Sunday, January 16, 2011

Cerita hari minggu

I want to go random.

1. Semalam sakit perot dan diarrhea mengatasi segala gala. Nak tido pon susah, kalau nak merayap sana sini lagi lah susah. Aiyaaa..manyak susah woo ini macam.

Entah apa yang dimakan pon tataw lah, sebab saya sorang aje yang kena. Hubby pon makan apa yang dimakan oleh wifey. Sangat tak adil kan. Tapi terasa diri ini macam sedikit slim selepas insiden itu, no? Hahahaha!!!


2. Hari ni baru rasa sihat sikit. Terus melangkah panjang ke Mid Valley tengok wayang. Pastu gerak ke 1U pulak. Jalan jalan, terus perot pon rasa semakin sihat sihat aje. Tak susah sebenarnye nak ubatkan saya nih, clinic? aah tak payah la susah susah :)

3. Khurafat sangat tidak mengecewakan langsung. Cuma saya kurang berkenan aje dengan pelakon pompuan dia itu. Tak. Bukan sebab jeles. Aku lagi lawa dari dia lah, so no such thing. Lalalalala. Geram bila dia menjerit tak bertempat.

Nasib baik bawak shawl besar besaran yang mom in law beli tuh, boley buat tempat lindungan mata sebab tak mampu nak tengok part tertentu yang amatlah mengerikan naluri kewanitaanku. Balik rumah, nak masuk kitchen minum air di waktu malam hari pun dah jadi sangat takut. Ajak hubby temankan sebab asyik terbayang bayang muka hantu yang macam tak payah lah sebut itu. Mak aiih.


4. Weekend yang free and easy gitu. Periuk semua bergantungan suka ria. Minggu nih nak chillax chillax aje katanye. Sangat cantik muka kau kan.

5.Sakit hati bila dapat tahu kakak Taylor Swift nak datang Spore for her concert tour. KL dia tak nak jejak pon. Hubby dah janji nak pegi sama sama kalau dia ke sini. Hancur segala harapan kami. Alih alih si budak kecik bieber tu yang datang. Uwaaa..nak nanges sangat! Keciwa tau. Keciwa.

6. Saya dah tahu satu rahsia besar woo. Tapi dia ingat saya tak tahu lagi. Jadi biarlah rahsia besar itu menjadi rahsia kecil saya. Nanti kite lihat siapa yang kenaaaaaa. Hahahahahahah. Lalalalala..



Owh chocolate lava. Kamu sangat yummylicious tau! Pengubat duka lara saya :)

3 comments:

  1. kat mana choc lava ni? macam molten yg kat Chili's ke?

    ReplyDelete
  2. iye, dia macam molten lava itu, tapi yang ni saya tapau di secret recipe. bagilah ape saje dessert kat saya, sumanye akan menjadi sedap belaka. Ha ha.

    ReplyDelete
  3. u ni mmg la tasha...bikin teliur jer tau

    ReplyDelete