheh. Ayat tak buleh blah.

Sekali lafaz :)

7. Hantaran perkahwinan RM10,000 dengan mas kahwin RM1111.11 bersama sebentuk cincin dan persalinan, berserta 7 dulang berbalas 9 bekas hantaran. Takde simbolik ape ape bagi saya, cuma itu adelah pemberian pertama dari suami.

8. Lafaz nikah dalam bahasa melayu, walaupun diberi pilihan masa tu, buleh dalam English jugak. Tapi dengan terer-nye, si suami nekad nak jugak bahasa melayu. Naseb baik senafas. Kalau tak, cair make up wifey dalam bilik nokz. Ha ha ha

9. Kami berkenalan pada May 2003, masa di uni. Takde tunang tunang, lepas dapat green light, dad suruh kawen kalau berani. Hahahahaha! Hubby melamar saya di hadapan ibubapa masa makan malam 14th February di Equatorial, penang dengan sebentuk cincin. Terer kan dia?? :D

10. Sekarang saya tengah menghitung hari mahu menyambut kedatangan hari bahagia itu lagi. Alhamdulillah. Syukur.

I love you bee!

Al-kisah-Al-makan

Lokasi : Rebung Restaurant, Bangsar

Pelakon utama : Cik puan besar, suami dan makanan

Penerbit : Cik puan besar.com

Penaja : Suami cik puan besar


Ini adelah makanan dan si pemakan aka sang suami. Ape ke pelik nye sash kau panggil sang suami? Ha ha ha.

Sampai sampai aje wajib pose maut gitu. Naseb baik kiter booking awal awal, dapat lah tempat yang menarik dan senang nak hadap makanan lama lama. Jangan risau, makan di Rebung adelah macam suasana makan di rumah aje. Surau, toilet, tempat rehat lepas makan semua siap sedia. Cuma bawak perot dan tekak aje kasi kawtim. Ha ha ha. Harga buffet ramadan di sini adelah RM60 per head. Kalau hari hari biasa murah sikit. Bezanye adelah pada menu menu yang disajikan bulan puasa nih. Meletopsss okeh.

Sambal, kerabu, ulam, nasi, lauk pauk macam macam jenis. Cakap aje nak makan yang mana.. macam magic semua ada. Semuanye sangat taste tekak melayu nokz.

Wajib sedut okeh! sampai tersedak sedak kiter makan. Naseb baik dah habis segala pantang larang, kalau tidak men-tengok aje lah kekdahnye..


First round kami yang penuh keterujaan

Inilah punca dan penyebab kami ke sini. Masak lemak cili padi daging salai. Senyum sampai telinga lepas makan. Eh tipu lah. Mana buleh aku senyum sampai ke telinga, mesti buruk aje rupa cengitu kan. Ha ha ha ha

Roti jala. Orang penang cakap roti sorai. Orang spore cakap roti kirai. Orang pakistan langsung tak penah tengok. Ha ha. Sama macam mom selalu buat. Lembut, lemak, pastu cicah dengan kari ayam. Sluurpp abis!
Nasi ulam. Tiap tiap tahun wajib makan nih sebab bulan puasa aje chef buat. Hubby yang tak reti makan memula pon menjadi sangat suka. Jangan suruh aku buat lepas nih sudah la. Jenuh mengigil carik recipe karang.

Lompat tikam!!! Lamanye tak makan. Dan sangat bewarna warni nokz. Sumpah sedap tak hengat!! Lembut, segar, sejuk dan manis. Puas rasa gula melaka dia. Sekali cedok mahu tiga empat bijik. Berkali kali cedok sebelom balik uolss.. Ha ha

Cucur udang chef! Nampak simple kan. Tapi ce cuba rasa sekali. Crunchy sangat, cicah cicah manja dengan sauce itu. Sure nak amik berkali kali. Chef nih masak ape pon sedap. Meh lah duduk sebelah rumah saya, kan senang keje.

Pinggan pertama wifey. Maknenya ade lagi berpinggan pinggan lah kan kau hadap. Nasi ulam, daging salai, paru berempah, sambal belacan, kerabu mangga. Sedap hoih sedap! Sebelah tu ade roti jala. Tak dan nak zoom. Ha ha ha

Pengat durian. Hubby tambah sampai dua kali. Pandai dia makan eh. Aku suka pengat pisang.

Ape lagi.. laksa penang lah kan. Hilang idam-mengidam bagai. Tak payah makan setahun laksa pon takpe dah nokz.


Baiklah. Itu aje. Takde ape ape pon. Apesal kau kecoh? Mari kembali ke dunia dan bentuk asal masing masing. Jom mengemas rumahtangga sekarang. Alaaaaaaa.. boring. Nak goyang kaki macam madam besar sambil mengait baju sejok buleh? Tingg!


winks&smiles!

Sunday, August 7, 2011

kepoh.com



Macam gini ke muka aku kalau pakai purdah? Ha ha ha ha ha.
Hey, pegi tido sekarang!

Saturday, August 6, 2011

Iftar ke 5

Assalammualaikum

Halo !

Tenaga memasak sangat berkobar kobar uols. Terus masuk kitchen memasak bagai macam gile expert. Lepas habis masak, terbongkang atas sofa. Ha ha. Hoih kau jangan main main, bukan senang nak masak tiap tiap hari di bulan puasa. Senang lagi ratah ayam goreng kentucky. Lain lah kalau goreng telor dan rebus sayur aje. Aku pon buleh tiap tiap hari cengitu, tak bagi upah macam magic pon takpe.Setuju tidak? Saya kurang bernaseb baik sebab suami bukan pemakan sardin, telor goreng dan sayur rebus. Jadi baik tak payah bincang lanjut mengenai menu itu di sini. Ha ha ha.

Wah apekah?? Tidak semena mena saya telah men-baking bread butter pudding petang kelmarin. Sedapnye tak payah cakap lah. Itu first time buat. Kalau kedua ketiga dan bla bla bla, sure aku bukak bakery terus lepas nih. Kau ade? Ha ha ha.

Lepas tu saya menjadi rajin lagi. Buat air asam. Hubby panggil dia nih, salsa salad. Tak kisah lah nokz. Letak baby tomato, bawang besar, belacan sikit, cili padi.. naaah letak dalam fridge kasi sejuk sama dia. Guna ais asam segera Adabi. Takkan diva nak perah asam kot? Eh apa barang pulak kan. Takmo takmo.

Cmon cmon! jangan pandang rendah kalau nampak hitam sikit. Ha ha ha. Eggplant goreng cili dan belacan. Satu rumah aku berbau luar biasa semalam. Saya jarang jarang sangat guna belacan bile memasak akibat si suami kurang meminati bahan makanan itu. Tapi kalau dah siap masak tak bagitau, dia sapu jugak macam tak bersalah langsung. Ha ha. Aparar.

Chicken korma. Guna rempah import. Nomnomnom! Yang nih aku paling pandai masak. Sampai dad pon suka :)

Sempat singgah mid-v, tapau Takoyaki baby octopus. Ya rabbi sedap bukan main tak hengat. I sapu sampai licin satu kotak. Tak payah berebut langsung sebab dia memang tak makan species cengini. Lolz

Sebelum tido tu, ratah ratah lah dulu. Biar seimbang diet yang dihadap memula tadi kan. Ha ha

Hari ini cik puan besaq masak apakah? Dah nama pon cik puan besar, tak cun lah kalau disuruh memasak aje nokz. Jessica Alba pon tak masak tiap tiap hari okeh. Eh?

Suami mahu membawa saya dan perot saya men-makan di Rebung. Yabedabedooo. Ha ha ha. Buffet ramadan dia adelah sangat terbaik. Ini tahun kedua saya makan di sana. Sudah terbayang bayang masak lemak cili padi daging salai, nasi ulam, daging dendeng, siput sedut, ikan bakar, laksa penang, rojak campur, ABC, pengat durian, bla bla bla banyak lagi mak aaihh. Baik kau pegi tido sekarang Sash. Pegi.


Selamat berbuka semua!

Thursday, August 4, 2011

Buon appetito!

Sebelum berbuka pon kena meeting lagi. Lumrah orang minyak. Maklumlah yang lain kat sana baru tengahari. Naseb baik dapat wifey yang memahami sesangat sangat. Kalau tak mesti dah lama sentap kan. Takpe lah, cari rezeki elok elok. Hujung bulan kita share sesama k shhayang. Ha ha ha.


Our first buka puasa buffet. Pegi Italiannies semalam. Oh sangat sedap dan berbaloi. Buffet + main course hanye lah RM45.9++ per head. Akibat telah lama tidak men-makan di sini, saya menjadi tersangat tamak. Ha ha ha. Semua rasa nak makan umpama takde hari esok. Banyak faktor mendorong saya makan banyak sekarang ini.


My main course. Spicy roasted chicken

Half of the starter

Penyejok tekak ku

Our intro berbuka. Ha ha

Yang ini paling tak buleh dilupakan sebab terlampau sedap tak hengat

Apelah maknanye makan kat sini kalau tak cuba cheese cake nih. Nomnomnom

Salad buatan sendiri. Suma campur, makan sampai puas hati baru balik. ha ha

Apekah menjadi keperluan untuk menghadap photo ini?


Okay, itu adelah scarf polka dot baru, mom bagi hadiah bulan puasa. Hubby cakap sangat cantek ^________^ wootwoot!

Wednesday, August 3, 2011

Kitchen here i come

Halo!

Selamat berpuasa semua!

Puasa tidak puasa tidak? Heh! Saya?? Of cozzzzzzzz. Puase penuh -bernyanyi girang-

Saya telah men-masak dan menghadap kitchen tiap tiap hari dari memula berpuasa. Bila waktu nak tido, baru terasa lenguh lenguh badan dan memerlukan perhatian suami 101%. Kalau tidak saya mahu merajuk dan berasa tersangat sedih. Terus rasa macam tidak best.

Maka hari ini emosi menjadi upside down dan mahu men-makan di luar. Akibat dose nasi yang berlebihan kah? Jadi hari ini kami sepakat tidak mahu men-tengok nasi langsung. Maafkan kami nasi. Esok aku makan engkau lagi.

Ini adelah menu menu buatan tangan sendiri kecuali tepung pelita. Tiap tiap tahun mesti beli, letak dalam fridge, malam malam baru makan. Wah gile sejok tekak nokz rasa masa tu. Sedap, manis! Wifey suka sangat.

Tomato rice

wet butter chicken

Homemade grilled beef kofta , baby carrot, tuscan mushroom, baby capsicum dan tomato. Senang aje nak buat beef kofta. Buleh buat siap siap, letak dalam freezer, tahan lama. Bila nak makan, grill aje atau goreng.

Masak lemak udang. Tapi letak susu Ideal sebab takut cholesterol nokz :)

Ayam goreng cili kering

Sejak beli Grilla Ikea itu, tiap tiap hari semangat nak grill memanjang. Ape saja dalam fridge aku rasa nak grill. Nak nak kalau lepas tengok Licence to Grill by Rob Rainford itu. Terus mak perasan jadi Nigella kejaps uols. Kahkahkah.

Kecintaan saya sehingga setiap hari saya buleh makan tanpa berasa boring.Wah, nekmat uols. Tiap tiap tahun aku pegi carik mokcik tu kat bazar. Dia memang jual ini aje.


Baiklah. Tahukah kamu bahawa menggantung curtain sambil mendengar lagu raya menghasilkan satu perasaan gembira lain macam, Masyaallah.

Takde kena mengena dengan tajuk entry langsung.

Jumpa lagi.