Wednesday, July 29, 2015

Ohai Florida!



Hello dari Orlando FL Darul Best. Ini bukan jelmaan cinderella dan prince charming nye yer adik adik. Ini adelah dua ketul manusia gedik di main street Disney yang sibok nak cirque du soleil dengan tak semena mena. Husband pon melayannnn. HAHAHA. 

Wednesday, July 22, 2015

Dendang Perantau di Hari Raya

 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Kita kan masih di bulan Syawal yang penuh barakah. Sekejap aje dah masuk raya ke lima. Macam semalam aje daku dok sebok sebok memasak rendang daging batang pinang, sambil berskype dengan emak untuk bertanya resepi bagai sebab daun kunyit sampai ke sudah aku tak jumpa.
 
Last last aku syak rendang ku dah bertukar rasa menjadi rendang-tok. Aiik? Pelik tapi benar. Mungkin jugak terlebih santan. Tak pon cili keringnya kali ini kurang menyegat. Maka ia pon beralih menjadi, pedas pedas manis yang luarbiasa. Sumpah sedap sampai rasa tersebak sebak sambil makan. HAHAHA.
 
Lepas berbuka, sambil memasak di malam raya di sini sempatlah juga buat lintas langsung dengan ibubapa dan mak mertua ku kejap. Nasib baik tak ada drama air mata ke apa pulak. Tabah sangat masing masing okey. HAHA. Itu pon lepas dad tanya bila nak balik Penang sebab duit raya tengah menanti, ape lagi terus semangat macam nak lompat packing semua baju masa tu jugak kau tahu tak. 
 
Kenapa keji sangat nih maigaaddd LOL
 
Bila raya menjelang tiba..
 
Takde nye buat besar besaran open house berkhemah bagai pon, lepas solat husband jemput kenkawan dia datang beraya di rumah. Kebetulan ada geng orang Penang jugak, dapat lah merasa makanan masing masing, ada kari kambing dan dalca sayur, kuah kacang, ketupat segera, ayam masak merah dan serba sedikit kuih muih, kek dan buah buahan. Di masjid juga dibuat rumah terbuka dari pagi sampai ke petang.
 
Makan lah apa adanya, kueh samperit, tart nenas, biskut cornflakes kami hidangkan di dalam hati para tetamu yang datang. Sempoi giler kau raya yang tak ada kueh raya. Masing masing semua muka kempunan kueh raya aje dah aku tengok KAHKAHKAsihan.
 
 
Raya pertama Aidilfitri di Houston, USA Summer 2015. Mampu? Kekeke
 
 
Kalau dalam entry dua tiga tahun lalu aku penah tulis pasal keinginan nak beraya di perantauan, tahun nih nah ambik sebijik ke muka kau kan Sash HAHAHA. Betapa sedih pilunye bila dengar lagu raya tahap nak baling phone ke dinding aje. Seriously. Tapi aku kuatkan semangat demi mencari sesuap nasi dan rezeki di sini, Ececeh?
 
 
 
 
Raya pertama hari tu kami berkumpul geng geng yang ada sahaja, lepak sambil pegi rumah terbuka dan makan makan. Tak ada sedara mara di sini, jadi kenkawan yang ada pon layan lah jugak dari jadik sebatang kara di Aidilfitri memang tak sanggup lah aku.
 
Semuanya senasib seperti kitaorang, ada yang nak balik lepas raya, ada yang tahun depan baru berkesempatan pulang dan ade jugak yang tengah menanti hari nak terberanak dah. HAHA.
 

 
 
Memang tak sama lah kemeriahan di kampong halaman sendiri, nak nak di pagi raya berkumpul sanak sedara ramai ramai kan. Yang penting ketupat pulut emak sentiasa menjadi rebutan semua.
 
Kami merebus ketupat nona sahaja, nasib baik lah banyak di jual di sini dari kena makan nasi goring ikan bilis telor di pagi raya, kau nak ke? Bersyukur lah apa adanya kan. HAHA
 
 
Dalam sesebok dengan persiapan raya, sehari sebelum tu kebanyakkan barang barang shopping kitaorang dah siap sedia untuk di hantar pulang ke tanahair.
 
Lebih kurang 80kg semuanya. Ada lagi 5 beg dengan kitaorang nanti, mudah mudahan cukup lah begitu sahaja *jeling suami skit* HAHAHA Dan yang paling penting, moga kesayanganku di dalam kotak kotak nih selamat tiba di KL dengan sempurna.
 
Tak lena tido ku dibuatnya, lagi tak tengok dengan mata sendiri segala periuk belanga pinggan mangkuk bagai tu. Dah rupa mokcik mokcik dah kenapa kau. LOL
 
 
 
Aktiviti raya kitaorang dari mula sampai lah ke hujung minggu tu memang dipenuhi dengan makan memakan sahaja. Dari kurus selim melim di bulan puasa, risau bertukar jadik jelmaan si ikan buntal yang horror selepas raya ujar emakku. HAHAHA. Sampai hati mu Mother. Itu belum lagi aku balik ke kampong nanti. EEEeee risau kot.
 
Raya kedua kitaorang pegi Cheesecake Factory lah ape lagi, memang layan habis cheese cake dia sepanjang kitaorang kat U.S nih. Di Dubai dah ada satu, harap harap tak lama lagik sampai lah di KL pulak. Memang sangat puas makan untuk semua penggemar kek berkeju, selamat mencobaaa.
 
Tapi hari tu sebab dah tak berselera dengan kek, kitaorang makan Olio, salmon dengan couscous ape ntah namanye lagik panjang sangat, dan jugak vietnamese seafood spring rolls. Tips untuk makan luar di sini, kalau boleh order serba sedikit aje sebab portion nye memang besar gedabak. Sah sah tak pernah habis bila makan, selalu bawak balik sambung di rumah pulak.
 
Cheese cake pon sama, tak payah lah kau berangan nak makan sorang seketul, itupon dekat dua hari baru buleh habis selesai.
 
Raya ketiga dan penutup hujung minggu raya kitaorang di sini sebelum husband masuk ke office semula, kami pegi makan seafood di Joe's Crab Shack berdekatan Highway 6. Memang habis segala mak bapak ketam, udang dan clams ku kerjakan di situ. Dari bulan puasa lagi dah bercita cita nak pegi, tapi nak makan waktu berbuka memang kurang lah dia punya selera kan. Bila time raya begini, dah jemu dengan nasi tomato beriani dan rendang bagai, elok sangat lah bertukar citarasa sedikit.
 
Memang syok habis masing masing petang tu dapat makan fresh seafood, balik ke rumah layan drama raya di TV3 pulak sampai tengah malam. HAHA
 
Begitulah hari raya kami yang serba sederhana dan apa adanya di Houston ini. Jauh berbeza dengan di tanahair. Tapi pengalaman ini semestinya sangat manis untuk kami berdua dan akan menjadi tanda ingatan sampai bila bila.
 
Walaupon terpaksa berjauhan dengan yang tersayang, namun doa sentiasa mendekatkan kami semua.
 

 
Apa ini? Apa semua ini pula? Kau jangan nak macam macam yer Sash ;)
 
 
Maklum lah sekarang dah memasuki musim summer, maka marilah kita menghayati erti percutian summer bersama sama yang tersayang. Tak gitu?
 
Proposal diterima dengan jayanya. Ape lagi, hari ni jugak aku kemas baju sesiap sebelum dia tukar pikiran. Licik tak. HEH.
 

Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya

 
 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin untuk semua kenalan alam maya di sini, yang mengenali secara dekat dan jauh. 
 
Selamat berselfie-raya, sambil menikmati ketupat dan lemang siang malam di kampong halaman, amboii sedapnyaaaa hoih. Ketahuilah betapa jelesnya daku di sini. LOL  
 
Dan jangan lupa diri yer,  semua tu nikmat dunia sementara aje sebab confirmed bakal menggemoks kan korang lepas seminggu raya nanti percayalah HAHAHAHAHAH 
 
 
 
Kitaorang di sini pon kenyang dapat tengok wasap dari emak sejak dua menjak nih. Kemahin diaorang eksyen tunjuk tunjuk ketupat pulut, kueh raya bagai kan. Sabaq aje lah kau Sash.
 
Aku boleh pegi shopping laaa kat sini, lagi BEST! HAHAHAHA
 
 
*nangis tepi bucu katil mengenang nasib diri*
 
 

Thursday, July 9, 2015

Lagi seminggu nak raya di benua Amerika

 
Buffet nasi kenduri kami panggil dia ni. HAHA. Di sini memang banyak restoren yang menyediakan hidangan buffet berbuka puasa, macam macam jugak menu yang ada tapi yang paling wajib di kebanyakkan tempat semestinya nasi arab dan kambing. Itu memang tak dapat nak dielakkan kalau ke mana mana pon. Kalau masuk aje, dah sebijik bau macam rumah kenduri kau. Sekali sekala bila tak berbuka di rumah, memang berselera jugak makan di luar. Tak kisah lah, janji dapat keluaaaar HEH.
 
 
1. Lagi kurang lebih seminggu nak raya. Sejujurnya tak ada persiapan apa pon untuk beraya di sini, cukup sehelai jubah bekalan dari emak untuk dipakai di pagi raya dan pegi solat kelak, lepas tu balik rumah masak nasi tomato rendang ayam. Sedih tak? Walaubagaimanaponnnnn. Kesedihan  kejap aje di situ, sebab InsyaaAllah bulan depan dah buleh balik KL. Yahuuuuuu. Genap empat bulan kami di sini. Macam dah lama sangat rasanya.
 
Tak dapat beraya awal, dapat hujung hujung pon jadik lah kan dari tak merasa langsung. Ikutkan hati nak ambik direct flight terus balik penang hari tu jugak, kalau tidak mengenangkan beg baju yang berkilo kilo ni. HEH.
 
2. Tentunya ibubapa adelah yang paling tergembira. Emak siap nak masak ketupat sekali lagi bila kami balik nanti. Sedangkan kalau di KL jauh dari mereka pon aku dah tersebak sebak setiap kali pulang dari kampong halaman, apatah lagi terpaksa berjauhan sebegini di hari raya. Hanya Tuhan mengerti hati ini :) Tapi untuk berjauhan dengan suami pon membuatkan daku menjadi tidak keruan jugak, hakikatnya begitu lah memang payah menjadi puteri tunggal ini. HAHA.
 
 
Untuk menghiburkan sedikit hati yang sedih dan pancaroba tidak dapat pulang di pagi raya nanti, naahh ambik kau. Tapi bila dengar lagu dari jauh ku pohon maaf ku tewas juga.. ececehh.
 

 
3. Selain memasak, daku juga kadangkala suka bershopping. Nampak tak. KADANGKALA. Hahaha. Maknanya sekali sekala memang saya akan shopping sekali harung aje, maklum lah memang berbaloi membeli belah di sini terutamanya bila ada sambutan untuk perayaan tertentu seperti minggu lepas. Puas hati to the max kata nyaaaa.
 
Lagipon entah taun bila akan datang ke U.S lagi, kalau saje saje nak pegi membeli belah sampai ke sini, memang tidak lah sama sekali kot. Tunggulah bila aku jadik sedikit kaya raya ke apa kan HAHAHA *berangan lah kau sampai kertu*
 
Rezeki hari tu, dapatlah habuan untuk seisi keluarga, ibu bapa, adik ipar, mak mertua dan hadiah harijadi untuk seseorang yang istimewa dalam hidup kami juga :)
 
 
KAHKAHKAHsihan suami ku. Janji muka ada sinyummmmm :))
 
 
4. Memang bersesak betul minggu lepas, semua orang sibok nak membeli belah jugak, daku pon apa lah kurangnya. Nasib baik lah ada si tukang beratur yang sangat budiman dan dermawan itu. HAHAHA.
 
Nak masuk setiap butik pon kebanyakkannya kena beratur, sebab terlampau ramai. Nak bayar pon beratur panjang lagik. Memang buleh pitam kalau nak suruh aku berdiri tunggu giliran sama kat situ, nasib baik ada tempat duduk jugak itupon kena berebut, lantak lah kan.
 
Suami lah yang menjadi rela, ke dalam terpaksa you? beratur sebelum dapat masuk dan beratur sekali lagi untuk membayar pulak. I sayaang you banyak banyak tau, siapa lah diriku tanpa mu wahhhh tachingggg sangat dah kenape kau. LOL
 
Antara yang sempat kitaorang rembat hari tu adalah sebijik dua beg dari Coach, Kate Spade, Michael Kors, Tommy, Clarks, Aeropostale, Marshalls, set pinggan mangkuk Corelle, TFal, serba sedikit di Macy's dan beberapa cenderahati yang lain. Lagipon seminggu dua nanti dah nak hantar barang barang ni balik dulu sebelum tuan empunya diri.
 
Risau jugak dah macam lebih muatan aje ni. Harap harap semuanya selamat sampai dan baik baik aje. Tak lena tido mengenangkannya pulak..
 
 
Kalau tak dapat keluar berpoya poya di luar sana, saya juga sangat pandai untuk membuat onar dari rumah. HAHAHA.
 
Memang ini antara yang terbest kalau di U.S ni, shopping online di Amazon. Segala barang mak nenek diaorang ada, harga pon malatopppp memang tak tahan daulat aku tengok. Ini lah keje ku kalau kat rumah sensorang sambil sambil menunggu suami pulang.
 
5. Minggu depan raya hoih. Harap harap tak ada drama air mata di pagi raya oleh mokcik emo ini. Dapat duit raya hilang lah drama aku kot. Dasaaaarrr dot dot dot HAHAHA.
 
Hujung minggu nak pegi beli barang dapur nak memasak serba sedikit di pagi raya nanti. Jemput aje lah sesape yang ada kat sini dan beberapa kerat kenalan datang makan makan di rumah nanti. Menu belum muktamat lagi, yang pastinya ketupat segera tetap menjadi pilihan utama ku. Kuah kacang tak ada, kalau rajin buleh lah cuba masak kuah lodeh. Kalau malas, cicah aje ketupat dengan ayam rendang, okay lah jugak kan.
 
Selamat menjalani ibadah di hari hari terakhir Ramadan ini. Tahun hadapan kita pon tak tahu dapat bersua ke tidak lagi dan dalam keadaan yang bagaimana. Jadi tahun ini ayuh lah sama sama kita beramal dengan bersungguh sungguh dari biasa.
 
 
Cari lah ia (malam al-qadr) di sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan (HR Bukhari & Muslim)
 


Tuesday, July 7, 2015

Nasi daging utara pembuka selera

 
Sebagai tanda kenangan, beli jugak seketul charm ni sempena 4th July. Selamat hari merdeka orang Amerika :D
 
Itupon sebab tengah murah. Kitaorang pegi Katy weekend lepas. Best sesangat. Dari pagi melilau, sampai nak dekat berbuka baru sampai rumah. Dia punya letih jangan cakap lah kan. Sampai aje, memang tersadai teruk dibuatnya. Sempat tapau burger untuk berbuka, balik terasa nak makan nasik lagi sebab tenaga dikerah dengan banyak, jadik memang kena jugak makan nasik walaupon dengan lauk daging goreng dan telor dadar aje. 
 
Tapi rasa sangat berbaloi, dari beg tangan, pinggan mangkuk dan periuk belanga semuanya aku angkut hari tu. HAHAHA. Bakal bersambung di entry akan datang *tiuprambutskit*
 
 
Minggu lepas jugak, dengan rajinnye telah memasak nasi daging utara bersama air asam untuk berbuka puasa. Memang tersangat cantik kejadian nasi daging ku kali ini beserta kelembutan dagingnya memang menawan tekak masing masing yang memakan. Masa tengah masak pon dah seploh kali asyik telan airlior aje. Terpacak pukul 8.30 malam terus kami menghadap nasik kauuu. Layan pulak nescafe panas lepas tu, perghhhh heaven sangat I tell you..
 
 
Nasi daging utara resepi ibunda memang menambat selera berbuka kami setiap kali bulan puasa.
 
Satu periuk penuh nasi daging dimasak dengan penuh kasih dan sayang gituuu. Dari berbuka sampai ke sahur lah kami tibai nasi. Walaupon bangun sahur, tetap gigih meratah daging dengan ayaq asam. Berselera betul kalau dapat makan nasi begini hari hari. Menu yang menjadi kesukaan seisi keluarga, terutamanya kalau dimasak sendiri oleh emak di hari raya. Kalau hari tak raya pon ku senantiasa suka aje.. LOL
 
Sebab takde pressure cooker, memang gigih lah aku merebus daging hari tu dekat sejam. Tak susah mana pon, sambil menunggu daging empuk buleh la bermain facebook bersama rakan taulan kejap sambil mendengar lagu raya mentusuk kalbu..
 
Ambik air rebusan daging separuh untuk dimasak bersama nasi, dan separuh lagi saki baki tulangnye ku buat sup sahaja. Kalau ikutkan nasi daging ni boleh juga dimakan dengan dalca sayur. Tapi akibat malas nak berlengas lama lama di dapur, kita makan aje dengan sup dan dicicah air asam. Sempoi habis. Bertambah sorang dua pinggan. Syukur Alhamdulillah..kenyang menjilat jari jemari..
 

 
Nampak macam susah aje memasak menu ni kan, nak nak di bulan puasa, tapi hakikatnya sangat senang dan sedap pula dimakan. Yang penting rasa puas bila masak sendiri, kesedapan dan kebersihan lebih terjamin. Lagipon kalau bulan puasa perut memang sedikit sensitive jadinye, tersilap sikit pon senang aje meragam..  
 
Air asam kali ini memang sengaja ku lebihkan cili dan belacan, sampai terbersin bersin dibuatnya masa membakar belacan tempoh hari, risau kalau satu apartment buleh bau bersama sama pencemaran udara ke apa pulak. Gasak kau lah kan. Janji perot kami kenyang. HEHE
 
Lepas siap sedia memasak semuanya, bertabah lah menunggu waktu berbuka pula. Tak senang duduk si suami itu di pejabat bila ku hantarkan foto di atas. Yang di rumah pon, apa lah kurangnya..

 
 
 
Setiap minggu tanpa jemu tetap menjalankan aktiviti membeli groceries. Maklumlah buleh dikatakan sepanjang Ramadan kitaorang memang selalu makan di rumah, kadang kadang aje hujung minggu berpeluang berbuka di luar. Lagipon sekarang dah makin banyak pilihan supermarket yang kitaorang pegi, jadik nak mencari barang dapur tak menjadi masalah besar sangat.
 
Melainkan kalau kau tiba tiba nak makan masak lemak cili padi siput sedut belimbing buluh acar limau bagai itu memang payah lah yer dak ( sedaaaaap tuh )
 
Husband memang tak cerewet langsung kalau pasal makan, yang banyak songeh adalah bini nya. HAHA.
 
Bak kata si suami, dari tak ada langsung atau kena makan roti hari hari, ini dah dikira besar rahmatnya. Setiap hari dapat makan nasi, ada lauk pauk.. ada sayur di meja makan, ape lagi memang kau patut bersyukur dah :)
 
 
Baik lah. Jom masak mi hailam pulak untuk berbuka jap lagi. 4 jam lagi hoih.