Friday, October 10, 2014

Cik puan besaq kembali lagi






Ohai!

Cik puan besaq is back. Ya Allah memang lama giler daku bertapa kali ni. Dah kenape nak bertapa pulak? Jangan risau, takde apa apa yang menyebabkan daku hilang dari dunia beloger ini dan takde apa apa jugak yang membuatkan daku hilang ingatan untuk menulis belog yang ntah apa apa ni jugak. Masalahnya sekarang ade ke yang risau? Kau pon. HA HA

Sebenarnya lepas balik dari Penang tempoh hari, terus dilanda demam lah, sakit perut lah, kena iron panas lah ( tak lah seteruk mana tapi tercela lah jugak kaki ku sekarang ni )  macam macam lah. Kifarah tu kifarah. Jadi daku terima aje seadanya. Sekurang kurangnya masih bernafas di bumi Allah ini. Alhamdulillah. Syukur.

Belog ini akan terus wujud sampai bebila, untuk berhenti menulis selama lamanya adelah TIDAK. Walaupon menghupdet selang sebulan tak mengapa, janji tidak terabai selama lamanya. HEH. 

Raya Haji yang lepas kitaorang sambut di KL bersama keluarga. Sebab dua minggu sebelum tu kitaorang memang dah balik penang, jadik adelah lebih afdal jika sambut di rumahtangga sendiri aje kan.



Solat raya di masjid wilayah, pukul 7.30 dah keluar rumah. Kalau di penang, jalan kaki aje, jadi takde lah risau sangat. Lagipon solat raya selalunya di Penang lebih lewat dari sini.

Emak buat kan jugak ketupat untuk kami. Tapi tak banyak. Dapatlah dalam 30 bijik aje, jadik malam raya kitaorang pon bertungkus lumus masak rendang ayam dan daging masak merah. Ketupat nasi pon ade jugak. Pudding caramel dan butter cake pon tak dilupakan. 

Seharian kitaorang makan dan mencicah ketupat, malam tu dah tak sanggup dah, lagipon semua lauk pauk hampir licin, ha ha ha jadi kitaorang makan luar aje. 


Raya Aidiladha tak beriya sangat nak buat tema. Daku seperti biasa, pink tetap menjadi pojaan selama lamanya. Baju dikirim oleh ibu mertua ku. Putih bersulam pink juga. Tudung satin pink itu pula, dijahit sendiri oleh emakku :)

Kitaorang pegi makan di BBQ Tonight. Sedap sangat. Dah dua kali datang sini, berbaloi dan sangat memenuhi selera seisi keluarga. Nasik, kambing, seafood, kebab dan macam macam lagi kami tibai malam tu. Sampai tertapau tapai bawak balik sebab dah tak mampu nak habiskan. 

Lepas balik makan, singgah KLCC kejap sebab mom nak carik handbag raya katanya. Hahaha. Raya hari tu tak sempat pakai bag baru pon. Memula ingat nak tengok movie, tapi perut ku tak berapa nak best hari tu sebab aunty flow yang jahat tengah sibok nak datang jugak, lepas ronda ronda klcc terus balik rumah. 

Kelmarin pon ibubapa dah pulang ke Penang. Jadi aku kembali sunyi dan sepi di rumah. Seharian rasa sebak sampai tak hendak memasak :"(

Maka hujung minggu ni dah bercita cita nak tengok movie lah macam dah lama sangat tak pegi untuk menggembirakan hati kembali. 

Kalau dulu buleh tahan jugak sebulan dua tiga kali pegi, kadang kadang sampai ke movie yang mid night, tapi sekarang tidak lagi. Mungkin jugak atas faktor usia kot. Ha ha. 

Memang takde tenaga nak merayap sampai malam malam buta, macam cepat letih pon ye jugak. Daku teringin nak tengok Dracula Untold, tak pon Annabelle. Tapi aku syak Annabelle tu kurang lebih The Conjuring kot. Dracula lagi epic. Sape yang dah tengok? Best ke idaaaak.


Itu bukan jelmaan Annabella okay kawan kawan. HA HA. Pegi Ikea pon mokcik dah tertawa ria, apatah lagi kalau pegi melancong lancong. * kuis bahu sikit*

Tahun ni tak banyak sangat yang kitaorang buat dalam usaha TTC nih. Bukan lah maksudnya tak jumpa doctor tak usaha langsung, kita usaha belakang tabir aje lah nokz HAHAHA. Okay lawak kejap.

Banyak sangat perkara yang kena selesaikan, nak nak lagi bila masuk bab pindah berpindah nih. Yeah. Lambat lagi. Tapi daku memang cepat stress kan, benda sikit pon dah buleh melekat teruk dalam kepala otak nih. Masih belum pasti bila dan di mana, tapi bersyukur lah daku masih dapat beraya dengan ibubapa di sini, kata si suami itu. Amboi. Risau okay. HAHAHA

Mana tau dalam stress stress nih tetiba daku terpregnant, buleh gitu? Mesti lah buleh kalau Allah SWT izinkan. InsyaaAllah. Sekarang tak makan pon ubat apa apa, hanya lah Surbex Protect seperti yang dicadangkan oleh gynae ku tempoh hari :)) 

(Moga dr selamat kembali ke tanahair dan mendapat haji yg mabrur. AMIN.)

Nak buat iui ke ivf ke, ambik aje yang ini dulu, tak rugi pon. Tapi elok bincang dulu dengan gynae masing masing sebelum makan apa apa pon, itu yang penting jangan main rembat ikut kawan ke apa. Jangan.

Oh yeah daku jugak tengah ambik Odourless Fish Oil 1000mg dari Blackmores. Ni kitaorang beli kat Sydney hari tu murah giler berbanding kat KL, cukup lah bekalan untuk setahun. Nanti pegi Aussie boleh carik lagi. Eh?  Dan juga jus delima sebelum O. Yang ini dah lama minum, dari sebelum puasa tempoh hari :)

Baiklah. 

Doakan daku mempunyai kudrat untuk menulis dengan banyak nya untuk hari hari mendatang. Disamping itu, untuk menyidai dan melipat kain baju jugak perlukan kudrat, ye tak? Sabar lah sabaaariaaah.


Selamat berhujung minggu semua! 

No comments:

Post a Comment