Tuesday, January 28, 2014

Glowing seperti bunga


Sejak sejak akhir ini, saya rasa.. saya adalah kelihatan sedikit glowing. Glowing saya bukan calang calang lagi, glowing saya adalah sangat luarbiasa. KahkahKah. * ayat mintak penampar sangat*

Yeay confirmed Yeay!!

The Other Half itu telah membawakan perkabaran yang mengujakan untuk saya. Pada satu malam ketika aku memang dah nak tertido sangat sangat dah, sebab tunggu dia habis meeting lama sangat.. Tetiba terdengar macam..

'Hun, Where should we go on holiday this time?' 

I was like.. 'Eh eh betul ke dia nih?? Eh eh? ' 

Gila nak sambung tido kot lepas tu. Hahahaha Haruslah melilau mata aku cari phone nak tengok calendar. Hahahahaha. Seriously. Menonong aku bangun terus, padahal tadi punya mengantuk yang amat. 

DRAMA sangat uolss.

Haaaishhh. How can I not love you la my darling husband. 

Tak sangka seminggu dua sebelum tu sebenarnya ada lah juga aku bincang manja manja aje dengan dia pasal sesuatu itu. Tapi masa tu dia cakap macam tak penting, kita buat yang penting dulu. Lagipon dia ada bussiness trip ke NL lagi la, team meeting la.. dan bla bla bla. Terus keesokkan harinya aku kena sleep paralysis. Hahahahahaha. 

Stress lettewww khennn..

Thank u sayangku sebab menjadikan i tak senang duduk sambil menghitung hari dan bulan nak hollymoon dengan you lagi. Ewah. Kalau I tau you ini senang dipengaruhi, lagi jauh I ajak pegi, detik hati tamakku lepas tu. HEH HEH HEH. *devil's laugh*


Gurau tu gurau.


Okay lah. I Sangat excited tak tentu hala. Kenapa? Kerana I adalah gedik. Walaupon beberapa bulan lagi, tapi haruslah kena lah buat homework dari sekarang kan. 

Hotel, flight, visa untuk dia lagi, dia ni kalau nak pi mana mana pun memang kena pakai visa. Walaupon dah dapat PR, tapi tang visa tetap kena tempek juga dalam buku merah itu. Tak apa lah, untuk kebahagian kita bersama kan? Gituuuu :) 

Tripadvisor sangat membantu dalam setiap percutian kami. Dekat ke jauh ke, wajib bukak tripadvisor okay. Semua tu memang aku yang kena buat. Si suami itu dah awal awal cakap, dia memang busy takde masa sangat nak tengok tengok benda nih semua, jadi dia suruh aku pilih yang mana elok, sesuai dan bagitau dia secepat mungkin. Sebab nanti tix mahal pulak kalau lambat lambat karang.

Baiklah daku menurut perintah ;)


Akibat kegembiraan berpanjangan itu ( syukur Alhamdulillah ) saya telah nekad untuk memasak yang best untuk makan malam semalam. Pilaf rice bersama salad. Okay what? He he Tetapi pilaf rice ku itu menjadi sedikit hot akibat tengah berangan masa memasak, maka spices dia pon aku tak ingat berapa sudu yang aku curah.

Dia punya pedas masih boleh ditoleransikan. Suami itu makan sampai dua pinggan sebab macam terlampau sedap. Syok sendiri, no?

Baiklah. Dari sekarang diharapkan lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan entry syok sendiri berkilo kilo lepas nih. Kalau tak daya menanggung derita sebegitu, maafkan lah saya. HEH


When one door closes, the other one opens :)

Wednesday, January 22, 2014

Sleep Paralysis


Sebenarnya ini adalah kali pertama untuk tahun ni, dan dua tiga kali jugak dalam tahun lepas pernah terjadi. Dah pernah baca pasal sleep paralysis nih dulu, bila dah jadi banyak kali dia kira macam alah bisa tegal biasa lah kot. Ha ha

Memula tu ngeri lah jugak.

Pernah tak rasa bila nak bangun dari tido, tetiba rasa macam badan jadi berat dan mengantuk yang amat.. rasa sedar tak sedar gitu?
Rasa macam dah buka mata tapi tak buleh pulak bergerak?
Rasa macam dah buka mata, dah bergerak angkat tangan ke kaki, tengok persekitaran bilik tapi rupanya masih dalam mimpi? Antara sedar tak sedar?

Itu semua antara ciri ciri sleep paralysis. 

Memang lah dengar macam menakutkan, tapi dia ni takde apa apa pon.. tak payah risau nak pegi carik ubat ke tok bomoh ke apa.

Kemarin aku kena lagi. Selalunya aku akan kena macam ni bila tido siang lama lama. Dua tiga hari lepas badan sakit sakit, kaki semua jadi sengal sengal sebab panahan cinta aunty flow. Selalunya dia akan bagi intro sebegitu lah dulu dua tiga hari kan. Terus aku rasa down gila. Down sampai rasa nak pegi Sushi King makan salmon-maki empat pinggan. Kahkahkah.

Tapi kemarin paling keletihan yang amat. Maka tidor lah aku dari pukul 3 sampai nak dekat pukul 5. Ekceli sebelum tu aku dah terjaga kot. Mata bukak.. tapi rasa macam di awang awangan gituuu.  Aku dapat tengok tv yang depan katil nih, buleh tengok pintu bilik terbukak, lepas tu aku rasa macam nak cari phone sebab nak call husband suruh tapau makan malam. Tapi....

Jeng je jenggg

Masa nih lah aku sedar yang diri tak berdaya. Hahahaha. Seriously. 

Rupa rupanya aku masih dalam tido. Semuanya yang aku nampak dan rasa tadi macam dalam mimpi aku aje. Hakikatnya aku masih tido dan tidak bergerak langsung. Tangan aku masih bawah bantal.. so what the heck nya yang kau nak gagau cari phone pesan dinner bagai? Phone pulak kat meja sebelah.

Panic kejap lima saat. Cuba dua tiga kali nak buka mata tapi rasa mengantuk yang amat. Macam tak buleh bukak langsung. Macam dah diberi ubat tido. Nasib baik aku menjadi sedikit bijak masa tu. Hahahaha. Sebab pernah terbaca dulu, kalau jadi macam gini cuba gerakkan kaki ke tangan ke dan rasai keadaaan sekeliling macam tilam, bantal dll. Aku gerakkan kaki kuat kuat. Memula rasa macam dalam mimpi gak. Dua kali aku cuba kot rasanya. Baru terjaga. Terus istighfar banyak kali. Sepantas kilat aku capai phone kat meja. Hahahahah.

Aku bangun menonong pegi basuh muka dengan air sejuk, sebab nak pastikan aku tak tertido ke apa kan. 

Itulah pengalaman sleep paralysis aku :'( Sesetengah orang percaya macam kena 'himpit' dengan 'sesuatu' ke apa kan.. tapi aku bukanlah nak riak tak percaya benda tu semua.. tapi aku rasa tak berkaitan kot..
Lagipon aku tak rasa dihimpit.. cuma rasa macam lain aje.

Takpe lah as long as bukan sesuatu yang serious ataupon perlukan rawatan ke apa.. kira aku takde lah risau sangat. Cuma sehari dua nih, sumpah aku tak berani nak tido siang dah. Jangan kata siang, nak tido malam pon aku tak berapa nak berani. Hahahaha. Tapi semalam nyenyak jugak sebab telan sebijik paracetamol. Lena sampai pagi.


Bukan tetiap hari aku kena macam gini, sekali dua setahun ada lah jugak. Itupon kalau aku tak berapa nak sihat, kurang tido, sedikit stress dan yang pastinya waktu tido siang yang tidak semena mena.

Tak pernah lagi aku cerita dengan doctor ke apa pasal ni, nak tergelak pon ada.. Husband cakap aku banyak berfikir sebab tu tido pon tak tenang. Pastuh dia cakap lagi, mungkin jugak aku tak pernah mintak maaf dengan dia sebelum tido. Hahahahaha. Ni paling lawak. Macam banyak sangat aku buat salah tiap tiap hari kot? Ini tak termasuk pendapat mak bapak aku lagi. EEEeee tak payah lah, itu lagi macam macam nanti. HEH.


Alhamdulillah. Dah selesai ganti puasa! Sekarang buleh focus puasa sunat lah pulak ye. Jangan nak ngelat ngelat. Lagipon kalau puasa, cakap aje nak makan apa.. dalam ribut taufan pon suami aku pegi carik jugak.  Kekekeke.

Sayang lelaki itu sampai mati.

Tuesday, December 31, 2013

Selamat 2014 semoga berkat dan bermanfaat!


Hellooo Jelloooooo!!


Yeay am back! Yeay! *tepuk tangan*

Eksaited macam lah ramai sangat ternanti nanti kemunculan yang tak semena mena ini kan. Lama sangat kot kali nih tak merapu dalam belog khayalan sendiri. Aku rindu jugak nak buat entry panjang panjang macam dulu, tapi apa kan daya.. 

Sejak parents datang dan aku pula pulang ke kampung halaman, aku seperti lupa diri uolss. LOL Lagipon sekarang banyak masa aku habiskan dengan instagram untuk syok sendiri. Ambik gambar, letak caption sempoi lebih kurang, taadaaa. Senang. Bila masa bohsan, aku tengok balik Ig sendiri, betapa aku dalam dunia syok sendiri alaahaiii. Hahahahaa

Pernah jugak aku lupa password blogger ini.  Mahu panas telinga dan panick kejap. Terus aku terbayang bittersweet moment aku dengan blog sendiri. Kot kot la nanti sampai bebila aku tak buleh log in dah kan. Punah lah cita cita aku nak tunjuk belog hebat nih kat anak menantu. Hahahaha. Emosi sedikit di situ. Itu dalam angan aku la. 

Balik Kl, rutin semuanya kembali seperti biasa. Mula lah misi merancang masa hadapan bersama, memakan secara sihat ( tanpa berleluasa ha ha ), selain dari menjaga rumahtangga dan kebajikan si suami. Okay lah kan? Tak lah boring sangat hidup aku kot. Buat apa nak berduniawi teruk teruk, kalau dalam rumah sendiri pon kau tak bahagia. Cukup lah apa yang ada. Gitu... ;)

Happy New Year kesayangan semua. Kot kot lah ada yang tersinggah dan terbaca entry aku kan setelah tiga ratus tujuh puluh tahun tak nampak bayang.. 

Semoga tahun baru nanti akan memberi banyak ruang kebahagian dalam kehidupan kita semua. Dimurahkan rezeki selalu sebagai seorang anak dan isteri, dikurniakan kesihatan yang baik.. sakit manja manja aje tak apa, kewangan yang tip top hendaknya ( sebab duit aku tak penah aje cukup dari awal taun dulu. Aneh? hahahahaha ) dan tak dillupakan moga dipanjangkan usia dan berkesempatan untuk menjadi seorang mommy yang paing cool dan sempoi dalam dunia. HEH!

Taun baru jugak diharapkan dapat mengembalikan zaman kegemilangan aku menulis empat entry seminggu.

Sebenarnya kalau ikutkan hati banyak lagi nak cerita, tapi nanti nanti lah. Bebila aku free dan goyang kaki mengatasi segala gala. Kita sambung :))


Kalau rindu aku, jemputlah enjoy flipgram ini. Waahh muntah sekarang!


Jumpa lagi!http://flipagram.com/f/2TP4GBJZfn

Tuesday, December 3, 2013

Masihkah ada cinta?

Ewah. Ewah.

Okay. Tajuk entry hovverr sangat. Kang lagi banyak speku keluar tak pasal pasal. Sekarang nih pon bila terlebih cakap orang mengata, duduk diam pon jadik bahan jugak.. nak nak keluar tajuk sebegitu rupa.. memang meminta minta kejian sangat lah kot.

Sebenarnya cinta menulis belog tak pernah padam, cuma malas yang mengatasi segala gala sejak dua menjak ini. Disamping kesibukan mengurus rumahtangga, mengekor sang suami out station kadang kadang dan yang paling best nak balik kampung jugak tak lama lagi. Ohmai. Terus keluar list makanan yang aku kempunan tak sempat makan masa balik hari tu.

Lama gila tak balik ( ececeh )

Ibu bapa pula baru aje pulang dari China. InsyaaAllah hujung minggu diaorang datang sini, nak menyambut year end sales bersama sama katanya. Untung untung dapat lah habuan serba sedikit untuk kami kelak. Rezeki lagi berkat kalau dikongsi bersama sama kan kan kan. HEH.

Tak ada cerita yang menarik sepanjang ketiadaan entry berminggu minggu ini. Macam biasa, keluh kesah gedik bagai semua sama. Tak berubah.

Lagi berapa kerat hari aje dah nak masuk tahun baru. Banyak jugak yang dirancang bersama sama suami yang baik hati lagi budiman itu. *Licik mode is on* 

Mudah mudahan dipermudahkan segala urusan hendaknya.

Yang paling utama, nak cepat cepat habiskan ganti puasa yang lepas. January nanti dah buleh bercita cita fikir tema baju raya kelak. Hahahahaha. 

7 hari cukup aku tinggal puasa Ramadan lepas :"(


Hari ni masak nasik ayam aje. Senang, rebus ayam buat stok masak dengan nasik, perap ayam pastuh goreng. Buat sambal kicap dan tomato. Tadaaaa siap. Malas nak fikir renyah renyah, sebab kejap lagi nak lipat baju yang bertingkek tingkek itu. Paling malas tahap tak buleh blah. Bila nak kena lipat baju terus rasa down gila. Ha ha ha

Tapi bila dah siap kemas rumahtangga, nak berjalan ke mana pon baru hati senang. Tinggal rumah berminggu minggu pon tak apa apa. Gituuuuu.


*pujuk hati sendiri. kesian tak* 

Tuesday, November 12, 2013

Afghan inspired menu leh pulok

Ohaaii!

Lately aku suka makan dan masak semua menu dari Afghan. HUH? Celah mana mai darah afghanistan pon aku tak tau lah pulak kan. Hahahahaha. Tetibe aje teringin. 

Seharian aku buleh belek youtube, google recipe belajar macam mana nak masak. Tapi kan.. sejak kawin dulu dulu ( nampak macam lama sangat aku dah kawen kan bila cakap macam gini kot? ha ha ) memang aku suka belajar dari youtube. Memang berkesan dan puas hati. 

Aku ini kalau nak belajar sesuatu yang baru kena tengok macam gitu, nak inject gonal dulu pon gigih bukan youtube jugak uolss. Tapi nak yang matsals punye laa.. HEH. Overrr tauuuu..



Minggu lepas gigih sangat masak pilaf rice nih. Nama classic dia qobuli pilaf kalau tak silap aku. Engkau buleh letak kambing, ayam, daging lembu pon buleh aje. Janji halalaan toyyibann :))

Tak susah sangat cuma kena extra rajin. Aku bajet kalau nak dekat pms sah sah aku tak masak macam gini kot.. Ha Ha


Nasik ala ala begini harus masak atas dapur, tak buleh nak malas malas campak seketul dalam rice cooker. Didihkan nasik bagi separuh masak dulu..angkat dan toskan. Masak ayam, lepas tuh dia guna cara timbuskan ayam berselang seli dengan nasik. Letak dalam periuk besar, masak dengan api yang paling perlahan dalam setengah jam gitu.. 


Taaadaaa..siap. Buat freesh salad, curah olive oil banyak banyak pon tak ape sebab dia akan jadi macam extra sedap jerr.

Pastuh kan, hari ni macam rajin lagik. Macam tak berkesudahan nampaknye kerajinan aku sejak dua menjak nih. Kenape ek? Ha ha ha


Minced lamb..masak dengan tomato soup, olive oil, masak pelan pelan. Motifnye biar lambat asal kesedapan dia lain macam. 

Ekceli..kalau tak nak makan dengan nasik buleh makan dengan pita bread ke, cicah prata ke.. sedap jugak. Tapi kami haruslah nassikkkkkk manjang kan..


Pilaf kali nih simple aje.. sebab masak dengan tomato soup. Lepas tuh curah minced lamb kat atas dia, salad dan tunggu apa lagi.. terus ngaaappp!

Dalam pada tu.. dah dua hari berturut turut Iolss minum green tea lepas lunch. HEH. Tak penting pon.. saje lah nak masuk entry ( orang lain dah berkurun minum tak kecoh pon sash.. kau nak minum secawan pon terkial kial tutup hidung bagai kot ).. 

Kurang kurang aku pon nak lah ade jugak bahan ilmiah untuk kesihatan dalam belog yang sendu nih. KahKahKah


Okbai.

Monday, November 4, 2013

TMI dan tak penting


1. Badan aku memang pelik lately. Kalau silap makan mesti cherry berry ataupon tak keluar langsung kekdahnya. Tapi kali nih bukan main main lagi, memang macam nak pitam aku dalam toilet sampai berpeluh peluh. How bad is labour pain? Hahahahahaha. Seriously. Macam macam jugak kepala otak aku ni melilau dok fikir dalam dok teran tu pon. Sorry TMI.

2. Dah beratus tahun rasanya tak penah kena constipation yang teruk, setakat manja manja kira takde hal lah kan. Aneh. Minum air kosong memang banyak, sayur buah bagai. Belum lagi masuk vitagen ke yakult ke yang aku minum tetiap hari.

Fikir punya fikir, rupanya seminggu dua nih aku memandai tukar diet konon. Tak pernah pernah aku minum fresh milk sebelum nih, tetibe saje gatal nak minum. Siap beli sampai dua botol besar pulak tu. Lagipon rasa dia sedap bila minum sejuk, takde bau pelik pelik pon. Jadik, tetiap malam lah aku langgah minum sebelum tido. Sehari dua iolss dah rasa lain macam.. hahahaha tapi minum jugak. Sampai lah weekend lepas yang sangat horror..


Gagahi dalam seksa pegi amik ubat, nak cita pon malu sebab dapat doctor handsome pulak dah. Alaaahaiii. Lemah. Kahkahkah. Keji tak?

Nasib baik dia tak suh baring nak check ke apa kan :P Kalau tidak.. i tak rela uolss..


3. Dapat ubat ajaib. Puas gilaaaaa rasaaaa. LOL Hari kedua aku minum Duphalac nih dah macam nak kena diarrhea pulak. Haisshhh macam macam.


4. Nasi segenggam, ayam kurma, sayur goreng.. Masak yang ini aje hari ni sebab esok nak berfoya foya. Jadi kena lah masak kannnn.. untuk kurang rasa guilty.

5.Tapi yang penting, sekarang aku dah tak takut takut nak makan lagi. Kalau hari tu, nak makan sikit pon takut sebab kalau asyik makan aje keluarnye tidak..dah cam mana kan. Stress uolsssss stress.


Sekarang rutin harian sebelum tido memang wajib minum prune juice itu. Kalau terlupa pon, menonong bangun pegi minum atas nasihat doctor  :)) HEH 


       Ini lah dia......ni lah dia orang tuh. Ha ha. Balik dari pantai, terlajak ke klcc pulok.





*TMI- Too Much Info

Thursday, October 17, 2013

Eid Ul Adha kami


Ni bukan kali pertama sambut raya haji di KL, rasanya dah dua kali kot. Not that bad lah sebenarnya. Pagi tu lepas solat raya di masjid wilayah, balik rumah sarapan roti canai dan rendang. Kesian tak? He he 

Lepas tuh facetime dengan mak bapak kejap, lepas Zuhur baru keluar makan makan.



Kitaorang sepakat pegi lunch di Tarbush Starhill. BBQ kofta, kebabs, nasik biryani, nasi ape ntah lagi nama dia dah lupa..Semuanya sedap sedap belaka. Kira sesuai lah untuk para perantau seperti kami. Ewah. Aku ingatkan diaorang ade buffet macam bulan puasa tu, tapi masa raya memang tak ada. Kalau tak, memang lagi banyak lah kitaorang belasah makan hari tu :))


Lunch sekali dengan baby bambam nih. Dah besar dia. Makin bulat makin geram aku tengok. Memang mintak digomol sangat kan. Memula malu malu, pastuh hambek kau.. nak makan pon aku tak senang habis herot tudung gojes iols nok. Ha ha ha ha. Sabaarrrr aje lah.



Lepas lunch kitoarang lepak lepak kejap ke Mid V pulak, sebelum pegi tengok Insidious2  Tak, si bam bam nih tak ikut. Kalau tidak, sah sah movie ke mana aku ke mana. Ha ha ha ha. 


Oh yeah , Insidious2 nih tak lah gerun seperti yang ku harapkan. Kebanyakkan plot dia dah lebih kurang yang dulu jugak.. sampai aku rasa, eh apesal macam dah penah tengok cita nih. Ha ha. Bohsan betui.  


The Conjuring jugak yang paling best :D