Monday, April 4, 2011

Hollymoon


Alahaai la adek dan kakak :)

alahaai la suami dan isteri :)

welcome back to negeri yang melekit bagai? wah. baru berapa hari kerat kau pegi. sabar aje lah.

Alhamdulillah, london was fun. Awesome blossom sangat tak hengat. Alhamdulillah. Macam tu lah lain kali kalau nak menghiburkan hati wifey. Tidak lah wifey berasa gundah gulana dan membawa diri ke klcc selalu. Okay lah kurang kurang pun the curve. Cheh

Semua dah kembali ke bentuk asal kejadian. Ahad lepas dah mula aktiviti membeli groceries di cold storage dan petang karang kena masak serta makan kat rumah aje sebab dapur gile lama tak berasap. Pinggan mangkuk lama tak diguna. Rindu. Jangan nak perasan diva lebih. Sikit sikit takpe. Pegi masak nasik cepat. Pegi.

Eh eh kejap. Tapi itu tak lama. Sebab hari Khamis nih saya akan berterbangan di awan biru lagi. Tapi yang nih dekat dekat aje. Patut lah kau tak kecoh besar kan. Fitrah manusia. Kah kah kah!!



Picadilly circus. beli souvenir untuk diri sendiri dan diri sendiri



Baiklah baiklah. Sekarang silalah hadap lagi beberapa photo yang tak wajib tayang. Kalau tak tengok pon takkan menjejaskan ekonomi negara. Tak perlu risau.

Speakers Corner, dekat Hyde Park jugak, place where public speaking is allowed on any subject without fear. Tak jadi masalah punye. Kat sini semuanye bebas berbahas mengenai idea masing masing, kritik itu ini. Mostly akan bercakap pasal agama lah. Boleh gaduh besar kalau tak sabar. Nampak tak hubby tengah 'berkonflik dalam tenang' dengan suami isteri Jews yang sangat perasan bagus.

Ini pon contoh perasan bagus jugak. Melawat nenda kejap :) Lolz

DP kat sini gile murah dari Klcc. Beli beberapa pasang untuk raya katanye. Caya tak aku boley tunggu dan lihat aje?

Spring has sprung. Kau boleh posing angkat spring dress cengitu tak? Mari log off sekarang!!


Tower of London. Paling gile sejuk masa ni sebab dah nak hujan


Harrods. shopping sampai herot. sekian

hubby cakap apsal billboards kat komtar tu takde sapa kecoh nak amik gambar pon? Aparar dia nih. Potong betul.

mensidai wajah polosku di kota london. Ada??


Pada satu pagi yang indah dah sejuk itu juga, kami telah dengan rajinnye ke Tooting, south london. Jumpe kak sara and family. Borak borak dan makan makan kejap. Dah lama tak jumpe diaorang suma sejak pulang dari holland dulu. Hub dia sama sama dekat Shell jugak. Sekarang diorang dah pindah ke sini. Kiter bila lagi bee? Ha ha ha ha


Shopping senang, makan senang, jalan pon senang. Walaupon kena bersesak sket macam sardine dalam tube tu kadang kadang tapi takpe. Bukan selalu. Bukan tiap tiap hari. Kalau tiap tiap hari belum tentu aku dapat penuh pahala sabar tu pulak. Ha ha ha

Balik KL punye lah penat meng-kemas barang, baju lintang pukang macam titanic nak pecah, tapi dah siap cuci semua dah. Macam magic aje saya buat keja dalam berapa hari nih. Malam karang nak kena kemas bag baju lagi laa.


Terasa diri umpama flight attendant derr :) Rasa tidak?


Baiklah akan bersambung mengikut mood kelak. CUT!


Winks&smiles!

Saturday, April 2, 2011

Jet lag

Hujan diamond di negara orang, hujan white gold di negeri sendiri. Dua dua pun aku nak jugak. Kalau dah dasar materialistic, begitulah kekdahnye. Kah kah kah kah!!

HALO MALAYSIA! HALO KUALA LUMPUR. KAMU SANGAT PANAS. I TAK TAHAN YOUU.

Sakit hati tak dengar?


Penat nih penat. Tak cukup tido. Tak cukup rehat. Tak cukup shopping, eh?? *tekop mulut*


Telah selamat kembali ke tanah malaya. Tapi masih di awangan dan kefeningan nokz. Bila semua dah okay, saya sambung entry nih lagi.



kecoh.com

Tuesday, March 29, 2011

kecoh-terlampau








Ini pula? Objek terlampau apakah?? -LMAO-



Location : Hyde Park, London


winks&smiles!

Monday, March 28, 2011

Cerita dari london

lepas mandi dah tak payah pakai perfume pun boley - cik puan besar


setelah dipaksa dan diheret naik. Akhirnya saya berani jugak jejak atas london eye nih. Hadooih. Geli nye dengan benda tinggi tinggi ni tau!

Assalammualaikum

Lagi beberapa hari dah nak balik. Hoh? Masa berterbangan. Jadi hari nih berehat rehat di bilik sambil 'cuba dan mencuba' mengemas bag serba sedikit. Eh giler banyak baju aku beli kali nih, hubby cakap simpan setengah pakai raya nanti. Penat penat saya galas bag, dah la jauh nak tawaf keliling oxford tu, dia suruh tengok aje jangan pakai lagi. Buleh gitu? Lolz

Hubby macam dia lah yang sangat tidak kisah. Yang dia kisah nak naik london eye. Eeee.. semalam dapat jugak dia naik. Aku dengan berat langkah, muka moncong tiga depa memaksa langkah dari hotel ke situ. Ha ha ha. Saya memang alah benda tinggi nih, tengok capsule dia dari jauh pon dah rasa geli kaki. Ntah macam mana berjaya jugak aku langkah naik pon tak paham. Macam magic. Teringat masa naik Eiffel Tower pon macam tu jugak. Mesti kena gaduh dulu sebelum naik. Hadoooih. Sabar aje lah.

Setengah jam atas nih aku rasa macam berabad lama. Hubby cakap kalau jatuh mesti mati terus dalam river tuh. Hahahah! Sekarang kau faham kan ape perasaan cik puan?

Kota london dari dalam capsules kaca. Saya tak ingat berapa ketinggian masa nih. Tapi memang gile tinggi. Dah lama lama baru boleh berdiri dengan gagah-nye. Eh, apa barang kau ingat aku berani nak bukak sunglass tengok dari atas sini? Cukup lah nampak bayang bayang pon takpe nokz.

Big bus tours pon naik, thames river cruise pon naik jugak. Tower bridge aje tak panjat. Lalu di bawah pon dah cukup lah dengan cruise hari tuh. Punye la sejuk ya rabbi. Gatal nak ber-cruise bagai di thames river la sangat, hambek kau.

Hari nih badan rasa tak sedap. Macam nak selsema pon ada. Sakit tekak dah menyerang sikit sikit. Semalam berjalan dalam hujan renyai masa kat Picadilly. Eh takpe takpe. Tak kecoh. Saja bagitau.

Itu adalah aktiviti yang hubby suka. Benda benda yang aku tak minat sangat memang dia akan menjadi terlebih suka. Memang faham. Tapi benda yang saya suka adalah menjadi kewajipan dia untuk menjadi suka jugak, macam selalu selalu.




Baiklah. saya kena keluar sekarang. Masa dah suntuk. Takkan kau nak hadap blogger aje kan. Baik pegi beramal. Lagi sedap. Pegi.

Malam karang ingat nak ajak hubby makan peking duck di Bayswater itu. Tapi dia tak reti makan. Takper, dia paksa saya panjat london eye kan, siap dia malam karang!! Kah kah kah.

Bila free nanti saya tempek lagi photo photo yang tak wajib tayang.

Cheers!

woot!woot!


wills & sash! aaww.. sangat kepoh muka aku!! kah kah kah kah!! -Madame Tussauds



am still alive and kicking di kota london! ha ha ha.


Helo! Ohai!

Punye lah busy sampai nak bukak notebook pon sangat terkejar kejar. Bila balik hotel selalunya dah malam, cuaca sejuk, badan letih, mengantuk bagai, eh malas nak cerita panjang. Memang tak cukup masa nak conteng banyak banyak entry kat sini. Jadi hadap lah gambar dulu sekeping dua! Nanti nanti free kiter upload dan cerita banyak lagi.

Jalan merata pelosok london. Giler puas hati. Shopping aje tak puas puas lagi. Selang sehari mesti nak melawat oxford st. Umpama dipukau dan terpukau kekdahnye.

Thames River cruise :)


Pagi tadi sempat ke south London, kawasan pinggir kota, Tooting. Pegi breakfast aje, macam takde keje sangat dah, tapi itulah hakikatnye. Balik singgah Notting Hill, pastu pegi Picadilly and Hyde Park.

Baiklah. Esok esok sambung lagi naaa. Mata dah makin malas nak bukak. Apatah lagi nak menghadap notebook lama lama.


Dapat jugak tekak saya merasa Taza Kebab kat Bayswater itu. La la la la la!


Gud nite semua.Mimpi yang indah indah!


Assalamualaikum.

Thursday, March 24, 2011

Rumah kami di Addington St.


saya budak baru belajar. Kalau salah tolong tunjukkan

Tenangkan hati semua. Terimalah hakikat blog saya. Kadang kadang memang akan berlaku kecelaruan fikiran yang melampau bila datang waktu waktu tertentu. Harap sedia maklum.


Cik puan in front of the hotel aka rumah kami di Addington gitu. Posing kaki silang bagai. Eh layan aje lah. Kau ada? Ha ha ha. Park plaza county hall sangat dekat dengan Waterloo station. Macam belakang rumah aje pon. Walking distance to london eye dan kawasan kawasan yang sewaktu dengannye. Kalau taknak bersesak macam sardin dalam tube boley lah naik bus yang besaq besaq dan merah merah belaka depan hotel nih. Tapi bersiap sedia lah dengan traffic nye pulak. Sanggup? Aku tak.


Kecoh aje. kad pon kau nak tempek kat sini. Tolong jangan keji.

Baru sampai. 30 mins from Heathrow. Rasa lama jugak sebab jalan jam sikit masa tuh. Kalau tak maybe kejap aje kot. Hubby tengah checked in. Wifey sebok menjadi paparazi tak bertauliah.

Tingkat atas adalah restaurant. Kat bawah pun restaurant jugak. Breakfast kat situ lah. Tapi so far kami selesa makan dalam bilik aje. Sebab malas nak keluar dengan muka sememeh pagi pagi buta, plus aku bukannya reti nak mandi awal. Jadi kena bayar lah 3pounds extra for room service tiap tiap hari sebab cik puan besar tak mau makan kat bawah.


Studio room. Saiz sedang sedang aje muat untuk honeymoners macam kami. Ha ha ha. Kalau with kids i will go for penthouse kot. Cheh. Ha ha ha. Banyak duit kau?? Kat studio room nih ada seperate living area, ada kitchenette area, bedroom dan jugak tambahan sofa bed di living area tuh. Hubby tengah dengan bangganya ber-pose bagai nak rak di living area dan yang depan tu adalah kitchenette. Sebelah dia adalah bathroom.

paling suka goose feather pillows dia lah. sangat sedap tido dan gebu aje. Sumpah tak pernah tido atas goose feather nih. Ha ha. Macam jakun kejap. Boleh tido rapat rapat pon macam takde hal. Eh apa kena mengena tido rapat rapat dengan pillow nih? Sumpah annoying.

Kichenette area. Complete jugak perkakas dia. Boley guna untuk panaskan makanan di tengah malam malam buta. Masak? Eh apa barang aku nak masak di kota london. Ha ha ha ha. Tiba tiba menjadi sangat malas ya rabbi. Nak bancuh air pun fikir dua belas kali.

Wajib aku kumpul benda alah ni bawak balik. Ha ha ha ha. Hobi la sangat kan

Nih lah tempat aku menggoreng blog dan facebook sambil tengok tv dan dengar BBC1 . Eh perasan macam cik puan besar sungguh. Kalau lah boley bersenang lenang goyang kaki tangan macam nih selalu kan... Ha ha ha.

tempat bertepuk tampar manja manja sambil tengok permandangan waterloo di tengah malam dan subuh hari.

Bought few things for myself, mom and mother in law semalam :) Mesti diaorang suka sebab saya pon tersangat lah suka. Ada ke benda aku tak suka kat sini? Ada. Tak suka bila balik dan convert duit yang aku belanja kepada ringgit. Boley fengsan berkali kali kalau hubby tau. Ha ha ha ha.

Always remember to be thankful. I am.

winks&smiles!

Tuesday, March 22, 2011

Tahukah anda..

me and lelaki pujaan, at River Thames London :)

1.Sejak sampai London, saya hanya tido selama 6 jam setiap hari. Tak boleh nak tido lebih lama. Jet lag sangat kah? Ha ha. Sebelum subuh aku dah bangun cergas lain macam, tak tido balik pulak tuh. Sangat menarik dan pelik bukan? not good not good

2.Breakfast dulu baru mandi. Menjengkelkan betul perempuan nih tau. Kah kah kah!

3.Sudah pandai berjalan laju laju. Orang di sini semua kuat berjalan sana sini. Jangan kau perasan nak berjalan kucing di kota london kalau tak nak kena sepak percuma.

4.Tiap tiap hari mesti dengar BBC Radio 1. I love Deejay Grimmy :) Umpama cinta dengar pertama. Begitulah kekdahnye.

5.Dad akan call setiap pagi. Tiap tiap hari dia akan tanya samada, saya makan nasi ke tidak. Ha ha ha. Sebab dia tahu anak dia nih memang jenis tekak tanah melayu. Sabau aje lah.

Demi sesuap nasi untuk wifey, hubby akan men-tapau setiap malam untuk saya. Sejak bila aku pandai makan nasik di malam malam buta pon tak pasti. Eh sejak kat London lah kot ;)

6.Akan pegang cuppa coffee sambil berjalan jalan dan minum sikit sikit. So engrish lah wey.

7.Orang sini cakap macaroons kat Harrods adalah yang paling sedap di dunia. Okay paling sedap di dunia aku yang cakap. Ha ha ha. Sedap dari tempat lain kat London lah paling tidaknye. Bee, i want macaroons now. Please.

8.Banyak sangat fridge magnet muka Wills dengan Kate di sini. Nak beli satu lah. Eh dua. Eh tiga. Eh aparar.

9.Cuaca sangat cantik setiap hari dan tak hujan walaupon macam nak hujan. Best.

10.Lagu yang tengah gile-femes kat sini adalah, Price Tag-Jessie J. Pertama kali dengar masa dalam black cab hari tuh. Pastu hampir setiap hari ada dalam radio. Sangat taste aku lah lagu nih. Siti Nurhaliza? Siape tuh?

This city never fails to impress me lah. Macam mana tak timbul rasa terlebih sayang.

By the way, Debenhems ada sales besar besaran hari ni. Jom la jom la. Kalau rasa malas boley order online, dapat free delivery lagi. Weh, macam menarik naaaa :) Kalau rajin, eh baiklah tak payah cerita panjang. Nak bergegas keluar dan berjuang habis habisan.

Jumpa lagi.

Cheers!

winks&smiles!