Friday, March 4, 2011

Sangat mahu...

sate arnab, Bandung 2010. Bile nak pegi lagi ek?


.........makan,

1. beehun sup ayam dengan cili kicap yang pedas pedas.

2. mee curry yang letak kerang dan fishball banyak banyak.

3. lamb mandy Al Rawsha. Alahai tak pernah lagi pegi cari tempat baru diaorang. Dulu masa kat ampang kan senang, balik boley ter-singgah klcc. Selalu sangat akan tersinggah sampai suami pun jadi fening derr.

4. nasi kerabu yang sedap dan banyak taugeh dan ulam ulam ape ntah. Dah pegi WauPenyu solaris, sangat kurang memenuhi selera tekak diva aku. Pendek kata, tak sedap pon.

5. char koew teow dengan cili jeruk.

6. caramel pudding yang manis dan menyamankan tonsil.

7. red velvet cake cicah Earl Grey. Sumpah aku tak pernah makan macam tu. Poyo nye kau cik puan.

8. durian pancake yang dekat mid valley tuh. Sedap mak aiih!

9. takoyaki dengan bonita flakes yang gerak gerak macam ulat sampai hubby akan muntah hijau kuning kalau paksa dia makan sekali lagi.

10. tumis cili mackerel. Haiyoooh, makan dengan nasi panas panas plak. Pengsan.

Ya Allah banyaknye benda aku nak makan. Pantang dengar orang sebut sebut, mula lah teringin bagai macam nak gile protes kalau tak dapat.

Masa cengini lah rasa susahnye hidup bila jauh dengan ibu bapa. Kalau mom ader, dah tentu aku ngan hubby tak terkial kial nak cari semua nih kat luar, memang dia akan masakkan. Cakap aje kau nak makan ape.


Sebak sangat tetibe.


Sekian

2 comments:

  1. nampaknya kenalah one round makan sebelum berangkat ke London kan? I punyalah tak tau al-Rawsha tu dah pindah, 2 wks ago gi Ampang dgn my sister tapi melihatkan map yg terpampang depan kedai lama, senang jugak nak mencari kedai baru ni, besar macam mansion pulak. Tempat makin cantik, tapi my sister dgn I agreed yg rasa dah x sesedap dulu

    ReplyDelete
  2. Laa ye ker? I pun dah agak agak ngn hubby kalau tukar tempat mesti tak sedap. Ha ha.

    Kena pegi try jugak nanti ;)

    ReplyDelete