Tak dirancang mahu pon merancang.
Tapi rezeki jangan sesekali ditolak Sash. Maka, sekarang sape yang over bukak tripadvisor bagai, pagi pagi buta takdi bangun terus sepantas halilintar daku bukak web Mas, Alhamdulillah ada promo weh. Rezeki lagi tu. Tak semena mena pulak.
Last week kalau beli memang mahal giler, tahap leburkan aje lah harapan itu buat masa sekarang tapi hari ni harga ticket dah macam magic pon ada. *joget cucuk bintang kejora*
Lagipon dah si suami itu yang beriya mengajak, takkan le daku nak menolak kannnnnn, nanti risau dikatakan riak pulak. HAHAHA. Eh kau apesal nih ?
Syok lah begitu kan. Ayuh bring it on!
Terus hari ni bersemangat, eh silap.. dari kelmarin dah bersemangat waja lain macam. Sebelum pukul dua belas tadi jugak I dah siap memasak ayam masak rose, sayur kacang goreng bersama telor malang nya ia tidak kelihatan di dalam gambar sebab malas nak hidang dan masih di dalam kuali.
Sayang I masak special untuk you, dengan ucapan cepat lah pulang kekasih hatiku. Wah. Gitu. Sila muntah beramai ramai
Ayam masak rose ku memang diakui sedap oleh seisi keluarga. Memang tidak syak lagi. Nak nak bila memasak dengan hati yang girang seperti hari ini.
Selamat menjamu selera semua!
lama x update dik...nak pi mana plak ni? aussie lagi ka?
ReplyDeleteHa ha hi kakak! Oz lagik, kali ni mengekor aje, cik abang tu ade keje. Tumpang sekaki lah. How r u doing kak? Next month akak jumpe dr kan? Good luck! :')
Delete