Selamat Hari Raya semua. Raya lagi kan. Laaaamaaanyaaa rasa tak bukak belog sendiri apatah lagi belog orang. Walaupon dalam hati asyik tringat ingat tapi dalam hati jek la sebab...macam macam..
Balik Kampung
1. Dah nama pon raya kan. Memang bersungguh benor ler mokcik beraya. Balik penang dah hujung hujung ramadan, keluarga mertua pon datang bercuti lama jugak maka.. siang malam lah bawak jalan jalan. Aku pon amik kesempatan merayap lah jugak. Masak jangan harap lah, jenguk jenguk dapur setakat nak tengok menu apa tetiap hari. Best nyaaaaaaa begitu. Tapi itu dulu.
Sekarang balik rumah sendiri, aku lemah longlai. Goreng ayam pon rasa menggigil lutut, keji tidak? Ha ha ha. Sempat lah jugak pegi pasar ramadan kat sana sehari dua. Hujung hujung puasa tuh memang mom dah tak masak kat rumah, kitaorang makan luar aje. Tapi kalau kat sana walaupon makan luar aku tak kisah langsung, sebab baanyaaaak sangat makanan sedap sedap dan berbilang rasa. Paling cikai pon buleh pegi nasik kandaq. No hal langsung. Untuk tekak aku la.
2. Aku Letih
Sepanjang bulan puasa aku hilang berat sampai 3kg. Itu cerita sebelum raya la. Hahahahaha. Malam raya dah tak sedap badan, macam nak demam. Tonsils rasa lain macam. Memang dah lama tak kena macam gini. Punya aku jaga makan minum sepanjang puasa, berbuka minum air kosong banyak banyak, multi vitamin bagai sebab aku tau kalau kena demam memang aku teruk sebab kacau dengan si tonsillitis nih. Namun apa kan daya.
Pagi raya dah kena flu dengan demam semua cukup. Tapi Eid ur Fitr punya pasal, aku gagahi lah jugak bangun. Kang sapa nak pakai baju raya aku ooi? Ha ha ha. Tapi seriously badan sakit sakit, rasa tak best langsung walaupon berjovianista uolss :(
Mommies :)
Lepas solat raya, ramai dah kat rumah dengan sedara mara. Bila ramai maknanya aku kena sembang lebih. Bila banyak cakap, suara aku makin lama dah makin sexy dan taadaaaa bila petang aje punah segala. Suara pon takde, nak makan pon sakit tak buleh nak telan. Ketupat, lemang, rendang segala bagai langsung aku tak sentuh dah. Sedih gila. Sedih bukan sakit, sedih sebab tak buleh nak makan.. dah ler setaun sekali aje kot.
3.Dugaan lagi
Yeah.. I had a miscarriage bulan lepas jugak. Lepas demam, aku kena diarrhea sampai tiga empat hari. Kira dekat seminggu badan rasa sakit sakit luarbiasa. Macam macam ubat lah jugak aku telan masa tu kan. Mungkin salah makan atau memang tak ada rezeki kami lagi? Kalau nak fikir segala gala memang buleh gila kejap aku. Emosi sangat tak tentu hala masa tu. Sumpah sangat stress. Tapi sekarang dah tenang sikit :)
4.Redha itu indah
Waah. Cakap senang. Kalau buleh masa tu tak nak sape tahu pon biar aje aku susah sakit ke apa sorang sorang. Maklumlah kat rumah tengah ramai dengan family, jadi semua orang jadi panic kejap lah kot. Lepas tu bermula lah sesi pujukan, belas kasihan, tips memakan begitu begini Ya Allah.. dan yang sewaktu dengannya. Dari aku okay terus jadik tak okay kot. HEH.
Seriously masa tu aku rasa nak telan aje semua orang hidup hidup. LOL!!
Tapi suami sangat baik dan paling tak banyak bunyik, dia memang sentiasa sweet begitu..ewah. Dia aje yang faham nak handle amarah dan meroyaness aku. KAHKAHKAH
5.Pulang ke pangkal jalan
Dah selesai semua pantang larang, (walaupon hakikatnya bila dah rasa badan sihat segala bagai aku telan seperti takde apa yang berlaku) pulanglah semula kami ke alam rumahtangga. Husband pon dah masuk office, aku pon dalam redha lah jugak kena mula balik rutin harian seperti zaman zaman dahulu. Minggu nih masak manja manja aje, sebab letih mengemas dengan kain bajunye lagi berlonggok nak berlipat. Itu yang paling menguji kesabaran pada waktu waktu begini.
Itu aje cerita raya edisi tahun nih. Masih raya berdua. Alhamdulillah. Sekurang kurangnya masih ada teman menggila bersama.. tak begitu ? ;)
Jumpa lagi!
wuiih stylo giler baju depa,gempak..tkpa sakit tu kan dugaan.....semoga sihat selalu.selamat mengemaihhh...haha
ReplyDeleteHeh heh dah abih kemaihhh dah aaih. Ni yg dok main tenet pulok :P
ReplyDeleteSash, lamonye x hupdet...memacam cerita dah... AllahuAkbar... Ada hikmah disebalik ujian tu dik... Smg Sash dikurniakn kekuatan dan kesabaran, dan smg Allah menggantikan dgn yg lebih baik....Amin. Take care dik... Hugss...
ReplyDeleteInsyaaAllah kakak :)
ReplyDelete