Friday, October 26, 2012

Selamat Hari Raya!

Nasi bukhari daging, dalca sayur bersama ( amboi bersama lagi ) tulang, air assam, dan ade jugak nasi impit, ketupat dan rendang pedas ayam yg tak kelihatan di gambar tapi jelas di dalam hati gitu.. Ewah!

Assalammualaikum! Eid ul adha mubarak untuk semua.

Beraya di kampung halaman adelah perbuatan yang terindah di dalam hidup. Maka belog kadangkala terpaksa diabaikan sementara bagi memberi ruang kepada perot dan tekak untuk berparty bersama sama.

The Other Half pula bekerja dari sini, maka ligat lah kami berfoya foya buat seketika sebelum pulang ke kota kelak. Eh tak nak sebut lah pasal kotaraya itu, kacau mood aje nanti. Lambat lagi tu lambat lagi. Hikhikhiks.

Baik. Sekarang perlu berhenti sebab emak sedang memanggil manggil untuk memberi makan petang pula katanya.


Best naa begini :))



Tuesday, October 16, 2012

Fishball soup bersama noodle yang sedap

Kalau men-makan nasik tetiap hari mesti menjadi bohsan kot. Nak nak lagi selepas seharian melakukan kerja kerja penyentalan dalam dan luar rumah. Terus tak lalu nak makan sebab malas nak masak lauk pauknye lagik. Itu yang betul. Malas dan letih adelah sama banyak, tak kurang tak lebih. 

Dari pagi lepas The Other Half pegi office sampai ke petang baru selesai kerja rumahtangga. Kira lepas Asar baru mula masuk kitchen, carik bahan nak memasak pulak untuk makan petang hatta dinner lah sekalu gus. (Itu kalau hari aku terlebih rajin lah kan)

Nasib baik dia tak keje dari rumah minggu nih, kalau tidak sah sah kena masak setiap hari sebab kesian kat suami, takkan nak suruh hadap lauk tapau aje kan..Baik lagi kalau memasak kat rumah, lagi selera dia makan walaupn menu yang simple aje, pahala pon dapat lebih *Ting*Ting* 

Tapi kadang kadang terbabas jugak, akibat manja, takde mood masak memanjaanggg. Lumrah lah itu.


Tapi semalam si manja memasak yang ini. Hek hek hek


Simple and light tasting food. Fish ball soup bersama noodle dan sedikit sayuran. Geram sangat kalau tengok fish ball dan fish cake yang gebu gebu dan sangat fresh. Kalau digoreng dengan sayur karang kecut dah tak cantik, apa lagi terus teringat simple noodle soup macam kat chinese restaurant yang kami suka makan itu. Sedap kot. 


Best jugak makan cengini, hujan hujan pulak tu. Dalam mangkuk i mesti kena ade sambal kicap yang dicurah banyak banyak. Perggghh malatopsss uolss! Makan sambil kesat peluh tak pedulik dah ribut taufan yang melanda di luar.


Bok choy perlu lah di steamed kan bersama sedikit sesame oil. Kalau nak guna olive oil pun buleh, tapi rasa dia tak sama lah nanti. Kemungkinan tak sesedap macam aku masak nih. Ha ha
Fish ball dan fish cake buleh dibuat soup sekali, takde hal.. kalau nak campur bahan bahan lain pon buleh jugak, ikutlah selera tekak masing masing. 


Sila lah makan bersama soup yang panas panas, pertama sekali mesti kena ratah fish cake yang dicicah sambal kicap itu. Rasa pedas sikit, manis sikit, rasa sesame oil kat hujung hujung dia, kiranya complete lah rasa ape yang engkau nak. Tak sia sia masak noodle soup macam gini sebab The Other Half pon suka walaupon dia bukan lah penggemar noodle sangat. Untuk dia aku letak sikit aje noodle tu, tapi fishball dan sayur sampai penuh mangkok. Licin hokey :)


Custard cocktail pon dah memang menjadi menu tradisi kami sejak dua menjak ini . Hari hari kalau memasak kat rumah mesti ade menu pedas dan manis. Paling cikai pon kalau dah malas sangat, kena buat fruits salad. Baru buleh tersadai dengan senang hati. Hikhikhikss.


Wednesday, October 10, 2012

Wide Awake

Okay.

Lagu pop rock sedih. Ini memang jiwa aku la. Maklum lah sejak rambut pendek lagi bertambah emosi punk, eh eh tak semena mena. Cuma kekurangan sket tang suara tak husky macam Katy Perry kot? Hahahaha!! motip cinta beralih arah dari Taylor Swift ke Jessie J dan terus melompat nak jadik Katy Perry pulak dah, apesal engkau. 

Sekarang mari salahkan rambut Rihanna aku. Okay Rihanna pulak. Damn. Bad joke. Aku tak pandai buat lawak sebab mom cakap lawak aku berpotensi bagi orang sakit hati. My bad my bad.

Abaikan.

Sila dengar lagu yang aku suka nyanyi sorang sorang sekarang ini, lagu yang buleh buat nangis di dalam hati, eceh walaupon rock katanye. Lagu yang aku selalu melalak dalam bilik air bila laki takde rumah. Kahkahkah. Mampu??

Elok lagi nyanyi kat situ dari aku melalak tak tentu hala kat karaoke lounge ke apa kan. Sumpah tak pernah jejak dan tak akan masuk pon ke situ. Pertama takut Allah. Buatnye aku termeninggal dalam lounge tu, aacaner? Tak ke sia sia hidup. Kedua takut laki sendirik :o

Dulu zaman remaja remaja teringin nak mampus pegi karaoke bila kawan kawan sogok, tapi takut dengan ibubapa pulak dah. Pendek kata tempat tempat macam gitu aku mampu tengok dalam drama aje lah. Hahahahaha. Jakun kot?

Dad memang tak suka. Gila tak suka. Bila dia tau aku cenderung ke arah meminati music masa tu (bukanlah sampai melalai pon) dia beli aku guitar, sampai sekarang aku simpan. Dia hantar aku ke kelas music yang mana aku belajar separuh jalan sebab dah pandai main sendiri sikit sikit,  lagipon bukannya aku nak jadi musician pon dan masa tu jugak tengah sibok nak Spm. Lepas lulus cemerlang, dia beli karaoke set kat rumah, kau nyanyi lah puas puas anak, janji tak pegi merapu meraban kat luar :)

Sebab tu sampai sekarang aku masih layan semua tu . Red.fm adelah kemestian di kala sunyi sepi kat rumah sebab aku jarang jarang tengok tv sebab tak suka. The Other Half okay, dia tak kisah asalkan aku tak melampau dan melalaikan benda yang lain. Paling best dia yang jadik tukang donlod lagu lagu baru, pastuh sebagai upah aku paksa dia pulak nyanyi. Paling dia benci begitu. Ha ha ha


Gravity hurts
You made it so sweet
Till i woke up
On the concrete
Lalalalaaaa....

Okay layaaannnnn!



Wednesday, October 3, 2012

Meatballs tersedap di dunia

Kahkahkahkah tajuk tu memang mengundang traffic tak tentu hala lah jawabnye :o

Tiba tiba aku terbuat meatballs daging kambing yang macam sedap gila lagi. Asalnya nak menpanggang daging aje kelmarin, bila bukak magic freezer nampak sekotak lagi frozen minced lamb yang cantik molek bagai. Terus keluar kepul kepul awan mengatakan kalau jadik meatballs dan diratah bersama mayo pon ape lah salahnya kan. Nak nak pula sang suami bekerja dari rumah sehari dua ini. Banyak lah aktiviti makan bersama sama sambil bergurau senda gitu. Menjengkelkan, no?


Kali ni memang sengaja I buat kecik kecik sebab senang dilambung masuk ke tekak masing masing, ha ha ha.. sebenarnye sebab utama adelah dah takde tempat nak sorokkan container makanan di dalam magic fridge aku ini. Segala mak nenek makanan ade, dari ayam panggang sampailah ke jeruk mangga muda pon mak simpan nokz. Bila letak dalam container macam gini senang lah sikit nak memilih mengikut citarasa bila hari hari malas menjelma. Sebab itu lah jugak aku suka masak banyak banyak, bila ade left over, campak aje dalam magic fridge untuk kegunaan di masa masa darurat cewah. Tak membazir, disamping sangat praktikal untuk si pemalas masak.


Meatballs kelmarin adelah tidak berempah ratus seperti selalu, hanya basic ingredients seperti kakak Nigella aku ajar. Maka bila sudah berniat untuk buat kesemua stock minced lamb yang haddo, haruslah digoreng separuh masak dulu sebelum disimpan rapi macam tak nak bagi orang curik langsung. Barulah buleh tahan lama sikit :)))

Tapi lama pon tak lah lama sangat, sebab yang ade dalam rumah nih memang pemakan meatballs yang tegar. Paling cikai buleh tahan pon aku rasa sampai weekend ni aje kot. 

Lepas itu terajin lagi, masak pula keema curry untuk dimakan dengan nasik, yang ini The Other Half punye lah sebab dia suka makan nasik macam tak buleh blah sangat. Bezanya kali ini, meatballs tak dicampurkan sekali. Jadi kena cedok lah sendiri buat macam kedai nasik kandaq tuh ye.



Semalam I tak makan nasik, ratah meatballs dengan roti, salad bersama mayo aje. Itu pon dah tido dengan kekenyangan. Memang patut pon kekenyangan nokz, sepinggan itu saje aku yang punya. Meatballs yang padat dengan daging semata mata dan tiada bahan campuran lain langsung. Hikhikhikss!

 

Sehari dua sebelum tu pegi makan dekat Coliseum untuk pertama kalinya dalam hidup kami sepanjang menetap di ibukota, ewah ewah. Aku memang suka sangat kalau dapat makan hainan food macam gini. Sedap aar puas hati memang kena datang banyak kali lagi lepas ni.

Malam ni akan menjadi busy. Selain dari mentengok drama Julia tiap tiap hari tanpa jemu sampai suami pon rasa macam sedikit terabai, maka malam nih jugak akan berusaha keras untuk mengeluarkan luggage sekali lagi kot. Macam omaigod please.! :D


Jumpa lagi!


Muah muah.

Tuesday, October 2, 2012

(Not so) Wordless Tuesday


Be smart, be epic, be happy and Be In Control ;)

Friday, September 28, 2012

Kepada engkau si biadap!

Sekarang emosi sudah stabil. Maka saya memilih untuk meluahkan semua perilaku si biadap itu ke dalam belog saya. Memandangkan ini belog peribadi, adelah menjadi tanggungjawab kepada diri sendiri untuk berlaku adil. Tak perlu sesiapa susah payah berfikir untuk judge ke apa, ini adelah urusan saya dan dia :) 

Ini kejadian weekend lepas. Infact mungkin dah lama, tapi baru disedari. Mula mula saya acah tak acah aje membaca luahan keji dia itu di laman sosial. Mana buleh disangka. Sebab sebelum ini dia tak pernah menunjukkan reaksi marah atau gila terdesak pada saya, lepas kejadian mahu meminjam wang ribu ribuan ringgit itu dari saya. Mana mungkin dia seteruk itu, lagipon saya telah jelaskan jangan berharap sangat wang yang diminta, kerana saya tidak bekerja, jadi mustahil untuk dapat sediakan cash sebanyak dan secepat itu, dan saya sama sekali tidak akan mengheret suami atau ibubapa dalam hal pinjam meminjam ini. NEVER.

Setelah dibaca berulang kali, dan mendapat bukti bertulis (yea memang aku carik sampai lubang cacing bukti engkau yang sebenarnya menganiaya aku ) saya rasakan ada sesuatu yang fishy dalam kenyataan dia itu. Dia memang tujukan kepada saya, bersama tokok tambah cerita supaya saya dipandang perempuan paling buruk dan jahat, maka dialah pihak yang paling teruk dianiaya oleh si perempuan jahat ini.


Banyak sangat penulisan dia yang menghina dan mengkenen kenenkan saya akibat dia tidak mampu mendapatkan wang dari saya. Dan sebelah itu antara bukti bertulis yang saya dapatkan mengenai keterlanjuran kata kata dia di belakang saya. Bagaimana dan dari siapa itu tidak penting. Sebab saya memang  tidak akan membuang masa untuk mengetahui tentang hidup dia tanpa sebab. Bila dia berani mengheret nama saya, maka dia harus lah menerima pembalasan nya juga.

Kepada kamu si biadap :

Engku ingat aku ini jenis yang bagaimana yea? Diam dan takut apabila kau mula memperlekehkan aku sebab nak menagih simpati orang. Engkau totally tukar cerita, dan bila mendapat sokongan pengikut engkau, maka lagi hebat engkau berdrama? Macam bagus sangat kan kau.

Engkau ingat engkau ni siapa mahu menjadi kurang ajar dengan aku? Engkau jangan ingat aku ni jenis senang bagi muka dengan orang macam kau. Engkau sedar tidak bila engkau datang rumah aku, macam mana keluarga aku semua melayan engkau dengan hati yang besar dan banyak dengan kasih sayang? Tergamak engkau kan? 

Tiba tiba engkau menjadi marah tak tentu hala kenapa? Bercerita, mengumpat, berkata dusta di belakang aku. Ape kena mengena duit aku, duit suami aku, duit mak bapak aku, ke mana aku nak pergi, apa aku nak makan dengan hidup engkau? Apa motif engkau mengeji aku pada kawan kawan aku jugak? Engkau nak menagih simpati orang? Sebab aku tak bagi engkau duit ribu ribuan itu. Engkau sangat keji kan?

Engkau ni betul ke tidak? Atau Engkau dah hilang pertimbangan hidup? Tolong jaga mulut engkau, sebab benda nih tak akan habis di sini.

Here we go

Aku tak faham apa yang dia sakit hati sangat dengan aku, padahal depan aku bagai nak rak bermanis mulut kalau bersembang bertepuk tampar. Rupanya engkau guna muslihat yang sama pedayakan kawan kawan yang lain jugak? Jadi aku ini di tangga ke berapa yea carta mangsa tipu fitnah engkau?

Apa yang best sangat kehidupan aku dengan suami aku ni sampai masing masing nak terhegeh hegeh mengambil tahu, bercerita di belakang aku? Seriously perangai macam mak nenek. Apa yang aku ada dan kau tak ada, sampai aku kena buang masa tak semena mena nak menganiaya hidup kau ke apa? Engkau betul ke tidak?

Engkau ada suami, engkau ada anak anak. Kenapa tak jaga anugerah Allah itu sebaiknya daripada nak menjaja kisah kehidupan aku dan suami. Aku pon bukanlah siapa siapa yang engkau nak iri hati. Lawak. Mari gelak. 

Akhirnya engkau kata, aku yang menganiaya hidup engkau sebab tak tolong bagi duit kat engkau. Engkau ni betul ke tidak? 

Eeee geli la statement engkau yang bertubi tubi itu. Macam lah aku terhegeh hegeh sangat ada masa nak menganiaya hidup engkau, lain lah engkau buleh bagi pulangan profit pada aku. Tolong lah.

Ini antara bukti yang aku dapat. Nasib engkau memang baiklah setakat ini.

Engkau cakap memang kau tak bersalah langsung, kononnya ada manusia lain pulak yang menganiaya hidup engkau dan aku, kenapa perlu sembunyi sembuyi menghantar pesanan pada aku malam itu?  Laaaa... engkau ni siapa? Apesal ramai sangat yang nak menganiaya hidup engkau nih? Dah tak pasal pasal engkau seret aku sama untuk menjadi gang kumpulan wanita teraniaya? Sorry about that yea. Aku tak pernah rasa seteruk macam engkau. Sebab hidup aku penuh dengan limpahan kasih sayang. Wang ringgit mungkin tak semewah orang orang lain, tapi apa yang kami miliki hari ini adalah rezeki dan kerja keras suami aku. KERJA KERAS. Kalau lah engkau faham kerja keras tu macam mana kan..

Sekali lagi, aku sedikit tidak terjejas dengan apa yang engkau buat. Jadi, apesal engkau asyik menghantar pesanan pada aku, minta maaf dan harap dilupakan apa engkau buat? Apa kata engkau tulis balik apa yang engkau cakap seperti engkau mengeji aku di lama sosial itu? Engkau ni betul ke tidak?

Aku beranggapan bahawasanya engkau adalah seorang manusia yang biadap, tidak bertimbang rasa, tidak bersyukur di atas nikmat apa yang engkau terima, penuh dengan tipu daya, fitnah. Dan juga bodoh. Memang engkau berjaya membawa kemarahan aku, dan belum reda. Itu memang engkau berjaya. Kalau dari segi lain aku memang tak terjejas langsung. Sebab aku bukan jenis manusia yang tak beriman dan tak ada pedoman hidup. Kalau setakat hilang seorang manusia macam engkau dalam hidup aku, Alhamdulillah. Aku memang bersyukur sebab Allah bukak mata aku awal awal. Aku tak perlu meyakinkan kawan kawan yang lain pasal engkau, seperti yang kau lakukan bersungguh sungguh untuk menjatuhkan aku.

Kau lihat, Allah Maha Besar tahu tidak.

Kalau aku di tempat engkau, memang aku dah lama takut dan mintak maaf secara terang terangan bukan curi curi hantar private message sebab risau kantui dengan orang lain pulak. Masa engkau menyalak mengeji aku, kenapa engkau tak heran? Sebab engkau buka cerita aku yang menganiaya hidup engkau kan. Apesal engkau tak beritahu semua orang, pasal duit ribu riban yang engkau nak dari aku? Apesal engkau tak bercakap terangan terangan pasal kehidupan aku yang engkau kalutkan dan fitnahkan itu? Engkau ni betul ke tidak ni?

Jadi secara keseluruhannya apa yang aku  buleh rumuskan adelah engkau MEMANG cemburu dengan aku. Tolonglah terima kenyataan itu. Bila engkau susah, engkau mahu aku sama sama jadi susah macam engkau. Masalahnya engkau yang mencari susah, lepas itu mahu orang lain bertanggungjawab tidak semena mena?  Bila engkau tak dapat yang engkau hajatkan, engkau tabur fitnah dan menghina di belakang aku.

Sila lah jadi manusia yang tidak kurang ajar dan berfikiran terbuka. Nak warning aku yea? Nak menghentam aku dengan benda benda murahan yang engkau copy paste tah dari siapa. Aku rasa engkau patut selak dan fahami dulu sebelum engkau berniat untuk tujukan pada sesiapa. Lihat diri sendiri dan jadilah sedikit cerdik, walaupon tidak secerdik aku. Itu kenyataan, kau lihat..kadangkala kenyataan memang susah untuk ditelan.

Memandangkan engkau begitu lantang secara terbuka menyerang aku, aku berhak memberi respons cara aku jugak. Dan aku dah buktikan yang aku sendiri bersemuka bertanyakan pada engkau, walaupon bukan bertentang mata lagi. Aku bukan pengecut macam engkau. 

Pendek kata, Engkau memang kawan tak guna.


Jadi tak payah nak sorok sorok mintak maaf, sebab aku dah betul betul tak kuasa nak membaca tulisan engkau.


 Kalau ilmu panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Engkau tahu buruk padahnya.