Redha selalunya akan membuatkan saya berasa tenang. Bila tenang, hati sudah tidak akan memberontak lagi. Otak dah boleh berfungsi dengan sebetul betulnya seperti asal kejadian. Eh bukan bermaksud selama ni tak betul. Adalah juga terkurang lebih di sana sini. Tapi stabil lagi. Ha ha.
Redha itu adalah pasrah. Pasrah dan akur adalah sama. Ini bukan cerita macam lagu Pasrah Erra Fazira. Ini pasrah lain. Bunyi macam tak sedap aje kau ni sash?
Kalau diletakkan pasrah dalam kehampaan haruslah agak tidak sedap didengar. Aku pun tak suka begitu. Tapi jika disabitkan pasrah dengan kegembiraan, contohnye jika suami mahu membeli jeans baru kepada wifey pada satu hari yang indah, walaupun telah ditolak berkali kali oleh si wifey, namun suami tetap berhajat untuk membelikan juga, maka wifey terus berasa pasrah aje lah dah orang nak beli. Nampak tidak contoh kegembiraan di situ? Hahahaha. Itu adalah contoh yang kecoh. Sila bertenang semua.
Contoh itu contoh. Takde kena mengena dengan aku. Jangan risau. Eh apa barang mahu beri contoh diri sendiri di dalam blog kan?
Okay lah saja nak bagi intro serious sikit dalam entry tadi. Selalunya intro aku tah ape ape aje. Macam kurang ilmiah. Menulis pun ikut emosi dan hormone. Bukan apa, pasal redha tadi tu, saja nak ingatkan diri sendiri. Sebab mom selalu berpesan macam gitu dekat saya. Bila kita belajar meredhakan akan apa sahaja dalam hidup sendiri atau orang lain, maka jiwa akan menjadi lebih tenang dan senang.
Okay lah saja nak bagi intro serious sikit dalam entry tadi. Selalunya intro aku tah ape ape aje. Macam kurang ilmiah. Menulis pun ikut emosi dan hormone. Bukan apa, pasal redha tadi tu, saja nak ingatkan diri sendiri. Sebab mom selalu berpesan macam gitu dekat saya. Bila kita belajar meredhakan akan apa sahaja dalam hidup sendiri atau orang lain, maka jiwa akan menjadi lebih tenang dan senang.
Phewww. Baiklah. Berbalik pada keadaan bentuk asal kejadian. Dari semalam tekak punya lah teringin bagai nak memakan nasi kerabu. Kat Klcc ada satu yang sedap. Kalau belakang rumah pun ada jugak nasi kerabu di WauPenyu yang dekat Solaris itu. Jadi tak payah lah kot kau nak melangkah panjang ke Klcc iye cik puan. Itu semua alasan murahan untuk menjamu mata dan menderma pada tempat yang tak memerlukan. Bulan ini dan bulan hadapan adalah bulan kesakitan purse aku. Pengeluaran adalah tidak setimpal dengan pendapatan. Hahahaha. Bukan. Bukan tak bersyukur. Sangatlah bersyukur. Tapi itulah. Susah nak diperjelaskan. Nasib baik mempunyai suami yang selalu sangat bersimpati dengan nasib si isteri. Mak aaih sadis sekali. *Lap air mata*
Hujung minggu ini dah berjanji janji dengan hubby nak pegi membeli barang barang untuk ke London kelak. Saya dengan rajinnye setiap malam melakukan homework pasal apa saja yang nak dibeli dan dibawa ke sana nanti. Maklumlah bukan sehari dua kan. Hubby macam diri dia lah yang sangat tidak kisah. Apa sahaja yang elok dalam closet itu pun dia boleh pakai macam tak kisah juga. Unlike meeeeeee yang sanggup korek duit tabung diri sendiri dan tabung suami untuk membeli dan memakai baju kecintaan. Hahahahahah!!! Gurau tu gurau :)
Eh tak sabarnya. Sexcited sangat. Hep hep!! Excited lah. Tersasul. Dalam keterujaan selalu sangat saya akan tersasul. Maafkan lah. Hubby sangat jarang dapat bercuti panjang dari tahun lepas lagi. Selagi tak siap project diaorang, pasrah aje lah para wifey yang bersuamikan orang minyak. Tapi nampak tidak, kemenangan adalah sentiasa dijanjikan kepada orang orang yang bersabar. Kan? Menang pun dapat, pahala bersabar pun dapat. Walaupun lebih kurang dua minggu aje nak bercuti, tapi kami dah merancang nak habiskan masa bersama sebaik mungkin. Taknak merajuk rajuk atapun tunjuk perasaan okeh. Pesanan untuk diri sendiri. Doa doakan lah yang baik baik pada kami. Eh emo pulak. Macam nak pegi setahun. Aparar kau.
Ibubapa pun menjadi emosi sama. Dengar dengar, mungkin parents nak datang melawat kami lagi sebelum berangkat nanti. Mak aaih. Macam nak menghantar anak anak pegi berjuang. Ha ha ha. Saya punyalah gelak bagai bila mom beritahu semalam. Tapi bahagia sebenarnya. Rasa hidup saya sangat penuh dengan kasih sayang. Alhamdulillah.
Okaylah nak makan kejap. Suami dah memanggil manggil. Hari ni menu ape cik puan? Sindh chicken biryani dan sayur sayuran nokz. Masak lebih sebab berdua di rumah. Hadap lah kami suami isteri biryani itu nanti sampai ke malam karang.
Ahaaa sebelum terlupa, gambarajah di bawah adalah kejadian pada weekend yang lepas. Perot berpesta suka ria. Maklumlah hati tengah girang. Diet dah ke laut derrr..
winks&smiles!
asyik buat kelakar je dia ni. I baca sorang2 pun tergelak macam orang kurang ------
ReplyDeletehormone tak betul, tu yang merapu bagai. hubby pon dah fening. ha ha
ReplyDelete