Friday, September 28, 2012

Kepada engkau si biadap!

Sekarang emosi sudah stabil. Maka saya memilih untuk meluahkan semua perilaku si biadap itu ke dalam belog saya. Memandangkan ini belog peribadi, adelah menjadi tanggungjawab kepada diri sendiri untuk berlaku adil. Tak perlu sesiapa susah payah berfikir untuk judge ke apa, ini adelah urusan saya dan dia :) 

Ini kejadian weekend lepas. Infact mungkin dah lama, tapi baru disedari. Mula mula saya acah tak acah aje membaca luahan keji dia itu di laman sosial. Mana buleh disangka. Sebab sebelum ini dia tak pernah menunjukkan reaksi marah atau gila terdesak pada saya, lepas kejadian mahu meminjam wang ribu ribuan ringgit itu dari saya. Mana mungkin dia seteruk itu, lagipon saya telah jelaskan jangan berharap sangat wang yang diminta, kerana saya tidak bekerja, jadi mustahil untuk dapat sediakan cash sebanyak dan secepat itu, dan saya sama sekali tidak akan mengheret suami atau ibubapa dalam hal pinjam meminjam ini. NEVER.

Setelah dibaca berulang kali, dan mendapat bukti bertulis (yea memang aku carik sampai lubang cacing bukti engkau yang sebenarnya menganiaya aku ) saya rasakan ada sesuatu yang fishy dalam kenyataan dia itu. Dia memang tujukan kepada saya, bersama tokok tambah cerita supaya saya dipandang perempuan paling buruk dan jahat, maka dialah pihak yang paling teruk dianiaya oleh si perempuan jahat ini.


Banyak sangat penulisan dia yang menghina dan mengkenen kenenkan saya akibat dia tidak mampu mendapatkan wang dari saya. Dan sebelah itu antara bukti bertulis yang saya dapatkan mengenai keterlanjuran kata kata dia di belakang saya. Bagaimana dan dari siapa itu tidak penting. Sebab saya memang  tidak akan membuang masa untuk mengetahui tentang hidup dia tanpa sebab. Bila dia berani mengheret nama saya, maka dia harus lah menerima pembalasan nya juga.

Kepada kamu si biadap :

Engku ingat aku ini jenis yang bagaimana yea? Diam dan takut apabila kau mula memperlekehkan aku sebab nak menagih simpati orang. Engkau totally tukar cerita, dan bila mendapat sokongan pengikut engkau, maka lagi hebat engkau berdrama? Macam bagus sangat kan kau.

Engkau ingat engkau ni siapa mahu menjadi kurang ajar dengan aku? Engkau jangan ingat aku ni jenis senang bagi muka dengan orang macam kau. Engkau sedar tidak bila engkau datang rumah aku, macam mana keluarga aku semua melayan engkau dengan hati yang besar dan banyak dengan kasih sayang? Tergamak engkau kan? 

Tiba tiba engkau menjadi marah tak tentu hala kenapa? Bercerita, mengumpat, berkata dusta di belakang aku. Ape kena mengena duit aku, duit suami aku, duit mak bapak aku, ke mana aku nak pergi, apa aku nak makan dengan hidup engkau? Apa motif engkau mengeji aku pada kawan kawan aku jugak? Engkau nak menagih simpati orang? Sebab aku tak bagi engkau duit ribu ribuan itu. Engkau sangat keji kan?

Engkau ni betul ke tidak? Atau Engkau dah hilang pertimbangan hidup? Tolong jaga mulut engkau, sebab benda nih tak akan habis di sini.

Here we go

Aku tak faham apa yang dia sakit hati sangat dengan aku, padahal depan aku bagai nak rak bermanis mulut kalau bersembang bertepuk tampar. Rupanya engkau guna muslihat yang sama pedayakan kawan kawan yang lain jugak? Jadi aku ini di tangga ke berapa yea carta mangsa tipu fitnah engkau?

Apa yang best sangat kehidupan aku dengan suami aku ni sampai masing masing nak terhegeh hegeh mengambil tahu, bercerita di belakang aku? Seriously perangai macam mak nenek. Apa yang aku ada dan kau tak ada, sampai aku kena buang masa tak semena mena nak menganiaya hidup kau ke apa? Engkau betul ke tidak?

Engkau ada suami, engkau ada anak anak. Kenapa tak jaga anugerah Allah itu sebaiknya daripada nak menjaja kisah kehidupan aku dan suami. Aku pon bukanlah siapa siapa yang engkau nak iri hati. Lawak. Mari gelak. 

Akhirnya engkau kata, aku yang menganiaya hidup engkau sebab tak tolong bagi duit kat engkau. Engkau ni betul ke tidak? 

Eeee geli la statement engkau yang bertubi tubi itu. Macam lah aku terhegeh hegeh sangat ada masa nak menganiaya hidup engkau, lain lah engkau buleh bagi pulangan profit pada aku. Tolong lah.

Ini antara bukti yang aku dapat. Nasib engkau memang baiklah setakat ini.

Engkau cakap memang kau tak bersalah langsung, kononnya ada manusia lain pulak yang menganiaya hidup engkau dan aku, kenapa perlu sembunyi sembuyi menghantar pesanan pada aku malam itu?  Laaaa... engkau ni siapa? Apesal ramai sangat yang nak menganiaya hidup engkau nih? Dah tak pasal pasal engkau seret aku sama untuk menjadi gang kumpulan wanita teraniaya? Sorry about that yea. Aku tak pernah rasa seteruk macam engkau. Sebab hidup aku penuh dengan limpahan kasih sayang. Wang ringgit mungkin tak semewah orang orang lain, tapi apa yang kami miliki hari ini adalah rezeki dan kerja keras suami aku. KERJA KERAS. Kalau lah engkau faham kerja keras tu macam mana kan..

Sekali lagi, aku sedikit tidak terjejas dengan apa yang engkau buat. Jadi, apesal engkau asyik menghantar pesanan pada aku, minta maaf dan harap dilupakan apa engkau buat? Apa kata engkau tulis balik apa yang engkau cakap seperti engkau mengeji aku di lama sosial itu? Engkau ni betul ke tidak?

Aku beranggapan bahawasanya engkau adalah seorang manusia yang biadap, tidak bertimbang rasa, tidak bersyukur di atas nikmat apa yang engkau terima, penuh dengan tipu daya, fitnah. Dan juga bodoh. Memang engkau berjaya membawa kemarahan aku, dan belum reda. Itu memang engkau berjaya. Kalau dari segi lain aku memang tak terjejas langsung. Sebab aku bukan jenis manusia yang tak beriman dan tak ada pedoman hidup. Kalau setakat hilang seorang manusia macam engkau dalam hidup aku, Alhamdulillah. Aku memang bersyukur sebab Allah bukak mata aku awal awal. Aku tak perlu meyakinkan kawan kawan yang lain pasal engkau, seperti yang kau lakukan bersungguh sungguh untuk menjatuhkan aku.

Kau lihat, Allah Maha Besar tahu tidak.

Kalau aku di tempat engkau, memang aku dah lama takut dan mintak maaf secara terang terangan bukan curi curi hantar private message sebab risau kantui dengan orang lain pulak. Masa engkau menyalak mengeji aku, kenapa engkau tak heran? Sebab engkau buka cerita aku yang menganiaya hidup engkau kan. Apesal engkau tak beritahu semua orang, pasal duit ribu riban yang engkau nak dari aku? Apesal engkau tak bercakap terangan terangan pasal kehidupan aku yang engkau kalutkan dan fitnahkan itu? Engkau ni betul ke tidak ni?

Jadi secara keseluruhannya apa yang aku  buleh rumuskan adelah engkau MEMANG cemburu dengan aku. Tolonglah terima kenyataan itu. Bila engkau susah, engkau mahu aku sama sama jadi susah macam engkau. Masalahnya engkau yang mencari susah, lepas itu mahu orang lain bertanggungjawab tidak semena mena?  Bila engkau tak dapat yang engkau hajatkan, engkau tabur fitnah dan menghina di belakang aku.

Sila lah jadi manusia yang tidak kurang ajar dan berfikiran terbuka. Nak warning aku yea? Nak menghentam aku dengan benda benda murahan yang engkau copy paste tah dari siapa. Aku rasa engkau patut selak dan fahami dulu sebelum engkau berniat untuk tujukan pada sesiapa. Lihat diri sendiri dan jadilah sedikit cerdik, walaupon tidak secerdik aku. Itu kenyataan, kau lihat..kadangkala kenyataan memang susah untuk ditelan.

Memandangkan engkau begitu lantang secara terbuka menyerang aku, aku berhak memberi respons cara aku jugak. Dan aku dah buktikan yang aku sendiri bersemuka bertanyakan pada engkau, walaupon bukan bertentang mata lagi. Aku bukan pengecut macam engkau. 

Pendek kata, Engkau memang kawan tak guna.


Jadi tak payah nak sorok sorok mintak maaf, sebab aku dah betul betul tak kuasa nak membaca tulisan engkau.


 Kalau ilmu panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Engkau tahu buruk padahnya.  

Tuesday, September 25, 2012

Well, i can't think of a catchy title!


Kahkahkahkah!! 

Tolong pingsan sekarang! Anda sememangnya berada di belog yang berprofil tinggi!

Friday, September 21, 2012

Nasi daging Utara uolss..

Foto instagram cik puan besaq. Ternyata instagram adelah botox di alam maya. Suka gila.


Sebelum tido malam semalam sudah berangan angan walau apa pon terjadi nasi mesti dimakan oleh aku. Heh heh heh. Maklum lah sudah tiga hari tidak bernasik. Bukan tak memasak, memang memasak bagai nak rak saban hari, tapi akibat lemak sudah meningkat ke 50kilo dengan bangganya, takut hoih takut. Aku pon nak lah jugak merasa selim melim macam Duchess of Cambridge itu kaannn. Tapi itu untuk tiga hari aje larr, hari ni pepagi buta dah rendam beras, nak bagi panjang panjang sebab nak masak nasi daging, Omaigod. Duchess of gemoks haddoo.

Akibat keperihatinan sang suami, sejak puasa hari tu memang kami sepakat mahu menggunakan beras herba ponni kalau memasak di rumah. Basmathi dah jarang jarang digunakan, tapi bila balik penang macam biasalah punah semua cita citaku. Kini dah sambung balik memakan makanan berkhasiat gituu. 

Tips cik puan besaq, ewah ewah : Beras ponni nih kan kecik kecik dan ringan, kalau nak panjangkan sikit buleh lah direndam selama  1-2 jam sebelum memasak yea kawan kawan.

Bahan bahan 

Daging batang pinang, kalau nak extra lembut dan juicy lah kan. 
Minyak dicampur sedikit mentega

*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia
*Bunga cengkih
*Bunga lawang

Daun pandan
Serbuk kayu manis
Rempah sup tulang Adabi
Tomato soup, kalau takde buleh gantikan dengan tomato puree. Kalau ade lagi baguih la, sebab keharuman dia yang agak luar biasa.
Garam, gula secukup rasa

Paste nasi daging

2 sudu besar rempah kurma
Bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar
Campurkan semua sekali, dan letak tepi. Jangan kacau.


Memula masak sup daging dulu.

Sup daging

Tumiskan bahan bertanda * bersama sup Bunjut tulang Adabi. Nak guna jenama lain pon takde hal, aku guna yang ini sebab mom dah ajar dari memula, taknak lah menderhaka kan. Ha ha ha

Bila dan wangi dan sedikit garing, masukkan daging dan air. Masak dengan api perlahan sampai daging empuk, kira macam masak sup biasa lah kan. Itu pon nak kena ajar ke? Engkau ni ponn..

Lepas siap masak sup, masak lah nasi nye pula..see, senang kan.. dalam pada tu buleh lah jugak kuarkan bahan bahan untuk buat air asam jugak. 


Nasi daging

Tumis bahan bertanda * daun pandan, dengan mentega dan sedikit minyak.
Masukka paste nasi daging yang dibuat tadi, masak hingga pecah minyak dan menjadi wangi macam nasik kenduri kawen engkau.
Masukkan 2-3 sudu besar tomato soup/tomato puree, dan kacau lagi jangan putus asa.
Masukkan beras yang telah ditos, kacau sebati.
Curahkan sup daging yang dah siap dimasak tadi perlahan lahan ke dalam nasi, ikut sukatan macam masak nasi biasa lah. Cuma bezanya tak gunakan air kosong, digantikan terus dengan sup daging.
Perasakan dengan garam dan gula, kalau nak sedap masukkan aje sedikit serbuk Knorr secukup rasa tu, dan masak nasi seperti biasa.

( Daging kalau nak dimasukkan sekali dengan nasi pon buleh, nak diasingkan untuk dihiris nipis kemudian pon buleh, ikut citarasa tekak masing masing )


Taraaa siap, senang aje kan tak payah tunggu kenduri, masak sendirik pon menjadi nokzz. Kalau kat Penang, memang selalu sangat dapat makan nasik daging, nak nak masa bulan puasa. Moreh kat sana memang nasik dagingggg memanjang. Kami lah perut perut yang bahagia bila pulang ke kampung. 


Aku selalu makan nasik dengan sup sampai licin. Lepas tu cicah daging dengan air asam sambil ratah banyak banyak. Dapnya dapnya!


Dua tiga hari yang lepas, telah memasak bihun goreng singapore. Malaysian yang masak, singapore yang tak semena mena mendapat nama apesal, eh tak paham haku. 

The Other Half punya lah suka, walaupon dia bukan pemakan bihun dan mee yang tegar macam aku. Sambil makan sambil puji yang tak buleh tahan tu.

Aaah, that guy itu sememangnya sweet :)


Bihun singapore idaman kalbu. Ada udang, ayam, dan sedikit sayuran. Elemen penting adelah sambal kicap itu. Malattopppss uolsss.


Sekarang buleh berehat. Isnin depan pulak kita masak yo. * Haar haar haar *semput lagi* :P


-Sash-

Friday, September 14, 2012

Soup daging black pepper, katanye


Lumrah isteri zaman sekarang, sampai ke dapur mengusung ipad sebab nak gali recipe supaya dapat masak sedap sedap untuk suami. Tak susah mana pon nak mencari pahala sebenarnya. Ting!Ting!Ting!


Dah berhari hari tak memasak di rumah, maklum lah tengah berliburan bersama ibubapa. Jadik hari ini terpaksa memulakan kembali tugas rasmi di work station.

Sudah teramat jemu makan kari, rendang, kari, rendang lepas tuh cicah pulak nasik impit dengan kuah kacang setiap minggu, bila timbang berat badan aje, buleh membawa kepada meroyan tak tentu hala. Help!

Jadik hari ini kembali kepada diet seperti sediakala, nasi separuh ratah lauk dan sayur, malam makan buah buahan sampai kenyang sambil tengok The Other Half melicinkan semua masakan itu.

Sabar yang sedikit buleh membawa kepada kemanisan hidup selamanya gituuu :))

Kalau nak makan sedap, tapi malas nak catwalk lama lama di dapur, tolong lah cuba recipe di bawah ini. Sumpah sangat sedap, Kim K pon buleh kecur ayaq liuq uolsss..

Soup daging black pepper

Daging dihiris nipis
Bawang merah
Bawang putih- dikisar
Halia-dikisar
Serai
Bunga lawang
Cinnamon powder
Black pepper sauce
Oyster sauce
Kicap manis & kicap pekat


Lumurkan daging bersama bawang putih dan halia. Biarkan diaorang bermesra sebentar, jangan kaco. Jangan.

Tumis bawang, halia, serai, bunga lawang, hingga wangi dan garing. Masukkan daging tadi, dan sedikit air. 
Masak dengan api perlahan.
Masukkan cinnamon powder.

Kemudian tuangkan sedikit oyster sauce, kicap manis dan kicap pekat. Black pepper sauce pulak dicurahkan banyak banyak. Sebab lagi banyak black pepper, lagi bertambah lazat daging ini, dan bertambah tambah lah pujian dari sang suami kelak :)

Tambahkan sedikit air dan masukkan ubi.
Masak hingga kuah menjadi pekat. 
Garam dan gula tentunya secukup rasa.



Nampak tidak kelembutan daging batang pinang, bersama soup lada hitam tadi? Yum yum yum. Hidangkan bersama nasi yang panas. Kalau tak nak makan nasik pon tak mengapa, buleh dicicah bersama roti pratha jugak. Oh roti pratha jenama Kawan sentiasa menjadi penghuni tetap dalam magic fridge kami. Sebab dia adelah sangat sedap dan rangup. Tetibe plak.. Ha ha ha


Penting untuk sang suami. Kalau takde sayuran musti dia bebel dengan aku karang. Paling cikai pon kena ade salad dan kawan kawan mereka. 

Mak aaiihh, kang i bagi sambal belacan dengan petai baru padan muka dia..Hikhikhikss


Okay dinner sudah siap sedia, buleh lah berehat dan berangan angan sebentar. Letihhhhhnyaaaaa.. haar ..haar.. haar *semput kunun* :P

Tuesday, September 11, 2012

I wanita braces

Transformasi 2010, 2011, awal 2012 dah terkini. Ecececeh. Sedar ruang yang ada, kalau tak suka tengok, sila keluar sekarang. Kahkahkahkah


Bukan mudah untuk menjadi seorang pembraces ( pemakai braces lol ) sebenarnya. Macam macam gelaran aku kena tadah telinga selama ini. Gigi besi lah, gigi kawat lah, ugly betty dah tetap tetap. Masa raya kalau datang sedara mara yang macam mak nenek pulak dia akan buat buat terkejut, eh eh kenapa gigi tu? Sakit ke macam gitu? 

Hew hew hew

Aku gelak sebab aku jenis yang akan masuk telinga kiri dan keluarlah dikau dari telinga kanan dengan segala hormatnya. Setakat benda benda cikai macam gini dah macam makanan ruji aku, banyak lagi benda benda yang memerlukan perhatian emosi aku dari melayan species mak nenek ini. Okay tutup cerita.

September 2011 Aku bersembang sembang dengan The Other Half dan meyakinkan dia untuk pakai braces. Ekceli dah lama, kalau godek balik entry dulu kala dah banyak kali aku pasang angan angan nak pakai braces bagi gigi cantek. Lumrah lah manusia, wanita pulak tu musti nak cantik kot. Bila dia dah setuju 101%, esoknya pagi pagi terus aku menelepon clinic dengan gigihnya.

October 2011 Appointment dengan ortho yang pertama. Xray, molding dan extract gigi terus hari tu jugak. Kalau sebelum datang tu nurse bagitau awal awal memang kena cabut gigi, sah sah aku tak pegi lagi kot. Cuak bukan main, nak kencing berkali kali semua cukup. Aku nih pulak bukan jenis penahan kencing dengan jayanya. Ortho cakap memang 4 batang gigi kena cabut, tak lebih tak kurang..adehhh. Nak cantik punye pasal bertabah lah aku. Seminggu cabut dua batang, kau mampoo?? 

Sembang pi sembang mai, lepas selesai mengorbankan empat batang gigi yang precious itu, campur tolak sakit dan rompang, hujung bulan October ortho pasangkan aku braces untuk gigi atas dulu. Punya lah aku eksaited pagi pagi buta dah terpacak depan clinic. Seperti biasa jugak, The Other Half akan merekodkan saat saat terindah itu untuk tatapan anak anak kami kelak. Betap beraninya mummy pakai braces :))

November 2011 Mahu seminggu juga aku tak buleh makan nasik langsung. Ayam goreng, pizza, pasta tak payah nak berangan tengok. Bubur nasik bersama bayam atau mashed potato sahaja yang buleh makan. Sengal, ketat, sakit macam macam haddooo. Itu kalau makan lah. Kalau tak makan, okay aje takde lah sakit berdenyut denyut setiap masa macam sakit gigi tu. Berat aku sampai mencecah 47 kilo masa tuh. Syiok aar.

Jadi setiap bulan aku akan berjumpa dengan ortho tanpa jemu untuk fixing. Memula mestilah aku pakai color pink. Hot pink gitu. Lepas tu bila dah bohsan, macam macam color aku cuba dari biru, hijau, purple dan habis semua koleksi color yang diaorang ada. Ha ha ha. Memang puas hati betul. Bila fixing, kesakitan adelah tidak sama seperti memula dulu. Tak payah telan ubat penahan sakit dah pon. Paling kurang susah nak makan, sehari aje sebab sedikit ketat. Lepas tu hari esoknya dah buleh mengunyah seperti biasa. Burger, goreng pisang, cekodok, ketupat dan apa saja lah yang dihajati oleh hati, semuanya aku sapu tanpa rasa bersalah. Takde masalah langsung.

September 2012 Pegi fixing macam biasa. Ortho sangat berbangga dengan progress gigi aku. Dia cakap kalau ikut umur aku kadang kadang lambat jugak gigi nak bergerak maklumlah dah lewat remaja kan. Hahahahaha. Tapi gigi aku baik, tak degil. Jadi dia pon anggarkan, kurang dari 6 bulan lagi aku dah bebas dari braces. Aku jadi sebak tetiba. Hahahahahah. Biasalah mak kan emosi. Aku dah lama dengan braces, braces adelah separuh dari aku. Braces dah buat muka aku macam di cocok botox, omaigod. Jadik mestilah aku gila sayang sampai mati kan. Lepas nih, aku cuma perlu pakai retainer tiap tiap malam sebelum tido aje untuk mengelakkan gigi aku jadik rosak balik, maka sia sia lah pengorbanan aku selama ini. Itu kawtim, takde hal punye..Sedangkan buat laps pon aku tak goyah, inikan pulak menjaga gigi kan nokzz..


Aku kira pelaburan sebanyak 3k++ untuk braces ( termasuk penjagaan dan keseluruhannya ) adelah sangat berbaloi. Kalau aku guna duit tuh membeli belah merapu meraban belum tentu aku berpuas hati sebanyak ini.  Ramai yang tegur, muka dah lain, ade yang cakap sebab kurus ke atau sebab dah gemok ke, macam macam lagi lah. Ha ha ha

Bila pakai braces, memang dia akan mengubah struktur muka kita, sebab anjakan rahang akan membuat muka kelihatan sedikit runcing ( ortho aku cakap laa ) Tapi aku pakai braces bukanlah sebab sebab ini, memang aku sendiri pon tak tahu dari awalnya. Bila kawan kawan dah tegur, baru lah aku sedikit perah-santan. Ha ha ha ha Yang penting, aku nak lebih berkeyakinan dan rasa cantik di mata suami. Kalau orang cakap buruk pon tak apa apa, sebab duit laki aku kau haddoo? Hewwww.

Jadi kepada sesiapa yang berhajat dan bercita citaan untuk memakai braces, ataupon merasakan perlu untuk berbraces dengan alasan apa saja pon, jangan tunggu lama lama. Percayalah ini adelah pelaburan seumur hidup yang paling berbaloi yang pernah aku buat. Bertabah lah demi kepuasan hati yang hakiki. 

Klinik Pergigian Bangsar
03-2284 5228

Takde potongan harga pon kalau sebut nama aku kat clinic tu, hahahaha.. saje aar berkongsi apa yang aku rasa patut untuk semua tahu. Ortho dia pon okay, buat aku rasa selesa dan tak takut takut lagi :)

Friday, September 7, 2012

Omaigod It's Official


Kahkahkah! Okey tajuk itu adelah dari seorang yang over. Dengan rasminya kunun, naseb baik belum beranak pinak kot.. Jeliksss please.

Akhirnya kad yang menjadi idam idaman The Other Half telah berjaya menjadi milik dia dengan mutlak. Punye lah eksaited bukan kepalang, mengalahkan hari nak pegi menikah aje, eh tak paham betul lah aku. Banyak faktor faktor yang mengahalang kami untuk membuat kad ini masa awal awal dulu sebab dia macam leceh. Dari pejabat agama daerah pegi amik borang, isi semua esok masa pegi hantar semula, kena ke pejabat agama negeri pulak dah. Dah lah kedua dua pejabat ini memang berjauhan antara satu sama lain dari rumah aku. Pegi sana sembang pi sembang mai, kena datang hari lain pulak. Naseb baik mak bukan retis hot nokz, kalau tidak dok asyik naik pejabat agama aje, memang bakal dikejar paparazzi lah sangat. Aaacaner?

Ahahahahaha..Gurau tu gurau.. 

Pengalaman yang paling bermakna, bila berurusan dengan mereka mereka di sana, kena lah bawak banyak bersabar dengan soklan soklan yang aku sendiri pon pening nak menjawab. Muka kena senyum banyak banyak, walaupon diaorang main jeling jeling macam nak aje aku cungkil mata sorang sorang. Oopss.

Berkat kesabaran selama dua hari dua malam itu, dapat lah jugak kami dua keping kad ini sebagai bukti cinta abadi hingga ke syurgawi uolsss. Waahhh gitteww..Kad ini sekeping 15 hengget, bukan beli satu percuma satu okeh. Ha ha ha.

Naseb baik buleh dapat cepat walaupon memula diaorang cakap hujung bulan baru buleh datang ambik. Okay laa watevaaa.. aku dah malas nak nak pikir pasal nih, janji sudah selesai dengan jaya nye. Bukan apa, kad ni jugak nak digunakan untuk salah satu urusan rasmi The Other Half yang dah tertunggak, kira selesai lah jugak masalah dia kan.


Malam itu jugak, satu keluarga pegi meraikan hari nikah kami secara rasminya seperti tertera di kad itu dengan men-makan nasik kandaq beratur sorang sepinggan setengah. Hahahahaha. Lihatlah rakan rakan budiman, kegemukan aku selama berminggu minggu di kampung halaman, mom cakap gemuk sampai mata sepet tak buleh bukak. Mother!! :))


Duniya
Aku telah dimiliki.
Duniya
Lihatlah
Cinta antara dua benua kami!



-Sash-

Monday, September 3, 2012

Post-raya stories

Cerita Aku

Sudah kembali ke pangkuan kuala lumpur. Rumah masih cantik seperti dulu. Ha ha. Raya pon dah habis. Yang tinggal hanyalah sakit baki kueh raya dan separuh kek yang mom buat sebelum kami pulang. Dan ada juga sedikit bekalan serunding daging.

Bangun pagi, kemas rumah, basuh baju dan ajak suami membeli grocery seperti dulu dulu. Stock bekalan makanan perlu dilengkapi di dalam magic fridge yang dah lama menjadi usang, sebab yang ada cuma sedikit minuman ringan kegemaran, dan makanan kering.

Maka rutin memasak pon bermula lah hari ini. Rindu pada kampung halaman ada lah jugak sedikit, tapi tak apa apa, sebab bulan depan Insyaallah akan ku pulang lagi. Hoyeaah.


Jeruk betik pedas. Mak aaihh, kalau pegi Chowrasta wajib beli betik nih selain dari amra dan mangga muda. Beli sikit sikit aje, ambik syarat katanya. Tahu.. memang tak elok kalau makan benda alah ni selalu, tapi kalau dah sampai kecur air liur kalau lalu ke situ mana buleh tengok saja kan. Beli sebungkus, campur dengan mangga muda. Ini pon memang buleh tahan lama. Sebab aku sorang aje yang makan. Yang lain semuanya penjaga kesihatan terlampau, payah nak cerita! :P

Cerita Dia

Hari bekerja keras untuk sang suami pon sudah bermula. Dia dijangkakan menjadi sangat busy sehingga awal tahun depan. Paling busy bermakna banyak akan melakukan perjalanan sambil bekerja dan isteri ini akan sedikit sebanyak ditinggalkan sehari dua. Okay itu sedikit sedih. Tapi kenapa aku menaip sambil tersengih sengih pula? 

Yang gembira, adelah kami sedang menantikan perkabaran kot kot lah ade rezeki ditempatkan untuk beberapa tempoh tertentu di negara itu untuk project yang sedang diusahakan. Tak kisah lah bila, sebab aku dah sepenuh jiwa bersedia ke arah nya. Hahahahaha. Itu kalau ade rezeki. Kalau tak ada pon tak mengapa, Allah dah tentukan. Hidup macam sekarang pon dah cukup buat kami bahagia. Adalah jugak kekurangan sana sini, biasalah manusia.. mana ade sempurna kan. 


Makan berempat. Tapi yang dua itu makan acah acah aje , yang lagi dua memang betul betul punya makan. Habis nasik, ratah lauk pauk pula. Naseb baik mendapat ibubapa yang budiman dan suka bagi anak anak makan non stop. Hahahaha

Cerita Raya

Seronok beraya uolss? Kitaorang puas sungguh beraya lama kat kampung halaman. Punye lah tido makan aje kejenya, sampai berkilo kilo lah naik lemak di badan masing masing tidak terkira kot. The Other Half sampai diserang demam bila jejak aje kaki di sini. Demam sebab terlebih makan ke demam sebab rindu tak dapat makan sesuka hati macam di Penang? Tak dapat nak dipastikan lagi kesahihannya. Harap harap tak berjangkitan lah dengan aku, karang banyak keja yang tak menjadi. 


Char Koey Teow terbestest dekat rumah. Kalau balik sana tak pegi makan, memang mengundang nestapa lah jawabnye.. Aku seperti biasa mesti yang special punya, sebab ada udang banyak. Makan pulak dengan cili jeruk.. Malatopsss nokz!

Cerita Langkawi

Pertama kali kami berdua ke Langkawi menaiki boat.  Gila punye best. Rupanya tak jauh mana pon dari rumah ke Kuala Kedah. Dad yang cadangkan, walaupon mula mula memang lah aku berasa was was, sebab tak tahu macam mana keadaan bot tu nanti. Nak nak pulak, asyik hujan aje dua tiga hari lepas raya masa tu. Mom pon tak berapa nak setuju sebab dia memang penakut laut. 

Pegi sana dengan tujuan utama nak membeli kelengkapan dapur macam mak mak orang. Yang kedua nak bermadi manda di pantai sampai puas hati. Aku kan wanita pulau. Mana buleh aku tengok laut tanpa berbuat apa apa begitu sahaja.

Masa perjalanan pulang, dad bawak pegi makan laksa teluk kecai. Yum yum yum. Diaorang cakap kuah laksa ini adelah dari belud? Betul ke? Aku sapu jugak semangkok licin..



The Other Half memang tarik muka sepanjang nak naik boat dari Langkawi sebab kena heret berkotak kotak akibat perbuatan aku di sana. Hahahahaha. 

Cerita hari ini

Aku terpaksa masak di rumah. Dah dibeli macam macam jenis punye periuk belanga, kalau tak nak masak jugak memang carik penyakit lah sangat kan. Hahahaha. Dulu selalu cakap, periuk besar takde, periuk kecik kurang, pinggan tak cantik menyebabkan kurang selera nak makan di rumah, sekarang ini aku sudah tak buleh nak bagi alasan tak mau masak lagi, bila tengok kembali akan bahan disaster itu.


Thai pumpkin soup bersama chicken. Pertama kali masak macam gini, dan menjadi sangat sedap. Buleh makan dengan nasik panas panas, cicah bersama roti atau dihirup begitu aje. Siang malam pon takde hal, bulah aje makan tanpa henti. Penangan masak dalam periuk baru kot. Hikhikhikss.