Thursday, July 7, 2011

Top 5 and i missed NL

I missed this place. I missed our home at the haque ataupun orang sana sebut den haag. 1hr journey kalau nak ke Amsterdam. Naik train pun depan rumah aje. Kalau dulu aku tak tergedik gedik ajak hubby pindah balik KL mungkin kami masih di sana kot? Dapat jugak ibubapa pegi melawat jauh jauh sikit. Ha ha ha.


1. Mengantuk yang paling dasyat. Ya Rabbi.

2. Tidak berkeinginan untuk berfoya foya dengan keterlaluan. Nak hadap tv dalam bilik aje sebab boley terus tido. Seriously. Sebab kepala cepat pusing.

3. Makan butter cake setiap hari umpama tiada hari esok.

4. Tidak berselera langsung dengan nasi kandar. Hoh? sememangnye magic.

5. Bercita cita mahu melahirkan bayi kami di dalam air. Water Birth. Sesungguhnya ayat itu membuatkan suami saya hampir pitam di pejabat pada satu petang. Aku okay aje dia pulak yang kecoh apesal. Ha ha ha.

Itu adelah paling terkini dan sensasi. Selain dari itu, tiada perubahan drastik melainkan yang itu sahaja. Malas nak merapu panjang sebab hari neh adelah public holiday di penang. Ape kena mengena neh?

Jadi ibubapa berhajat membawa saya berliburan di luar setelah sekian lama bertapa di dalam rumah. Oleh itu, perlu bersiap siap walaupun dah 15 kali aku menguap sepanjang menaip entry neh. Mak aaih.

Tuesday, July 5, 2011

Ce Teka?



Kalau saje saje tak penah aku makan pon ikan neh. Kat penang sangat senang dapat, KL tak penah tengok lagi pon. Maklum lah jarang jarang ke pasar pagi macam mak mak orang. Hubby lagi lah seumur hidup dia tak pernah tengok apatah lagi makan. Dia cakap muka ikan itu sangat scary. Ha ha ha. Dia apa tau, sambal sotong yang sedap itu pun dia cakap menakutkan jugak. Booooo! :p


1. Dah dua hari berturut turut tak boley mengelat lagi dari makan ikan haruan. Mom goreng dengan garlic paste, halia, bawang dan cili. Makan panas panas. Inipun jenuh menggeletis aku nak habis. Sebab saya bukan lah pemakan ikan yang tegar :) Harap maklum. Nak nak lagi ikan sungai cengini, kurang sikit feeling nak makan. Tapi untuk kebaikan buat masa sekarang terpaksa lah jugak aku harungi onak dan duri. Cheh.- drama swasta-


2. Pagi tadi dapat makan nasi lemak dengan sambal ayam yang paling sedap di dunia. Lama tak makan nasi lemak, mom masak untuk kami semua. Tengahari kena hadap ikan di atas itu lagi.


3. Mood sangat baik dan cantek dua tiga hari neh. So far so good. Belum lagi rasa macam nak pijak orang. Ha ha ha. Itupun sebab dah jarang jarang online di facebook. Sebab kat fb aku ramai manusia kepoh tak boley blah. Macam vaavii aje mood nanti. Tunggu masa aje nak kena BERSIH kan sorang demi sorang.

4. Sangat tergedik gedik nak makan buah manggis. Harap harap dad dapat beli petang karang sebab dah janji.

5. Hajat di hati mahu membuat rebonding sebelum bulan puasa. Sangat sangat terdesak sebab rambut sudah menjadi tidak ketahuan. Berhijab kat luar sahaja, di rumah kena lah jaga jugak. Takkan nak bersanggul serabai aje nokz. Hubby suka saya berambut panjang lurus macam isteri yang polos. Ha ha ha. Oh mana mungkin kerana saya telah berangan-angan mahu memotong macam Posh dan men-brunette kan kembali. Jeng je jeng. Mesti nak kena gaduh dulu sebelum potong rambut. Tah ape ape lah.

6. Ibu mertua menyuruh saya mencari kurma Ajwa dan makan setiap kali lepas solat. Dua tiga hari neh boley lah keluar mencari di Yu-Ta. Harap harap ade jual. Sebab kurma neh susah sikit nak dapat.

7. Sape penah makan kangaroo-vindaloo angkat tangan? Ha ha ha. Aku gile teringin nak rasa.

Baik sekarang perlu log out. Mahu mandi, solat dan makan cucur udang yang mom buat. Makan tido aje kekdahnye sejak dua menjak. Berat tak naik pon lagi. Hoih? Nak mampos celupar.


Jumpa lagi!


Sunday, July 3, 2011

I am hormonal

Sila berhati hati dan jangan berkecil hati. Kalau nak kecil hati jugak kau punye pasal. Garang mode is in the house :S


cik puan in front of Buck House


First time kami ke Istana Negara sedangkan dah hadap Buckingham berkali kali. Aparar - June 2011


I am hormonal. And this is normal.


Cuaca sedang mendung. Hujan dari semalam kat sini. Patut lah tak rasa panas bahang ke apa lagi. Tido pun sedap aje rapat rapat sampai pagi. Tapi kali neh kalau raksaksa sedang datang gigit rambut memang aku akan sedar sebab tido dah berubah tempat. Bukan pasal tempat tak best tapi sebab aku memang pantang tido bertukar katil. Kalau bertukar pasangan lagi..Astagfirullah. Ape kau sedang buat nih cik puan.

Okeh itu petanda hormone sedang cantek. Hoih?

Baik sekarang mahu bercerita pasal minggu lepas sedikit. Tak mahu banyak banyak. Bukan sebab bitter, tapi sebab aku punye suka lah ini blog aku. Sentap tidak? Garang neh garang. Bukan lah teruk sangat keadaan minggu lepas sampai membolehkan saya menjadi hilang ingatan. Cuma bila kesakitan melanda bertubi tubi membuatkan badan dan minda menjadi letih melayan ubat setiap hari. Lupakan pasal blog dan bahan riadah yang lain, nak menilik muka jelita sendiri di mirror mirror on the wall pon rasa terumbang ambing. Cheh. Nampak tidak contoh ketidakupayaan ketika itu? Jadi, maaf lah sekiranya saya memang tidak menjawab panggilan telefon ataupun apa apa messages melainkan jika berniat untuk datang melawat saya di kediaman rasmi sambil membawa hadiah dalam bentuk wang ringgit atau sekurang kurangnya sebakul white gold. Kah kah kah. Baik kau keluar sekarang. Yea sekarang.

Sekarang saya sedang bercuti. Bercuti sehingga October. Cuti apa neh panjang panjang bagai? Maaflah. Saya tidak bersedia untuk berkongsi rahsia ini sehinggalah ke tarikh yang akan ditentukan kelak. Sepanjang bulan ini sehinggalah October ( seperti yang diramalkan tarikh cuti berakhir ) saya hanya akan melakukan perkara perkara riadah dan berfaedah secara sederhana di rumah sahaja. Kerana sepanjang bulan bulan ini kehidupan saya mungkin akan berubah secara drastik tetapi sementara ataupun tiada apa apa yang berlaku melainkan imginasi aku yang keterlaluan sahaja. Jadi sekiranya penulisan di blog ini pada masa akan datang bakal mengundang kemurungan pada pembaca, ianya amatlah dikesali sama sekali. Kerana ini adalah bukan kemahuan blogger. Its beyond my control. Cheh. Tetapi sekiranya ia mengundang kejelesan terlampau, sila teruskan membaca sambil telan air liur masing masing. Damn sangat kan.

Oh ya. Pasal Australia. Aussie. OZ. Ostolia. Apa lagi orang sebut hah? Sejak dua menjak asyik asyik termimpi aje nokz. Asyik asyik rasa sexcited. Heh. Maklum lah tak pernah pegi seumur hidup. Lagipun sekarang aku tengah free, jadi untuk tidak membuang masa, suami mencadangkan saya membaca pasal negara kangaroo itu supaya menambahkan hormone gembira bukan kepalang. Hotel dah selamat dibooked lepas burpday hari itu. Yang tinggal hanyalah visa untuk dia yang sedikit leceh kerana memerlukan beberapa document yang perlu dihantar ke embassy. Yang lain tuh online pun takpe. Jadi minggu depan boley mula siapkan benda benda alah neh supaya aku tidak tertekan di kemudian hari.

Baiklah sekarang saya mahu sedikit memberi tekanan kepada diri. Baju untuk ke sana belum dibeli, baju mandi manda, baju bersoka ria, scarf, dan sebagainya. Okeh sekarang saya sangat menjadi tension. Tahniah.

Memandangkan tarikh nak ke OZ adalah beberapa hari sahaja selepas Hari Raya, jadi pandai pandai lah aku berjimat cermat dan menabung dengan se-serious yang mungkin. Kalau asyik mencuri duit tabung sendiri bila nak menjadi kaya raya cik puan ooi. Naseb baik baju raya dah dibeli masa aku kat London hari tuh. Jadi kalau nak beli sikit sikit lepas neh boley kawtim lagi lah nanti. Kalau terdesak sangat boley berhutang dengan suami sendiri. Walaupun hutang raya dua tahun lepas pon aku tak langsai lagi. Kah kah kah.

Hujung bulan neh juga dah boley mula dengar lagu raya kuat kuat di rumah sambil angan angan mahu tukar langsir baru. Langsir kat rumah dah dua tahun tak bertukar. Sape berani gatal nak tukar tiap tiap tahun kalau sekali tempah boleh beli sebiji Ipad. Eh? Baik kau tersadai kat situ aje bertahun pun takpe janji aku tak pengsan dua kali bila tengok bill. Tapi macam yang dah di-angan angankan awal tadi, dua tahun tak bertukar, kira boley kawtim lah kot tahun neh. Bee, what do you say? Bee sedang tutup muka dengan bantal. Tanda apakah itu? Itu rohsia suami isteri. Tak payah bincang sini.

Baiklah. Entry bakal tamat pada bila bila masa. Bersedia untuk tepuk tangan sebab berjaya membaca entry berprofil tinggi di tahun ini.

Terima kasih suami sebab menjaga saya siang dan malam. Terima kasih ibubapa sebab menjaga makan minum saya sepanjang tempoh berpantang yang tak seberapa itu.


Selamat datang July bulan gembira. Insyaallah.



winks&smiles

Friday, July 1, 2011

Day seven :)


Saya sangat terhutang budi dengan mereka ..


1. Last day of antibiotic. Yay. Lega sesangat. Bila tengok bakul ubat, dari awal bulan sampai akhir bulan June, macam tak percaya apa yang aku lalui. Banyak sungguh dugaan bulan lepas. Mudah mudahan ada hikmahnye. Walaupun sakit, namun hati saya tenang dan bahagia.

2. My first appointment after op. Stitches pun dah boley bukak hari neh. Alhamdulillah semua okay dan pulih seperti yang diinginkan. Walaupun badan masih rasa letih dan lemah, harap harap dapat cepat kembali segar bugar seperti sediakala. Yang penting, cik puan besar dah boley tenyeh lipstick MAC kembali nokz. Selain itu, saya juga sudah boley tilik muka sendiri kat mirror lama lama dan tidak fening fening lalat lagi.

3. L-Day. Two more to go :)Insyaallah, i can do it. Bring it on!

4. Dah boley mula berfikir fikir pasal persiapan ramadan, syawal. Oh ya, kami sudah pilih warna tema tahun neh.

5. Dapat makan curry mee kesukaan saya di Lil Penang.

6. Dapat drive kereta kesayangan saya semula. Mak aaihh macam nak lompat ke bintang. Gile lama tak drive. Terasa sangat ketidakupayaan diri masa tu.

7. Boley mandi manda lama lama dan bernyanyi nyanyi macam takde ape hal.

8. Dah boley pakai jegging semula. Ya Rabbi. Macam tak caya kau.

9. Masih berpantang manja manja walaupun selera makan dan semakin membesar.

10. I am so thankful today. Tak terucap dengan kata kata. Kasih sayang suami dan ibubapa sesungguhnya tidak pernah berbelah bagi untuk diri saya. Semoga Allah sentiasa merahmati mereka semua. I love them so much.

Baiklah. Nak berkemas kemas baju sekarang. Ke mana? Ade laa :)



winks&smiles!

Wednesday, June 29, 2011

Day Six

First day in pantai. Chocolate chip aje yang membuka selera. Sebab senang minum, tak payah nak kunyah lama lama. Masa neh semua rasa sakit dan sangat tidak selesa.



1. Semalam akhirnye dapat juga keluar pegi makan chicken mandy di Hadramawt. Best. Walaupun tak habis licin macam selalu, tapi dapat jugak bertukar selera.

2. Sudah boley ber-catwalk dengan bangganye sekeliling rumah macam selalu selalu.

3. Rasa rasanye dah boley drive jugak kot. Nanti petang nak test market lah. Heh heh.

4. Perot dah boley diisi dengan makanan yang sedap. Walaupun tak boley makan banyak banyak lagi sebab cepat rasa penuh dan padat lain macam.

5. Esok first appointment after op. Teruja lain macam sebab dah lama tak keluar jauh jauh. Walaupun ke pantai pon dah boley membuatkan hati aku menjadi girang! Kah kah kah.

6. Masih tidak berhenti berharap agar dapat memakai semula jegging Levi's size 28 itu. Insyaallah soooooon.

7. Seronok sebab dapat luangkan banyak masa dengan orang orang yang saya sayang di rumah.

8. Teringin nak makan curry mee di Lil'Penang. Tapi agak mustahil sebab banyak sangat pantang larang mak mak orang neh. Haaaihh.

9. Tak perlukan painkiller lagi. Bangga wehh!

10. Sangat sangat bersyukur. Bersusah susah dahulu, moga dapat bersenang senangan di kemudian hari :)




winks&smiles!

Monday, June 27, 2011

Day Four

June 23rd. Akan saya ingat sampai bila bila :)



Sudah boley berjalan cepat cepat.

Sudah boley tido mengiring ke kanan dan kiri.

Sudah boley bangun sendiri tanpa bantuan suami dan mom.

Sudah boley makan nasi hampir separuh.

Sudah rasa segar. Leher, bahu, pinggang, tekak dah okay sangat. Macam magic.

Sudah boley mencuci rambut sendiri dengan syampoo kesukaan.

Sudah boley tido lambat dan bangun awal dan tidak lagi memerlukan tido di petang hari.

Sudah boley pakai lipstick dan foundation. wow!

Sudah boley membuat minuman untuk diri sendiri.

Sudah boley mengemas sedikit dan melipat baju :)

Sudah boley duduk dan berdiri dengan tegak.

Sudah boley berblog dan berfb.

Sudah boley minum petang di bangsar village tadi. Heh heh.

..
..
..

Sudah mula berfikir untuk berfoya foya.. eh..??


Okay lah itu aje untuk hari keempat. Bersambung bile perlu kelak.




winks&smiles!

Wednesday, June 22, 2011

Bittersweet

Dear Allah, please give me strength both spiritually and physically to do this.

Will be away for a few days, insyaallah panjang umur dan ader rezeki jumpe lagi. Doakan yang terbaik :)





-wifey-