Thursday, June 14, 2012

Recipe mee bandung penang, Wowwow!



Dapat lah rezeki beberapa helai shawl, mom beli tadik :) Aku ini senang memakai shawl berbanding tudung lycra dan sebagainye. Shawl pulak takdenye perlu brand yang mahal mahal belaka, asalkan cantik yang masjid india punye pon aku sapu jugak dengan penuh kesyukuran. Flexible lah, janji sedap mata memandang kira okay lah tu. Tahu tak, sekarang adelah trend tudung bawal dengan berenda bagai dan bercorak. Yang color purple dan berbiji bijian di tepi itu adelah bawal yang terkini lah. Lama tak pakai tudung bawal, kali terakhir masa di uni dulu. Tapi dulu kosong aje, bersulam pun sikit sikit. Gigih lah aku borong, masa dulu sangat murah, sehelai 8 hengget sajork. Semalam dapat lah sehalai purple color, yang lainnye shawl bercorak. Semuanya cotton, sangat selesa bila pakai. Sebelum balik KL ingat nak borong lagi satu batch bawal lah. Ini  untuk test market dulu sesuai ke tidak..Heh heh heh


Baiklah puan puan, kakak kakak semua. Nampak sangat pengkhususan belog aku sudah tidak berbaur hati muda remaja. Tak kisah lah, kalau ade unsur ilmiah sedikit pon sudah buleh jadik bahan nokz HAHAHAHA.

Hari ini i bermurah hati mahu mengajar kamu semua memasak lagi. Dah lama kita tak main masak masak kan. Maklumlah belog pon menjadi sedikit huru hara akibat perbuatan tuan belog yang banyak bermain dari memberi pengajaran.

Mood rindu laki dah berkurang sebab dapat makanan sedap hari ini. Ha ha. 

Dahhlingg semua, mari kita masak Mee Bandung ala penang. Suka tak suka tak?

Okay selamat bersalin, eh?  Bahan bahan wajibnye adelah..

-Mee. Dan nama pon mee bandung. Tak payah memandai nak tukar ke pasta pulak.
-Daging + tulang rusuk sebab isi dia lembut. - Direbus
-Udang- Direbus jugak.
-Tomato soup Kimball. Ini berkewajipan tinggi. Sila highlight.
-Cili kisar- 4 sudu makan,. Ikut lah keperluan kepedasan tekak masing masing. Tiada jaminan insurance di kala ini.
-Bawang putih- 3 ulas
-Bawang merah- 6ulas

*Sawi
*Taugeh
*Taukua digoreng sedikit. Hiris nipis
*Ubi - direbus. Hiris nipis.
*Green peas- satu botol


Untuk hiasan cantiks cantiks pulak

#Daun sup dan daun bawang
#Cili merah
#Telur rebus
#Bawang goreng
#Tomato
#Limau -tatau nama penuh dia ini. Yang bersaiz sederhana besar itu, bukan limau kasturi.

Okay sekarang mari i ajarkan cara memasak kuah dia yang sedap melatopss itu dulu. Tak, tak payah guna bahan letupan. Ha ha ha. Main banyak kan engkau. Kuah ini adelah elemen penting di dalam pembuatan mee bandung. Kalau kuah dia pon dah rasa huru hara, lupakanlah hajat nak jamu sang suami masing masing. Jadi, salin nota betul betul. Practise makes perfect..waah gittew.


Cara memasak kuah mee bandung penang

1. Kisar bawang merah + bawang putih.
2. Tumis bahan kisar bersama cili sampai garing.
3. Masukkan air rebusan daging ( bersama daging ) dan air rebusan udang ( bersama air kulit udang yang dikisar dan ditapis untuk menambahkan kenikmatan wow! Udang tak payah masuk ). Didihkan sebentar.
4. Masukkan pula tomato soup kesemuanya + garam+gula+ seasoning secukup rasa.
5. Masak hingga mendidih. Senang kan.

Cara memasak mee bandung macam mom

Selalunya mee bandung ini, mom akan masak untuk sorang demi sorang. Buleh jugak kalau nak buat banyak banyak sekali, cuma takut mee akan tercepat kembang lah pulak. Macam kitaorang nih tak ramai, kira untung laa buleh buat satu satu, kalau ade 7 orang nak makan, gasaklah engkau kat depan dapur tuh nokzz..

Bila dah mendidih macam ini barulah sedia untuk dihidangkan. Jangan masak lama lama sampai lecur segala gala pulak karang tak jadik aah.


1. Panaskan periuk. Jangan memandai mandai pegi letak minyak, tak payah.
2. Masukkan kuah yang dimasak tadi. Kalau nak lebih, campak lah lebih sikit, no hal lah jangan kekwat.
3.Masukkan ubi+udang+daging+sawi+taukua+taugeh+peas ( kalau terasa tamak, letak lah banyak banyak macam aku selalu buat bila mom menjadi sedikit alpa.. ha ha ha )
4. Masak mereka semua hingga sekali didih sahaja.
5. Hias cantik cantik hingga nak makan pon rasa terlebih sayang, pastuh masuk mulut kunyah dan telan. Kalau ini pon kau nak salin memang mintak penampar sangat lah masing masing kan. Hahahahaa


Taaadaaaaaaaaa... siap. Jemput makan dahhlinggss :))



Gigihkan i letak foto besaq gabak macam gitu. Hahahahahaha. 


Selamat memasak!


Love, 
-Cik Puan Besaq Sash 

3 comments:

  1. Sash (sigh....), u always successfull in making me drooling over the food.... Hehehe...

    ReplyDelete
  2. Itukan motif sebenar keluarnye entry ini. Hahahaha*kidding* Cuba lah recipe tu nnt ;)

    ReplyDelete
  3. gigih? kegigihan itu jugakla telah membuat kam terliuq...haha...

    ReplyDelete