Ini memang merambangkan mata. Kalau bukan sebab masalah size memang lagi berlonggok aku bawak balik. Sangat selesa menawan dan mempersona gitu. Kau, aku yang pakai size 5 memang hazaaab sangat nak carik kat sini. Paling kecik dan banyak semuanya 8. Sambil carik sambil berdoa dalam hati.. jumpa lah satu, tak dapat satu, dua pon buleh. Hahahaha. Keji khennnnn.
Dah berkurun cerita Sydney, tapi baru berkesempatan nak sambung cerita dari entry yang lepas. Memang aku nekad mesti masuk belog jugak, sebab dah julung julung kalinya datang sini. Bajet nak bagi anak cucu baca lettewwww..
Entry ini adelah merupakan kenangan manis umpama gula gula sewaktu kitaorang pegi Blue Mountains.
Ya Allah memang syok sangat walaupon dia punya letih buleh tahan lah jugak. Lagipon dah beli Multi3 kan, rugi lah kalau tak pegi sampai ke sana.. bila lagi yer tak. Kalau next time datang tak payah pegi dah. Kita ronda ronda sambil shopping aje. HEH.
Fefeeling Shah Rukh Khan keluar dari train sambil bawak bunga. Ewah.
Humko hamise chura lo.... ( nyanyi lettew)
Pagi tu, pukul 6 daku dah bangun. Punya lah mengantuk yang amat. Kalau ikut hati rasa alaaaa malasnya nak mandi. Jangan cakap mandi, nak bangun dari katil pon bercinta rasa. Dengan sejuk bukan main. Siap siap semua, terus berlari keluar dari hotel. Yer BERLARI.
Sebab perjalanan dari Central ke Katoomba untuk ke Blue Mountains mengambil masa dalam 2 jam. Kalau kami terlepas first train, sampai memang dah lewat, lepas tu memang terlepas lah permandangan yang menarik kat sana. Lagipon cuaca petang tu diramalkan hujan. Eeee stress okay.
Dari Central terus terkejar kejar carik Blue Mountains line pulak untuk ambik train ke Katoomba. Kau.. dari jauh aku dah nampak pakcik kat tepi train tu dok mengibar bendera hijau dah. Lagilah laju pompuan gemuk ni pecut. Ha ha ha
Springwood. Masa nih dah nak sampai Katoomba. Cantik sangat town dia. Macam dalam movie. Yang penting, sangat bersih, langit biru dan udara pon segar bugar. Kat KL, harus lah nan hadooooo begitu T___T
Tiba di Katoomba dalam pukul 10.20 pagi. Keluar dari station, terus carik toilet sampai terkepit kepit tahan nak kencing. Dalam train memang ada disediakan, tapi kami duduk dekat atas, lepas tu kena jalan sampai ke hujung pulak tu, eh malas nya aku. Lagipon bukannya nak berry kan, itu memang naik hijau le muka iolss kalau suruh tahan jugak.
Memang kat sini lagi sejuk dari bandar Sydney. Untuk naik ke Echo Points, haruslah carik Trolley Bus. Dia ni cuma ada satu perhentian aje, berdepan dengan Carrington Hotel. Lintas jalan aje dari station, dalam 100m dah buleh nampak. Tunggu setengah jam bus pon sampai, dan terus bawak kami ke Echo Points.
Tak payah bayar ape ape sebab kitaorang gunakan Multi3 pass, itu lah untungnya. Bawak duit dan tekak untuk makan aje lah. Bijak. Bijak.
Inilah permandangan Three Sisters Blue Mountains itu. Menurut sejarahnya 3 sisters itu adelah tiga beradik yang telah disumpah. Panjang sejarah dia memang sadisss habis. Takdenya aku nak copy paste cerita penuh dia masuk sini pulak. Gi goole eh.
Dari Echo Points, buleh tengok puas puas permandangan Blue Mountains nih. Ke tepi ke tengah aku ambik gambar. Tapi tak lama sangat kitaorang berdiri sini sebab aku tak tahan angin kuat, sejuk sampai rasa bergegar dagu. Lagipon karang nak kencing lagi, mesti husband itu bising nak kena carik toilet lagi kat bini dia.
Lepas tuh kitaorang ke Scenic World, untuk merasai ketakutan tahap takkkan naik dah lepas nih di scenic railway dan sky way. Fuhhh. Kesian jantung aku hari tu. Mesti kena kerja kuat.
Kerje giler yang pernah kami buat untuk tahun ni!
Memang itu antara saat saat yang paling menakutkan dan megujakan dalam hidup aku dalam mengaharungi steepest railway in the world katanya. Yeah, hanya di sini.
Ni masa naik sky way, entah dari berapa ketinggian pon daku dah tak sempat nak bagi perhatian masa diaorang bagitau, rasa terpacak kat situ tak buleh nak gerak gerak dah. Jadi urusan mengambil foto diambil alih oleh the other half itu.
Berani aje dia ke sana sini, dia cakap kalau nak jatuh.. nak buat macam mana sebab memang dah kat dalam tu. Tawakal aje lah. Ambooihhh molotttttt T_______T
Hang nak naik sangat kan, bertabah lah kot.
Di Scenic World, kena beli Unlimited Pass $70 untuk naik segala benda alah di situ. Tak buleh pilih salah satu, memang wajib naik semua. Nangis dalam hati laaa. Aku bajet memula nak naik train aje. Sebab aku memang tak bersedia emosi dan raga dengan yang lain.
Gasak lah kau, dah alang alang kan.
Kalau mom ada memang sah sah dia jerit suruh aku turun masa tu jugak. Hahahahaha. Memang tak bagitau dia pon kami naik semua ni, lepas balik hotel baru hantaq foto. HEH.
Aku syak kalau jatuh, tak kisah lah cable car ke train tu ke, mungkin korang hanya ade 5-6 saat aje kot. Selebihnya sila lah berimiginasi sendiri. Payah nak cerita, melainkan dengan pengalaman sendiri.
Tapi memang seronok. Memang lemah longlai kaki aku masa nak keluar tu, sampai berair mata bagai. Kalau suruh aku naik sekali lagi, memang InsyaaAllah TIDAAAAAK lah jawabnya ye.
Macam gini aje pon $8. Kalau kat Penang, buleh dapat sepinggan nasik tambah, udang besaq kuah campur dah macam macam khazanah lagi. Tapi itu lah, kalau nak convert semuanya memang kebuluran lah perutku. Dasar mengunyah dua jam sekali memang begitu.
Sambil makan sambil menikmati suasana alam ciptaan Allah SWT. MasyaAllah sangat cantik.
Lepas selesai semua riadah yang mendebarkan itu, singgah kejap di Lookout View Cafe. Walaupon sejuk, tapi tetap rasa nak langgah coke. Sepanjang kat sana, memang tetiap hari aku minum tanpa rasa bersalah langsung. Memang dah bersedia mental fizikal jugak, jangan harap lah nak pregnant cycyle tu. Dengan makan minum segala bagai, dengan lari sana sini kan. HUH.
Sambil makan sambil menikmati suasana yang dah nak hampir mendung, dan makin sejuk tahap nak beku dah rasa.
Dari Scenic World kitaorang ambik trolley bus yang sama ke Katoomba, sampai dalam pukul 2.30 petang. Carik chai latte dengan chocolate muffin sebab lapar lagi. Kalau sejuk memang begitu. HE HE.
Train dari Katoomba ke Central pukul 3.30 petang, apa lagi terus tido lah sepanjang perjalanan balik ke Central. Memang letih tak ingat.
Sampai hotel dah dekat pukul 6 petang, rehat rehat kejap, solat lepas tu merayap lagi. Pegi Circular Quay cari fish burger, lepas tuh singgah C-Store tapau chips, chocolate, roti dan tuna habuan mengunyah di masa lapang sebelum tidoq.
Kat sini, tak lah susah sangat nak carik nasik sebenarnya. Tapi, dalam banyak banyak tempat paling kitaorang suka adelah di Broadway. Sebab ada north indian food dan kebab yang paling super lazaaat pada tekak aku lah.
Ini sebab ketagihan tak dapat nasik kandar lah kan. Nasib baik nak ke Broadway tak lah jauh mana, macam dari rumah aku nak ke Mid Valley aje kedahnya.
Lamb vindaloo dan white korma. Licin aku sapu.
Lamb kebab platter. Memang besar gedabak, sah sah tak pernah nya habis, mesti bawah balik bilik jugak.
Memang puas hati makan sepanjang seminggu kat sana, balik KL pon rasa nak makan macam gini aje manjanggg. Hoverrrr kan kau. HE HE.
Sash, cantiknyeeee gambar2 sash amik ni... kalo my hubby, sure tamo naik cable car tu...naik yg genting pun jenuh pujuk...tanya gayat ke tak, tanak plak dia ngaku... huhuhuhu :-P
ReplyDeleteAkak, I rasa diaorang memang takut tapi kalau kita tanya mesti la tak nak ngaku punye.. nak tunjuk macho lah konon kan kan. Hahahaha.
ReplyDelete