Sunday, July 3, 2011

I am hormonal

Sila berhati hati dan jangan berkecil hati. Kalau nak kecil hati jugak kau punye pasal. Garang mode is in the house :S


cik puan in front of Buck House


First time kami ke Istana Negara sedangkan dah hadap Buckingham berkali kali. Aparar - June 2011


I am hormonal. And this is normal.


Cuaca sedang mendung. Hujan dari semalam kat sini. Patut lah tak rasa panas bahang ke apa lagi. Tido pun sedap aje rapat rapat sampai pagi. Tapi kali neh kalau raksaksa sedang datang gigit rambut memang aku akan sedar sebab tido dah berubah tempat. Bukan pasal tempat tak best tapi sebab aku memang pantang tido bertukar katil. Kalau bertukar pasangan lagi..Astagfirullah. Ape kau sedang buat nih cik puan.

Okeh itu petanda hormone sedang cantek. Hoih?

Baik sekarang mahu bercerita pasal minggu lepas sedikit. Tak mahu banyak banyak. Bukan sebab bitter, tapi sebab aku punye suka lah ini blog aku. Sentap tidak? Garang neh garang. Bukan lah teruk sangat keadaan minggu lepas sampai membolehkan saya menjadi hilang ingatan. Cuma bila kesakitan melanda bertubi tubi membuatkan badan dan minda menjadi letih melayan ubat setiap hari. Lupakan pasal blog dan bahan riadah yang lain, nak menilik muka jelita sendiri di mirror mirror on the wall pon rasa terumbang ambing. Cheh. Nampak tidak contoh ketidakupayaan ketika itu? Jadi, maaf lah sekiranya saya memang tidak menjawab panggilan telefon ataupun apa apa messages melainkan jika berniat untuk datang melawat saya di kediaman rasmi sambil membawa hadiah dalam bentuk wang ringgit atau sekurang kurangnya sebakul white gold. Kah kah kah. Baik kau keluar sekarang. Yea sekarang.

Sekarang saya sedang bercuti. Bercuti sehingga October. Cuti apa neh panjang panjang bagai? Maaflah. Saya tidak bersedia untuk berkongsi rahsia ini sehinggalah ke tarikh yang akan ditentukan kelak. Sepanjang bulan ini sehinggalah October ( seperti yang diramalkan tarikh cuti berakhir ) saya hanya akan melakukan perkara perkara riadah dan berfaedah secara sederhana di rumah sahaja. Kerana sepanjang bulan bulan ini kehidupan saya mungkin akan berubah secara drastik tetapi sementara ataupun tiada apa apa yang berlaku melainkan imginasi aku yang keterlaluan sahaja. Jadi sekiranya penulisan di blog ini pada masa akan datang bakal mengundang kemurungan pada pembaca, ianya amatlah dikesali sama sekali. Kerana ini adalah bukan kemahuan blogger. Its beyond my control. Cheh. Tetapi sekiranya ia mengundang kejelesan terlampau, sila teruskan membaca sambil telan air liur masing masing. Damn sangat kan.

Oh ya. Pasal Australia. Aussie. OZ. Ostolia. Apa lagi orang sebut hah? Sejak dua menjak asyik asyik termimpi aje nokz. Asyik asyik rasa sexcited. Heh. Maklum lah tak pernah pegi seumur hidup. Lagipun sekarang aku tengah free, jadi untuk tidak membuang masa, suami mencadangkan saya membaca pasal negara kangaroo itu supaya menambahkan hormone gembira bukan kepalang. Hotel dah selamat dibooked lepas burpday hari itu. Yang tinggal hanyalah visa untuk dia yang sedikit leceh kerana memerlukan beberapa document yang perlu dihantar ke embassy. Yang lain tuh online pun takpe. Jadi minggu depan boley mula siapkan benda benda alah neh supaya aku tidak tertekan di kemudian hari.

Baiklah sekarang saya mahu sedikit memberi tekanan kepada diri. Baju untuk ke sana belum dibeli, baju mandi manda, baju bersoka ria, scarf, dan sebagainya. Okeh sekarang saya sangat menjadi tension. Tahniah.

Memandangkan tarikh nak ke OZ adalah beberapa hari sahaja selepas Hari Raya, jadi pandai pandai lah aku berjimat cermat dan menabung dengan se-serious yang mungkin. Kalau asyik mencuri duit tabung sendiri bila nak menjadi kaya raya cik puan ooi. Naseb baik baju raya dah dibeli masa aku kat London hari tuh. Jadi kalau nak beli sikit sikit lepas neh boley kawtim lagi lah nanti. Kalau terdesak sangat boley berhutang dengan suami sendiri. Walaupun hutang raya dua tahun lepas pon aku tak langsai lagi. Kah kah kah.

Hujung bulan neh juga dah boley mula dengar lagu raya kuat kuat di rumah sambil angan angan mahu tukar langsir baru. Langsir kat rumah dah dua tahun tak bertukar. Sape berani gatal nak tukar tiap tiap tahun kalau sekali tempah boleh beli sebiji Ipad. Eh? Baik kau tersadai kat situ aje bertahun pun takpe janji aku tak pengsan dua kali bila tengok bill. Tapi macam yang dah di-angan angankan awal tadi, dua tahun tak bertukar, kira boley kawtim lah kot tahun neh. Bee, what do you say? Bee sedang tutup muka dengan bantal. Tanda apakah itu? Itu rohsia suami isteri. Tak payah bincang sini.

Baiklah. Entry bakal tamat pada bila bila masa. Bersedia untuk tepuk tangan sebab berjaya membaca entry berprofil tinggi di tahun ini.

Terima kasih suami sebab menjaga saya siang dan malam. Terima kasih ibubapa sebab menjaga makan minum saya sepanjang tempoh berpantang yang tak seberapa itu.


Selamat datang July bulan gembira. Insyaallah.



winks&smiles

No comments:

Post a Comment