Wednesday, July 22, 2015

Dendang Perantau di Hari Raya

 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Kita kan masih di bulan Syawal yang penuh barakah. Sekejap aje dah masuk raya ke lima. Macam semalam aje daku dok sebok sebok memasak rendang daging batang pinang, sambil berskype dengan emak untuk bertanya resepi bagai sebab daun kunyit sampai ke sudah aku tak jumpa.
 
Last last aku syak rendang ku dah bertukar rasa menjadi rendang-tok. Aiik? Pelik tapi benar. Mungkin jugak terlebih santan. Tak pon cili keringnya kali ini kurang menyegat. Maka ia pon beralih menjadi, pedas pedas manis yang luarbiasa. Sumpah sedap sampai rasa tersebak sebak sambil makan. HAHAHA.
 
Lepas berbuka, sambil memasak di malam raya di sini sempatlah juga buat lintas langsung dengan ibubapa dan mak mertua ku kejap. Nasib baik tak ada drama air mata ke apa pulak. Tabah sangat masing masing okey. HAHA. Itu pon lepas dad tanya bila nak balik Penang sebab duit raya tengah menanti, ape lagi terus semangat macam nak lompat packing semua baju masa tu jugak kau tahu tak. 
 
Kenapa keji sangat nih maigaaddd LOL
 
Bila raya menjelang tiba..
 
Takde nye buat besar besaran open house berkhemah bagai pon, lepas solat husband jemput kenkawan dia datang beraya di rumah. Kebetulan ada geng orang Penang jugak, dapat lah merasa makanan masing masing, ada kari kambing dan dalca sayur, kuah kacang, ketupat segera, ayam masak merah dan serba sedikit kuih muih, kek dan buah buahan. Di masjid juga dibuat rumah terbuka dari pagi sampai ke petang.
 
Makan lah apa adanya, kueh samperit, tart nenas, biskut cornflakes kami hidangkan di dalam hati para tetamu yang datang. Sempoi giler kau raya yang tak ada kueh raya. Masing masing semua muka kempunan kueh raya aje dah aku tengok KAHKAHKAsihan.
 
 
Raya pertama Aidilfitri di Houston, USA Summer 2015. Mampu? Kekeke
 
 
Kalau dalam entry dua tiga tahun lalu aku penah tulis pasal keinginan nak beraya di perantauan, tahun nih nah ambik sebijik ke muka kau kan Sash HAHAHA. Betapa sedih pilunye bila dengar lagu raya tahap nak baling phone ke dinding aje. Seriously. Tapi aku kuatkan semangat demi mencari sesuap nasi dan rezeki di sini, Ececeh?
 
 
 
 
Raya pertama hari tu kami berkumpul geng geng yang ada sahaja, lepak sambil pegi rumah terbuka dan makan makan. Tak ada sedara mara di sini, jadi kenkawan yang ada pon layan lah jugak dari jadik sebatang kara di Aidilfitri memang tak sanggup lah aku.
 
Semuanya senasib seperti kitaorang, ada yang nak balik lepas raya, ada yang tahun depan baru berkesempatan pulang dan ade jugak yang tengah menanti hari nak terberanak dah. HAHA.
 

 
 
Memang tak sama lah kemeriahan di kampong halaman sendiri, nak nak di pagi raya berkumpul sanak sedara ramai ramai kan. Yang penting ketupat pulut emak sentiasa menjadi rebutan semua.
 
Kami merebus ketupat nona sahaja, nasib baik lah banyak di jual di sini dari kena makan nasi goring ikan bilis telor di pagi raya, kau nak ke? Bersyukur lah apa adanya kan. HAHA
 
 
Dalam sesebok dengan persiapan raya, sehari sebelum tu kebanyakkan barang barang shopping kitaorang dah siap sedia untuk di hantar pulang ke tanahair.
 
Lebih kurang 80kg semuanya. Ada lagi 5 beg dengan kitaorang nanti, mudah mudahan cukup lah begitu sahaja *jeling suami skit* HAHAHA Dan yang paling penting, moga kesayanganku di dalam kotak kotak nih selamat tiba di KL dengan sempurna.
 
Tak lena tido ku dibuatnya, lagi tak tengok dengan mata sendiri segala periuk belanga pinggan mangkuk bagai tu. Dah rupa mokcik mokcik dah kenapa kau. LOL
 
 
 
Aktiviti raya kitaorang dari mula sampai lah ke hujung minggu tu memang dipenuhi dengan makan memakan sahaja. Dari kurus selim melim di bulan puasa, risau bertukar jadik jelmaan si ikan buntal yang horror selepas raya ujar emakku. HAHAHA. Sampai hati mu Mother. Itu belum lagi aku balik ke kampong nanti. EEEeee risau kot.
 
Raya kedua kitaorang pegi Cheesecake Factory lah ape lagi, memang layan habis cheese cake dia sepanjang kitaorang kat U.S nih. Di Dubai dah ada satu, harap harap tak lama lagik sampai lah di KL pulak. Memang sangat puas makan untuk semua penggemar kek berkeju, selamat mencobaaa.
 
Tapi hari tu sebab dah tak berselera dengan kek, kitaorang makan Olio, salmon dengan couscous ape ntah namanye lagik panjang sangat, dan jugak vietnamese seafood spring rolls. Tips untuk makan luar di sini, kalau boleh order serba sedikit aje sebab portion nye memang besar gedabak. Sah sah tak pernah habis bila makan, selalu bawak balik sambung di rumah pulak.
 
Cheese cake pon sama, tak payah lah kau berangan nak makan sorang seketul, itupon dekat dua hari baru buleh habis selesai.
 
Raya ketiga dan penutup hujung minggu raya kitaorang di sini sebelum husband masuk ke office semula, kami pegi makan seafood di Joe's Crab Shack berdekatan Highway 6. Memang habis segala mak bapak ketam, udang dan clams ku kerjakan di situ. Dari bulan puasa lagi dah bercita cita nak pegi, tapi nak makan waktu berbuka memang kurang lah dia punya selera kan. Bila time raya begini, dah jemu dengan nasi tomato beriani dan rendang bagai, elok sangat lah bertukar citarasa sedikit.
 
Memang syok habis masing masing petang tu dapat makan fresh seafood, balik ke rumah layan drama raya di TV3 pulak sampai tengah malam. HAHA
 
Begitulah hari raya kami yang serba sederhana dan apa adanya di Houston ini. Jauh berbeza dengan di tanahair. Tapi pengalaman ini semestinya sangat manis untuk kami berdua dan akan menjadi tanda ingatan sampai bila bila.
 
Walaupon terpaksa berjauhan dengan yang tersayang, namun doa sentiasa mendekatkan kami semua.
 

 
Apa ini? Apa semua ini pula? Kau jangan nak macam macam yer Sash ;)
 
 
Maklum lah sekarang dah memasuki musim summer, maka marilah kita menghayati erti percutian summer bersama sama yang tersayang. Tak gitu?
 
Proposal diterima dengan jayanya. Ape lagi, hari ni jugak aku kemas baju sesiap sebelum dia tukar pikiran. Licik tak. HEH.
 

4 comments:

  1. Selamat Hari Raya Sash..
    Macam best jer raya diperantauan..
    Apa pun bagi saya kalau ada ketupat, rendang, kuah kacang kira cukup tak kisah raya mana2 pun tapi tak maulah raya dalam hutan.. Huhuhu


    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya LZ :) Sekali sekala best la jugak tapi klu tetiap taun memang meraung tepi katil lah I. Tak sanggupppp. Hihi

    ReplyDelete
  3. At least dah ada pengalaman beraya di perantauan...akak x mampu dik... ahahahha....

    80kg sash? x pa... alang2 beli, biar beli semua... eh! :-P

    ReplyDelete
  4. HAHA Kak nina, kalau suruh raya sekali lagi kat sini taun depan confirmed nangis bersungai sungai lah kut lol

    ReplyDelete