Saturday, February 28, 2015

Diam diam berisi

 
Ohai!

1. Wah. Kau. Tajuk memang mengundangggg sesangat. Takdo makno nyoo lah. Makin berisi isi hadooo.  *nangis tepi bucu katil sekarang jugak*

2. Kali ni memang paling lama dalam sejarah belog di tinggal tinggalkan. Tersangat lah rindu namun akibat kekangan masa yang sangat berharga, (ececeh) memang banyak benda nak dibuat di dalam sebulan dua ini. Dengan tajuk belog yang sememangnya nya jeng je jeng, jagaaaaa! Memang misteri sangat game kau ni Sash. HAHAHA


Ape ni? Ape semua ni? 

3. Punya lah daku eksaited kemahinn lagi kut. Maklum lah first time cik puan besaq nak naik Emirates uolsss. HAHAHA Sumpah tersangat lah jakun di situ. Kesian tak? Ya Allah bini sape lah tu. Bimbing lah dia ke jalan yang benar.

4. Nak cerita panjang lebar kena buat entry baru, kat sini memang sangat tergesa gesa akibat daku sedang berada di penang darul makan (lagi?) HA HA. Yeah. Tepat dan tidak syak lagik. Lepas ni memang lambat lah nak berjumpa dengan ayahanda dan ibunda :( 

5. Mom masak special atas permintaan anak pada hari semalam. Kalau hidup di rantau memang sah sah la tak merasa kesedapan begini kata emak ku. 
 


Sambal udang petai, memang lama giler tak makan petai. Dah lah tak reti nak masak sedap macam gini kalau di rumahtangga sendiri kan. Ada juga asam rebus ikan kembong nyum nyum nyum ini memang betul betul punya teringin dan sambal belacan bersama ulam.
 
Dua kali bertambah nasik kau. Tapi malam dah tak makan sebab saya perasan diri dah gemok padahal baru dua hari kat sini. HA HA. 
 
6. Yeah. Betul. Tak lama lagi saya akan mengikut suami ku encik orang minyak, EH?  bertugas ke tempat baru. Secara tepat nya ke negara baru. InsyaaAllah jika tiada aral. Yay.
 
Nak kata sedih sangat tu tak jugak, eksaited lebih pon takde lah jugak. Sebab sekarang daku di dalam fasa stress nak mengemas dan packing kain baju. Ewah. Suka lettewww baik kau ngaku cepat!! HAHA
 
 
 
Gituuuuu :D
 
7. Kesinambungan bakal menyusul kelak. Ni emakku dah terjerit jerit memanggil sebab dah masuk waktu memakan tengahari, walaupon dua jam lepas baru ku tibai nasi goreng cili padi bersama sosej.
 
 
Jumpa lagik. Muah kiri kanan cikedd.

Tuesday, January 27, 2015

Balik kampung lagi dan lagi



Untuk ke sekian kali nya tanpa jemu. Hew hew hew. Gila nak jemu kalau dapat makan super sedap macam gini. Nasi kosong, lauk ikan goreng panas panas, sambal belacan, makan tepi muara sungai  dekat perkampungan nelayan. Kalau orang Bagan mesti tau dekat mana, nyumm :D 

 Sempoi mempoi habaq hang. HEH.


Itu aje lah berita terkini dan sensasi yang tah ape ape.  

Bnyak lagi cerita makanan bakal menyusul. Berwaspada lah. Chinggg! 

Friday, January 23, 2015

Aku tanya apa khabar


Sampai sekarang ku tak mampu terima hakikat lagu ape kabar tu juara AJL kot. Ke aku yang tak seiring sezaman dengan lagu lagu terkini begitu? Iols hanya lah layan Light.fm okay, kadang kadang aje bukak suria cinta itu pon di kala kesunyian dan kesyahduan bila disapa aunty flow di malam hari. HAHA.

Tapi dah rezeki diaorang kan, baguih la.


Haii. Daku kini kembali. Hello belog usang kesayangan ku.


1. Bajet hot ramai sangat tertunggu tunggu kemunculan mu dah kenape sash. Ha ha. Memandangkan hari ini saya memasak nasi ayam, dan bagi membuktikan kerajinan saya yang tidak berbelah bagi nya di tahun baru,  elok lah dibuat juga entry yang seakan akan melepaskan batuk di tangga ini.


Nasi ayam buat julung kali nya. Tepat pukul 12 dah siap sedia semuanya. Ini pon gara gara suami keluar ke ofis awal di pagi hari, maka cepat lah daku bangun dan bergegas memasak juga. 

Untung nye jika memasak di awal hari, lihat macam sekarang ini dah buleh bergoyang kaki kegirangan sambil mereka reka belog syok sendiri ini. Lagipon hidup daku sekarang ini masih mampu bersenang lenang tanpa berkejar kejaran dan mengendeng anak. Minggu depan pulak sedang bercita cita nak pulang ke kampung halaman. Jadi apa mau lagi? HAHAHA. 

Alhamdulillah syukur seadanya Sash. Jangan riak. Ujar emakku selalu selalu dan selalu sangat :D

Nasi ayam, ayam goreng sos tiram, timun dan baby lettuce, sambal kicap, sambal tomato dan juga sup ayam yang terlupa daku nak sertakan di dalam foto ini. 


Dah selamat juga lunch dan makan petang satu round. Malam karang kita tengok lah nak ratah ayam ke, nak makan nasik bertambah lagi ke * kuis bahu sendiri *

2. Sambil menunggu ketibaan suami di depan pintu, sambil sambil itu juga mengarang cerita biasa biasa sahaja, tetapi diolah olah menjadi sensasi tak tentu hala. Kalau tidak, bukan aku lah kan. Hahahaha.

3. Minggu ini kerajinan saya sangat dijana oleh sesuatu. Sesuatu itu biarlah menjadi rahsia kemanisan saya sahaja dahulu. Chehhh. Kami bosan dengan belog ini. Kami boikot belog ini.  

InsyaAllah bila sampai masanya, saya akan kongsikan secara berjemaah. Jangan gusar. Takde sapa sapa pon yang akan bersalin hujung bulan ini. Kau pon, teka tak agak agak sangat. Bawak insafi diri sedikit dongg. HEH. 

4. Mari lah kita berbalik kepada nasi ayam tadi, ini adelah aktiviti memasak nasi ayam yang pertama di tahun ini. Seperti biasa memang tak dinafikan langsung kesedapan nya itu. Tak sabar menunggu suami pulang dan menerima puji pujian sepanjang dinner kelak. Memang lumrah daku suka dipuji dan mengeji pon suka jugak. HA HA. Maaf kan lah saya.

5. Eat Clean Diet.

Ini adelah cobaan diet daku di tahun baru. Bukan lah makan setiap hari. Tapi seminggu sekali daku layan kan lah jugak salad begini. Boleh lah dari tak berusaha untuk ke arah 'eat clean diet' langsung kan. Sedap gile okay bila ditambah dengan Kewpie sesame itu. 

Selalunya daku makan di malam hari sebagai pengganti nasi dan lauk pauk yang lain.

Sekarang ini juga, kitaorang masih mengamalkan brown rice dari Isnin hingga Khamis, manakala di Jumaat, Sabtu dan Ahad mula lah merepek repek yang daku mengidam nak makan. Tapi kadang kadang terbabas jugak dek godaan godaan yang mendatang sepanjang minggu itu.


Kegemaran sangat salad yang krup krap krup krap begini. Kerugian lah sangat bagi mereka mereka yang tidak memakannya.

Tuesday, December 23, 2014

Terbest dan yang tak terbest 2014


Halo!

Lagi berapa kerat hari aje dah nak masuk 2015. Seperti biasa dan seperti tetiap hari macam takde yang luar biasa pon, akan daku intai intai balik foto foto sepanjang taun nih. Yang macam syok sendiri memang banyaaakk dan tidak dilupakan juga yang macam sadis giler (semesti nye lah yang begitu takkan daku bawak masuk ke sini kan) 

Sepanjang taun ni, mesti lah ada bulan bulan yang macam Eh best nyaaaa.. ada jugak yang macam Eeeee nyampahh hakuu, dan ada jugak yang macam macam lah.

Mesti suma orang begitu jugak kan. Takkan lah asyik gembira lompat ke bintang kejora aje setiap hari kot? Tak meriah lah hidup hang nanti. Biar lah segala kenangan pahit mematangkan hidup kita. Gitu. HEH.

Okay.

Yang terbest sangat sepanjang taun nih, ekceli ada lah lagi kot mungkin daku terlepas pandang, tapi yang ini jua lah asyik menarik perhatian daku. Ewah gedik lettew :P


Tolak campur segala kejadian di tahun 2014 nih, ini kira layak ku Instagram kan jugak. Segala penat lelah dan stress ditemuduga bagai, haruslah kenangan yang tidak ku lupakan. Walaupon dapat 5 tahun sahaja, mungkin kategori visa kami ni sedikit 'special' tapi bersyukur lah dikau. HA HA.

Aku dengar cerita ade yang dapat 2 minggu aje. Seriously. Segala process dan mak nenek yang diaorang mintak walaupon lepas ditemuduga sangat men-lecehkan. Tapi Alhamdulillah dapat jugak dan sangat berbaloi. 

Sekarang bila kita nak pegi duhai darling buah hati pengarang jantung belahan jiwa adinda? HAHAHAHA.

Ade rezeki awal, awal lah kami pegi :)

In between, sempat lagi daku dok bodek bodek dia ngajak pegi London taun depan. Dah lama kot tak masuk Primark. Dia cakap, banyak sangat ke duit tabung aku? Hutang dengan dia pon dah keliling pinggang kot.

DUSH sebijik rasa tersirap kena jantung. Amboi. 

Fuuhh kiri fuuhh kanan. Menjadik lah dikau kali ini. HAHA. Keji sangat kau Sash.


 Gone Girl

Please go and watch this movie. Whoever doesn't give at least 8/10, has no SOUL. HA HA HA.

Tolong lah. Movie yang terbest tahun ni dari Ben Affleck. Kalau yang dah baca novel dia, pon wajib pegi nonton jugak tau. Nak nak kalau jenis wanita berhormon dan suka mensaiko si suami, lagi layak lah dikau pegi tengok. HAHAHA.


Dan yeah, daku juga telah berjaya menggantikan puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadan lepas. Walaupon lapan hari sahaja, tapi punya lah rasa bebanan yang lama, maklum lah kita ini berhutang dengan Allah SWT kan. Risau sangat. Buat sedaya dan sebanyak yang mampu dalam sebulan dua yang lepas. 

Alhamdulillah selesai jugak akhirnya.

Sebagai penutup, daku pon masak lah best sikit pada hari Jumaat yang barakah lepas. Nasi lemak, sambal tumis ayam ( yer betul sambal tumis, bukan ayam masak merah sebab kiter teringin begitu ), tak dilupakan juga bergedil kentang bersama daging, ikan bilis, telor goreng dan karipap daging. 

Karipap frozen nih emak bekalkan dari Penang tempoh hari, letak dalam freezer memang tahan lah jugak. Bebila lapar, buleh aje goreng. Lagipon kami memang hantu karipap. HEHE.

Meriah kitaorang makan petang tu, kenyang sampai esok pagi sebab tengah malam pon bantai nasik lemak lagik sebelum tido. 

Lepas makan, dua ekor ikan buntal pon tido kekenyangan.

Dalam banyak banyak kejadian tahun ini, yang terpaling tak syok dan men-stress kan daku adelah, JERAWAT. 

Memang sumpah tak buleh blah jerawat yang naik 2-3 bulan yang lepas. Sebelum nih memang lah jenis muka senang dihinggapi jerawat, sebab kulit berminyak dan suka pulak pakai foundation, tapi takde lah se-over ni, jerawat nak naik kot.

Penuh kiri kanan dagu ku naik saban hari. Setiap hari bangun tido mesti ada jerawat baru yang naik. 

Hilang satu, naik dua konsep nya. Mak aaihhhh. Ini sudah over kau???

Memang tak semena mena sangat masa tu. Aku pon ikhtiarkan lah ape yang mampu, macam macam krim aku beli, dari mahal sampai kan yang RM20 punya pon ada jugak.


Terbeli di Ben's. Nyommmss.

Alhamdulillah, kini semua dah hilang macam magic. Tinggal saki baki parut nya aje. Alaah, itu kacang putih. Bertambah rajin lah daku scrub dan tonyoh muka saban waktu. Hahahaha. Lega rasa. Air masak pon memang tak lepas dari genggamanku seharian, dah makin rajin minum fresh smoothies dan kurangkan bermanis manis mulut. Yang penting seafood pon dah ku kurangkan jugak. 

Bukan apa, bila stress begitu, memang makin naik lah darah aku, rasa macam asyik nak libas orang aje kalau ade yang tak kena. HAHAHA. Penangan jerawat kau.


Baiklah. Itu aje cerita gedik bulan terakhir 2014 ini.


Selamat datang 20-15. Moga lebih gembira dan bermakna. InsyaaAllah.

Wednesday, December 17, 2014

Ohai Dari Penang



Hujan takde ribut takde, tak semena mena teringin nak makan putu mayam dengan kari ayam kampung. Tetiap hari pon takpe. Lepas makan dengan kari, akan ku cicah dengan gula perang pulak. Gile punya sedap oih. Tak. Jangan tuduh saya mengandung. Taun depan lah kita bincang pasal tu. HEH. 

Selang sehari pegi carik putu mayam, nasib baik dekat sini memang berlonggok longgok jual di mana saje senang jumpa. Sedap juga kalau perisa pandan. Kalau kat Kl jenuh ku kerjakan si suami itu pegi mencarik. Kesian. 

Tetiap petang sebelum dad balik keje, siap suruh tapau..kadang kadang dia angkut dengan kitaorang sekali pegi makan. Nasi kandar jangan cerita lah, sesampai di Penang hari tu, zasss dari epot terus pegi Hameediyah makan nasi beriani dengan rendang kambing dia. Sempoi I tell you. Sila lah coba coba nanti. 

Bersenang lenang sungguh kami di sini, harap harap balik berumahtangga nanti pandai pandai lah masing masing membawak diri. Terutama nya pada si bini itu. Eeee risau kot. HA HA



Monday, December 1, 2014

Hari ini saya masak mee kari sahaja


Ohai!

Gile punya lama tak menulis belog, hampir hampir nak lupa password dah tadi. Berderau kejap darah kot.

Sepanjang bulan lepas, mau seminggu lebih daku di penang. Minggu depan pon nak balik lagi sebab husband ada keje di sana, lepas tu dia sambung cuti sampai January depan. Yeahooo. 

Takde lah sampai taun depan kitaorang kat penang, kang kena ligan balik pulak, dah kenapa tak reti nak duduk di rumahtangga sendiri kan. Ha ha.

Hari ini baru daku kembali beriya memasak di dapur sendiri. Kalau tidak acah acah aje pon, kadang kadang langsung tak masak, makan luar aje. Maklum lah si suami itu kurang sibuk di hujung taun, maka daku pon turut sama mengelat macam tak semena mena pula.

Minggu lepas jugak daku dah gigih membayar puasa yang ditinggalkan pada bulan Ramadan lepas. Maka bila berpuasa, semakin macam macam lah keinginan nak memakan. Siap dah ada cadangan menu memasak untuk berbuka sepanjang minggu ini. Gigih ke tidak?

Tapi hari ini saya tak berpuasa pon. Ha ha. 

Esok lah ye, Insyaallah. Siap extra mee kari daku masak habuan sahur kelak. Kau jangan tak bangun sahur pulak karang.


Ini seperti biasa mangkuk yang pertama sabagai test market dahulu sebelum kepulangan si suami itu petang kelak. Kau, test market punya portion pon bukan kepalang lagi. HA HA. Slurrp slurrp daku memakan sambil menghirup sup yang macam paling sedap dalam dunia hoih. Sediri masak sendiri makan sendiri puji. Kesian tak? 


Pukul 11.30 pagi dah siap semuanya. Curry tu daku masukkan tofu, udang dan fishball sahaja. Tak letak fishcake pon sebab nanti dia macam akan rasa terlebih lebih masin pulak. Tak dilupakan juga sambal goreng. 

Ini lah mee kari yang pertama di tahun 2014 dan sememangnya diakui yang paling ter-best. Bukan nak riak, tapi memang sedap sungguh macam tak percaya pulak daku yang memasak tadi. HAHAHA.

Sambil sambil memasak kari itu, celurkan juga bok choy dan taugeh. Tapi jangan lah lama lama sangat kang lembik macam yucks tak best bila makan. Lepas celur, buat lah sambal goreng pula. 

1. Kisar bawang putih dan cili merah, nak tambah cili padi pon amatlah dialu alukan. Dan secubit belacan.
2. Panaskan sedikit minyak, tuangkan bahan kisar dan tambah cili kering kisar sebanyak 2-3 sudu, ikut keperluan masing masing. Aku memang buat lebih sebab nak masukkan dalam magic fridge nanti, untuk keperluan di masa hadapan kami sekeluarga.
3. Kacau hingga sebati, masukkan gula 2-3 sudu. Biarkan didih dan pecah minyak. Taadaa siap. Tak susah mana pon.


Sebelum hidangkan, celurkan dahulu mee. Letakkan dalam mangkuk, masukkan lah segala khazanah yang kau nak. Pastikan kuah kari tadi betul betul panas baru tuangkan ke dalam mangkuk. Kalau tidak, macam tak perghhhh rasa nya bile makan.

Taburkan bawang goreng juga. Jangan tabur fitnah sudah. HEH.

Siap sudah menu mee kari saya untuk makan malam kelak dan bersahur nanti :) Ini kalau memasak waktu berpuasa, mau menggigil kepala lutut jugak kot. Over kau. 
Bubur assyura by emakku. Yum yumm. Ini adelah sebab utama daku pulang ke penang hari tu. Sedap sangat, tahun lepas tak dapat merasa pon, jadi taun ni memang puas sangat makan. 

Daku suka sejukkan dalam fridge terlebih dahulu. Tak terlampau lembik dan tak terlampu keras, macam ini lah yang diimpikan :)

Friday, November 7, 2014

Perth Yang Sesempoi Aje


Tah ape ape main nye pulak. HA HA

Bathers Beach. Cantik. Lebih cantik sikit dari pantai Gurney aje kot. Hahahaha. Tak nak kalah kan. Buleh sampai sini sebab nak pegi makan seafood di Kailis tuh. Entah tetiba terjumpa budak kecik nih terus diajak main. Sebab masa tuh kitaorang tengah lepak lepak aje sambil ambil gambar, diaorang pon sama jugak. Husband cakap sebab budak tu anak mat sals kan, patut lah aku pon beriya aje melayan, kalau tidak.. HAHAHA :S

Sepanjang di Perth, kami tak explore banyak tempat pon, paling jauh kitaorang ke Fremantle. Itupon sebab nak sangat makan di Kailis. Sedap sangat seafood platter dia. Puas hati makan, walaupon jauh jugak berjalan naik train turun train, naik bus pon ye jugak.

Sepatutnya train dari CBD buleh aje terus ke sana, tapi sebab hari tu ade masalah teknikal (mentang mentang aku yang naik kan, terus jadik masalah sangat) sampai aje ke North Fremantle terpaksa berjalan carik bas pulak. Jenuh jugak melangkah pagar keretapi bagai kau. Nasib baik aku tak ter-fefeeling hindi movie ke apa pulak. 

Sampai Freo, mau menggigil kepala lutut aku. Dengan dok tahan kencing nye lagi. Ini memang masalah utama aku kalau kena kuar jalan awal. Kat sana kan susah nak carik public toilet, pastu atas train sah sah lah tak ada kan. Terus langkah besar aku pegi EShed Market, nasib baik nampak toilet kat depan pintu. Macam rasa nak peluk cium aje toilet tu kot. HAHAHA. Phew, legaaa uolss :D

Dari Fremantle station nak ke EShed tidak lah jauh sangat, aku rasa lebih kurang setengah km aje berjalan kot. Itu kira tak jauh sangat lah, sebab kitaorang pernah jalan sehari dah dekat 15000 steps, jadik bayangkan lah lebih kurang 9 kilometer jugak tu. HAHAHA. 

Kau pegi donlod aje ke phone masing masing, tak payah gigih nak mengira dah. Senang. HEH. 

Sebenarnya Fremantle nih takde lah besar sangat pon, ia mengingatkan daku bandar Camden di UK dulu, ala ala cowboy town gitu. Tapi Camden mesti lah yang terbest lagi.


Bukan Padang Kota Lama.

Singgah di E-shed cari cenderamata sikit sikit, memang murah. Maklum lah sekarang aku tengah dok menggila mengumpul tea towel pulak. Hobby baru lah katakan. 

Dari sana, terus jalan lagi ke Whalers Tunnel dan menyusuri Bathers Beach terus sampai ke Kailis yang bersebelahan jugak dengan Cicerellos. 




Cuaca pon sempoi sempoi aje, nyaman. Perot pon memang meminta minta lah sangat. Punya lah besar gedabak seafood platter dia, memang tak habis kitaorang makan walaupon memang tengah lapar masa ni. 

Lebih nye kitaorang tapau bawak balik, makan di hotel. Memula ingatkan nak beli lagi fish n chips dia, tapi yang ini pon tak terdaya nak habiskan dah. Meriah seafood platter dia, rangup dan sangat sedap dicicah dengan mayo dan sweet chili sauce.



Setiap pagi di hotel, ini aje yang dimakan. Bayangkan setiap pagi makan telor, sampai satu hari tuh, memang dah tak termakan dah rasanya, tengok telor pon aku dah rasa nak muntak bogek. 

Dasar tekak melayu, punya lah aku teringin nak makan nasik lemak sambal tumis sotong pedas. Mak aaaih. Tapi husband layan aje, dia tu letak ape pon buleh makan takde lah masalah besar sangat. Tapi bila malam, menggelabah jugak dia mencarik nasik. 

Masa hari pertama kitaorang di Perth, benda yang terpenting dibuat adelah pegi carik pot nasi dengan kari. HAHAHA. 

Kalau di Australia nih, memang diaorang suka makan beef vindaloo. Kalau pegi mana mana kedai makanan halal yang ade jual biryani, mesti ada Vindaloo. Teringat aku masa dekat Gold Coast dulu, siap ade jual kangaroo vindaloo. HEH. 

Aku tak makan lah, setakat kambing vindaloo tuh memang layan habis kami laki bini. Jadi pusing pusing satu town, masuk food court di Ennex100 mall tu, tadaaa dari jauh aku dah nampak vindaloo dia. Omaiii.. Gembira bukan kepalang.


15 Aud satu pinggan. Licin kami tibai. 

Sedap sangat nasik dengan kuah kari campur sedemikian rupa, dimakan masa tengah waktu sejuk pulak. Sempoi habis.

Tetiap malam kami dapat makan nasik dengan gumbira sekali. Alhamdulillah. Kadang kadang, ambik butter chicken, kadang kadang chiken tikka. Tapi vindaloo tak pernah dilupakan sama sekali. Rasa dia sedap sangat, wangi dan pedasssssss yang bukan calang calang lagi. Tak dapat sambal belacan pon takpe dah, ini pon jadik. HA HA.

Bab shopping nih tak lah semeriah mana pon, mahal lah jugak aku tengok barang barang di sini. Lagipon aku rasa tak berbaloi nak berhabis sakan tak semena mena pulak kan, sikit sikit tu ade lah jugak. Dad ade suruh carikkan dia neck tie, memang kalau pegi mana mana itu yang dia nak aje. Yang lain lain tu ade lah satu dua barang yang aku terberkenan. 

Tapi yang paling best setiap kali pegi Aussie mesti kena carik KMart dan Coles. Satu hari tu, kitaorang ke Westfield di Cannington, lebih kurang 30 minit aje dari CBD naik CAT bus.

Beriya sangat aku nak carik Coles. Ape lagi sampai sana, melilau mata aku carik tepung kek makcik Betty Crockers tu. Ramai kenkawan aku asyik dok bercerita pasal kesenangan dan kesedapan kek yang buleh dibuat bila bila masa aje tanpa perlu bersusah payah mentengok resepi bagai. Tak sabar nak buat nanti, ade chocolate cake, vanila dan butter, oh yeah pudding pon aku ade beli jugak. Best sangat. Macam macam pilihan ade, kenape kat KL takde yang best macam sini hah? Mokcik mokcik sangat kan entry aku ini.


Sekarang kan tengah musim orang asyik buat over night oats dan smoothies. Maka aku pon gigih lah jugak nak buat kan. Selama nih husband cakap letak aje dalam mug ape susah, tak payah beriya sangat nak cari lain dari yang lain untuk smoothies ke apa kan. Dia memang begitu. Suka cincai boncai aje. Daku semestinya lah tidak kan ;)

Masuk KMart aje, nah sebijik baru baper hinggit aje. Comel sangat kan. Memang sah sah lah untuk over night oats ku ini. Lepas nih hang tak buat smoothies tetiap malam siap Sash. 

Kalau di CBD, nak sheshopping yang best pon hanya lah MYER, dan Target tuh kira murah lah sikit, lagipon sekarang tengah banyak sales untuk xmas.

Scarf pon cantik cantik. Dapat rembat empat helai, untuk emak tidak dilupakan jugak. Yang tak best nya di sini, pukul 5 memang semuanya dah tutup, memang takde aktiviti ape ape di malam hari kecuali hari Khamis dan sesetengah tempat hari Jumaat akan dibuka lewat sehingga pukul 9 malam.

Overall, hmmm.. cukup lah sekali pegi Perth kot. HAHA. Entah. Tak berapa sesuai dengan jiwa ku sangat kot. Kalau nak dibandingkan dengan Sydney ataupon Gold Coast, sah sah aku pilih Gold Coast lagi. Yeah, daku lebih kepada jiwa gedik mudo remajo gitu. Husband lain. Dia tu memang lain dari yang lain. HAHAHAH.


Masa balik perjalanan tak berape nak berselera makan, sebab macam masuk angin ke ape pulak. Risau jugak sebab dah lah tak bawak bekalan Gaviscon. 

Lens pon tak buleh pakai dah, sebab aku jadik pening semacam padahal tak lah lama mana pon dalam flight tu. Minum teh tarik, tengok movie kejap dah tido sahaja. 

Dalam hati, tak putus putus berdoa agar cepat sampai ke destinasi dengan selamat semuanya. Sejak kejadian yang bertimpa timpa dengan MAS tu, memang aku tak senang duduk lama lama dalam flight. Kalau balik Penang pon risau dia sama jugak.


Sampai aje KL, terus pegi tapau KFC tiga ketol. Puas hati sangat aku makan ayam gowenggg malam tu walaupon dalam kepenatan. Ha ha ha. Punya lah teringin nak makan yang macam ni jugak. Kat sana mana nak carik yang halal kan. Malaysia jugak bumi bertuah. BURP.
Sempat lah  mensambut puasa 10 Muharram di tanahair. Memang menu nih yang aku cita citakan nak masak dari dalam flight lagi. Gigih bebenor hang kan. 

Ayam gulai lemak cili padi pedas kababomm, sayur campur, telor dadar, sambal belacan paling sedap dalam dunia harus lah dilupa jangan. Memang puas sangat makan di rumah sendiri. Mai lah hujung dunia mana pon, mana sama dengan aku sendiri yang masak. HAHAHA