Thursday, March 15, 2012

Saya sudah memasak, anda bila lagi ?

Ohai!

Hari nih memasak bukan sebab rajin pon. Tapi sebab berpuasa, jadi perasaan untuk berbuka di rumah berkobar kobar dari makan di luar. Untung berbuka di rumah, buleh terus solat tak dilengah lengahkan lagi. Kalau kat luar terkial kial lah engkau.

Bila dah siap memasak suma nih, terus teringin nak makan cekodok. Teringat mom. Lalu bersedih. Sebab aku tak pandai buat cekodok, so kalau nak makan mesti mom yang buatkan. Nak nak kalau untuk berbuka. Aku nih kalau craving nak makan sesuatu kan, buleh mengalir air mata kalau tak dapat. Hahahahah.

Ok, sila abaikan.

Sambal udang bukan main merah lagi mak ngah. Bape kilo cili kau campak eh?

Biryani yang simple simple bagi memeriahkan suasana hari raya, eh eh??

White korma chicken. Lama tak masak cengini. Sambil memasak pon buleh kecur air liur.

Tak lupa juga sedikit tumbuhan hijau demi kebaikan bersama. Ha ha ha


Ya Allah, pada ketika ini tersangat banyak rindu di hati untuk ibubapa yang jauh di mata. Tak sabar menunggu kepulangan mereka minggu hadapan, Insyaallah. Tak sabar nak peluk cium, sembang sembang sampai tido.

Baiklah. Tak nak cerita banyak banyak pasal suma tu, sebab menambahkan sebak aje.


Kalau dapat makan froyo lepas berbuka pon macam best kan.


Heh. Lumrah lah, ending entry aku memang begitu..


Assalammualaikum. Jumpa lagi nokz.

2 comments:

  1. err saya ,..saya tkpandai masak macam cik puan ..hehe saya pandai makan jaa

    ReplyDelete
  2. Buleh la sikit sikit, klu makan lagi pandai kowt :p

    ReplyDelete