Thursday, May 22, 2014

Teringin parpu telur



Dah dua tiga minggu sebenarnya teringin nak makan dhal curry dengan telur, tapi kalau kat Penang dipanggil parpu-telur (teloq..LOL). Eh Eh kau jangan tak tau, memang sedap giler, kalau makan bukan bersama brain, buleh bawak bertambah tiga pinggan easily. Gelojohnya kalau cerita pasai makan kan hang! T____T 

Kawan parpu teluq nih mestilah ada sambal tumis. Udang ke sotong ke tak kisah lah, tapi mesti yang pedas kebaabomm. Ianya juga sangat sesuai dibuat menu bersahur, buleh dimakan dengan nasik atau buat cicah roti canai pon sodaaaap aje.

Memandangkan recipe sangat simple, apa lah kiranya aku letak jugak kat sini kan. Kot kot nanti yang nak mencuba diam diam ke, ha ha ha. Kalau menjadi dan mendapat pujian seisi keluarga kelak, ingatlah saya dalam doa kalian juga. Ewah.

Resepi parpu telur ringkas, mudah dan paling sedap.

1. Lentils -  guna Austalian lentils ( ni bukan sebab saya baru balik oz hahaha.. kena perbetulkan niat di situ.) Ni sebab lentils diaorang cepat lembut dan sedap.
2. Bawang merah, bawang putih - potong halus untuk ditumis kelak
3. Daun curry
4. Cili kering 3-4 tangkai - potong halus untuk ditumis 
5. Santan kotak - guna separuh aje
6. Telor itik/ayam  - 4 biji
7. Ubi dan carrot
8. Kunyit
9. Garam dan gula secukup rasa


Rebus lentils hingga lembut, lebih kurang 20 minit. Kalau nak cepat buleh rendam lebih awal.

Bila dah lembut, masukkan ubi dan juga carrot. Masak hingga empuk.

Masukkan santan, Sedikit garam dan satu sudu kunyit.

Masak hingga didih.

Pecahkan telur ke dalam lentils yang tengah didih tadi. Kalau nak rebus dulu pon buleh jugak. Tapi selera daku lebih kepada telur yang dah hancur lebur begitu. Senang cedok, lenyet dengan nasik panas panas ..MAKAN! Aaaaa terbaahikk.

Tunggu sampai telur tadi sedikit keras

Tumis darat - Panaskan kuali, goreng bawang bersama daun kari sampai kau terbersin bersin sendirian. Maka inilah masa dan ketikanya untuk dituang ke dalam curry dhal tadi.

Tuang semua bersama minyak, tutup api. 

Taaaadaaaa. SIAP.

Nak aku ajar lagi cara makan? Letak nasik sikit, kuah dhal sikit.. telur lebih?? Kat tepi dia letak sambal tumis banyak banyak juga. Gaul dua dua sekali dengan nasik. NGappppp! :D



Malam minggu itu hari daku buat chicken boxing. Dimakan bersama sweet chili sauce yang dibeli dari Sydney. Hahahaha. Daku memang begitu. 

Memang patut sangat bag berpuluh puluh kilo. Sampai ke sauce segala mak nenek diaorang pon aku nak angkut bawak balik. Ni gara gara masa tengah makan fries kat Katoomba, pastu rasa macam, eh eh awat sedap sangat tak tau sos depa ni? Rupa rupanya diaorang guna sweet chili tu. Esok jugak kami pegi carik kat Coles. Macam macam lagi aku usung bawak balik KL. Dah sampai Coles bertambah rambang mata lah lagi. 

Cuba lah kat sini best macam tu. Baru semangat luarbiasa sikit aku nak membeli barang dapur kot. He he. 

Tuesday, May 20, 2014

Makan lobster di Sydney Fish Market


Ohai!

Untuk mengelak keboringan akibat entry Sydney yang berlarutan, akan daku cuba sedaya upaya untuk memerah otak cerita pasal benda lain jugak nanti. Tapi mampukah? sebab ternyata Sydney masih kuat di benak fikiranku. Maka maafkan lah daku. Ha ha ha.


Cik Puan Besaq nak pi makan seafood katanya. Jauh berjalan luas pandangan. Kaki pon melecet buleh tahan. HUH.

Pagi tu seperti biasa memang bangun awal. Sebab pukul 6 pagi memang dah terang benderang kat sana. Pukul 4 petang pulak memang dah gelap, nak nak lagi kalau hujan. Kitaorang memang dah bercita cita nak pegi makan di Fish Market ni awal. Sebab lepas makan buleh pegi shopping ape yang patut. Lagipon tak la jauh sangat dari Central.


Dari Wynyard kami ke Central station untuk mengambil light rail terus ke Fish Market. Tak sampai 10 minit dah sampai. Lintas jalan aje dari station. Fish Market ni terbahagi kepada dua, yang depan depan tu memang dijual segala fresh seafood. Kat belakang dia ada banyak tempat makan, di mana kita buleh pilih seafood yang terbentang depan mata tu, untuk diaorang masak kat situ jugak. Lepas tu buleh bawak hidangan masing masing untuk duduk di tepi laut dan makan.



Suasana sangat tenang bersama kicauan burung burung di tepi pelantar begini. Kalau nak stress jugak tak tau lah nak cakap kan. Nama aje Fish Market, tapi hakikatnya bukan lah macam kat pasar basah tempat kita tu. HE HE.

                                 


Pilih jangan tak pilih. Mula lah rambang mata 7 saat. Kami makan kat Peter's. Memang famous dia ni kalau di Fish Market. Yang lain lain pon ada jugak, tapi memandangkan sebelum datang dulu aku dah siap buat ulangkaji di mana yang patut makan dan pegi, maka sampai lah jugak kami ke sini. 


Muka tamak dapat makanan T______T

Setelah penat pusing pusing intai intai ape yang patut, kami memilih untuk menikmati lobster platter medium size. Sepinggan lobster bersama rakan rakannya itu dalam $45.00. Sangat berbaloi dengan hidangan yang besar gedabak, sampai siap tapau bawak balik separuh. Alhamdulillah kenyang dan sedap sangat. 




Lepas dah kenyang, hari pon dah macam mendung dan makin sejuk, tak kuasa pulak nak duduk lama lama tepi laut tu. Kitaorang keluar dari situ dan terus ke ambik light rail ke Paddy's Market pulak nak tengok souvenirs. 

Tapi kali ni tak banyak pon yang dibeli, sebab lebih kurang macam kat Gold Coast barang barang dia. Dalam tak banyak tu pon mau kiri kanan usung bag jugak kami bawak balik hotel. He he he. 

Monday, May 19, 2014

Makan Churros di Harbourside pulak



Bondi Beach Sydney. If i were really really ridiculously wealthy, I wouldn't buy a mansion. Just a tiny apartments in every city I love :))


Hi! Okay ini adelah salah satu penyebab tak sabar nak pegi Sydney hari tu. Sebabnya nak makan kat San Churro. Ya Allah memang sedap.

Chap chap chap daku makan macam tak ingat hari esok. Kat KL pandai mengira calories bagai. Inilah dia tujuannya. Sebab nak makan merapu rapu kat sini. 




$15.00 sepinggan. Buleh cicah macam macam flavor yang kau nak, daku haruslah memilih cekelaaaaaat sebegitu. Ekceli kalau nak ratah terus pon buleh jugak, ikut lah kesedapan bagaimana yang diingini. HEH. 

Kalau rasa macam tak cukup aje dan tidak berhajat untuk memakan yang lain dah lepas tu, buleh la ambil combo yang lebih besar. Dan ianya haruslah diingatkan,  memang sangat mengenyangkan. Jadi sila jangan tamak. 

Banyak ini pon rasa nak nangis aku habiskan. Tapi kejap aje. Bila dah nak balik, tetap kitoarang tapau kebab lagi untuk makan dalam bilik nanti.

Maklum lah cuaca sejuk, jalan banyak, tidur kurang jadi perut memang lah sentiasa meminta minta sangat. Tingggg!

Dari hotel, kitaorang jalan ke Circular Quay, tunggu ferry di Wharf 5. Wharf 5 untuk ke Darling Harbour. San Churro ini terletak di Harbourside. Lepas sampai Darling Harbour, jalan terus dan ikut kiri. Akan kelihatan lah Harbourside yang besar terbentang berhadapan Pymont Bridge itu. 



Harus lah daku pon untuk tidak mahu kalah dan ketinggalan dari membuat aksi cerekarama kejap kan. Cik puan besaq memang sebegitu. Sabarlah Sabaariaaah.



Suka sangat permandangan kat sana pada waktu malam. Cuaca buleh tahan jugak sejuk masa naik ferry tu, sebab kitoarang gigih berdiri kat luar. Tapi tak lama pon bercanda ala Titanic. 

Sudahnya mencecet aku lari masuk, dengan gelombangnya yang tinggi, dengan angin kuat, kalau mom ada memang sah sah dia jerit suruh aku masuk duduk. Hahaha


Jangan lupa makan mushy pie kalau datang sini. Ini yang kitaorang makan dekat Harry Dewhels Bondi Junction. Sebijik $6.50. Nak makan pon kena ada gaya uolss. Kalau kau pegi koyak terus tepi dia tu, memang comot giler, nampak sangat lah memang hang pon tak pernah makan macam aku jugak so tak payah eksyen. Hahahaha.

Kesian. Orang kampung mai Sydney begitulah. 


Jadi hari ini, secara rasminya kehidupan pon kembali seperti biasa. Semalam dah mula kembali rutin membeli grocs setiap hujung minggu. 

Dah siap masak, kemas rumah, mop lantai, sidai baju. Productive ke tidaaaaak begitu?


Okay nanti pelan pelan akan dihupdet lagi perkembangan terkini ( aikk hang ni sapa?? lol ) sementara kemalasan belum melanda. 

Maklum lah mood tengah elok. HEH.

Thursday, May 15, 2014

Rumah kami di Radisson Blu


MyMulti-3. Elok sangat lah beli kad ini jika berhajat nak duduk dalam seminggu dan berjalan sampai ke zone 3 iaitu Blue Mountains. Kalau nak ronda ronda yang berdekatan aje, buleh ambil multi-2. Belum apa apa, dah kena keluar $126.00. 

Tapi berbaloi lah jugak sebab unlimited travel on trains, buses, light rail and ferries. Paling jauh memang kitaorang sampai ke Blue Mountains. Banyak cerita bakal menyusul kelak. InsyaaAllah.


Halo!

Kitaorang selamat sampai pukul 10 pagi, Alhamdulillah semuanya sangat dipermudahkan, takde masalah langsung. Dekat Immi pon beratur dalam 5 minit aje, lepas tu ambik bag dan terus breakfast dulu. Pegi pekena chai latte + flat white, kau sampai $13.00 Aku buleh buat lagi sedap kat rumah kot.

Tapi dah nama pon nak berjalan dengan bergaya kan.. gasak lah hang. Hahahaha. 

Konsep kami, kalau berjalan mana pon makan sentiasa kena didahulukan, dan tak buleh kurang. Sebab masing masing pemakan yang tegar. Ha ha ha. Yer la kan.. kalau berjalan perot tahan lapar pon tak seronok kot? Lagipon bukan selalu. 

Tapi bila balik hotel aku lah yang rajin dok mengira bajetnya jugak. Orang penang memang begitu. EH. HAHAHA

Sambil tarik bag keluar, sempat lah nak sondol sondol ambik foto kan sementara tunggu taxi.

Ada lah 3- 4orang sebelum kami. Lagipon pukul 1 petang baru buleh check in. Taxi terus ke hotel lebih kurang 20 minit aje,  dengan harga $56.00



Radisson Blu Sydney

Buleh carik info dekat tripadvisor. Malas nak cerita panjang sebab semuanya syok belaka kalau aku cerita kan. 

Ini lah rupa rumah sementara kami selama seminggu di Sydney Australia. Terletak di CBD, nak jenjalan ke mana mana pon sangat lah mudah. Dan yang paling penting, makan! Nak cari makanan halal pon dekat. 

Best sangat sebab first time menjejaki Sydney dan memang berpotensi untuk daku pergi lagik. HEH.

Ini antara hotel yang best kalau kat Sydney. Memang dua tiga bulan jugak kitaorang buat homework carik tempat yang betul betul berbaloi untuk duduk selama seminggu tu. 


Ni back entrance dia yang selalu kami gunakan untuk jalan ke Wynyard Train station. Tak jauh sangat lebih kurang 300-400m dari hotel. Tapi kalau jalan waktu malam, jenuh menggigil dagu jugak tahan sejuk.


Masuk bilik, mandi, solat dan rehat rehat kejap.. lepas tuh terus perot dah mula lapar lagik. Gigih lah kitaorang pegi carik kebabs. Alhamdulillah dapat jugak, seberang jalan aje pon. Punya lah besar gabak, sampai tak habis pon daku makan.

Sempat la lepak kejap, pegi ushar ushar line kat Wynyard station, study map ape yang patut. Masa tu kepala aku dah pening lain macam. Sebab atas flight aku tido 4 jam aje. Terus kitaorang nekad balik hotel sebelum keadaan bertambah dahsyat HAHA, tunggu lepas Maghrib baru keluar pulak.



Amboii kaki dok silang bagai kat situ. Awat lama sangat tak tau?? Mentang mentang bini dok kalut ambik gambar.

Masa kitaorang pegi ni memang tengah Autumn, tapi dia punya sejuk memang dah macam winter sesangat. Tapi ok la sebab tak hujan langsung, kalau tidak lagi susah nak menapak. 

Kalau kat sini memang banyak gunakan kudrat dan kaki lah ye. Jalan tu pon tak payah lah nak melenggang lenggok sangat, kalau tidak tercicir lah dikau ke belakang nanti. 


Setiap kali nak pilih hotel, kalau buleh mesti nak yang ada free wifi. Kalau tidak mesti rasa sedikit down gitu. Tapi jangan risau, kalau tak dapat wifi dalam hotel, kat luar memang merata rata. Dalam ferry pon ada tau. 

Laju pulak tuh, kira kalau setakat kau nak upload 10 keping foto serentak dalam IG memang takde hal langsung. Aku lah tuuu. Ha ha ha



Sebab masa booked hari tu memang ada mintak bilik yang cun dengan permandangan harbour lah konon sebab nak hollymoon kan, sekali sampai semua dah fully booked. Kalau ada pon yang lagi giler mahal, nak upgrade buleh jugak tapi kena bayar lagi berapa entah. Tak payah lah kot, ini pon dah cukup bagus.

Lepas tu diaorang datang hantar sekotak hadiah bersama kad cinta, eh. Nak ambik hati letteww.. 

Terus weolss feefeeling pengantin baru kejap. Hahahaha.


Circular Quay. Dari hotel dalam 500m aje pon. Buleh ambik ferry dan ronda ronda satu Sydney. Dengan adanya multi-3 tu memang dah tak payah risau pasal transport langsung, buleh turun naik ke mana sahaja yang kau nak bila bila masa.  

Petang tu lepas Maghrib kitaorang keluar pegi test-try-kawasan. Dari circular quay, ambik ferry menyusuri Harbour Bridge terus ke Darling Harbour bersama darling husband. Sweet ke tidaaaaak ?

Jalan jalan ke Harbourland malam tu, sangat happening giler, sebab kat sini jugak terletak Hard Rock Sydney. Kitaorang tak beli apa apa pon kat sana, sebab bukan peminat tegar HRC.. jadi pegi setakat nak ambik foto aje. Itu pon sebab dah kebetulan ternampak. 

Kitaorang pegi ke sana hanya lah untuk memenuhi satu mission yang dah lama terpendam dalam hati. 



Okay. Nanti rajin aku sambung lagi. Sebab dah tak larat nak mengarang tetibe.  Hi hi hi.


Wednesday, May 7, 2014

Halo Sydney!



Syoookkk lettewww! :D  best gila dapat balik Aussie lagi.. Ececeh :P