Tuesday, October 16, 2012

Fishball soup bersama noodle yang sedap

Kalau men-makan nasik tetiap hari mesti menjadi bohsan kot. Nak nak lagi selepas seharian melakukan kerja kerja penyentalan dalam dan luar rumah. Terus tak lalu nak makan sebab malas nak masak lauk pauknye lagik. Itu yang betul. Malas dan letih adelah sama banyak, tak kurang tak lebih. 

Dari pagi lepas The Other Half pegi office sampai ke petang baru selesai kerja rumahtangga. Kira lepas Asar baru mula masuk kitchen, carik bahan nak memasak pulak untuk makan petang hatta dinner lah sekalu gus. (Itu kalau hari aku terlebih rajin lah kan)

Nasib baik dia tak keje dari rumah minggu nih, kalau tidak sah sah kena masak setiap hari sebab kesian kat suami, takkan nak suruh hadap lauk tapau aje kan..Baik lagi kalau memasak kat rumah, lagi selera dia makan walaupn menu yang simple aje, pahala pon dapat lebih *Ting*Ting* 

Tapi kadang kadang terbabas jugak, akibat manja, takde mood masak memanjaanggg. Lumrah lah itu.


Tapi semalam si manja memasak yang ini. Hek hek hek


Simple and light tasting food. Fish ball soup bersama noodle dan sedikit sayuran. Geram sangat kalau tengok fish ball dan fish cake yang gebu gebu dan sangat fresh. Kalau digoreng dengan sayur karang kecut dah tak cantik, apa lagi terus teringat simple noodle soup macam kat chinese restaurant yang kami suka makan itu. Sedap kot. 


Best jugak makan cengini, hujan hujan pulak tu. Dalam mangkuk i mesti kena ade sambal kicap yang dicurah banyak banyak. Perggghh malatopsss uolss! Makan sambil kesat peluh tak pedulik dah ribut taufan yang melanda di luar.


Bok choy perlu lah di steamed kan bersama sedikit sesame oil. Kalau nak guna olive oil pun buleh, tapi rasa dia tak sama lah nanti. Kemungkinan tak sesedap macam aku masak nih. Ha ha
Fish ball dan fish cake buleh dibuat soup sekali, takde hal.. kalau nak campur bahan bahan lain pon buleh jugak, ikutlah selera tekak masing masing. 


Sila lah makan bersama soup yang panas panas, pertama sekali mesti kena ratah fish cake yang dicicah sambal kicap itu. Rasa pedas sikit, manis sikit, rasa sesame oil kat hujung hujung dia, kiranya complete lah rasa ape yang engkau nak. Tak sia sia masak noodle soup macam gini sebab The Other Half pon suka walaupon dia bukan lah penggemar noodle sangat. Untuk dia aku letak sikit aje noodle tu, tapi fishball dan sayur sampai penuh mangkok. Licin hokey :)


Custard cocktail pon dah memang menjadi menu tradisi kami sejak dua menjak ini . Hari hari kalau memasak kat rumah mesti ade menu pedas dan manis. Paling cikai pon kalau dah malas sangat, kena buat fruits salad. Baru buleh tersadai dengan senang hati. Hikhikhikss.


1 comment:

  1. cocktail....yummmyyy.... lately nih cravings for sweets...kalo preggy tak per gak...ni preggy lemak jer perut nih...muahahaha

    ReplyDelete