Wednesday, August 6, 2014

1 Syawal yang sempurna.



Masih menjadi igauan rendang pedas emakku di pagi hari raya yang lalu. Satu kuali besar kitaorang masak, tak sempat malam, dah habis licin. Esoknya raya kedua kena masak lagi. Ha ha ha. Tapi tak sebanyak hari pertama lah, sebab memang ramai yang datang. Mom tak buat semua juadah hari tu, dia cuma masak rendang, ayam masak rose dan ketupat. Ketupat pulut semestinya dianyam sendiri oleh kami berdua, dan ketupat nasik dibeli, dan rebus sahaja. 

Alhamdulillah. Raya yang sangat seronok (tetiap tahun pon seronok kan kalau bab raya nih!) rasa macam cepat sangat masa berlalu. Kejap aje dah selesai Ramadan, lepas tu tup tup dah habis 1 Syawal. Raya tahun nih kami sepakat memilih teme electric blue gitu. 

Tentunya idea dari cik puan besaq lah sape lagi kan punya angkara. Bukanlah nak sangat color tu sebenarnya, tapi memangdangkan baju Rizalman tahun ni kebanyakkan semuanya warna biru, hitam dan hijau, dan daku pulak dah gatai sangat pegi beli color biru awal awal, terpaksalah semua pon dipaksa memakai warna yang sama.


Puas hatiku melaram RefinedElegancebyRizalman sehari suntuk.. muehehehe!!

Tukar tudung aje, baju tetap tak berubah dari pagi sampai malam. Kau ponnn, dah le selai tu aje baju kurung yang aku beli, berbaloi lah kan kalau pakai lama lama sikit. Ha ha ha. Kesian, first time beli dari  Rizalman, sebab tu jakun sikit. Tapi sangat selesa, dan memang sumpah puas hati. Next year buleh beli lagi kut, eh? 

Ekceli tersangatlah banyak foto yang diambil lepas pulang dari solat raya sampai lah ke hari ini. Tapi ini aje yang kurang kegedikkan di hari raya untuk dikongsi bersama sama. 

Lepas breakfast ketupat dan rendang, bermaaf maafan, pastuh kira duit raya, eh?.. tengahari aje dah ade tetamu yang datang. Nasib baik tak panas sangat cuaca di Penang masa raya, kalau tidak mau jugak cair make up aku.. dah lah seharian kena pakai tudung dengan baju kurung kan. HEH.


Ayam masak rose resepi mom. Banyak kali aku masak pon takkan jadi sesedap mom yang masak :)

Makan tengahari kitaorang dad tempah dari Kassim Mustafa tahun nih. Mom tak larat nak masak banyak banyak katanya. Ada nasik bukhara tapi tak sempat ambik gambar nasik pon, ayam goreng cili kering, rendang itik, daging masak besamah dan korma kambing. Memang terbaahikkk sesangat diaorang masak hari tu. 

Kitaorang tempah untuk 100 orang, licin tinggal saki baki aje menjelang malam hari. Ade jugak yang tapau bawak balik. Haaaa..hovverr kannn. Lol 


Mom punya kek pon laju jugak habis hari tu :))

Sedar tak sedar, pukul 5 baru aku makan nasik sebab dok melayan tetamu dan kawan kawan yang datang. Husband pulak setiap sorang yang datang setiap kali tu lah dia makan dengan diaorang jugak. Aku jenis suka makan sorang sorang tanpa diganggu gugat, bila dah nampak takde orang datang cepat cepat bawak nasik masuk bilik. Baru lah buleh makan dengan tenang dan sempoi sikit.


Antara rakan rakan dan sedara yang datang dari jauh dan dekat. Raya kedua kawan kawan husband pulak, mom masak nasi tomato aje dengan kari ayam, rendang, dan udang goreng untuk diaorang hari tu sebab tak ramai sangat. Tapi dalam tak ramai tu, kira letih jugak lah kan. Rasa tido tak pernah aje cukup. 

Redho aje lah Sash!

Bila masuk raya ketiga, memang tak masak langsung sebab masing masing dah keletihan yang amat sangat, ramai kaum kerabat yang buat rumah terbuka pulak.. jadik kitaorang pegi beraya di rumah mereka aje dan makan kat sana pulak. 

Kat Penang memang meriah sangat kalau hari raya, sampai seminggu lepas tu pon masih ade yang datang, ade jugak yang buat siaran ulangan, sebab tak sempat nak sembang sembang panjang hari raya pertama, maklum lah orang ramai. Ha ha.

Nasib baik jugak, Ramadan dan Syawal kali nih, daku dikurniakan kesihatan yang sangat tip top, kalau dibandingkan dengan tahun lepas, teruk demam selsema sebelum dan lepas raya. Dapatlah daku tolong mom kemas rumah dan tolong dia memasak sikit sikit. Hihihi. Sayanggg mom seploh juta kali!! :)

Nasik, daging, sotong, telur masin, kuah banjir. Nyommss!

Dad pulak asyik menjamu kitaorang nasik kandaq siang malam. Sepanjang kat Penang dah berapa kali breakfast nasik kandar memanjang. Sampai ke saat menulis belog ini pon, sambil menyuap nasik kandar yang paling enak di dunia. HA HA.  Sayang dad banyak banyak sangat!

Jemput makan semua :) 

Harap harap daku tak terlupa macam mana nak masak nasik bila balik KL nanti. EEeeee stress dah nak balik KL lah pulak. 

2 comments:

  1. eh, kat kampung lagi nih? hehehe...enjoy the moment while it last... lemau akak masuk keje ni...

    ReplyDelete
  2. Ha ha selamat hari raya kak nina dan selamat bekerja juga! Klu lemau makanlah lemang cicah rendang kerang lebih sikit ek. Hahaha ;)

    ReplyDelete