Wednesday, March 9, 2011

I love you !

U amaze me in ways I cannot define !!

Tuesday, March 8, 2011

11 days to go..

Line Clear Nasi Kandar Penang!

1. Masing masing akan bertukar watak menjadi Londoners serta merta. Ha ha ha. Alaah pegi berapa hari kerat dah berangan kau nak menjadi Londoners kan. Dah dasar kuat berangan. Terima ajelah hakikat blog aku. Tak payah lah nak fikir panjang. Tak suka boley log out kekdahnye.

2. Sangat tidak sabar nak men-tengok dan men-tido di tempat berlindung siang dan malam kami selama dua minggu itu. (19oGBP++ per nite katanye, lebih kurang 900RM++ semalam, so u better be good to me wahai mr room) Tapi macam biase lah, hotel di sini sangat berbeza dengan yang di malaysia. Sini semuanya mahal berbenor. Kalau dengan harga tu di KL dah tentu tentu boleh dapat vip suites plus tukang urut kaki percuma pasang siap. Ha ha ha ha. Kan? Lepas tu jangan terlebih rajin pulak nak men-convert apa apa barang kat sini kepada ringgit, karang nak beli air pon kau tak sanggup nokz. So beli lah apa saja dengan muka poyo macam takde ape hal akan berlaku kepada purse kau. Walaupooon ...

3. Dah lama benar tak minum London cuppa coffee di pagi hari yang dingin. Best!

4. Mahu menyusuri Thames River dan men-renew madah cinta kami untuk sekian kalinye. Ecececeh!! Wifey siapekah itu? Kuarkauskrang!! Hahahaha! Perlukah aktiviti itu? Yang ini confirmed idea asal cik puan besar. Memang tak syak lagi. Ngeh ngeh ngeh :P

5. Sangat perlu untuk memenuhi tuntuan naluri kewanitaan saya di Selfridges. Baiklah paling kurang kurang pon Harrods. Faham. Sangat mahal. Entah mampu ke tidak. Ha ha ha. Berangan aje tak habis. Kalau tak dapat baju, souvenir lain pun dah mampu jadikan aku wifey paling gembira di dunia ini. Suka psycho hubby tiap tiap malam dengan ayat macam tu. LMAO.

6. Shopping list semakin hari semakin panjang. Ada tak cara nak pendekkan ianya balik? Atau pulang ke pangkal jalan? Harap harap suami akan gembira dengan homework yang wifey dah lakukan ini. Semalam bagi dia tengok, so far dia merelakan aje :) Phewww!

7. Minggu depan jugak tak merasa lah aku nak me-makan nasi kandar, mee curry, beehun sup dengan sesuka hati lagi. Bukan tak boley cari malaysian food kat sana, memang banyak tapi hubby selalu ingatkan saya, kalau ke mana mana luar malaysia tak payah lah kau nak kecoh berselera tanahair. Yang penting cari makanan yang halal dan yang belum pernah dicuba lagi. Cool lah hubby saya nih. Tak kecoh pon. Ha ha ha.

8. Nak bersiap sedia kemas semua barang dan baju sebelum jumaat akan datang. Dari minggu lepas nak keluarkan bag, tapi tak terkeluar keluar pon lagi. Aparar punya malas.

9.Semoga badan tak minta dimanja manja sangat kat sana nanti. Maklumlah cuaca kan sejuk tak menentu. Kalau sini hujan sehari semalam pon aku dah gedik nak tido rapat rapat dengan hubby dan ber- sweater bagai. Haiyooh. Dapat bayangkan tak macam mana? Baik tak payah. Lolz.

10. Mom selalu berpesan semoga saya tidak men-lupa diri dan menjadi isteri yang solehah bila di tempat orang kelak. Hahahahahaha! Mom suka tau menduga kredibiliti saya sejak dua menjak nih. Eh tak paham.

*gelak guling please*


-Wifey polos persis lindungan bulan signed out-

Saturday, March 5, 2011

happy-day cik puan

Lokasi penggambaran : Carl's Jr.
Pelakon utama : Cik puan besar dan suami
Pengarah : Cik puan besar
Penerbit : Cik puan besar
Tajaan : Suami cik puan besar

Kah kah kah kah!! Semua mesti didahului oleh cik puan besar tapi bila mai tang tajaan harus tolak awal awal pada mangsa yang sepatutnye. Poor baby ku. Muah!

Sape lagi gojes, aku ke burger? Jawapan tepat dapat hadiah dari London nanti. Ha ha ha. *tergolek*

My Portobello mushroom beef Burger

Darling with his XL-Guachomole Burger


Lepas makan, jalan jalan cuci mata kejap pastu ke cold storage beli groceries aje kekdahnye hari nih. Esok hubby ajak pegi Ikea. Percaya tak hubby ajak aku pegi? Selalunye idea asal mestilah dari cik puan besar kan. Percaya aje lah.

Pastu dapat jugak yang dihajati tekak saya dari semalam..........

taddaaaaaa... yummylicious durian pancake!


Alhamdulillah. Murah rezeki. Amen.


winks&smiles!

Friday, March 4, 2011

Sangat mahu...

sate arnab, Bandung 2010. Bile nak pegi lagi ek?


.........makan,

1. beehun sup ayam dengan cili kicap yang pedas pedas.

2. mee curry yang letak kerang dan fishball banyak banyak.

3. lamb mandy Al Rawsha. Alahai tak pernah lagi pegi cari tempat baru diaorang. Dulu masa kat ampang kan senang, balik boley ter-singgah klcc. Selalu sangat akan tersinggah sampai suami pun jadi fening derr.

4. nasi kerabu yang sedap dan banyak taugeh dan ulam ulam ape ntah. Dah pegi WauPenyu solaris, sangat kurang memenuhi selera tekak diva aku. Pendek kata, tak sedap pon.

5. char koew teow dengan cili jeruk.

6. caramel pudding yang manis dan menyamankan tonsil.

7. red velvet cake cicah Earl Grey. Sumpah aku tak pernah makan macam tu. Poyo nye kau cik puan.

8. durian pancake yang dekat mid valley tuh. Sedap mak aiih!

9. takoyaki dengan bonita flakes yang gerak gerak macam ulat sampai hubby akan muntah hijau kuning kalau paksa dia makan sekali lagi.

10. tumis cili mackerel. Haiyoooh, makan dengan nasi panas panas plak. Pengsan.

Ya Allah banyaknye benda aku nak makan. Pantang dengar orang sebut sebut, mula lah teringin bagai macam nak gile protes kalau tak dapat.

Masa cengini lah rasa susahnye hidup bila jauh dengan ibu bapa. Kalau mom ader, dah tentu aku ngan hubby tak terkial kial nak cari semua nih kat luar, memang dia akan masakkan. Cakap aje kau nak makan ape.


Sebak sangat tetibe.


Sekian

Wednesday, March 2, 2011

lagu mood hari ini

stress-free katanye..


'hubby cakap, ini aje?' eh biar betul dia nih?

sedang menggalas tanggungjawab besar. LMAO!!

Italiannies choc and hazelnut cake yang dimakan sorang sorang bila stress berlebihan

Sampai rumah automatic menjadi malassnyeee aku. Padahal kat luar tadi menggeletis bukan main.

Nak tido Le Meridien Hotel boley tak sehari dua nih? Nak cari mood balik.

Hahahhahaha..!!!! *Tekop mulut sampai fengsan*

Tuesday, March 1, 2011

Hari-malas

Ohaaii!

Saya adalah hari malas sash. Bila saya datang, sash akan menjadi lemau, lunyai, lemas dan malas (ya -rabbi) seharian macam baru balik dari bekerja di ladang. Eh apa kes aku balik ladang nih? Takmo takmo. Cuba kau cakap baru balik dari shopping baru lah semangat sikit. Boring tak?

Tapi betul, saya terasa sangat malas berbenor benor hari ini. Perot sangatlah tidak boley diharap langsung bila pagi pagi dah rosakkan mood yang sepatutnye indah ini. Jaga kau perot! Dah terasa macam nak berperang dengan perot sendiri. Damn sangat. Sangat sangat sangat.

Phewww.

Baiklah. London london london london. Kan dah okay. Kejap aje kalau nak hangin pon. Bila dah seru mentera (seperti di atas) naiklah seri wajah semula. Rumah sepah macam kapal perang pecah pon aku boleh jadi tak kisah kalau fikir nak pegi berjalan. Tak kisah lah nak pegi mana pon. Pulau pangkor pun macam best jugak. Eh tak penah sampai lagi lah ke pulau itu. Bila nak bercuti cuti malaysia pulak? Tersasul. Drama swasta sangat. Itu yang hubby selalu cakap :)

Maka akibat kemalasan melanda, saya terus menjadi takde mood nak memasak yang best best. Cukuplah sekadar sesuap nasi, ececeh. Macam sadis gile kan. Tak, aku tetap masak tadi. Tapi yang simple dan cepat cepat sahaja sebab perot menjadi sangat bossy.

Hari nih cik puan besar telah menyediakan menu menu seperti berikut di atas perintah diri sendiri. Harap maklum.

Ayam Negro cili kering. hahahahaha. Ada berani kah?

Kubis tumis kunyit

menu wajib orang malas masak rajin makan.. hahahahah (mom cakap)

Mudah mudahan esok saya akan bangun dari kemalasan yang melanda. Banyak benda nak kena buat nih. Bag pun satu tak bercuci lagi, rumah pun tak kemas rapi rapi (sejak balik dari penang hari tu) Sigh.......

Takkan esok nak travel hari ni baru terkulat kulat nak mencari itu ini? Itu lagi bahaya. Dah tentu tentu akan berlipat ganda stress nanti.

Baiklah, saya nak pegi mengejar mood rajin sekarang!!

Jumpa lagi bila bila aku rajin. Bila bila bila lah.