Monday, May 19, 2014

Makan Churros di Harbourside pulak



Bondi Beach Sydney. If i were really really ridiculously wealthy, I wouldn't buy a mansion. Just a tiny apartments in every city I love :))


Hi! Okay ini adelah salah satu penyebab tak sabar nak pegi Sydney hari tu. Sebabnya nak makan kat San Churro. Ya Allah memang sedap.

Chap chap chap daku makan macam tak ingat hari esok. Kat KL pandai mengira calories bagai. Inilah dia tujuannya. Sebab nak makan merapu rapu kat sini. 




$15.00 sepinggan. Buleh cicah macam macam flavor yang kau nak, daku haruslah memilih cekelaaaaaat sebegitu. Ekceli kalau nak ratah terus pon buleh jugak, ikut lah kesedapan bagaimana yang diingini. HEH. 

Kalau rasa macam tak cukup aje dan tidak berhajat untuk memakan yang lain dah lepas tu, buleh la ambil combo yang lebih besar. Dan ianya haruslah diingatkan,  memang sangat mengenyangkan. Jadi sila jangan tamak. 

Banyak ini pon rasa nak nangis aku habiskan. Tapi kejap aje. Bila dah nak balik, tetap kitoarang tapau kebab lagi untuk makan dalam bilik nanti.

Maklum lah cuaca sejuk, jalan banyak, tidur kurang jadi perut memang lah sentiasa meminta minta sangat. Tingggg!

Dari hotel, kitaorang jalan ke Circular Quay, tunggu ferry di Wharf 5. Wharf 5 untuk ke Darling Harbour. San Churro ini terletak di Harbourside. Lepas sampai Darling Harbour, jalan terus dan ikut kiri. Akan kelihatan lah Harbourside yang besar terbentang berhadapan Pymont Bridge itu. 



Harus lah daku pon untuk tidak mahu kalah dan ketinggalan dari membuat aksi cerekarama kejap kan. Cik puan besaq memang sebegitu. Sabarlah Sabaariaaah.



Suka sangat permandangan kat sana pada waktu malam. Cuaca buleh tahan jugak sejuk masa naik ferry tu, sebab kitoarang gigih berdiri kat luar. Tapi tak lama pon bercanda ala Titanic. 

Sudahnya mencecet aku lari masuk, dengan gelombangnya yang tinggi, dengan angin kuat, kalau mom ada memang sah sah dia jerit suruh aku masuk duduk. Hahaha


Jangan lupa makan mushy pie kalau datang sini. Ini yang kitaorang makan dekat Harry Dewhels Bondi Junction. Sebijik $6.50. Nak makan pon kena ada gaya uolss. Kalau kau pegi koyak terus tepi dia tu, memang comot giler, nampak sangat lah memang hang pon tak pernah makan macam aku jugak so tak payah eksyen. Hahahaha.

Kesian. Orang kampung mai Sydney begitulah. 


Jadi hari ini, secara rasminya kehidupan pon kembali seperti biasa. Semalam dah mula kembali rutin membeli grocs setiap hujung minggu. 

Dah siap masak, kemas rumah, mop lantai, sidai baju. Productive ke tidaaaaak begitu?


Okay nanti pelan pelan akan dihupdet lagi perkembangan terkini ( aikk hang ni sapa?? lol ) sementara kemalasan belum melanda. 

Maklum lah mood tengah elok. HEH.

2 comments: