Monday, July 18, 2011

Down memory lane- part 1

Sekolah yang menjadi kebanggaan saya. Banyak jasa guru guru di sini terhadap saya dan rakan rakan yang lain.

Balik penang selongkar bilik sendiri. Bila jumpa benda benda ajaib seperti ini sangat membuatkan hati menjadi sedikit sebak dan rindu masa dulu dulu. Banyak kenangan pahit manis yang tak mungkin akan dilupakan sampai bila bila.

Name tag saya masa Form 5 (1998). Saya adelah anak jati Convent. Fasha Sandha juga. Marion Caunter juga. Datuk Nicole David juga :) Walaupun berlainan tahun. Tapi Convent rocks lah wei. Saya tidak pernah bersekolah di asrama akibat ibubapa tidak mahu saya berada jauh di mata. Dengan keadaan aku yang tidak reti mencuci baju sendiri dulu pon sudah buleh mengundang masalah kepada pelbagai pihak. Baik tak payah. Maka di sini aje saya menghabiskan zaman sekolah dengan rakan rakan yang lain.

Antara buku rujukan untuk SPM dulu. Yang lain entah kat mana, mungkin kena keja keras carik dalam stor bila balik lain kali. Saya berada di dalam aliran Perakaunan. Mengambil 10 subjek untuk SPM dulu.
Rajin buat nota malam malam sambil dengar radio muzik.fm. Masa tuh ader permintaan lagu cinta cinta. Aku suka dengar sambil tulis lirik lagu belakang buku nota. Ha ha ha. Bila mom masuk bilik cepat cepat sorok macam takde ape hal :)

Alhamdulillah. Dapat masuk jugak dalam buku sekolah Convent Forte 98 :) Mom dan dad sangat gembira sampai nanges. Walaupun takde lah sampai masuk tv macam orang lain sebab diorang lagi pandai dari aku. Ha ha ha. Aku masuk buku sekolah pon dah heboh satu kampung. Bangga weh bangga!

Bila dad tanya nak sambung belajar kat mana nanti, saya masih ingat apa yang saya jawab masa tuh dalam kereta. Dengan takde muka bersalah dan selamba budu nye aku jawab, nak jadi PRAMUGARI. Nak belajar kat MAS Academy. Kah kah kah kah!!! Naseb baik aku tak kena telan hidup hidup dengan bapa sendiri masa tu :)

Saya juga penah menjadi pelajar terbaik dalam subjek Kesusasteraan Melayu. Subjek elektif yang saya ambil untuk mencukupkan 10 matapelajaran di dalam SPM. Terima kasih Puan Phatimah, guru subjek ini yang sangat mengambil berat pasal saya sebab mula mula saya memang hampir kecundang akibat tak paham ape ape langsung sebab macam giler susah dan aku memang tak suka langsung. Banyak jasa cikgu nih dekat saya dulu. Terima kasih cikgu.

Ha ha ha. Yang nih mesti uols tak caya kan. Saya adelah sangat rajin ke sekolah zaman dolu dolu. Kalau orang lain nangis bila bangun pagi nak pegi sekolah, aku buleh nangis meraung kalau lambat bangun nak pegi sekolah. Kacau.

Zaman Diploma aku dulu. Masih jelas nampak muka dad dengan mom dalam ramai ramai orang dalam dewan masa tu. Dad curi curi keluar pegi beli bunga sebab taknak aku nampak. Tapi kantoi jugak sebab anakanda ini sangatlah bijaksana. Anak siape lah itu? Heh Heh.

Dapat lah masuk Berita Harian, tahun 2000. Tak ingat bulan berape. Cuba cari yang mana? Okay lambat lah kau carik. Nombor lima dari kanan. Saya lah itu :) Suka pakai tudung bawal masa tuh. Sebut aje warna ape, semua aku ada nokz. Ha ha ha.

Dulu saya sangat gemar dan hantu membaca Reader's Digest. Tiap tiap bulan mesti wajib hadap sampai buleh buat koleksi. URTV? Sorry lah jarang beli. Dad akan menjadi murka kalau saya baca depan dia. Ha ha ha.


...to be continued

No comments:

Post a Comment