Sunday, June 17, 2012

Faedah of the day

Best lah kalau kat penang lama lama, sebab dapat makan semua yang memenuhi selera. Takde satu pon yang tak suka, semuanya telan dengan gembira. Kalau di KL banyak sangat fast food ataupon kitaorang panggil microwave food, boring kan? Ha ha. Melainkan kalau mood aku tengah rajin nak masuk work station tiap tiap hari, dapatlah merasa makanan yang macam mom masak sebab bajet diri dah jadi terer. Tapi kebanyakkan hari nye memang aku memasak pon, kesian pulak The Other Half nanti kalau makan air tangan mamak Bestari tuh tiap tiap hari kan. Hahahahaa..

Faedah yang pertama


Nasi Dalca Pokok Ketapang, Bagan atau nama brutal dia ini nasi ganja. Mak aaih, nak menunggu pon jenuh jugak, 11 malam baru diaorang sibuk nak mengatur periuk belanga, 11.30 macam gitu lepas tunggu giliran dengan beratur bukan main panjang, baru lah dapat menghadap dengan senang hati. Kalau makan sini, i selalu ambik daging masak hitam, telor sotong kunyit, telur masin, kuah campur campur lagi pedas lagi baguih dan haruslah nasik kandaq ini diakhiri dengan cili hijau yang rangup dan malatopsss iteww..

Naseb baik dekat aje dengan rumah, kalau tak, mahu aku tido dalam kereta dulu lepas makan nasik nih. Sangat sedap, antara yang terbaik kena cuba kalau cheq semua mai Bagan hokek. Kalau nak tambah pahala disamping makanan sedap, jangan lupa ajak cik puan besaq sama :)

Faedah yang kedua


Ini pula lunch tengahari tadi. Semalam makan nasik kandaq, hari ini nasi biryani dalca pulak. Jangan lupa kalau ke George Town, cuba nasi biryani Hameediah nih. I makan dengan ayam kapitan, acar mentah, dalca sayur dan kuah campur banyak banyak lagi. Aku ini kalau makan mesti kena curah banyak kuah, kalau sikit macam tak cukup syarat lah pulak, tapi lain tekak lain selera lah kan. Pedas adelah keperluan utama. Naseb baik tonsils dah jarang mengkhianati diri ini. Patut lah engkau telan segala mak nenek.


Kalau balik kampung halaman dan tak men-makan di tepian pantai Queensbay makanan makanan sebegini adelah sesuatu yang sangat sia sia engkau tahu tidak. Supper tadi, sempat lah rasa manja manja aje, ikan bakar, kerang rebus cicah air asam dan tomyam campur. Dalam manja manja pon aku sapu licin dua pinggan nasik, dengan tomyam itu. Kalau bersungguh sungguh? Ha ha ha


Perempuan gemuk itu sedang bermain dengan kerang dan merasa diri dia terlalu comel. Eh macam aku aje. Omaigod.


Selamat malam semua. Mimpi yang indah!


-Sash-

3 comments:

  1. uihhh...mmg x tahan tgk aksi2 mu dgn penang food yg mnjadi kegilaanku juga tu...aishhh!! cpat2 pegi balik kl nuu...heheheh

    ReplyDelete
  2. Takmau takmau..ha ha ha. Insyaallah sebelum puase nak balik lagi :D

    ReplyDelete
  3. Arghhhh!! Sgt jiwa kacau kt sini dgn statementmu itu. Sy di perantauan ni juga x balik2...raya pun dh dputuskan beraya kt sini...owhh...

    ReplyDelete