Entah macam mana aku terdelete entry yang sebelum nih. Penat karang pon terasa lagi kot. Cheh. Macam penting sangat sampai rasa guilty gila pulak dah.
Jangan risau, takde sapa sapa kat sini yang ketinggalan entry penting berkenaan hidup aku sekeluarga. Hahahaha. Dasar attention seeker.
Cuma pelik kejap, sebab dalam phone aku, entry yang dah published dua hari lepas masih dalam draft.. jadik aku laju aje lah delete. Memang pantang betul kalau tengok draft banyak banyak macam gini, kacau mata aje. Yeah ocd di mana mana. Maafkan lah saya.
Semalam tak masak akibat merajuk. KahKahKah. Dah rupa menulis diary dah sash ooi. Kesian engkau.
Fitrah lah manusia.
Jadik hari nih aku kena tebus balik dosa dengan suami. Ha ha Tolong abaikan unsur yang tak membantu memberi pengajaran.
Nasik minyak, sambal tumis udang pedas kaw kaw punya, daging goreng kunyit bersama kentang, sayur kacang dan salad. Okay lah kan. Masak awal hari ni, lepas Subuh gigih cuci toilet, laundry bagai, breakfast pastuh terus masak. Pukul 12 semua dah siap sedia. Tenang jiwa aku bila semua kerja dah siap. Ada yang cakap kau tak bosan ke tetiap hari buat kerja yang sama kat rumah, dah la takde anak kan :)
Senang cerita. Kau suka ke tidak, aku tetap jawab..anak kan urusan Allah. Rumahtangga tanggungjawab sama sama. Kerja ke tak kerja, takde alasan nak biar rumah tunggang langgang, makan minum tak terjaga. Penat tetap sama. Takde sapa lebih takde sape pon yang kurang. Bila kita buat sesuatu dengan hati ikhlas, tak akan ada rasa bosan, takkan ada rasa tak berbalaoi. Kan kan kan.
Yeah entry nampak gaya macam syok sendiri sebab belog sendiri lah katakan, kau peduli apa. HEH
Tetibe.
Lepas masak, terus kemas semua. Rehat kejap, lepas tu solat. Selesai semua baru nak merasa lunch macam mana rupa. Sedap ke tidak. Terlebih masin ke apa masa nih lah nak tentukan.
Kang husband balik mesti nak tunjuk yang best best aje kan. Risau aku kalau dia makan tak sedap. Rasa malu dengan diri sendiri nanti tahap nak sorok muka dalam shopping mall. Eh?
Tapi orang tu jenis yang tak kisah sangat kalau bab makan, kalau dia dapat makan nasik dah rupa dunia dia yang punya. Nasik goreng pon layan aje lah labu.
Nasik minyak letak extra ghee. Memang wangi sangat. Kalau ikut mak dan mak mertua, masak lauk lauk lain pon diaorang suka letak ghee sebab wangi. Aku kurang sikit pakai, sebab takut cholesterol mencanak naik tentu hala pulak. Dah la melantak makan yang bukan bukan dari raya hari tu.
Ya Allah serious risau dalam hati.
Tapi sekali sekala tak ape kot. Lepas makan nasik nanti, kita kasi sumbat buah buahan pulak. Konon konon diet yang seimbang lah kan.
Okay lettew..
Bila kita buat kerja apa pun, niatnya kerana mengharap redha Allah, takkn pernah bosan. Malas pun bleh jadi rajin... Redha Allah pada redha suami. Mungkin yg tanya soklan pada sash tu lupa, rumahtangga adalah ladang untuk memungut pahala. Rugi kalau x grab oeluang yg dah ada depan mata... Apa2 pun, akak doakn semoga kita semua dapat jadik isteri solehah, penyejuk mata suami n bshagia dunia akhirat....amin...
ReplyDelete