Friday, June 27, 2014

Ramadan Kareem



Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak untuk semua. Maafkan lah untuk lisan yang tidak berkenan, janji yang terabaikan, hati yang berprasangka dan segala sikap mahupun ucap yang menyakitkan kalian. Dari lubuk hati yang paling dalam ini, ingin daku pohon kemaafan atas segala kekhilafan selama usia menulis di sini, samada yang mengenali secara peribadi ataupon di alam maya. Selamat datang Ramadan. Marhaban Yaa Ramadan. Sucikan hati lah hati dan ayuh bersihkan diri. Mohon maaf zahir dan batin :')

1. InsyaaAllah sambut puasa di KL. Alhamdulillah masih di KL. Sebab baru aje balik dari Penang, minggu kedua puasa baru ibubapa datang sini pulak. Baru lah ramai sikit nanti berbuka, maklum lah masih berdua duaan lagi tahun ni.. Tahun lepas meriah jugak, sebab ramai keluarga mertua datang beraya kat sini, kali nih tak pasti lagi macam mana. 

2. Yang penting, raya tetap di Penang Darul Makan. Hahahaha. InsyaaAllah. 

3. Dua tiga hari lepas pon dah sibuk meracang rancang menu nak berbuka dan bersahur kelak. Hari pertama iftar nanti wajiblah seperti tetiap tahun di rumah sahaja. Jadi, daku dah bercadang nak masak lah special sikit. He he. Takde lah special ke tahap mee bandung nasi ulam bagai. Setakat nasi gitu gitu aje lah kot.

Janji masak dan berbuka kat rumah. Lepas tu nanti kita kira kira lah bila buleh berbuka kat luar kan. Selalunya hari bekerja memang lah payah sikit nak merayap keluar sesuka hati, sebab si suami itu jarang dapat balik awal, hujung minggu aje lah senang cerita nak ke mana pon. Dapat berbuka sekali dengan dia kat rumah pon dah bersyukur dari berbuka sensorang kan. HEH.

4. Tak sabar nak pegi bazar Ramadan jugak. Sehari dua berpuasa nanti takde lah teringin yang bukan bukan, nak masuk seminggu mula lah macam macam daku tergedik gedik nak makan. Cendol lah, soya cincau lah, tau fu fa, eh eh nampak semuanya nak yang manis manissssss belaka. Kitaorang selalunya ke TTDI, tak pon bazar di Bangsar. Itu aje yang dekat dan senang parking. Ha ha. 

Tapi semestinya tak buleh lawan bazar Ramadan di kampung halaman sendiri. Syokknyaaaa. Dekat dengan rumah, dan baaaaanyak sangat juadah yang memenuhi citarasa ku.


5. Curtain baru turut sudah melambai lambai. Hovverr tau, belum ape ape lagi dah bersiap sedia semuanya. Daku tak suka carik benda benda alah nih bila dah masuk bulan puasa, letih tu satu hal, nak carik satu persatu yang berkenan di qolbu memang sangat susah. En suami itu bukan nak ikut kalau carik kain nih, paling koman pon dia suruh pegi beli yang siap pasang di IKEA tu. Bosan lah kan. Jadi tahun ni, curtain yang belakang aje kitoarang beli di sana, yang depan tu awal awal dah beli di Jakel. Bab jahit menjahit takde masalah langsung sebab semuanya mom yang buat. Lagipon rumah aku bukannya besar mana pon, kitaorang pon nak yang simple aje, buat alas berteduh. Ewah. Jadi siap lah jugak akhirnya. Sukaaaaa letteww.



Tengah dok menggila tudung bawal lah pulak sekarang ini. 

Ini antara yang disambar masa kat Penang hari tu. Murah dan berbaloi. Kalau dapat pegi masjid India lagi best kan, measti macam macam. Nak ajak si suami itu memang dari tahun lepas dia cakap taaak naaaak, dad pon sama jugak.. mom aje lah yang buleh gang. Hmmm pegi dalam hati aje lah kot. Melainkan berlakunya keajaiban. Chinggg! Ha ha ha ha


Selamat menunaikan ibadah puasa, selamat beramal dan bersolat terawih juga. Kalau ternampak kiter di masjid wilayah nanti, tegur tegur lah yer tak, kite walaupon nampak macam tak ramah, tapi tersangat laaah ramah sebenarnya. Hehehehe. 


Semoga amalan kita dapat dilipat gandakan lagi dari tahun tahun yang lepas. InsyaaAllah.

2 comments:

  1. Ramadhan al Kareem...selamat menyambut ramadhan dik! :-) Smg Amalan kita tahun ini diterima Allah...amin....

    ReplyDelete