Sahur pertama. Sup ayam berempah, tapi tak lalu makan dengan nasik I gantikan dengan beehun. Si husband hanya mencicah dengan roti. Lepas tu, makan kitkat bersama tamar. Ha ha. Bangun pukul 4.45 pagi. Lepas subuh sambung tido balik sebab tak banyak aktiviti nak difikirkan awal awal macam gini. Jadi bangun pon sedikit lewat dari biasa. Heeeee.
Alhamdulillah. Dah dua hari berpuasa. Pening pening akibat caffeine withdrawal pon sudah makin kurang pagi tadi. Kalau tidak mesti menonong pening kepala bukan kepalang, morning sickness pon tak seteruk itu. Eh? LOL Kesian aku. Peminum tegar coffee memang begitu. Masa sahur minum sikit aje bagi cukup syarat.
Kemarin masak yang biasa biasa. Macam selalu aku dok masak kat rumah. Tapi tetap meneruskan niat untuk buat entry sebagai kenangan hari pertama berpuasa pada tahun ni. Walaupon menu tak meriah, tapi mampu menyebabkan perut kami berfiesta gembira selepas berbuka.
Foto foto adelah sedikit over bewarna akibat diedit dari instagram.
Nasi biryani rempah asli dari pakistan makaaih..sedddaappp bergabung bersama ayam masak rose. Masak lebih untuk makan waktu sahur, tapi tak cukup jugak. Mana taknya, malam sebelum tido pon tibai sorang sepinggan. Tapi ayam memang banyak lagi, buleh simpan dalam fridge, nanti buat bekalan masa masa darurat tak sempat masak. Hahahahahah.
Ada jugak sayur campur masak kalia (guna rempah dari penang.. seddappp. Kalau perasan, kat penang.. waktu kenduri mesti ada sayur masak rempah macam gini) Wangiiiii dan sangat sedap. Rempah tuh buleh guna untuk masak daging jugak. Goreng ayam pon sedap. Kira semuanya sedap belaka lah, dan senang kerja memasak. Ha ha. Kalau yang susah susah memang aku takkan cerita punya dalam belog nih, sebab tuan belog pon malas kemain kot..
Pastuh buatkan jugak salad. Sebab bila dah makan biryani bagai nih, panas lah tekak dan perut nanti, jadi bila ada fresh yogurt akan jadik seimbang lah jugak kan.. Senang aje, campak ape yang kelihatan pastuh gaulkan semua. Tambah sedikit gula and taaaadaaaa siap.
Dessert nya pulak kitaorang belasah sweet dumpling, husband bawak balik dari mana ntah. Tak sempat nak belek lama lama kotak dia sebab lapar. Ha ha
Selamat berpuasa pada yang puasa. Macam setiap tahun, impian diri ini adelah untuk berpuasa penuh. Yeah penuh :) Ya Allah makbulkan lah doa kami ini :")
slmt berpuasa sash,kami nak kampong esok huhu....bulehla sakan bermenu haha
ReplyDeleteehh nak kampong pulak,nak balik kampong la haha.maap la terexcited maklumla nak jumpa si kecik...
ReplyDeleteSyokknyaaa depa! Balik sampai raya ke apa ni? Heheheheh.. Kami balik hujung bulan..lambat lagi. Huhuhu
ReplyDelete