Tuesday, July 5, 2011

Ce Teka?



Kalau saje saje tak penah aku makan pon ikan neh. Kat penang sangat senang dapat, KL tak penah tengok lagi pon. Maklum lah jarang jarang ke pasar pagi macam mak mak orang. Hubby lagi lah seumur hidup dia tak pernah tengok apatah lagi makan. Dia cakap muka ikan itu sangat scary. Ha ha ha. Dia apa tau, sambal sotong yang sedap itu pun dia cakap menakutkan jugak. Booooo! :p


1. Dah dua hari berturut turut tak boley mengelat lagi dari makan ikan haruan. Mom goreng dengan garlic paste, halia, bawang dan cili. Makan panas panas. Inipun jenuh menggeletis aku nak habis. Sebab saya bukan lah pemakan ikan yang tegar :) Harap maklum. Nak nak lagi ikan sungai cengini, kurang sikit feeling nak makan. Tapi untuk kebaikan buat masa sekarang terpaksa lah jugak aku harungi onak dan duri. Cheh.- drama swasta-


2. Pagi tadi dapat makan nasi lemak dengan sambal ayam yang paling sedap di dunia. Lama tak makan nasi lemak, mom masak untuk kami semua. Tengahari kena hadap ikan di atas itu lagi.


3. Mood sangat baik dan cantek dua tiga hari neh. So far so good. Belum lagi rasa macam nak pijak orang. Ha ha ha. Itupun sebab dah jarang jarang online di facebook. Sebab kat fb aku ramai manusia kepoh tak boley blah. Macam vaavii aje mood nanti. Tunggu masa aje nak kena BERSIH kan sorang demi sorang.

4. Sangat tergedik gedik nak makan buah manggis. Harap harap dad dapat beli petang karang sebab dah janji.

5. Hajat di hati mahu membuat rebonding sebelum bulan puasa. Sangat sangat terdesak sebab rambut sudah menjadi tidak ketahuan. Berhijab kat luar sahaja, di rumah kena lah jaga jugak. Takkan nak bersanggul serabai aje nokz. Hubby suka saya berambut panjang lurus macam isteri yang polos. Ha ha ha. Oh mana mungkin kerana saya telah berangan-angan mahu memotong macam Posh dan men-brunette kan kembali. Jeng je jeng. Mesti nak kena gaduh dulu sebelum potong rambut. Tah ape ape lah.

6. Ibu mertua menyuruh saya mencari kurma Ajwa dan makan setiap kali lepas solat. Dua tiga hari neh boley lah keluar mencari di Yu-Ta. Harap harap ade jual. Sebab kurma neh susah sikit nak dapat.

7. Sape penah makan kangaroo-vindaloo angkat tangan? Ha ha ha. Aku gile teringin nak rasa.

Baik sekarang perlu log out. Mahu mandi, solat dan makan cucur udang yang mom buat. Makan tido aje kekdahnye sejak dua menjak. Berat tak naik pon lagi. Hoih? Nak mampos celupar.


Jumpa lagi!


No comments:

Post a Comment