Dulu dulu, hari saya kadangkala menjadi malas dan bohsan. Nak keluar depan rumah sidai pakaian pon memerlukan semangat yang tinggi. Tapi sejak encik suami hint-hint kan sesuatu yang macam menarik aje, ting!ting!ting! cewah! terus kehidupan aku menjadi maju ke hadapan dalam segala segi. Ha ha ha. Kecoh kan engkau.
1.Perkembangan terkini takde lah yang best best lagi. Cycle ini adelah I-I au-naturel gitew. Wah! Kita cuba cuba dulu. Minggu depan tilik ape yang patut. Harap harap semuanya dah siap pasang. Kau ingat mesin nak pasang bagai nih? Memula ingatkan nak terus aje ambik cik-G itu, tapi lepas bincang punya bincang punya bincang, we decided to try the other cycle lah. Biar bersedia mental dan fizikal. Dulu masa memula mengambil cik G, saya kurang berilmu kot, last last meraung lah haku macam tak mau sebut. Kali ni rasanya lebih dewasa dan pasrah okeh. ha ha ha. Gurau gurau jugak. Hanya mereka yang melalui semua nih akan merasa kemanisan dalam kecewa. Tak begitu. Nampak tidak? Ayat pon dah seperti wanita dewasa dan mempunyai masa depan.
Anda penggemar teater lagenda? Dan anda kenal siapa gerangan pemilik Mee Rebus Singapura itu? Bukan. Bukan Fasha Sandha. Nak cuba,jangan lupa singgah di Rasta TTDI. Memang sedap lah mee pak aziz. Kalau makan sepinggan memang tak sempat nak kongsi. Dad nak sangat pegi makan situ :) Lepas makan mee, buleh lah cuba dim sum, nasi lemak ayam dara, bakso dan macam macam lagi lah kat Rasta tuh. Semuanya sedap sedap belaka. Kalau tak sedap, memang tak masuk lah dalam belog hebat aku nih. Ha ha ha. Okay diam.
3. Semalam sudah pasang wire braces yang baru lagi. Atas bawah kiri kanan dengan power chain engkau. Sampai pagi nih pon rasa keketatan ( sumpah susah nak eja cengitu ) maksud saya kat sini adelah ketat yang melampau. Menu hari ini adelah sup, nasi dan susu. Dan ulang tayang lah menu yang sama sampai ke malam kelak. Tak payah nak berangan nak makan laksam ke nasik kerabu ke, jauh sekali Carls Jr. Omaigod. Harap harap minggu depan dah buleh merasa kenikmatan memakan seperti biasa. Tapi sehari dua nih dapat lah aku feeling-feeling Posh kejap sementara minggu depan dah tentu tentu menjadi Beyonce. Ha ha ha. Nak nak, kalau men-makan LP support kelak. Tidak, bukan mengeluh. Sebab tu sengaja letak nama artis yang femes femes, sebab mahu memotivasikan diri sendiri.
4. Rutin wajib bermula minggu ini - susu kambing + honey+ black seed+air zamzam+ kurma Nabi dan (Multi-vita+ Vita-C) dah dimakan sejak beberapa bulan yang lepas. Alhamdulillah demam dan tonsilitis pon dah jarang jarang mengganggu kehidupan. Yang lain itu adelah sebagai makanan asas untuk kesihatan dan keremajaan okay jangan melalut please. Untuk tambahan nutrien katanya :) Susu kambing saya beli Hi-Goat sebab senang dibancuh dan tak berbau pelik pelik, maklumlah saya bukanlah peminum susu yang tegar. Nak minum yang ini pon terkial kial. Sebab dah lama rasanya tak minum susu, elok juga mulakan dari sekarang. Bukannya membawa kerugian pon. Lagipon sunnah Nabi, elok diamalkan. Daging kambing pon saya amalkan tak semena mena juga. Maka Restoren Saba adelah destinasi wajib kami berdua juga. Eh kepoh lah kau cik puan.
Black Seed yang ibubapa belikan dari Mekah. Satu keluarga dah mula amalkan. Sehari tujuh biji. Alahai comel comel aje, lebih kecik dari beras..Tapi besar khasiatnye.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan HabbatusSauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.
Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan HabbatusSauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, masalah kulit, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.
Dulu selalu aje dengar tapi tak pernah amalkan. Jadi apelah sangat kalau cuba, sedangkan benda benda lain buleh pulak kita makan tanpa was was kan.
5. Dan kejadian hujung minggu yang lepas.
Darling-hubs tak berape sihat, maka makan pon sikit sikit aje. Wifey yang terlebih sihat itu jangan cerita lah kan. Hew hew hew. Thank u sayang sebab gemokkan i lagi dan lagi.
Sash, what happend masa amik cik G dulu? macam takut je bunyinya...
ReplyDeleteMasa tu i buat silap sgt. I campur dgn supplement lain (yg slalu kuar iklan kat tv dulu) lepas tuh, blom sempat apa2, mid cycle dah tunggang langgang. Dari situ jgak yg membawa kepada laps :) dugaannnn..
ReplyDeleteDun worry, cik g tu baik orangnye. He he he. Emo sikit2 aje nanti ;)