Monday, February 28, 2011

Udang bulan madu

Hahahahaha!! Tajuk entry yang tak boley blah. Mari kita log off beramai ramai dari blog perempuan ini kawan kawan.

Kejap. Kejap. Suka tau mensalah-sangka ketulusan hati wifey ini. Itu bukan tajuk main main. Itu adalah makanan kegemaran kami lately.


Rupa dan rasa seiringan. Eh perasan!

Selain dari cantik di mata, rasanya juga sedap di tekak. Sekurang kurangnye tekak aku lah. Cara membuatnya sama macam udang goreng yang lain, cuma sos nye ditambah sedikit cili padi yang dikisar, bawang putih dan halia. Masukkan juga sedikit sos tiram dan madu. Goreng semula bersama udang (yang sebelum tuh dah digoreng) tadi. Tadaaa.. siap! Rasa pedas pedas manis macam giler best nak ratah banyak banyak!

Hidangkan dengan penuh kasih sayang untuk suami yang baru pulang dari berjuang aka bekerja. Sambil sambil makan, boley lah bincang pasal benda yang takde faedah pun suami tidak akan menjadi marah. Kau tak nak cuba?

Selain itu, wifey yang tiba tiba menjadi rajin macam magic juga telah memasak menu yang paling digemari suami dan dirinya sendiri, beef qheema macam mom mertua selalu buat. Masa tengah selongkar fridge terjumpa pulak si spices qheema yang banyak lagi, maka saya pun terasa macam nak makan sangat qheema itu. Udang makan. Beef makan. Segala gala aku telan hari ini. Oh tak lupa juga soft boiled eggs pagi tadi pun dah selamat di dalam tummy. Sigh ---------

Beef qheema amat sedap kalau dimakan dengan roti pratha. Saya selalu beli roti pratha cap Kawan. Letakkan sedikit qheema di atas pratha yang telah separuh masak, gulung serta kemaskan, lalu goreng semula bersama olive oil. Cicah dengan salad dan mayo. Mak aiihh!! Paling mantap lah! Mertua ringring pun confirm aku tak dengar. Ha ha ha.

Beef qheema versi saya yang mesti ditambah ubi.

Winks&Smiles!

Saturday, February 26, 2011

Homework



Nampak tidak unsur unsur ketaksuban di sini? Eh bukan. Aku tak beli lah. Itu buku free. Dapat dari embassy masa hubby pegi collect visa hari tu. Maka dengan rajinnya kami pon membaca setiap malam sebelum tido sejak dua menjak nih. Dah macam menjadi kewajipan pulak. Masing masing tekun aje menghafal ilmu umpama nak ambik exam esok hari. Ha ha ha. Alahai terasa comel pulak bila buat aktiviti hubbywifey cengitu.

Tak mengapa, perancangan masa hadapan akan menjamin kebahagian suami isteri. Bukan ke a good plan today is better than a perfect plan tomorrow. Kan darling?? Ngeeee :p

winks&smiles!

Thursday, February 24, 2011

Redha dalam pasrah

Redha selalunya akan membuatkan saya berasa tenang. Bila tenang, hati sudah tidak akan memberontak lagi. Otak dah boleh berfungsi dengan sebetul betulnya seperti asal kejadian. Eh bukan bermaksud selama ni tak betul. Adalah juga terkurang lebih di sana sini. Tapi stabil lagi. Ha ha.

Redha itu adalah pasrah. Pasrah dan akur adalah sama. Ini bukan cerita macam lagu Pasrah Erra Fazira. Ini pasrah lain. Bunyi macam tak sedap aje kau ni sash?

Kalau diletakkan pasrah dalam kehampaan haruslah agak tidak sedap didengar. Aku pun tak suka begitu. Tapi jika disabitkan pasrah dengan kegembiraan, contohnye jika suami mahu membeli jeans baru kepada wifey pada satu hari yang indah, walaupun telah ditolak berkali kali oleh si wifey, namun suami tetap berhajat untuk membelikan juga, maka wifey terus berasa pasrah aje lah dah orang nak beli. Nampak tidak contoh kegembiraan di situ? Hahahaha. Itu adalah contoh yang kecoh. Sila bertenang semua.

Contoh itu contoh. Takde kena mengena dengan aku. Jangan risau. Eh apa barang mahu beri contoh diri sendiri di dalam blog kan?

Okay lah saja nak bagi intro serious sikit dalam entry tadi. Selalunya intro aku tah ape ape aje. Macam kurang ilmiah. Menulis pun ikut emosi dan hormone. Bukan apa, pasal redha tadi tu, saja nak ingatkan diri sendiri. Sebab mom selalu berpesan macam gitu dekat saya. Bila kita belajar meredhakan akan apa sahaja dalam hidup sendiri atau orang lain, maka jiwa akan menjadi lebih tenang dan senang.

Phewww. Baiklah. Berbalik pada keadaan bentuk asal kejadian. Dari semalam tekak punya lah teringin bagai nak memakan nasi kerabu. Kat Klcc ada satu yang sedap. Kalau belakang rumah pun ada jugak nasi kerabu di WauPenyu yang dekat Solaris itu. Jadi tak payah lah kot kau nak melangkah panjang ke Klcc iye cik puan. Itu semua alasan murahan untuk menjamu mata dan menderma pada tempat yang tak memerlukan. Bulan ini dan bulan hadapan adalah bulan kesakitan purse aku. Pengeluaran adalah tidak setimpal dengan pendapatan. Hahahaha. Bukan. Bukan tak bersyukur. Sangatlah bersyukur. Tapi itulah. Susah nak diperjelaskan. Nasib baik mempunyai suami yang selalu sangat bersimpati dengan nasib si isteri. Mak aaih sadis sekali. *Lap air mata*

Hujung minggu ini dah berjanji janji dengan hubby nak pegi membeli barang barang untuk ke London kelak. Saya dengan rajinnye setiap malam melakukan homework pasal apa saja yang nak dibeli dan dibawa ke sana nanti. Maklumlah bukan sehari dua kan. Hubby macam diri dia lah yang sangat tidak kisah. Apa sahaja yang elok dalam closet itu pun dia boleh pakai macam tak kisah juga. Unlike meeeeeee yang sanggup korek duit tabung diri sendiri dan tabung suami untuk membeli dan memakai baju kecintaan. Hahahahahah!!! Gurau tu gurau :)

Eh tak sabarnya. Sexcited sangat. Hep hep!! Excited lah. Tersasul. Dalam keterujaan selalu sangat saya akan tersasul. Maafkan lah. Hubby sangat jarang dapat bercuti panjang dari tahun lepas lagi. Selagi tak siap project diaorang, pasrah aje lah para wifey yang bersuamikan orang minyak. Tapi nampak tidak, kemenangan adalah sentiasa dijanjikan kepada orang orang yang bersabar. Kan? Menang pun dapat, pahala bersabar pun dapat. Walaupun lebih kurang dua minggu aje nak bercuti, tapi kami dah merancang nak habiskan masa bersama sebaik mungkin. Taknak merajuk rajuk atapun tunjuk perasaan okeh. Pesanan untuk diri sendiri. Doa doakan lah yang baik baik pada kami. Eh emo pulak. Macam nak pegi setahun. Aparar kau.

Ibubapa pun menjadi emosi sama. Dengar dengar, mungkin parents nak datang melawat kami lagi sebelum berangkat nanti. Mak aaih. Macam nak menghantar anak anak pegi berjuang. Ha ha ha. Saya punyalah gelak bagai bila mom beritahu semalam. Tapi bahagia sebenarnya. Rasa hidup saya sangat penuh dengan kasih sayang. Alhamdulillah.

Okaylah nak makan kejap. Suami dah memanggil manggil. Hari ni menu ape cik puan? Sindh chicken biryani dan sayur sayuran nokz. Masak lebih sebab berdua di rumah. Hadap lah kami suami isteri biryani itu nanti sampai ke malam karang.

Ahaaa sebelum terlupa, gambarajah di bawah adalah kejadian pada weekend yang lepas. Perot berpesta suka ria. Maklumlah hati tengah girang. Diet dah ke laut derrr..




winks&smiles!

Tuesday, February 22, 2011

Chicken kuzie

Petang tadi dengan suka sukanya menggoreng chicken kuzie. Mom bagi recipe dah lama pon, baru hari ni teringat dan teringin nak mencuba bagai. Maklum lah sejak dua menjak ini sangat ketandusan idea bernas nak memasak. Kenapa ntah. Mood berhiburan aje memanjang.

Selain itu, saya juga memasak sup suhun dan kentang untuk diri sendiri. Semangat nak menjadi kurus sangat berkobar kobar lately. Semua gara gara jeans Dorothy Perkins itu. Boley tidak?? Ha ha ha.

Winks&smiles!

Monday, February 21, 2011

Gila-kejap



winks&smiles!

Memori nasi lemak

Tetibe teringat akan nasi lemak yang mom masak masa saya balik ke kampung halaman . Damn sangat bila terkenang makanan yang sedap sedap di kala ketidakupayaan melanda diri. Eh bukan kurang upaya, kemalasan sebenarnya. Bukankah ada unsur unsur serupa di situ? Malas fikir lah. Kau huraikan sendiri.

Saya adalah pemakan nasi yang tegar. Berilah apa saja yang berkaitan nasi semuanya saya akan menjadi sangat suka. Kalau makan nasi kat rumah orang pun saya tak malu nak bertambah bagai macam makan di rumah sendiri. Begitulah konsepnye. Ha ha ha.

Nasi lemak kukus yang mom selalu masak bila saya pulang. Wangi dia sampai membuatkan saya bangun dari tido tanpa perlu dikejutkan oleh sesiapa pon. Sedap weh.

Ini pula ayam merah prego yang asli dari mom. Rasa dah tentu tentu lagi sedap dari saya yang masak. Mom mesti masak lebih lauk ni kalau saya dan hubby balik. Anak menantu akan makan berulang ulang tanpa jemu. Siap bercicah cicah roti di malam hari lagi.

Baby baby baby bilis ooooh! my baby..baby, eh apa yang kau merapu nih cik puan. Ha ha. Terkenang lagu jiwa remaja kejap. Kau ni pun. Tak boley tengok aku senang hati langsung. Mesti ada jugak yang nak mencaras kan.
Saya suka sambal tumis baby bilis yang mom masak. Selain dari dimakan dengan nasi, ia juga sedap diratah cengitu aje sambil menonton tv atau bersembang di telefon bersama orang yang tak berkepentingan langsung. Yang ini memang jarang dimasak kalau kat rumah saya sebab hubby sangat tidak gemar akan ia. Sambal sotong pun dia tak suka. Betapa ruginya dia kan. Booooo! :p

Kalau mom goreng telur semata mata pon akan menjadi sedap jugak. Kalau kat rumah makan cengini haruslah aku mogok seharian. Boring lah makan telur dengan nasi.


Makanan saya.

Petang pulak, mom selalu akan masak menu goreng goreng untuk kami. Yang selalu saya suruh mom buat bila saya di sana ialah, beehun goreng daging. Nama aje daging, tapi segala udang, sotong, sayur semua dimasuk sekali. Ikut tekak masing masing lah yang nak memakan. Atas beehun tu pulak mesti ditabur dengan daun bawang, daun sup, telur, cili kicap dan tak lupa kacang goreng yang dah dikisar halus. Baru mantap!

Okay cukup cukup lah mengadu damba di sini. Lambat lagi kan aku nak makan cengini nanti. Jadi, semalam saya dengan rajinnye memasak white chicken karaahi. Rempah beli kat cold storage aje. Dah tak perlu susah susah suruh mom in law kirimkan.

ciri cirinye sama dengan chicken korma. Tapi percayalah, rasanye lagi sedap. Tumis bawang dan rempah ratus yang lain macam biasa bersama daun pandan, dan ditambahkan fresh yogurt.

Ini lah hasilnye. Kuah mesti lebih sebab nak dicicah bila perot kelaparan di malam malam buta. Maka makanlah kami suami isteri berdua duaan kelmarin sambil menonton dvd seharian di rumah :) Eh tapi malam aku pegi mid valley jugak sebab nak cari roti. Hahahaha. Punye lah jauh mencari roti kan. Sabar aje lah wahai si suami.


Salsa salad. Lepas makan kalau nak salsa adalah tanggungjawab masing masing.


Baiklah. Jumpa lagi esok kalau saya rajin. Sibuk ya rabbi mengemas rumah. Mana nak masaknye lagi, mencuci sana sini, keje keje sampingan yang perlu dibuat lagi, mana nak membaca pasal shopping kat london lagi, eh??? Tersasul.

Mom berpesan jangan membazir. Beli apa yang patut, apa yang perlu aje. Tapi dalam sibuk sibuk berpesan, dia lagi awal awal bagi list apa yang diaorang nak suruh beli. Dad punye list lagi panjang mengalahkan anak menantu. Ha ha ha ha. Camne tuh?


winks&smiles!

Friday, February 18, 2011

Bulan madu di awan biru

ta-daaa! me and mom. at chili's grill and bar

Ececcehh!!. Tajuk entry yang tak boley blah. Hahahahahaha. Tolong ketatkan tali pinggang masing masing okeh.


Eh lama gile tak menconteng blog diri sendiri. Busy ni busy. Dah mengalahkan datin seri. Ibubapa masih di rumah sambil berehat rehat dan bersiar siar aje kejenya setiap hari. Saya pun tumpang sekaki. Seronok weh. Tak teringat langsung nak membuka facebook kalau ramai ramai di sini. Perlu ke facebook dalah hidup aku?? Wah.. cakap besar kan. Tunggu kau minggu depan.

Tapi esok mereka dah nak balik ke penang, alaa..rindulah anakanda ini. Hubby cakap maybe boley pulang ke sana kejap sebelum kami berholly-moon nanti.

Eh cik puan besar nak bercuti cuti? ke manakah?Ha ha ha. Kan dah kecoh kau.
Hubby is taking me to LONDON next month!!!!! Weeehooo!! alaaah london pun kau nak kecoh..

It has been a long time since we left Uk in 2008 tau. Patutlah kan. Ciri ciri macam ..*****.. pun terasa. Eh tak payah lah kau sebut ayat mengeji diri sendiri. Lamanye saya tak menjejakkan kaki ke tanahair. Hahahahaha. *fengsan*

Sememangnye saya sangatlah terkejut dengan kezutan si suami beberapa bulan lepas, yang tiba tiba bertanya samada saya nak ke tidak bercuti di London? Ke nak balik penang aje? Apa punya soalan lah dia ni. Hahahaha. Kan?

Sepatutnye kite nak pegi masa harijadi masing masing (sebab kami berdua ter-lahir di bulan May.. ) tapi memandangkan akan kesibukan berganda hubby pada ketika itu nanti, maka kami telah berpakat pakat untuk ke sana pada March aje lah. May nanti, harap harap ada yang nak membawa aku jejalan lagi (tingtingting. kenyit mata RM kejap!! ha ha ha )

Thank u darling!!!!! Love love love you sesangat! Macam mana lah tak timbul rasa terlebih sayang kat dia ni :)
Harap maklum jika unsur unsur kasih sayang sangat berlebihan dalam entry ini terjadi secara mendadak. Adalah menjadi tanggunjawab wifey untuk memuji suami sendiri bila mendapat hadiah macam magic. Ha ha ha.

Thank u daddy sebab belanja saya coat baru untuk ke uk nanti :)


Ishhh..banyak benda rupanya tak beli lagi. List dah semakin panjang. Terus jadi stress. Eh tetiba. Kan dah cakap. Nak berjalan pun aku boley jadi stress. Kalau tak pegi mana lagi lah gila- stress. Hubby adalah orang yang paling tak faham akan konsep saya, shopping before holidays. Ini adalah sangat perlu dan wajib. Takkan nak ke sana dengan jeans yang dah lunyai dipakai setahun? ( alasan nak cari pen-sponsor lagi. ahahahaha. dasar dot dot dot)

Minggu depan akan bermula lah hari hari busy saya sebagai wifey sebenar-benarnya. Ibubapa dah nak pulang esok, eh, takde chance laa nak merayap dan mengulat. Takpe, hati tengah berbunga cinta! Suruh masak Lamb Biryani tiap tiap hari pun aku sanggup untuk hubby tersayaaaaanggggg!! kan kan kan? :D


winks&smiles!

Saturday, February 12, 2011

Puncak Mutiara kisahnye..


jom makan dad belanja yay!! ha ha ha

Puncak Mutiara Cafe

Itu adalah nama restoren yang pertama kali kami sekeluarga menjejakkan kereta dan kaki masing masing. Sebelum ini, Rina pernah keluarkan di dalam Jalan Jalan Cari Makan 2010, walaupun masa itu saya sangat ber-iya suruh dia ke Bee Chew. Tapi disebabkan di situ tak ade daging ostrich (of coz lah takde yang ooi, dah namanye makanan hailam, ke kau sanggup nak makan ostrich masak tauchu? ha ha ha) terpaksalah mereka tukar plan ke puncak mutiara. Tapi saya bangga sebab berjaya membawa team diaorang ke nasi kandar beratur. Maybe ade yang pernah tengok JJCM edisi penang tahun lepas, saya lah punye kerja membawa diaorang ke island. Sungguh takde kerja kan aku. Ha ha ha. Tak mengapa, tolong kawan kawan. Pahala percuma kan.

Okay. Semalam macam yang dah dua kali saya nak tulis, kami dengan gembira nya telah meredah sawah padi, jalan bengkang bengkok, mendaki bukit yang separa tinggi ( walaupun kereta yang tolong daki ) dan akhirnye sampai ke Puncak Mutiara pada pukul 9.30 malam waktu tempatan. Ramainye orang. Cuaca sangat sangat dingin sampai ke tulang. Sebenarnye restoren ini berkonsepkan Kampung Daun, Bandung. Tahu tidak? Tak tahu? Meh sini kakak nak cerita.
permandangan sekeliling Kampung Daun, Bandung 2010

Makan di dalam hutan. Ha ha. Takde maknanye kau nak make up tebal tebal kalau ke sini okeh. Kris Dayanti boley lah.


Kampung Daun adalah sebuah restoren yang sangat popular di Bandung. Lebih kurang 1 jam perjalanan dari town. Terletak dekat dengan Tangkuban Perahu ( gunung berapi yang sudah tak aktif katanye ) Cuaca di situ sangat dingin, tapi takde lah sampai kau mengigil dan terasa diri umpama di uk. Terletak di kawasan berbukit, di tengah hutan tanah Jawa. Di sini semua makanan adalah bercirikan masyarakat Sunda yang sememangnya komuniti paling ramai di Bandung. Pendekkan cerita, sangat menarik dan sedap!


Jadi itu adalah cerita Kampun Daun yer kawan kawan sekalian. Sekali lagi saya telah tersasar dari landasan cerita. Nah, terimalah.. ini baru cerita semalam kami.

Pondok tempat kami berteduh dan bersantap semalam di Puncak Mutiara, Kampung Pelet Bukit Mertajam. Berlantai buluh dan papan, beratap daun apa ntah. Sadis bukan?


Di sini juga dibuat berkonsepkan seperti Kampung Daun. Rumah pondok sepanjang lereng bukit. Hubby menjadi teruja sebab pertama kali dia ke situ. Saya pun sama. Tak pernah lagi ke sini walaupun dah meredah lautan dan makan cengini kat Bandung dahulu. Kan dah nampak ciri ciri hujan diamond di negeri sendiri? Habib Jewels pun tengah membuat promosi white gold sekarang. Pergi lah beramai ramai menyukat emas bersama menteri kewangan masing masing. Eh, apa kau merapu nih sash?? -Iklan-

Kalau ke sana amatlah rugi jika tidak memakan daging ostrich. Apa ostrich?? Berani tidak? Saya pun tidak. Ha ha ha. Tengok muka burung tu pun aku tak sanggup, macam mana nak memakan tubuh badannye itu. Masing masing hanya memakan kambing, burung puyuh dan ayam ayaman sahaja. Paling best adalah semua daging di ambil fresh dari ladang ternakan di belakang restoren ini. Tapi saya taklah tergamak nak pegi melawat ladang mereka di malam malam buta walaupun hubby beriya sakan nak me-nangkap photo dia bersama kambing. Ha ha ha. Sangat tidak senonoh okay. Itu bukan saya. Lain lah kalau Angelina Jolie pernah berbuat sedemikian rupa.

Kami bersama sama makanan kami. Masing masing tersenyum bangga. Eh, kau pegang apa tu cik puan? Oh itu puyuh goreng. Mesti nak lain dari lain yang jugak kan..!

Antara menu menu yang kiter cuba semalam dan bakal dicuba di lain kali adalah seperti, satay ayam kampung, satay kambing biri biri, satay kambing bukan ciri biri biri, kambing grill, nasi biryani lamb shank, biryani special puncak mutiara, burung puyuh goreng kunyit, chicken chop ala ayam kampung dan teh tarik mutiara. Itu adalah menu menu yang semestinya dicuba oleh kalian jika ke sini. Faham?







Maka, penat lelah kami ke sana (eh jangan nak tipu. tak penat mana nye pun. kau bukan main melompat lagi dalam kereta bersoka soka ) amatlah berbaloi dengan makanan yang fresh dari ladang dan sedap sedap belaka. Betul. Tak tipu. Jadi kalau sape sape yang berhajat nak ke penang, jangan lupa datang ke sini. Harga? jangan risau, amatlah berpatutan. Tak semahal di Harrods pun. Ha ha ha. Konsep kau semakin janggal dan merumitkan kami, tahu tidak sash??

suka hati dan tersenyum girang selepas makan adalah rahsia awet muda

ini pula?? Rahsia menantu yang kelaparan. hahahaha!! Aksi yang tak payah tiru pun tak apa. Hak peribadi suami masing masing.

Malam ini , kami akan ke Nasi Kandar Beratur di island pula. Saat yang dah lama ditunggu tunggu oleh si suami dengan penuh kasih sayang. Aku pun tak paham akan kesedapannya itu. Tapi memang lah sedap lain macam pun. Cuma yang rasa tak sanggup adalah terpaksa beratur dengan panjang dan lamanye sebab kedai dia hanya akan dibuka tepat pukul 10malam waktu Penang. Jadi memandangkan malam nanti perot masing masing akan menjadi berat, padat dan lunyai, ditambah pula esoknya dah nak travel balik ke KL, saya tidak langsung memakan apa apa melainkan air kosong dan roti semata mata. Itu lah penangan nasi kandar beratur katanye.

Minggu depan memang saya akan berdiet habis habisan sampai Posh pun akan mengaku saya adik dia satu hari nanti. Tengoklah kau.


Ini sudah melampau. Makan sampai lemau. Hubby siapekah itu??

winks&smiles!

Thursday, February 10, 2011

Suami Pulang

Mee Udang Sungai Dua, eh apa kena mengena dengan suami pulang ? tak paham.




Suami pulang yay! Suami pulang yay!
Senyum sahaja..Senyum sahaja
Suami pulang membawa bahagia..

(sing what i sing, sing after me.. hahahahahaha!! gila kejap.)



winks&smiles!

Tuesday, February 8, 2011

cerita orang penang

Ohaaii semua..!
Eh, tak paham apsal kena ada otak otak di situ?? keje sape lah gamaknye iye? lolz

gong xi!gong xi! cik puan tersenyum bangga dengan bag dipenuhi angpow hari itu. hahahaha!!



Bila balik ke sini macam biasa, blog secara tetibe akan lebih bercirikan kepada makanan dan si pemakan. Sebenarnye saya tak suka sangat nak letak konsep ape ape pun dekat blog ini sebab saya lebih selesa dengan blog yang bercirikan aku sorang aje. Ha ha ha. Biarlah orang nak cakap tak berilmiah pun takpe. Saya rela. Sebab takde maknanye nak dengar cakap orang, sebab itu adalah bukan saya. Nampak tidak? Saya kan suka menjadi lain dari yang lain. Angelina Jolie pun tak peduli orang nak cakap apa kat dia. Itu contoh yang terdekat dengan aku. Okay la Fasha Sandha pun sama. Hahahaha. Faham sekarang?


Okay berbalik kepada cerita orang di sini. Esok lusa hubby balik yay. Dah terasa bagai suami pulang dari medan perang. Cinta sedang kembang mekar okeh. Harus lah lagi panjang list kami nanti. Dia dah tentu tentu nak pegi makan nasi kandar aje memanjang. Tapi elok lah begitu kan, takkan balik ke sini nak pegi menghadap mcd lah pulak? kau ni pun.


Dua tiga hari ni takde buat ape ape langsung, goyang kaki tangan aje kejenye. Kalau boring ikut dad pegi office, kacau orang sana sini pastu pegi makan, window shopping dengan mom, lepak dengan kengkawan (dad cakap macam budak rempit..hahahaha) balik main dengan si Ruffus dan Holly pastu tido dan begitu lah hari hari saya seterusnya sampai menjadi lemau sendirian tapi tak mengapa. Saya tetap suka. Single mingle jingle yay! ;)

Tapi yang best kali nih adalah..jeng je jeng.. Parents are coming with us to KL nantiii!! Ya Allah bestnye. Saya berjaya mem-pujuk dad untuk mengikut kami pulang bersama sama. Sebab itu lah sampai ke hari ni saya tak berasa sedih pilu sedikit pun walaupun dah nak balik tak lama lagi. Hati tengah bergumbira sakan sejak dua menjak. Maklum lah banyak impian menjadi kenyataan macam magic. Alhamdulillah.

Nasi lemak kukus dan teh tarik combo adalah hot spot terbaru saya di sini. harap maklum.

Tapi adalah rasa sedikit bersalah di dalam hati, sebab kurang berblog dan ber-muka buku. Hati sebenarnya berkobar kobar nak menulis. Kalau ikutkan segala galanye nak saya masukkan ke blog selagi boley masuk dan disumbat sumbat. Cuma masa yang menjadi tak keruan bila saya di sini. Kalau hubby balik, lagi menjadi jadi ke-busyan kami sekeluarga. Lagi lah ramai yang datang melawat ke rumah sebab nak tengok si suami walaupun dia hanyalah manusia biasa yang mencintai wifey ini sepenuh hati. Ha ha ha. Betul.

Itulah penangan wanita polos seperti saya, eh?? yang berkahwin dengan orang luar. Kalau berjalan di sini, haruslah terasa diri umpama posh berjalan dengan beckham. Tahu tidak? Lagi lagi kalau berdua ke pasar malam dan bercakap London. Ha ha ha ha. Gelak guling kejap. Tapi takpe. Saya dah biasa. Hubby pun dah biasa. Dah bertahun tahun lamanye menyulam cinta. Pandang lah tinggi rendah sekali pun. Saya tetap berjalan dengan senyuman bangga sambil berkata di dalam hati, 'Kau ada?'


selain ke pasar malam, saya juga suka memakan cendol pulut di tepi jalan aje. Low profile katanye. Ha ha ha!

Baiklah. Cukuplah. Berhentilah. Nak solat, makan dan tido. Best kan :) Saya perlukan rehat yang banyak banyak sebab minggu depan adalah mencabar bagi saya sebab nak mengemas rumah dengan banyak banyak juga. Maklumlah dah berminggu minggu saya tinggalkan rumah dan suami sendiri.

Tapi penat saya itu pasti akan berbaloi nanti. Nanti nanti. Iyer. Nanti nantikan lah :)

winks&smiles!

Friday, February 4, 2011

Wednesday, February 2, 2011

Gong xi Gong xi!


Thank u for the hampers sayang sayangku sekalian. To my leng lui, hooi ling, ann nee, peggy, jeannie, lam and not to forget eric, neoh, uncle saw and family, uncle toyy and family gong xi huat choy!! and ang pow please gia lai. ha ha ha ha. Have fun among your love ones and stay connected!

Xin nian kuai le everybody!! Enjoy!!


winks&smiles!