Friday, January 8, 2016

Helo how are you?

 
Jangan suspen lebih. Nama aje ku tukar baru. Tahun baru. Belog baru. Cinta lama. Orang baru? HAHAHAHA Amiiinnnn. Moga dikabulkan doa doa kita semua di tahun baru ini. InsyaaAllah.
 
 
-cik puan besaq :P

Friday, December 4, 2015

Safe and sound

Ohai!
 
Laaaaaaaamanya tak membuka belog. Helo belog. How are you?  Tengah menunggu kudrat untuk mengarang panjang panjang kembali menyinar. Dia punya pemalas bukan main lagi, sejak dua menjak ini. Bila lah jugak daku boleh kembali memasak best best seperti dulu. (Best ke? HAHA)
 
 
 
Amsterdam dan kesejukan yang bukan kepalang. Tepi jalan pon voleyyy cik puan besaq cekak pinggang uolss.. lulz
 
 
 
Alhamdulillah dah lama tak masuk dapo. HAHAHAHA?? 
 
Alhamdulillah jugak dalam sebok sebok travel tak lekat rumah pon, puasa yang nak kena bayar nanti tinggal lagi 5 hari. Yahuuuuuu. Misi utama mestilah nak habiskan hutang ini sebelum tahun baru.
 
 
Sudah lah kau.
 
 
Selamat menyambut kedatangan 2016 tak lama lagi. Apa sahaja misi tahun baru awak nanti, diharap semua dah bersiap sedia ke arah itu.
 
 
 
Still wearing the smile u gave me :)

Wednesday, November 4, 2015

Reunited and it feels so good



Hadiah dari ku kepada ku jua muahahaha!

Sebab cuaca sekarang akan menjadi makin sejuk, maka inilah saat yang dinantikan oleh cik puan besaq nak bergaya dengan sweater dan jacket baru nyum nyum nyum. Dua tiga hari selepas ketibaan kami di sini dan merasa diri sudah kembali 'stabil' ape lagik, ke Primark lah dengan gigihnya menyopping manja manja, uolss..

Walaupon hakikatnya kiter adelah pen-takut sejuk, tahap bangun pagi pon  pegi cuci muka dulu tengahari baru mandi, lepas tu keluar carik breakfast. HEH.

Dari KL hanya bawak satu trench coat, dan dua tiga helai sweaters aje. Nak lah jugak merasa yang baru kan. Lagipon kat Houston dulu mana ada sejuk, itu pasal takde beli jacket baru langsung tahun ni :D 


Helo semua.


Goedemiddag. Selamat tengahari kakak kakak tengah masak sambal tumis sotong ke tu? Dappp nyaaa, Lapar letteww.. Iyaannnnn tak? HAHA.

Sekarang tengah autumn di The Hague. Maka sekali keluar, sekali ku nak fefeeling cerita Mohabbatein bagai. Penuh dah plastik sampah kutip daun kering dah kenapa kau. Dengan udara bersih dan segar bugar sepanjang hari, dedaunan kemerahan dan dingin sesekali terasa di pipi, rasa macam boleh aje aku tinggal di sini lagi seploh taun pon. Amboiiii.

Umpama bunga bunga cinta mekar di jiwa, macam gitu lah perasaan ku sekarang ini. Di mana sahaja kitorang pegi, akan mengimbau zaman memula datang dulu, ada dah berubah dan ada yang masih sama seperti dulu.


Maghrib di sini seawal 5 petang. Kalau rasa nak bayar puasa sangatlah sesuai kan. Kau jangan nak itu, nak ini aje, hutang dengan tuhan jangan nak lengah lengahkan, ujar emak ku selalu. HEHEHE.


Bersyukur lah sepanjang seminggu di sini, memang rasa panahan mentari menusuk kalbu,  kecuali hari ini suhu pagi tadi mencecah 4 degrees celsius. Kasihan akan si suami itu kena keluar awal ke office, nasib baik tram stop berdekatan aje dengan tempat tinggal sekarang. 


Minggu lepas kitaorang tinggal di Hilton, baru tiga hari pindah ke Novotel Suites. Aku lebih suka di sini sebab berdekatan dengan segala galanya, dan tentulah yang terpenting sekali Primark hanya beberapa langkah sahaja dah sampai. Bukak tingkap pon buleh nampak dia melambai lambai, kau rasa? HAHAHA. Siang malam tak senang tido ku dibuatnya tahu tidak.

Restoren makanan halal pon banyak, dari nasi beriani, nasi mandy, shawarma hinggalah soto dan nasi goreng pon ada di celah ni. Alhamdulillah takde lah masalah kalau tetiba kau teringin di malam buta ke apa, lagipon sejuk sejuk ni memang asik lapar aje kejenya kan. Aku lah itu.

Kedai makan di sini ada yang dibuka sampai pukul 11 malam, ada jugak yang pukul 7 dah tutup rapat. Khamis pula adalah hari bershoppin- shoppingan hingga ke lewat malam, sebab kebanyakkan kedai dan mall ditutup antara pukul 6-8 malam pada hari hari biasa. Gituu..


Acah acah tourist

Nak naik basikal risau tak jejak tanah pulak, kang tergolek depan tu baru betul punya cerekarama kan. Baju dan kasut tu sebenarnya baru beli terus pakai, gigih ke tidaaaaak. EEkk tampar nak budak ni.


Emak cakap pegi lah ushar ushar ape yang patut kat dia. Beli dulu nanti emak bagi duit. Baiklah. Nanti kiter kira harga kasih sayang tau. HAHAHAHA. 


Weekend lepas dalam pening pening tak cukup tido tu pon, sempat lagi kitaorang ke Roermond. Di sini lah terletaknya designer outlet yang terbesar, jauhnya dua setengah jam dari The Hague dan hanya 30minit ke Dusseldorf. Seperti pagi pagi kebanyakkan, pukul 4.30 daku dah terpacak bangun sebab tido pukul 8 malam. So setakat nak bangun awal nak kejar train memang apa ada hal lah kan. 

Maka lepas bersiap siap, bersarapan waffles dan telor bersama old town teh tarik, puku 7.30 pagi berjalan lah kami ke tram stop untuk ke  Den Haag Centraal lantas mengambil train terus ke bandar Roermond.


Yey yey sukanya saya. Lepas makan churros kita sambung shopping tau..


Sedap sangat churros ni, rangup dimakan panas panas. Lemak manis rasa dia. Tapi kalau sejuk, dah rupa kueh cakui pon ada.. 


Sebab masih awal pagi dan sejuk, perut asik mintak di isi aje. Nak makan berat berat, risau kang nak berry-berry susah lah pulak nanti husband bising sebab dia nak kena pegang botol air bagai. KAHKAHKAsihan.

Terus terang, kenkadang kitaorang bawak extra botol air kosong habuan darurat kalau nak ke tandas. Aku memang tak buleh dan tak akan sanggup nak guna tissue aje uolss.. wet tissue ke dry tissue ke eh please lah nan haddo maknanyaa OKAY! HAHAHA. Tak Nak!

Jadi memandangkan perut aku ni memang dikategorikan sebagai super-active dan sensitive di pagi hari, takpon kalau lepas makan terus pegi minum minuman yang bersusu memang tak cukup tanahlah aku carik toilet. Masa tu memang jacket ke mana, aku ke mana lah jawapnya. LULZ 


Nasi dan tumbuh tumbuhan

Jadik untuk mengelakkan kejadian ngeri sebegitu, memang ku tahan aje lapor hingga ke lewat tengahari sedikit baru makan. Itupon hanyalah jasmine rice bersama sayur campur yang tak pedas langsung dan air Fanta. Lagipon di sini mana ada sewenang wenangnya nasi kandar ayam goreng drumstick extra garing satuuu.  

Balik rumah dah malam, terus tapau kebab platter pulak lepas tu tido tak hengat apa dah akibat kepenatan yang dasyat macam kena kejar raksaksa pulak muka masing masing. 

Minggu ni, husband dah masuk office. Jangan risau, pandai pandai lah ku membawa diri sementara menunggu dia balik. Husband pon usah lah risau, you dah letak I di tempat yang paling tepat di dunia. HAHAHA (sumpah dia takde masa pon nak baca belog tak ketahuan punca ini)


    Autumn 2015. The Hague. Please be good :)

Thursday, October 29, 2015

Travel far enough, you meet yourself

 
Goedemorgen! Gemorning! Selamat pagi duhai cinta! Posing silang kaki pepagi buta kat mampu? LOL *muntah*
 
 
Halo! Selamat mendarat di Netherlands pagi kelmarin setelah hampir 14jam perjalanan. Laaaamanya tak datang sini, semuanya masih sama seperti dulu. Kenangan sangat mentusuk jiwa. Dan, tentu tentu lah yang terpenting sekali, belanja satu pose-epot dulu sebelum keluar. Jagan keji please. HAHAHA. 
 
 
Pegi reload OV card habuan senang nak melilau, lagipon encik suami dah nak masuk office nanti. Barulah panjang sedikit langkah ku.
 
 
Sebab semalam terlampau letih dan mengantuk, sempat pegi lunch merangkap dinner aje, dapat masuk hotel pukul 9 pagi tu dah dikira sangat lah bertuah dan bersyukur. Dengan cuacanye yang berangin dan sejuk sampai bergetar tulang rusuk (ececeh) memang tak sanggup lah nak jenjalan jauh lagi, walalupon masa nak pegi makan dah 'terserempak' dengan Primark omaigod. HEHEHE.
 
Jangan risau, minggu depan kita akan pindah lagi dekat dengan kekasih itu, buka tingkap pon dah buleh lelambai tangan. Eek!
 
 
Okay lah saya pening pening lagi. Nanti sambung. Doei!!

Thursday, October 22, 2015

Autumn 2015

 
 
Halo rumah lama. Tak zaaabarrnyaaa nak jumpa awak semula. HEHEHE! *kuisbahusuami*
 


Friday, October 9, 2015

Welcome to reality

 
 
Kegemaran terkini adelah mengumpul mug 'You Are Here' yang comel sangat. Kenapa lah dari dulu aku tak berkenan? 
 
 
Selamat kembali ke pangkuan rumah manis rumah.
 
 
Ohai! 
 
Bila emak di sisi, boleh lah bergolek golek sana sini, TAPI bila kembali ke rumahtangga sendiri, pepagi buta dah terpaksa bangun seperti isteri isteri kebanyakkan dan sediakan sarapan apa yang patut, membasuh baju di tepian kali, mencari kayu api di hutan, kau dah kenapa? HAHA.
 
Berminggu lamanya ku mengemas rumah yang dah serupa kapal yang hampir pecah itu omaigod. Ya Allah, kehidupan sangat mencabar sejak pulang dahulu. Hampir dua bulan dilanda demam dan batuk batuk, berbakul bakul ubat sampai dua kali menghadap antibiotics sumpah tak best langsung rasanya.
 
Sekarang baru lah ku buleh menghela nafas lega dan merasa sedikit bahagia, SO bila nak jenjalan lagi ni? HAHAHA. Tolong. Tolong lah jangan keji. 
 
Florida juga antara kenangan terindah yang penuh magis (gitu..) sewaktu kitaorang di America. Sebenarnya percutian ke sana tidaklah dirancang bersungguh sungguh,  selepas berhari raya seminggu dan segala shipments dah dihantar pulang, baru lah kami sepakat untuk pegi ke sunshine state itu. Lagipon, setakat Orlando itu ape lah sangat kan, tiga jam sahaja dari Houston dengan menaiki si kacak berhidung biru. 
 
 
Maka gigihlah daku mengheret beg apa yang patut demi hollymoon untuk sekian kalinya. Pepagi buta seawal 9 pagi dah terpacak di Hobby.W yang lebih kurang KL nak ke KLIA sahaja jauhnya.
 
Walaupon sedikit hujan di pagi hari, tapi sesampainya kami di sana, cuaca sangat lah cantik dengan langit biru memanggil namaku, terus mokcik fefeeling nak ajak suami ke Miami pulak, amboii HAHAHA padahal Orlando pon baru jejak 15 minit aje masa tu. Hovverr kan.
 
Perjalanan ke sana hanyalah mengambil masa 3 jam sahaja, dan sewaktu pulang ke Houston, kami transit di Alabama yang sangat cantik. https://instagram.com/p/5wuxYmGtnI8yqlt5l-TS0MOUSb2ZTzfpfktJQ0/
 
 
Perkara utama yang perlu dibuat sesampai aje di Orlando epot, sila lah jangan lupa berselfie dengan si pinky ni tau. Tak beli pon, jenguk jenguk dan terkesima aje dengan kecomelan nye. Lepas sampai hotel, terus rasa menyesal sebab terkenang kenang akan blusher yang best tu pulak. Orang lah cakap best, daku tak penah guna pon HAHA
 
 
It's not where you are in life, but who you have by your side that matters..
 
 
Esoknya seharian kami ke Magical Kingdom, bersuka ria dan berjalan seharian lebih kurang 16km dari pagi sampai ke malam. Hambik kau. Sampai ke hari ini, masih ada kesan luka di kedua dua tapak kaki ku itu, dua kali bertukar kasut masa di sana. Tapi jenjalan punya pasal, I is rela uolss.. HAHAHA.
 
Kali ni jugak kitaorang main habis habisan segala mak nenek rides yang ada, antara yang terbest dan patut naik adelah seven dwarfs train yang macam nak tercabut jantung tahap nak menangis muntah hijau tak tipu. 
 
Yang lain lainnya sempat kitaorang cuba adelah, tomorrowland transit, walt disney railroad, magic carpets, flying elephant, haunted mansion, splash mountain, jungle cruise dan bersiar siar sekitar Cinderella chateau. Masih ada lagi yang tak sempat kitoarang pegi sebab masa tu dah terlampau sakit kaki dan letih, jadik lepas tengok fireworks terus kitaorang ambik cab dan pulang ke hotel. Rasa dah gile rabak atas bawah masa ni. LOL
 
Memang dah tak kuasa nak tunggu shuttle datang. Lagipon memasing dah kebulur lapar nasik, sebab kitaorang makan seafood dan pasta aje.
 
Makanan pertama sesampai kitoarang dari Houston hari tu, mestilah nasi beriani kambing dan kebab.  Dasar pemakan nasi yang tegar, tak dapat nasik sehari mesti tak bermaya kehidupan ku. Pendek kata, memang tak payah nak risau pasal makanan langsung sepanjang di sini.
 
Di samping itu, kedai menjual souvenir pon banyak. Sempat lah ku sambar ape yang patut juga untuk dibawa pulang.
 


Fairfield Inn and Suites by Marriott. Sepanjang di Orlando, inilah rumah comel kitaorang. Bilik yang luas beserta ruang tamu, katil yang besar dan sangat selesa. Kalau di U.S ni memang jarang sangat dapat hotel dengan bilik yang besaq gedabak macam di Malaysia. Terletak di Downtown Disney dan berdekatan dengan Disney parks dan shopping outlet, lebih kurang 10-15minit sahaja.
 
Mereka juga menyediakan breakfast percuma ( banyaklah jugak pilihan buah buahan, breakfast cereals, telor, roti, muffin dan juice, cuma tak ada lah nasik lemak sambal tumis sotong pedas lol kau jangan nak macam macam yer )  dan juga shuttle, jadi memang berbaloi sangat lah tinggal di sini. Kedai makan halal  hanya lah beberapa langkah aje dari hotel. Kalau rajin, nak ke seberang jalan pon banyak restoren lagi.
 
Tetapi sepanjang di sana, kami gunakan Uber untuk jenjalan, sebab kalau naik shuttle yang mereka sediakan memang terpaksalah terikat dengan waktu waktu tertentu. Jadik untuk ketenangan fikiran memasing, baiklah gunakan Uber sahaja, tak lah mahal mana pon. Tak payah juga nak terkejar kejar bangun awal risau tak sempat nak minum ke apa, sebab takut terlepas.
 
Lagipon, daku kalau menghadap cermin nak melilit shawl pon mahu setengah jam, belum lagi keluar masuk toilet, kau rasa?? HAHA
 
 
Kalau berpeluang, semestinya nak lagi ke sana mengecap nikmat cinta berdua ececeh macam banyak sangat ke duit tuuuuu? *goncang tabung krikk krikkk kriikkkk*
 
 
 
Sejak menjak menggunakan cik-pot ini, makin teruja pulak memasak. Walaupon hanyalah nasi tomato, rendang pedas ayam dan acar timun acah acah aje, tapi itu lah kan.. kesedapan makan di pinggan dambaan kalbu ini lain benar rasanya. Nak nak lagi kalau dimasak julung kalinya oleh cik puan besaq. HAHAHA.
 
Sekarang ini kami di dalam fasa yang bersungguh sungguh mengurangkan junk-food katanya.. ( but I don't really eat much junk kot? HEHE ) maklumlah projek besar menanti di tahun hadapan. Maka, terkedek kedek jugak lah nak mencarik kembali folic acid dan pre-natal vits ape yang patut. Serious nampak? Kau jangan beriya seminggu dua aje Sash. Ya Allah kuatkan lah hatiku ini.
 
Dan yang terpenting sekali, daku dah pon bersedia dengan backup-plan jugak. Mampu?  MuaHAHAHAHA.
 
 
Nah. Belanja satu lagi video kenangan waktu sampai di kota NY dulu https://instagram.com/p/3Pyn7NmtoS_IViaFX-8RXMMKpbatfjNhyBOKQ0/
 
 
Baiklah. Minggu hadapan nak melawat ibubapa. Rindu.

Saturday, August 22, 2015

Penang Darul Makan

 
 
Paling tachinggg mentusuk kalbu semestinya lah yang berbentuk hati putih itu. Omey sangat kan. Setiap kali tertengok fridge mesti nak senyum simpul sensorang. Bila lah pulak nak gi San Fransisco gamaknye tewww?
 
Ape lah sangat merancang rancang masa hadapan demi kebaikan bersama.  Dulu pon NYC hanyalah di dalam anganku. Tapi nampak tak permainan kasih sayang di situ? Nampak tak? HAHAHA. *silalah beransur log out reramai dari belog ini*
 
Ohaaaiiiiii!
 
Lamaaaanya tak berkesempatan bukak belog. Selalunya kalau berdiam diri lama begini antara dua penyebab aje, samada daku tak sihat atau balik kampong ataupon kedua duanya sekali. Dan jawapannya tak lain tak bukan, balik kampong dan jatuh demam bertalu talu. HAHA. Kesian tak?
 
Alhamdulillah dah selamat berada di tanahair tercinta Malaysia bumi bertuah. HEH. Kau jangan main main, gile tak bertuah? Pegi lah duduk States seminggu, baru kau tau perit getir hidup di rantauan berbanding tempat sendiri sumpah tak tipu :) Tapi kalau nak gi jejalan holly moon ke apa buleh aje sebab kat sini kurang layaaan kot? HAHA.
 
Sebenarnya dari Orlando tempoh hari daku dah on and off tak sihat, bersambung sambung dari Houston ke Dubai, KL hingga lah ke Penang paling teruk tersadai. Penangan jetlag pon hampir seminggu lebih baru beransur lega. Lepas tuh ditambah pulak dengan demam panas, selsema, tonsillitis, allergic, dan batuk batuk.
 
Dugaan sungguh sejak balik Malaysia ni. Kat U.S ok aje daku. Takkan nak patah balik duduk sana kot? Ke macam mana? *kuis bahu husband skit* HAHAHA
 
Tapi sekarang dah semakin sihat, makan pon dah boleh laju laju. Cuma masih tak sentuh langsung makanan bercili dan berminyak, bosan nye alahaiii. Tetiap hari emak mesti masak sup dan sayur. Nak ayam guringggg :"(
 
 
(i) Pulut lemak, santan, sedikit gula dan durian udang merah. Gaul sebati, ape lagi ngapp lah.
(ii)Nasik lemak sambil tumis sotong, paru gordng berempah dan ikan bilis garing krup krup krup.
(iii)Ketupat palas dan rendang pedas paling sempoi habaq hang.
 
 
Semua ini dah selamat bertakhta di dalam perut ku. HAHAHA. Thank you mother.  
 
 
Sampai aje Penang ape lagi, ketupat pulut emak dan rendang lah yang kami balun dulu. Lepas tu dengan durian-partayyyyy nye lagik. Esoknya jugak aku menggigil demam terus sampai suara pon tak keluar langsung. Banyak lagi factor penyumbang, tapi ini antara yang paling banyak aku telan hari tu, jadik aku syak ini lah sebab utamanya. Tapi takpe, janji hati puas sebab dapat makan. HAHAHA.
 
Insyaallah lagi seminggu gitu baru nak balik tengok-tengok rumahtangga ape yang patut. Macam titanic pecah dah living room kitaorang tu dengan barang barang. Rasa nak eksport aje maid kat rumah emak ini kejap ke rumah kami. Matiklah aku nak menyimpan sensorang nanti kan? Shipments kitaorang pon dah selamat sampai. Harapnye baik baik belaka lah segala khazanah ku itu.
 
2015 semestinyalah antara yang terindah di dalam hidupku..
 
Kejakunan melanda kejap. Kasik channnn please. LOL First time cik puan besaq merasa naik business class Emirates uolss, A380 pulak tu. Jadik dia punya gedik lain macam sedikit.
 
Nanti bebila ade kelapangan akan ku selitkan lagi berjuta juta gambar yang sempat kitaorang ambik sepanjang di sana sampai lah balik ke Malaysia. Maka sila lah urut dada sesiap dengan belog yang lagha ini HAHAHAA