setelah dipaksa dan diheret naik. Akhirnya saya berani jugak jejak atas london eye nih. Hadooih. Geli nye dengan benda tinggi tinggi ni tau!
Assalammualaikum
Lagi beberapa hari dah nak balik. Hoh? Masa berterbangan. Jadi hari nih berehat rehat di bilik sambil 'cuba dan mencuba' mengemas bag serba sedikit. Eh giler banyak baju aku beli kali nih, hubby cakap simpan setengah pakai raya nanti. Penat penat saya galas bag, dah la jauh nak tawaf keliling oxford tu, dia suruh tengok aje jangan pakai lagi. Buleh gitu? Lolz
Hubby macam dia lah yang sangat tidak kisah. Yang dia kisah nak naik london eye. Eeee.. semalam dapat jugak dia naik. Aku dengan berat langkah, muka moncong tiga depa memaksa langkah dari hotel ke situ. Ha ha ha. Saya memang alah benda tinggi nih, tengok capsule dia dari jauh pon dah rasa geli kaki. Ntah macam mana berjaya jugak aku langkah naik pon tak paham. Macam magic. Teringat masa naik Eiffel Tower pon macam tu jugak. Mesti kena gaduh dulu sebelum naik. Hadoooih. Sabar aje lah.
Setengah jam atas nih aku rasa macam berabad lama. Hubby cakap kalau jatuh mesti mati terus dalam river tuh. Hahahah! Sekarang kau faham kan ape perasaan cik puan?
Kota london dari dalam capsules kaca. Saya tak ingat berapa ketinggian masa nih. Tapi memang gile tinggi. Dah lama lama baru boleh berdiri dengan gagah-nye. Eh, apa barang kau ingat aku berani nak bukak sunglass tengok dari atas sini? Cukup lah nampak bayang bayang pon takpe nokz.
Big bus tours pon naik, thames river cruise pon naik jugak. Tower bridge aje tak panjat. Lalu di bawah pon dah cukup lah dengan cruise hari tuh. Punye la sejuk ya rabbi. Gatal nak ber-cruise bagai di thames river la sangat, hambek kau.
Hari nih badan rasa tak sedap. Macam nak selsema pon ada. Sakit tekak dah menyerang sikit sikit. Semalam berjalan dalam hujan renyai masa kat Picadilly. Eh takpe takpe. Tak kecoh. Saja bagitau.
Itu adalah aktiviti yang hubby suka. Benda benda yang aku tak minat sangat memang dia akan menjadi terlebih suka. Memang faham. Tapi benda yang saya suka adalah menjadi kewajipan dia untuk menjadi suka jugak, macam selalu selalu.
Baiklah. saya kena keluar sekarang. Masa dah suntuk. Takkan kau nak hadap blogger aje kan. Baik pegi beramal. Lagi sedap. Pegi.
Malam karang ingat nak ajak hubby makan peking duck di Bayswater itu. Tapi dia tak reti makan. Takper, dia paksa saya panjat london eye kan, siap dia malam karang!! Kah kah kah.
Bila free nanti saya tempek lagi photo photo yang tak wajib tayang.
Cheers!
I am VERY SURE 30kg sorang baggage allowance memang sah2 tak cukup. Macam nak kena hantar balik naik kapal laut je ni. I love BHS pya baju, beli skirt yg sama sampai 2 helai, n of course M&S. Iman suka Primark.
ReplyDeleteJgn beli perfume kat situ, beli kat epot, memang sah murah tolak tax. I bought one at Ox st for 75 pd, ingat dah jimat sbb kat kedai lagi satu 78pds, rupanya kat epot 59pds je, cis!
hoh, baru teringat saya tak beli perfume pun? hahahahaha. jap nak kira duit *fengsan*
ReplyDeleteHubby wajib baca comment you nih. ha ha ha!