Thursday, July 18, 2013

Nasi mandy lagi

Entry sejak dua menjak nih haruslah bertemakan makanan memanjaangggg yer tak. Bertabahlah mata dan jiwa. Kalau tak berkenan tolong keluar cepat cepat. Tolong. HEH.

Sebenarnya kan.. sebenarnya entry nih dah lama dalam draft. Kira malas sungguh sampai puasa ke 9 baru buleh bukak dan edit balik. 

Hari tuh teringin lagi nak makan nasik arab. Kira dah lama jugak tak masak macam gini kat rumah akibat malas. Kali nih masak guna recipe yang lain dari selalu. Aku siap bukak youtube sebab nak tengok cara diaorang masak guna rempah kabsah/mandy untuk perap ayam tuh. Rupanya senang aje. Semua rempah ratus memang dah siap sedia, maka taaadaaaaa..

Rempah kabsah tuh adelah gabungan pelbagai rempah, aku tak ingat nama dia dan diperap ke atas ayam/kambing lalu ditumis bila nak masak nasik tuh. Nanti bebila free InsyaaAllah akan dikongsikan kat sini. Janji!


Ayam tuh dah siap perap awal awal lepas sahur. Petang baru mula masak. Cara memasak nasik tetap sama, cuma kali nih guna rempah buatan sendiri ehsan dari recipe youtube lah. Wallaaaaa! 

Memang menjadi dan sedap sesangat. Mungkin jugak sebab masing masing berpuasa, jadik kau letak apa saja pon jadik sedap dihadap kot? Dasar begitu. LOL



Dekat dua jam jugak bersilat kat dapur petang itu, lepas siap memasak semua kaki tangan jadik sengal lain macam. Lepas tuh sampai hari nih aku tak masak dah. Hahahahahaha.


Semalam punye teringin nak makan yong tau foo, dari TTDI sampai ke sg penchala aku mencarik.. sorang pon tak menjual. Masuk keta, menangis teresak esak dalam hati. Kempunan bukan kepalang hokeh. Rasa down gila sebab tak dapat makan yang bercirikan soup begitu. Entahlah bulan puasa nih emosi mudah terguris. Rasa penat. Rasa tak berbaloi aku keluar susah payah. Pastuh balik dalam kehampaan. Waahh emosi apekah ini.


Harap harap sehari dua nih dapat lah jumpa idaman kalbu itu. sobsob +____+


Selamat berbuka puasa semua :)

1 comment: