Thursday, May 15, 2014

Rumah kami di Radisson Blu


MyMulti-3. Elok sangat lah beli kad ini jika berhajat nak duduk dalam seminggu dan berjalan sampai ke zone 3 iaitu Blue Mountains. Kalau nak ronda ronda yang berdekatan aje, buleh ambil multi-2. Belum apa apa, dah kena keluar $126.00. 

Tapi berbaloi lah jugak sebab unlimited travel on trains, buses, light rail and ferries. Paling jauh memang kitaorang sampai ke Blue Mountains. Banyak cerita bakal menyusul kelak. InsyaaAllah.


Halo!

Kitaorang selamat sampai pukul 10 pagi, Alhamdulillah semuanya sangat dipermudahkan, takde masalah langsung. Dekat Immi pon beratur dalam 5 minit aje, lepas tu ambik bag dan terus breakfast dulu. Pegi pekena chai latte + flat white, kau sampai $13.00 Aku buleh buat lagi sedap kat rumah kot.

Tapi dah nama pon nak berjalan dengan bergaya kan.. gasak lah hang. Hahahaha. 

Konsep kami, kalau berjalan mana pon makan sentiasa kena didahulukan, dan tak buleh kurang. Sebab masing masing pemakan yang tegar. Ha ha ha. Yer la kan.. kalau berjalan perot tahan lapar pon tak seronok kot? Lagipon bukan selalu. 

Tapi bila balik hotel aku lah yang rajin dok mengira bajetnya jugak. Orang penang memang begitu. EH. HAHAHA

Sambil tarik bag keluar, sempat lah nak sondol sondol ambik foto kan sementara tunggu taxi.

Ada lah 3- 4orang sebelum kami. Lagipon pukul 1 petang baru buleh check in. Taxi terus ke hotel lebih kurang 20 minit aje,  dengan harga $56.00



Radisson Blu Sydney

Buleh carik info dekat tripadvisor. Malas nak cerita panjang sebab semuanya syok belaka kalau aku cerita kan. 

Ini lah rupa rumah sementara kami selama seminggu di Sydney Australia. Terletak di CBD, nak jenjalan ke mana mana pon sangat lah mudah. Dan yang paling penting, makan! Nak cari makanan halal pon dekat. 

Best sangat sebab first time menjejaki Sydney dan memang berpotensi untuk daku pergi lagik. HEH.

Ini antara hotel yang best kalau kat Sydney. Memang dua tiga bulan jugak kitaorang buat homework carik tempat yang betul betul berbaloi untuk duduk selama seminggu tu. 


Ni back entrance dia yang selalu kami gunakan untuk jalan ke Wynyard Train station. Tak jauh sangat lebih kurang 300-400m dari hotel. Tapi kalau jalan waktu malam, jenuh menggigil dagu jugak tahan sejuk.


Masuk bilik, mandi, solat dan rehat rehat kejap.. lepas tuh terus perot dah mula lapar lagik. Gigih lah kitaorang pegi carik kebabs. Alhamdulillah dapat jugak, seberang jalan aje pon. Punya lah besar gabak, sampai tak habis pon daku makan.

Sempat la lepak kejap, pegi ushar ushar line kat Wynyard station, study map ape yang patut. Masa tu kepala aku dah pening lain macam. Sebab atas flight aku tido 4 jam aje. Terus kitaorang nekad balik hotel sebelum keadaan bertambah dahsyat HAHA, tunggu lepas Maghrib baru keluar pulak.



Amboii kaki dok silang bagai kat situ. Awat lama sangat tak tau?? Mentang mentang bini dok kalut ambik gambar.

Masa kitaorang pegi ni memang tengah Autumn, tapi dia punya sejuk memang dah macam winter sesangat. Tapi ok la sebab tak hujan langsung, kalau tidak lagi susah nak menapak. 

Kalau kat sini memang banyak gunakan kudrat dan kaki lah ye. Jalan tu pon tak payah lah nak melenggang lenggok sangat, kalau tidak tercicir lah dikau ke belakang nanti. 


Setiap kali nak pilih hotel, kalau buleh mesti nak yang ada free wifi. Kalau tidak mesti rasa sedikit down gitu. Tapi jangan risau, kalau tak dapat wifi dalam hotel, kat luar memang merata rata. Dalam ferry pon ada tau. 

Laju pulak tuh, kira kalau setakat kau nak upload 10 keping foto serentak dalam IG memang takde hal langsung. Aku lah tuuu. Ha ha ha



Sebab masa booked hari tu memang ada mintak bilik yang cun dengan permandangan harbour lah konon sebab nak hollymoon kan, sekali sampai semua dah fully booked. Kalau ada pon yang lagi giler mahal, nak upgrade buleh jugak tapi kena bayar lagi berapa entah. Tak payah lah kot, ini pon dah cukup bagus.

Lepas tu diaorang datang hantar sekotak hadiah bersama kad cinta, eh. Nak ambik hati letteww.. 

Terus weolss feefeeling pengantin baru kejap. Hahahaha.


Circular Quay. Dari hotel dalam 500m aje pon. Buleh ambik ferry dan ronda ronda satu Sydney. Dengan adanya multi-3 tu memang dah tak payah risau pasal transport langsung, buleh turun naik ke mana sahaja yang kau nak bila bila masa.  

Petang tu lepas Maghrib kitaorang keluar pegi test-try-kawasan. Dari circular quay, ambik ferry menyusuri Harbour Bridge terus ke Darling Harbour bersama darling husband. Sweet ke tidaaaaak ?

Jalan jalan ke Harbourland malam tu, sangat happening giler, sebab kat sini jugak terletak Hard Rock Sydney. Kitaorang tak beli apa apa pon kat sana, sebab bukan peminat tegar HRC.. jadi pegi setakat nak ambik foto aje. Itu pon sebab dah kebetulan ternampak. 

Kitaorang pegi ke sana hanya lah untuk memenuhi satu mission yang dah lama terpendam dalam hati. 



Okay. Nanti rajin aku sambung lagi. Sebab dah tak larat nak mengarang tetibe.  Hi hi hi.


Wednesday, May 7, 2014

Halo Sydney!



Syoookkk lettewww! :D  best gila dapat balik Aussie lagi.. Ececeh :P

Friday, April 25, 2014

Trying something new



It doesn't matter where you're going, It's who you have beside you. Chinggg!

Amboi merah nya kau! Ha ha. Tak pernah seumur hidupku beli ankle boots color menyilau begini. Ekceli bukannya merah sangat pon, faktor pencahayaan semata mata. Lebih kepada maroon kot. Okay ke tidaaaak? Takde lah teruk sangat mokcik nak menghayun langkah kelak. Jiwa remaja masih menebal dalam diri nak buek camno.

Yang penting selesa bila pakai, merah pon merah lah Sabaariyaahhhh. #namasayabukansabariah.


Nak countdown pon lambat lagi, nanti nanti lah. Ha ha. Tapi semua dah siap, tinggal nak bawak keluar luggage aje. Baju yang nak bawak semua dah letak tepi, tak payah nak pening pening nanti nak pakai apa. Siap baju masa nak pegi pon aku dah gantung kat luar. Tu namanya gigih Sash ooii.

Flight pon kitaorang dah checked in dua tiga hari lepas. Nanti pegi hantar bag aje. Takde la banyak sangat yang kitaorang bawak, tiga bijik aje pon. Sebijik tu kira extra habuan nak shopping sikit sikit katanya :) 


Baik. Tutup cerita syok sendiri.


Memandangkan hari ni hari Jumaat, seperti biasa tetiap minggu mesti kena masak special dari yang lain. Bagitau husband pagi pagi buta lagi. Hari ni kita tak payah makan brown rice tau. Yay! 

Kesian dia. Terkulat kulat ikut diet aku jugak. Kekekekeke.


Nasi tomato, korma daging dengan carrot, sayur kobis goreng kunyit dan salad petang karang baru buat untuk si suami itu. Lama rasanya tak makan bersungguh begini. Ha ha ha. Mesti dia syok gila. I lap you suami!


Dan macam biasa, cik puan besaq mesti lah kena test-market dulu kan sebelum orang tu balik keje. Terbaahikkkk wa cakap lu! 

Memang sedap tak dapat dinafikan lagi. 

Untung laa dapat bini pandai masak, kalau tak bawak bini tu pegi jenjalan tak tahu lah nak cakap apa lagi. Hahahahaa :P

Okay ini bagi selera aku lah jenis penggemar nasik. Kau bagi lah segala bentuk nasik pon aku memang cakap sedap seikhlasnya.


Ini pula antara yang aku sempat masak minggu ni TAPI  dimakan dengan brown rice. 


Chicken stew + Bok choy goreng cendawan


Lamb keema + rocket salad


Nasik daging ala brown rice. Perghhhh! Memang menyelerakan ditambah dengan ayaq asam tu pulak. Tapi daging tu takde lah aku salai, rebus lepas tuh cicah gitu aje. Tak. Tak bertambah pon, sekali aje daku makan :)

Yang penting pandai pandai lah mengira calories masing masing. Aku takde lah terror gila bab kira kira nih, tapi buleh lah dari main hentam makan aje macam dulu. He he. Tiap tiap hari aku cuba untuk tidak melebihi 1200 calories. Selalunya memang tak lebih pon. Tapi ini TIDAK tertakluk pada weekend ye. Kauuu.. aku pon nak le jugak merasa nikmat duniawi sekali sekala. 

Dulu petang petang mesti suka makan cake. Memang senantiasa ada dalam fridge aku. Asal petang aje mesti kena carik benda manis macam gitu. Sekarang nih daku dah insafi diri. Hahahaha. 

Tapi tetap beli cake jugak, bila teringin sangat tuh aku cubit jugak sikit dan makan. HEH  Macam loser sangat kan? T______T


Selamat datang MAY bulan cinta. 

Monday, April 21, 2014

Cuti cuti di kota


Bila aku letak caption pre hollymoon di Ig, aku syak ramai mencaruti diriku ini. Hahahahaa. Kau, tak payah nak pre pre sangat kot.

Ekceli ini takde langsung dalam ramalan daku untuk bulan nih. Tapi kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Maka I is redha aje lah kaaannn uolss..


Kejap aje pon. Janji dapat bersama sama menikmati keindahan malam di ibukota. Hahahaha. Keji ke tidak begitu? Macam kat rumah tak buleh ke. Rumah 'rasa' dia tu lain, sebab kena memasak, mengemas suma kot :) 

Lagipon orang dah ajak, gilaaa tak nak kot??


Aloft Kuala Lumpur! Cantikkknyaaa hang!


Walaupon kejap aje tapi best la, sebab lama tak bersama sama bercuti berdua dan tido kat hotel cantik macam nih. Balik kampung tu tak kira laa kan. Bila tido kat hotel, rasa dia macam mengketagihkan. LOL

Lagipon takde gangguan gangguan dengan kerja dia yang siang malam tak menentu tu. 

Banyak benda yang kami bincangkan dari hati ke hati sepanjang percutian singkat nih. Dari bab bercuti sampai la ke tema baju raya tahun nih. Ha ha ha. In between tu ada la yang lagi penting kan :) 



Sepanjang kat sini memang kami bantai makan aje pon. Eat clean diet konon.. puihhh. Tapi aku cuba la sedaya upaya untuk tidak melantak nasik banyak sangat kan, yang lain lainnye tu haruslah disapu licin jugak. 


Breakfast kat sini macam macam, dari nasi lemak sampai la ke laksa sarawak. Jadi secara ekslusifnya layan la muka tak mandi, sarung tudung lalu turun hadap laksa sarawak pepegi buta. 

Lepas makan, kitaorang pegi lepak dekat NU-Sentral shopping mall yang baru bukak tu. Jalan kaki aje pon. Besar jugak, banyak kedai yang dah bukak. Sephora pon dah ada. Ha ha Harus lah itu yang aku nampak dulu. Melilau jugak dok cari H&M kot kot ada.. tapi memang non haddooo.


Ridiculously excited :))) *gedikkan bahu tiga kali*

Tolak campur darab semua lebih kurang dua minggu lagi nak hollymoooooon. Jacket baru dah beli, kasut baru pon dah beli. Aku memang begitu

Sedangkan nak balik Penang pon, ku gagahi jugak nak pi beli scarf baru. Kau ghase? Tolong jangan bash. HEH 



Setelah kembali ke alam rumahtangga, aku pon sedari lah diri kembali. Konsepnya masih sama. Eat clean. Eat clean. Eat clean. Ingat tu. Jangan nak terbabas. Minggu lepas memang makan yang tak berkuah langsung (tolak our cheat-days tuh) Jadi minggu kedua dah buleh la makan berkuah sikit sikit. Tapi masih dimakan dengan brown rice. 

1. Salmon masak asam. Letak cili kering bagi rasa dia extra pedas.
2. Kangkong goreng bersama sedikit sambal hijau. Sebab dalam sambal hijau tu kan dah ada rasa ikan bilis, jadi tak payah lah nak letak belacan ke apa lagi.  

Tuesday, April 15, 2014

Ramadan is loading



Yeay Yeay! Bila keluar aje edisi Ramadan nih memang tak senang duduk lah daku. Memang tiap tiap tahun mesti aku beli punya walaupon edisi puasa dan raya aje kot. Ha ha ha

Ada tak yang over eksaited macam daku? ;)

Kalau nak fefeeling gedik lagi, baca lah ianya sambil dengar youtube lagu raya di dalam bilik sambil tersenyum senyum sensorang..

Dalam dingin Subuh.. Hatiku terusik.. Kenang nasib diri di rantauan..*diamkausekarang*

Memang gigih kan hang. Kau ghase?

Satu dunia memang tau aku paling syok giler bile time puasa dan raya ni. Dari kecik sampai kertu pon tak kan pernah ada bezanya. HEH. Nak nak lagi dah siap ganti puasa awal awal. Eksyen nampak!

Resepi dalam Rasa nih simple dan sangat menyelerakan. Aku tak berapa kisah pasal recipe dia sangat, cuma menu menu dalam buku ni nanti dapat lah bagi idea untuk memasak masa berbuka ataupon sahur.

Wah memasak waktu sahur? Kau ghase lagi? 

Ha ha ha Tunggu la nanti lepas tiga empat hari puasa, bersahur biskut cicah milo aje kot. Kekekeke. Kalau mom datang senang la hidup aku, bangun terus duduk makan aje :)



Semalam kan dok kecoh nak mulakan eat clean diet tu, makan bermula lah ia dengan jayanya jugak. Aku takde lah extreme sangat kalau bab diet diet nih, cuma kalau aku rasa dah macam ketat lain macam aje baju ke jeans yang dipakai, maka slow down lah sikit kot makan nya. Ha ha. Ni pon gara gara balik penang lama hari tu.

Grilled citrus and herbs chicken breasts. Gunakan olive oil banyak banyak pon takpe. Salad bagi warna warni kehidupan sikit yang penting dimakan bersama brown rice. Takde bezanya pon dari segi rasa. Letak daun pandan masa masak nasik tu. And taaadaaa. Kalau dapat makan dengan quinoa lagi best. 

Memandangkan takde curry, macam tak berapa nak umpphh lah pulak kan, maka buleh lah dimakan dengan sambal hijau untuk bagi rasa dia kebaabomm sikit. Sedappp sangat. Dan paling penting, mengenyangkan.



Kaachingggg!! Pipi dan macam tengah sorok fishball tuuuhhh ooii * nanges tepi bucu katil* 


Ni dad belanja masa kat penang hari tu. Jangan main main kau, kat Penang pon dah ada H&M. Sebab tu lah kami tak kisah duduk sana lama lama pon. Kekekeke.


Monday, April 14, 2014

No catchy title (lagi)


1. Akhirnya cuti yang lama dan mentenangkan jiwa daku sudah berakhir. (Akhirnya) Okay sila bersedih sekarang.

2. Sumpah takde mood nak buat apa apapon lagi masa minggu lepas. Sebab tersangat rindu pada ibubapa. Rasa sunyi sebab hubs pon dah mula masuk office. Dua minggu aku kat sana, dia ada business trip pastu balik baru Penang seminggu. Memang sempat lah kami membina badan bersama sama dengan jayanya. Kalau aku sorang aje gemuk tak aci laaa. Biar buruk sama sama lah kot? HEH.


Dua tiga hari lepas masak moi berlauk, paling simpe dan senang dengan kehendak diri yang tak berapa hendak nak memasak. Ha ha. Daging goreng kunyit cilipadi, ikan bilis all the way dari penang semestinya goreng cili bawang dan teloq dadar. Siap! 


3.Sebelum balik kampung hari tu, kitaorang pon tak terkecuali dengan catuan air. Tapi Ahamdulillah tak lama, kira pagi dalam pukul 8 dah takde pastuh pukul 5 lebih dah ada air balik. Tengahari tu terkocoh kocoh la kami pegi mencari bucket yang besar besaran nak simpan air. Beli kat MidV, dapat la 4 bijik. Tup tup balik rumah tengok dah ada air petang tu. Lepas tu sampai hari ni memang ada dan mencukupi. Alhamdulillah. Tak tahu lah kot kot masa kami takde kat Kl memang terjejas jugak.

Harap harap tak teruk lah macam tempat yang lain, kesian diaorang hari hari pegi tadah air. Memang guna air sekarang ni dengan sangat berjimat, mop rumah pon dah seminggu sekali aje.

4. Terimalah foto makanan yang tak semena mena sekarang sebagai pen-kuat semangat di hari Isnin.


Macam biasa mom mesti masak mee bandung daging untuk kami. Paling sedap di duniaaaaa :)


Tak lupa jugak pegi makan cucur udang dengan ais tingkap lepas tu malam lepas ambik husband kat airport terus bawak dia pekena nasik kandar Beratur. Lama sungguh tak pegi makan sini, kali terakhir masa lepas raya dulu. Perghhh manttoppp. 


Roti bakar cicah gulai ayam kampung. Depan sekolah Convent aku dulu di Butterworth. Dia nih petang aje dari pukul 4 sampai 7 macam tuh. Memang terrbaaahikkkk.



Selalunya kalau di Penang, bila breakfast memang macam macam la aku mengatur nak makan. Sebab senang nak pegi beli dan sangat sedap. Ni antara yang famous kalau pegi pasar Seberang Jaya, mesti tapau koey teow kerang dengan nasi lemuni sambal sotong. Lama giler tak makan nasi lemuni tu, rasa dia macam nasik lemak sikit tapi lagi wangi dan sedap tanpa santan. Dulu arwah tok selalu buat sebab ada pokok lemuni depan rumah dia, main petik aje kau. Ha ha

5. Minggu aku nekad nak mulakan eat-clean-diet semula. Semalam dah siap pegi beli brown rice dan yang seangkatan dengannya. Nak sangat cari quinoa, tapi takde lah pulak.. jadi dapat brown rice pon okay lah jugak kan. Maknanya minggu ni takde curry, takde masak lemak, takde nasi tomato bagai. Sudah sudah lah tu, 3 kilo extra yang engkau jana kat penang tu sila la bawak berinsaf sikit. Ha ha. 

6. Masih berdua. Takde kejadian special sepanjang aku tak berbelog ini :) Doa dan terus berdoa. Allah Maha Mendengar kan. 
Nih tengah cuba monopod yang aku baru beli. Hehehehe. Dasar gile selfie. Payah!

Monday, March 10, 2014

Moga dalam lindunganNya


1. Okay. Lately sudah banyak ilmu kapal terbang yang aku pelajari walaupon selama nih tak pernah amik tahu. Makin banyak aku baca, makin gila gelisah aku rasa pulak :"( Memang terkesan sangat dengan berita buruk pagi Sabtu lepas. 

Too heartbreaking. Ya Allah Maha Berkuasa selamatkan lah. Sekarang kebergantungan kita hanyalah pada Allah semata mata. Untuk berita gembira.

2. Weekend tu jugak takde selera aku nak keluar berfoya foya. Nak masak apatah lagi. Hahahah alasaannn lettew. Untuk lupakan seketika emosi kacau pagi tu, ( sebenarnya harapan sangat tinggi dapat dijumpai di mana mana, tak kisah lah atas air ke darat ke janji semua okay sebab masa tu tak sampai 24jam lagi ) kitaorang pegi makan dan terus balik rumah. Sehari suntuk menghadap Awani, pastuh kejap kejap tukar CNN pastuh Awani balik. Sampai lah waktu tido. Tido pon dah tak berapa nak best.



3. Nak makan pon tak senang hati. Sambil makan sambil godek phone carik news. Ni yong tau foo sup dekat Berjaya, Bangsar. Okay tak dinafikan memang sedaaaappp gell! Minggu lepas aku demam teruk sampai tak buleh makan berat berat sebab sakit tekak. Memang banyak makan yang simple aje. Bila tengok yong taufoo terus berselera. Cicah sikit sikit dengan cili kicap. Kitaorang tapau juga curry mee dia untuk dinner sebab memang dah berkira kira kalau balik rumah memang sah tak keluar dah malam karang.

4. Esok aku nak balik Penang. Husband kena ke NL lagi sebab keje dia sekarang tetiba banyak di sana. Susah susah kita duduk sana aje lah kejap, aku bagitau dia satu hari tu. Hahahah. Muluttttt..masin kang tak pasal kau kena angkut duduk betul betul. Padan muka.

Tapi jauh dalam hati, kitaorang tak berniat pon nak pegi pindah mana mana melainkan tak buleh dielakkan atas urusan kerja dia. Paling kurang pon biarlah ada baby (s) dulu kan. Tapi yer lah, kita hanya merancang.. Aku pon tak tahu apa yang dah diaturkan untuk hidup aku. Okay sebak sekarang T__T

Elok jugak aku balik penang. Lagipun..Aku kan jenis penakut duduk sensorang lama lama, paling kuat tiga hari aku berani la, kalau lebih dari tu memang aku cabut balik kampung. Hahahaha.

Sebab kepala otak aku ni suka berfikir macam macam, nak nak lagi bila malam.. time tu jugak dia dok melilau teringat cita hantu yang aku pernah tengok :'( suka naya kan diri sendiri. Tapi kali ni seminggu aje dia pegi, lepas tu kiter sambung jalan jalan carik makan kat penang. Okay lettew :D

5. Pertama kali dalam hati rasa tak berapa nak tenteram menanti esok. Dah dua tiga malam aku dok fikir pasal ni. 


Berdoa agar semua pihak dapat melakukan yang terbaik dalam waktu sukar begini. 

Never give up. 


Kerana aku juga ingin terbang.