Monday, August 25, 2014

5 terpenting di bulan August

 
1.Minggu lepas telah menyambut hari ulangtahun perkahwinan kami. Alhamdulillah syok lah jugak berkahwin nih. Gila tak syok? Ha ha ha. Takde lah pegi sambut besar besaran bagai, setakat dinner date berdua duaan di hotel pilihan si suami. Daku tak kisah sangat pon asalkan kalau dapat makan kat hotel, memang layaaan aje. Dua jam disaiko kat embassy tempoh hari dah dikira hadiah anniversary lah tu katanya, jadik tak payah nak menyendeng ape ape lagi dah yer. HA HA. Baiklah suami budiman. Saya yang menurut perintah.
 

 
Dalam banyak banyak makanan malam tu, ini antara yang menarik perhatianku. Sebab manis dia sangat mentusuk kalbu.
 
 
2. Minggu lepas jugak kitaorang sambut birthday dad. Dia awal awal dari penang dah cakap nanti nak makan Nasik mendy, kat penang memang takde yang sedap macam kat sini. Jadik kitaorang pon pegilah ke Hadramawt untuk kesekian kalinya demi permintaan ayahanda tersayang. Lepas tu mintak nak makan donut jugak, tak nak share share okay, nak makan sensorang.  Ni memang perangai sebijik daku.   

 
 
Selamat harijadi daddy cool. Dah 65 tahun :) Nanti kami usahakan bagi cucu ramai ramai okay. ( tolong Amin kan please :") )
 
3.Minggu tu langkah panjang lah daku, tetiap hari bawak ibubapa jalan jalan. Asalkan diaorang happy, daku pon seronoklah jugak walaupun risaukan si husband yang nak kena out station lagi. Dulu setiap kali dia ke luar negara takde lah daku kisah sangat, sebab bila dah balik ke penang, hilang lah rindu dendam kejap, tapi sejak macam macam berita yang keluar lately, Allah.. memang risau tahap tak lena tido dibuatnya. Terkebil kebil daku hadap flight radar sampailah dia selamat mendarat. Ya Allah selamatkan lah suami ku dimana sahaja dia berada.
 
 
Dubai di waktu malam. Cantik sangat kan. Depan hotel yang dia menginap sepanjang di sana nanti. Dah rasa rugi pulak tak ikut kata hati tamakku. LOL Tapi dia pegi kerja, takde masa banyak kalau nak jalan jalan ke apa. Lagipon kat sana memang mahal, mungkin next time kita buleh bincang kalau pegi lagik. HAHA
 
 
 
 4. Beginilah hari hari ku yang lesu dan sendu tanpa si dia di sisi. Ewah. Demi untuk ketenangan jiwa dan fikiran, mom pon mengajaklah daku bershoppingan. Eh kau jangan nak kelentong ek. HAHA. Haruslah daku yang mengajak dia kan. Tapi emakku yang menrelakan dirinya untuk membelanja anakanda yang gundah gulana ini. Rezeki jangan lah ditolak. Nampak tidak, contoh kalau rajin berbakti dengan ibubapa, insyaaAllah ada habuan mu.
 
5. Maka hari ini saya telah selamat berada di bumi kelahiran saya untuk sekali lagi. Yeayhoo! Tak sabar sangat menunggu kepulangan suami mingu hadapan kelak. Setiap malam kami akan ber-skype dan bercinta cinta sehingga larut malam. Itu lah kau, bila dia dekat asyik nak bercakaran.  Hahahaha. Ni ayat mom!!
 
 
 
Azam selepas raya : Harap harap lepas nih daku akan lebih bersungguh sungguh menulis entry seperti bulan Ramadan yang lalu supaya belog ini tidak kelihatan tersadai dan lesu (seperti beloger) sesudah raya. Azam yang lain lain tu, akan kita usahakan bersama lah jugak.
 
 
Entry malas pon tamat sekarang. Sila bersurai awak awak semua.
 

No comments:

Post a Comment