Monday, August 25, 2014

5 terpenting di bulan August

 
1.Minggu lepas telah menyambut hari ulangtahun perkahwinan kami. Alhamdulillah syok lah jugak berkahwin nih. Gila tak syok? Ha ha ha. Takde lah pegi sambut besar besaran bagai, setakat dinner date berdua duaan di hotel pilihan si suami. Daku tak kisah sangat pon asalkan kalau dapat makan kat hotel, memang layaaan aje. Dua jam disaiko kat embassy tempoh hari dah dikira hadiah anniversary lah tu katanya, jadik tak payah nak menyendeng ape ape lagi dah yer. HA HA. Baiklah suami budiman. Saya yang menurut perintah.
 

 
Dalam banyak banyak makanan malam tu, ini antara yang menarik perhatianku. Sebab manis dia sangat mentusuk kalbu.
 
 
2. Minggu lepas jugak kitaorang sambut birthday dad. Dia awal awal dari penang dah cakap nanti nak makan Nasik mendy, kat penang memang takde yang sedap macam kat sini. Jadik kitaorang pon pegilah ke Hadramawt untuk kesekian kalinya demi permintaan ayahanda tersayang. Lepas tu mintak nak makan donut jugak, tak nak share share okay, nak makan sensorang.  Ni memang perangai sebijik daku.   

 
 
Selamat harijadi daddy cool. Dah 65 tahun :) Nanti kami usahakan bagi cucu ramai ramai okay. ( tolong Amin kan please :") )
 
3.Minggu tu langkah panjang lah daku, tetiap hari bawak ibubapa jalan jalan. Asalkan diaorang happy, daku pon seronoklah jugak walaupun risaukan si husband yang nak kena out station lagi. Dulu setiap kali dia ke luar negara takde lah daku kisah sangat, sebab bila dah balik ke penang, hilang lah rindu dendam kejap, tapi sejak macam macam berita yang keluar lately, Allah.. memang risau tahap tak lena tido dibuatnya. Terkebil kebil daku hadap flight radar sampailah dia selamat mendarat. Ya Allah selamatkan lah suami ku dimana sahaja dia berada.
 
 
Dubai di waktu malam. Cantik sangat kan. Depan hotel yang dia menginap sepanjang di sana nanti. Dah rasa rugi pulak tak ikut kata hati tamakku. LOL Tapi dia pegi kerja, takde masa banyak kalau nak jalan jalan ke apa. Lagipon kat sana memang mahal, mungkin next time kita buleh bincang kalau pegi lagik. HAHA
 
 
 
 4. Beginilah hari hari ku yang lesu dan sendu tanpa si dia di sisi. Ewah. Demi untuk ketenangan jiwa dan fikiran, mom pon mengajaklah daku bershoppingan. Eh kau jangan nak kelentong ek. HAHA. Haruslah daku yang mengajak dia kan. Tapi emakku yang menrelakan dirinya untuk membelanja anakanda yang gundah gulana ini. Rezeki jangan lah ditolak. Nampak tidak, contoh kalau rajin berbakti dengan ibubapa, insyaaAllah ada habuan mu.
 
5. Maka hari ini saya telah selamat berada di bumi kelahiran saya untuk sekali lagi. Yeayhoo! Tak sabar sangat menunggu kepulangan suami mingu hadapan kelak. Setiap malam kami akan ber-skype dan bercinta cinta sehingga larut malam. Itu lah kau, bila dia dekat asyik nak bercakaran.  Hahahaha. Ni ayat mom!!
 
 
 
Azam selepas raya : Harap harap lepas nih daku akan lebih bersungguh sungguh menulis entry seperti bulan Ramadan yang lalu supaya belog ini tidak kelihatan tersadai dan lesu (seperti beloger) sesudah raya. Azam yang lain lain tu, akan kita usahakan bersama lah jugak.
 
 
Entry malas pon tamat sekarang. Sila bersurai awak awak semua.
 

Friday, August 15, 2014

Random Friday Yang Mengujakan


Halo semua!

1. Sebenarnya dah seminggu lebih kembali ke alam rumahtangga sendiri dan sambung beraya di sini dengan bangganya. Disebabkan sangat busy, maka tak sempat lah daku nak bukak belog walaupon banyak cerita raya lagi. Maklumlah kan masih Syawal. Baju raya pon baru selai dua aje yang sempat pakai. 

2. Alhamdulillah semuanya okay okay sahaja sama seperti dahulu. Kehidupan diteruskan lebih kurang seperti biasa, hinggalah..jeng je jengg..


Ape nih? Ape semua nih?? *joget cucuk langit please* 

3. ..Hinggalah hari dan saat ini yang merupakan pengalaman baru bagi kami :) Kalau ada yang terperasan dan telah terbaca entry 1 Syaaban yang Teristimewa dahulu, mungkin dah tahu intro cerita, tapi sedihnya entry tersebut tersebut terpaksa ditarik balik buat masa sekarang akibat arahan suami. Ha ha ha ha. Padan muka hang Sash. Gedik sangat nak intro konon. Dah lah entry tu sekali dengan cerita harijadi ku, penat mengarang tau. 

InsyaaAllah kalau semuanya okay, saya akan buka balik, aik? tak serik serik lagik.. LOL? kalau dia izinkan lah kan..hihihi dan akan bercerita lebih panjaaaang lebar pasal tu. 

Tapi buat masa sekarang, ini aje lah yang termampu. HEH.

4. Hujung bulan balik penang lagi yeaaay. Bukan. Bukan penutup raya, amboi. Balik sebab ade kenduri sedara kite. Sempat lah kitaorang berfoya foya apa yang patut.. dah alang alang kan. 

5. Okay lah, nak sambung rehat dan tido sejenak, sebab hari nih rasa tersangatlah panjang bagi diri dan emosi ku :)


Selamat berpuasa enam bagi yang berpuasa dan selamat berhujung minggu semuanya!


Wednesday, August 6, 2014

1 Syawal yang sempurna.



Masih menjadi igauan rendang pedas emakku di pagi hari raya yang lalu. Satu kuali besar kitaorang masak, tak sempat malam, dah habis licin. Esoknya raya kedua kena masak lagi. Ha ha ha. Tapi tak sebanyak hari pertama lah, sebab memang ramai yang datang. Mom tak buat semua juadah hari tu, dia cuma masak rendang, ayam masak rose dan ketupat. Ketupat pulut semestinya dianyam sendiri oleh kami berdua, dan ketupat nasik dibeli, dan rebus sahaja. 

Alhamdulillah. Raya yang sangat seronok (tetiap tahun pon seronok kan kalau bab raya nih!) rasa macam cepat sangat masa berlalu. Kejap aje dah selesai Ramadan, lepas tu tup tup dah habis 1 Syawal. Raya tahun nih kami sepakat memilih teme electric blue gitu. 

Tentunya idea dari cik puan besaq lah sape lagi kan punya angkara. Bukanlah nak sangat color tu sebenarnya, tapi memangdangkan baju Rizalman tahun ni kebanyakkan semuanya warna biru, hitam dan hijau, dan daku pulak dah gatai sangat pegi beli color biru awal awal, terpaksalah semua pon dipaksa memakai warna yang sama.


Puas hatiku melaram RefinedElegancebyRizalman sehari suntuk.. muehehehe!!

Tukar tudung aje, baju tetap tak berubah dari pagi sampai malam. Kau ponnn, dah le selai tu aje baju kurung yang aku beli, berbaloi lah kan kalau pakai lama lama sikit. Ha ha ha. Kesian, first time beli dari  Rizalman, sebab tu jakun sikit. Tapi sangat selesa, dan memang sumpah puas hati. Next year buleh beli lagi kut, eh? 

Ekceli tersangatlah banyak foto yang diambil lepas pulang dari solat raya sampai lah ke hari ini. Tapi ini aje yang kurang kegedikkan di hari raya untuk dikongsi bersama sama. 

Lepas breakfast ketupat dan rendang, bermaaf maafan, pastuh kira duit raya, eh?.. tengahari aje dah ade tetamu yang datang. Nasib baik tak panas sangat cuaca di Penang masa raya, kalau tidak mau jugak cair make up aku.. dah lah seharian kena pakai tudung dengan baju kurung kan. HEH.


Ayam masak rose resepi mom. Banyak kali aku masak pon takkan jadi sesedap mom yang masak :)

Makan tengahari kitaorang dad tempah dari Kassim Mustafa tahun nih. Mom tak larat nak masak banyak banyak katanya. Ada nasik bukhara tapi tak sempat ambik gambar nasik pon, ayam goreng cili kering, rendang itik, daging masak besamah dan korma kambing. Memang terbaahikkk sesangat diaorang masak hari tu. 

Kitaorang tempah untuk 100 orang, licin tinggal saki baki aje menjelang malam hari. Ade jugak yang tapau bawak balik. Haaaa..hovverr kannn. Lol 


Mom punya kek pon laju jugak habis hari tu :))

Sedar tak sedar, pukul 5 baru aku makan nasik sebab dok melayan tetamu dan kawan kawan yang datang. Husband pulak setiap sorang yang datang setiap kali tu lah dia makan dengan diaorang jugak. Aku jenis suka makan sorang sorang tanpa diganggu gugat, bila dah nampak takde orang datang cepat cepat bawak nasik masuk bilik. Baru lah buleh makan dengan tenang dan sempoi sikit.


Antara rakan rakan dan sedara yang datang dari jauh dan dekat. Raya kedua kawan kawan husband pulak, mom masak nasi tomato aje dengan kari ayam, rendang, dan udang goreng untuk diaorang hari tu sebab tak ramai sangat. Tapi dalam tak ramai tu, kira letih jugak lah kan. Rasa tido tak pernah aje cukup. 

Redho aje lah Sash!

Bila masuk raya ketiga, memang tak masak langsung sebab masing masing dah keletihan yang amat sangat, ramai kaum kerabat yang buat rumah terbuka pulak.. jadik kitaorang pegi beraya di rumah mereka aje dan makan kat sana pulak. 

Kat Penang memang meriah sangat kalau hari raya, sampai seminggu lepas tu pon masih ade yang datang, ade jugak yang buat siaran ulangan, sebab tak sempat nak sembang sembang panjang hari raya pertama, maklum lah orang ramai. Ha ha.

Nasib baik jugak, Ramadan dan Syawal kali nih, daku dikurniakan kesihatan yang sangat tip top, kalau dibandingkan dengan tahun lepas, teruk demam selsema sebelum dan lepas raya. Dapatlah daku tolong mom kemas rumah dan tolong dia memasak sikit sikit. Hihihi. Sayanggg mom seploh juta kali!! :)

Nasik, daging, sotong, telur masin, kuah banjir. Nyommss!

Dad pulak asyik menjamu kitaorang nasik kandaq siang malam. Sepanjang kat Penang dah berapa kali breakfast nasik kandar memanjang. Sampai ke saat menulis belog ini pon, sambil menyuap nasik kandar yang paling enak di dunia. HA HA.  Sayang dad banyak banyak sangat!

Jemput makan semua :) 

Harap harap daku tak terlupa macam mana nak masak nasik bila balik KL nanti. EEeeee stress dah nak balik KL lah pulak.