Saturday, February 12, 2011

Puncak Mutiara kisahnye..


jom makan dad belanja yay!! ha ha ha

Puncak Mutiara Cafe

Itu adalah nama restoren yang pertama kali kami sekeluarga menjejakkan kereta dan kaki masing masing. Sebelum ini, Rina pernah keluarkan di dalam Jalan Jalan Cari Makan 2010, walaupun masa itu saya sangat ber-iya suruh dia ke Bee Chew. Tapi disebabkan di situ tak ade daging ostrich (of coz lah takde yang ooi, dah namanye makanan hailam, ke kau sanggup nak makan ostrich masak tauchu? ha ha ha) terpaksalah mereka tukar plan ke puncak mutiara. Tapi saya bangga sebab berjaya membawa team diaorang ke nasi kandar beratur. Maybe ade yang pernah tengok JJCM edisi penang tahun lepas, saya lah punye kerja membawa diaorang ke island. Sungguh takde kerja kan aku. Ha ha ha. Tak mengapa, tolong kawan kawan. Pahala percuma kan.

Okay. Semalam macam yang dah dua kali saya nak tulis, kami dengan gembira nya telah meredah sawah padi, jalan bengkang bengkok, mendaki bukit yang separa tinggi ( walaupun kereta yang tolong daki ) dan akhirnye sampai ke Puncak Mutiara pada pukul 9.30 malam waktu tempatan. Ramainye orang. Cuaca sangat sangat dingin sampai ke tulang. Sebenarnye restoren ini berkonsepkan Kampung Daun, Bandung. Tahu tidak? Tak tahu? Meh sini kakak nak cerita.
permandangan sekeliling Kampung Daun, Bandung 2010

Makan di dalam hutan. Ha ha. Takde maknanye kau nak make up tebal tebal kalau ke sini okeh. Kris Dayanti boley lah.


Kampung Daun adalah sebuah restoren yang sangat popular di Bandung. Lebih kurang 1 jam perjalanan dari town. Terletak dekat dengan Tangkuban Perahu ( gunung berapi yang sudah tak aktif katanye ) Cuaca di situ sangat dingin, tapi takde lah sampai kau mengigil dan terasa diri umpama di uk. Terletak di kawasan berbukit, di tengah hutan tanah Jawa. Di sini semua makanan adalah bercirikan masyarakat Sunda yang sememangnya komuniti paling ramai di Bandung. Pendekkan cerita, sangat menarik dan sedap!


Jadi itu adalah cerita Kampun Daun yer kawan kawan sekalian. Sekali lagi saya telah tersasar dari landasan cerita. Nah, terimalah.. ini baru cerita semalam kami.

Pondok tempat kami berteduh dan bersantap semalam di Puncak Mutiara, Kampung Pelet Bukit Mertajam. Berlantai buluh dan papan, beratap daun apa ntah. Sadis bukan?


Di sini juga dibuat berkonsepkan seperti Kampung Daun. Rumah pondok sepanjang lereng bukit. Hubby menjadi teruja sebab pertama kali dia ke situ. Saya pun sama. Tak pernah lagi ke sini walaupun dah meredah lautan dan makan cengini kat Bandung dahulu. Kan dah nampak ciri ciri hujan diamond di negeri sendiri? Habib Jewels pun tengah membuat promosi white gold sekarang. Pergi lah beramai ramai menyukat emas bersama menteri kewangan masing masing. Eh, apa kau merapu nih sash?? -Iklan-

Kalau ke sana amatlah rugi jika tidak memakan daging ostrich. Apa ostrich?? Berani tidak? Saya pun tidak. Ha ha ha. Tengok muka burung tu pun aku tak sanggup, macam mana nak memakan tubuh badannye itu. Masing masing hanya memakan kambing, burung puyuh dan ayam ayaman sahaja. Paling best adalah semua daging di ambil fresh dari ladang ternakan di belakang restoren ini. Tapi saya taklah tergamak nak pegi melawat ladang mereka di malam malam buta walaupun hubby beriya sakan nak me-nangkap photo dia bersama kambing. Ha ha ha. Sangat tidak senonoh okay. Itu bukan saya. Lain lah kalau Angelina Jolie pernah berbuat sedemikian rupa.

Kami bersama sama makanan kami. Masing masing tersenyum bangga. Eh, kau pegang apa tu cik puan? Oh itu puyuh goreng. Mesti nak lain dari lain yang jugak kan..!

Antara menu menu yang kiter cuba semalam dan bakal dicuba di lain kali adalah seperti, satay ayam kampung, satay kambing biri biri, satay kambing bukan ciri biri biri, kambing grill, nasi biryani lamb shank, biryani special puncak mutiara, burung puyuh goreng kunyit, chicken chop ala ayam kampung dan teh tarik mutiara. Itu adalah menu menu yang semestinya dicuba oleh kalian jika ke sini. Faham?







Maka, penat lelah kami ke sana (eh jangan nak tipu. tak penat mana nye pun. kau bukan main melompat lagi dalam kereta bersoka soka ) amatlah berbaloi dengan makanan yang fresh dari ladang dan sedap sedap belaka. Betul. Tak tipu. Jadi kalau sape sape yang berhajat nak ke penang, jangan lupa datang ke sini. Harga? jangan risau, amatlah berpatutan. Tak semahal di Harrods pun. Ha ha ha. Konsep kau semakin janggal dan merumitkan kami, tahu tidak sash??

suka hati dan tersenyum girang selepas makan adalah rahsia awet muda

ini pula?? Rahsia menantu yang kelaparan. hahahaha!! Aksi yang tak payah tiru pun tak apa. Hak peribadi suami masing masing.

Malam ini , kami akan ke Nasi Kandar Beratur di island pula. Saat yang dah lama ditunggu tunggu oleh si suami dengan penuh kasih sayang. Aku pun tak paham akan kesedapannya itu. Tapi memang lah sedap lain macam pun. Cuma yang rasa tak sanggup adalah terpaksa beratur dengan panjang dan lamanye sebab kedai dia hanya akan dibuka tepat pukul 10malam waktu Penang. Jadi memandangkan malam nanti perot masing masing akan menjadi berat, padat dan lunyai, ditambah pula esoknya dah nak travel balik ke KL, saya tidak langsung memakan apa apa melainkan air kosong dan roti semata mata. Itu lah penangan nasi kandar beratur katanye.

Minggu depan memang saya akan berdiet habis habisan sampai Posh pun akan mengaku saya adik dia satu hari nanti. Tengoklah kau.


Ini sudah melampau. Makan sampai lemau. Hubby siapekah itu??

winks&smiles!

1 comment:

  1. anak manja n menantu manja, bersama parents yg memanjakan :)

    ReplyDelete