Friday, April 20, 2012

Berusah susah dahulu, berfoya foya kemudian

Semalam sudah berlalu. Jadi, ape masalah engkau dengan semalam?

Ekceli, nak tulis semalam adelah sangat panjang dah penat. Hari kami bermula seawal 5 pagi. Dari malam sebelum semalam itu aku sudah tak buleh tido. Tido tido kucing kah? Asyik asyik terjaga dan memikirkan apelah punye nasib diri. Ha ha ha. Okay ini paling tak buleh blah. Drama kan engkau!

Baik. Nak pendekkan drama ini, kami sudah berada di dalam fasa two weeks wait giteww.Tahap keterujaan adelah tidak melampau, of course mengharapkan sesuatu yang terbaik dan keputusan yang membuatkan hati berbunga tulip, eh? Tapi dari awal lagi saya dah mengajar diri sendiri untuk terima dan redha dengan takdir yang Allah dah  tetapkan. Sebab tu kami takde lah over excited, sebab takut kalau kalau dapat result kurang menarik mesti akan membawa padah pada aku. Maklumlah saya kan wanita Gemini, kadangkala emosi cepat menjadi kurang stabil ( bahasa kasar meroyan tak bertempat..) yang buleh membawa kepada keadaan menjadi  huru hara jugak. Hahahahahah

Memandangkan ini unstimulated iuicycle, jadi takde lah aku rasa cuak sangat. Cuma risau  masa dirobek robek aje pon.. ha ha ha ha  isshh malu sungguh kalau dikenang sedemikian rupa :) Selain pada tu, tawakal dan berdoa yang baik baik. Selebihnye berserah pada Allah. Bersangka baik saje pada apa yang Allah akan berikan. Insyaallah.

Jadi, kemarin seharian adelah seperti makan-solat-tido-blogwalking dan begitu lah seterusnya hingga ke malam hari. Takde lah sakit sangat sampai tak buleh berjalan ke apa, cuma sengal sengal sikit aje, hari nih pon masih berkurung di dalam rumah. Esok dah buleh berfoya foya. Pantang larang takde lah banyak sangat, cuma makanan tertentu aje yang tak buleh dimakan. So far okay aje, tak membebankan langsung. Sebab tekak aku nih memang tak hadap pon benda benda tu semua, baik makan ayam goreng lagi baguih. Baik, sila abaikan aku memang begitu. Heww..

Okay, bulan depan adelah burp-day the other half dan juga saya. Kami kan berkongsi bulan yang sama. Tak mintak apa apa pon, dia yang nak bagi. Jadi terimalah dengan hati yang terbuka giteww.. Zaman nak sambut birthday besar besaran dengan berparty bagai meamng tak wujud dalam hidup kami. Cukup lah sekadar disambut dengan dia ataupon family. Takde kek dan lilin pon. Selalunye kami pegi makan makan aje. Kalau nak beli jugak, dia yang suruh pilih kek sendiri. Aparar.. Ha ha ha :)

Eh, macam dah lama pulak tak masak kan. Tau tak, hari tu punye lah aku menggelupur teringin nak makan sambal sardin. Kan dah cakap, tekak aku nih kadang kadang simple aje, makan cikai cikai pon dah buleh membawa kepada kegembiraan berpanjangan. Poor the other half lah, sebab dia memang tak gemar sangat makan sardin dalam tin macam tuh. Terkial kial nak habiskan sepinggan nasik.. Ha ha ha 


Masa nih teringin nak makan macam chinese style lah kononskonons, dan yang paling penting makan dalam mangkuk kecik sebab buleh ambik nasi sikit aje dan ratah lauk lebih :)

Entry tamat tepuk tangan semua.

4 comments:

  1. tumpoang lalu ni naktepuk tgn haha

    ReplyDelete
  2. All the best Sash. I doakan yg terbaik untuk you :)

    ReplyDelete
  3. Kalau saya masuk jeer two weeks wait,terus keterujaan melampau..Haha =) Memang Kak Sash..kenkadang sardin tulah yang paling berselera kan.. Lauk lain dah tak pandang dah.. haha =)

    ReplyDelete
  4. Dot : Thank u dear! Good luck to you too :)

    Angah : Tepuk tangan saje yea, takde upah hokeh! :P

    Carmello : I tak berani nak teruja sangat, sebab 50-50 kan. So tawakal aje la :) For the time being, enjoy makan sudeh! ha ha

    ReplyDelete