Tuesday, March 1, 2011

Hari-malas

Ohaaii!

Saya adalah hari malas sash. Bila saya datang, sash akan menjadi lemau, lunyai, lemas dan malas (ya -rabbi) seharian macam baru balik dari bekerja di ladang. Eh apa kes aku balik ladang nih? Takmo takmo. Cuba kau cakap baru balik dari shopping baru lah semangat sikit. Boring tak?

Tapi betul, saya terasa sangat malas berbenor benor hari ini. Perot sangatlah tidak boley diharap langsung bila pagi pagi dah rosakkan mood yang sepatutnye indah ini. Jaga kau perot! Dah terasa macam nak berperang dengan perot sendiri. Damn sangat. Sangat sangat sangat.

Phewww.

Baiklah. London london london london. Kan dah okay. Kejap aje kalau nak hangin pon. Bila dah seru mentera (seperti di atas) naiklah seri wajah semula. Rumah sepah macam kapal perang pecah pon aku boleh jadi tak kisah kalau fikir nak pegi berjalan. Tak kisah lah nak pegi mana pon. Pulau pangkor pun macam best jugak. Eh tak penah sampai lagi lah ke pulau itu. Bila nak bercuti cuti malaysia pulak? Tersasul. Drama swasta sangat. Itu yang hubby selalu cakap :)

Maka akibat kemalasan melanda, saya terus menjadi takde mood nak memasak yang best best. Cukuplah sekadar sesuap nasi, ececeh. Macam sadis gile kan. Tak, aku tetap masak tadi. Tapi yang simple dan cepat cepat sahaja sebab perot menjadi sangat bossy.

Hari nih cik puan besar telah menyediakan menu menu seperti berikut di atas perintah diri sendiri. Harap maklum.

Ayam Negro cili kering. hahahahaha. Ada berani kah?

Kubis tumis kunyit

menu wajib orang malas masak rajin makan.. hahahahah (mom cakap)

Mudah mudahan esok saya akan bangun dari kemalasan yang melanda. Banyak benda nak kena buat nih. Bag pun satu tak bercuci lagi, rumah pun tak kemas rapi rapi (sejak balik dari penang hari tu) Sigh.......

Takkan esok nak travel hari ni baru terkulat kulat nak mencari itu ini? Itu lagi bahaya. Dah tentu tentu akan berlipat ganda stress nanti.

Baiklah, saya nak pegi mengejar mood rajin sekarang!!

Jumpa lagi bila bila aku rajin. Bila bila bila lah.

No comments:

Post a Comment