Monday, April 4, 2011

Hollymoon


Alahaai la adek dan kakak :)

alahaai la suami dan isteri :)

welcome back to negeri yang melekit bagai? wah. baru berapa hari kerat kau pegi. sabar aje lah.

Alhamdulillah, london was fun. Awesome blossom sangat tak hengat. Alhamdulillah. Macam tu lah lain kali kalau nak menghiburkan hati wifey. Tidak lah wifey berasa gundah gulana dan membawa diri ke klcc selalu. Okay lah kurang kurang pun the curve. Cheh

Semua dah kembali ke bentuk asal kejadian. Ahad lepas dah mula aktiviti membeli groceries di cold storage dan petang karang kena masak serta makan kat rumah aje sebab dapur gile lama tak berasap. Pinggan mangkuk lama tak diguna. Rindu. Jangan nak perasan diva lebih. Sikit sikit takpe. Pegi masak nasik cepat. Pegi.

Eh eh kejap. Tapi itu tak lama. Sebab hari Khamis nih saya akan berterbangan di awan biru lagi. Tapi yang nih dekat dekat aje. Patut lah kau tak kecoh besar kan. Fitrah manusia. Kah kah kah!!



Picadilly circus. beli souvenir untuk diri sendiri dan diri sendiri



Baiklah baiklah. Sekarang silalah hadap lagi beberapa photo yang tak wajib tayang. Kalau tak tengok pon takkan menjejaskan ekonomi negara. Tak perlu risau.

Speakers Corner, dekat Hyde Park jugak, place where public speaking is allowed on any subject without fear. Tak jadi masalah punye. Kat sini semuanye bebas berbahas mengenai idea masing masing, kritik itu ini. Mostly akan bercakap pasal agama lah. Boleh gaduh besar kalau tak sabar. Nampak tak hubby tengah 'berkonflik dalam tenang' dengan suami isteri Jews yang sangat perasan bagus.

Ini pon contoh perasan bagus jugak. Melawat nenda kejap :) Lolz

DP kat sini gile murah dari Klcc. Beli beberapa pasang untuk raya katanye. Caya tak aku boley tunggu dan lihat aje?

Spring has sprung. Kau boleh posing angkat spring dress cengitu tak? Mari log off sekarang!!


Tower of London. Paling gile sejuk masa ni sebab dah nak hujan


Harrods. shopping sampai herot. sekian

hubby cakap apsal billboards kat komtar tu takde sapa kecoh nak amik gambar pon? Aparar dia nih. Potong betul.

mensidai wajah polosku di kota london. Ada??


Pada satu pagi yang indah dah sejuk itu juga, kami telah dengan rajinnye ke Tooting, south london. Jumpe kak sara and family. Borak borak dan makan makan kejap. Dah lama tak jumpe diaorang suma sejak pulang dari holland dulu. Hub dia sama sama dekat Shell jugak. Sekarang diorang dah pindah ke sini. Kiter bila lagi bee? Ha ha ha ha


Shopping senang, makan senang, jalan pon senang. Walaupon kena bersesak sket macam sardine dalam tube tu kadang kadang tapi takpe. Bukan selalu. Bukan tiap tiap hari. Kalau tiap tiap hari belum tentu aku dapat penuh pahala sabar tu pulak. Ha ha ha

Balik KL punye lah penat meng-kemas barang, baju lintang pukang macam titanic nak pecah, tapi dah siap cuci semua dah. Macam magic aje saya buat keja dalam berapa hari nih. Malam karang nak kena kemas bag baju lagi laa.


Terasa diri umpama flight attendant derr :) Rasa tidak?


Baiklah akan bersambung mengikut mood kelak. CUT!


Winks&smiles!

3 comments:

  1. NOOOOOOOOO!!!!!! Menantu dah sampai M Tussauds!!!!!
    Anyway, seronok tgk gambar2 U, hilang rindu kat London (hah, perasan!)

    ReplyDelete
  2. Cheh rindu la sangat. doc, i rasa u pegi mcm sebulan sekali aje london tuh tau. gile i tak jeles! nape la dulu i tamau jadi OB jugak mcm you. kahkahkahkah. gurau tu gurau :)
    Btw menantu u dah selamat sampai few days sebelum i pegi. Tinggi jugak dia dari i. Agak2 iman sama tinggi dia tak? :D

    ReplyDelete
  3. Nay...siang2 dia dah tepis "he's taller than me by 1-2 inches"
    Kita ber'joli' ni bukannya kaya bebenar kan kan kan? Cuma mengamalkan prinsip 'duit bukan boleh bawa mati' n drp cucu cicit perabih sesuka hati, lebih baik kita yg membanting tulang ni spend our hard-earned money.

    ReplyDelete