Friday, December 31, 2010

Live on Letterman.

Homaiiigoddd! please bring her to KL!!!!!!!!!!!!!! Nak sangat please. please.

Lepas tu nak acoustic guitar macam Taylor jugak, nak ganti gitar kapak ku yang semakin gersang itu.

Peringatan : Saya adalah peminat country music yang tegar. Maka taylor swift adalah sentiasa menjadi superhero saya. Sila abaikan jika tidak berminat.

Sekian..

Wednesday, December 29, 2010

Goodbye 2010

Assalammualaikum semua.

Selamat tinggal December. Selamat tinggal 2010.

Banyak jugak kenangan manis tahun ni. Tiap tiap hari pun berebut rebut nak jadi kenangan yang paling manis. Tapi kalau semuanya mahu menjadi si cantik manis, siape yang sanggup nak menjadi si buruk dan pahit itu? Maka ada lah juga secubit rasa pahit sana sini dalam cerita 2010 saya. Tak mampu nak cerita. Terus dada jadi sebak. Okay, baik tak payah cerita. Sebab takde sapa nak manja kan kau hari ni, masing masing menjadi sibuk sudah.

Tak sabar sebenarnya nak membuka lembaran tahun baru 2011 ni. Semoga segala doa dan amalan akan senantiasa diberkati oleh Allah swt. Semoga Allah akan terus memberikan kami hidayah dan tak akan hentikan rahmat dan rezekiNya ke atas keluarga kami. Insyaallah. Sebenarnya, impian tahun nih ada yang dah tercapai, tapi ada jugak yang separuh tercapai, sebab tangan si cik puan nih kurang kepanjangan, jadi tak sempat nak capai semuanya. Ha ha. Mudah mudahan hajat yang belum termakbul tu akan dipermudahkan urusannya kelak.
Bukan kah ipad itu sangat menarik kawan kawan ? ;)

Tahun depan jugak, saya berazam ingin menjadi wifey yang paling baik dan rajin di dunia. Kau tak nak ke jadi cengitu? Mesti nak jugak kan. Hubby agak meragui cita cita murni saya itu bila diberitahu padanya di satu malam yang hening. Ececeh..! Dia sememangnya takde masalah dengan kerajinan saya (dia yang cakap okeh, bukan saya, lolz) tapi agak sangsi dengan kebaikan terlampau saya yang kadang kadang datangnya tanpa diundang.

Selain itu, tahukah kamu bahawasanya saya juga bercita cita ingin menjadi mommy yang paling cool dan best dan vogue kepada triplets saya kelak. Bertenang semua bertenang. Terimalah kenyataan cita cita saya ini. Terima lah semuanya.. muahahahaha!!



me and pinkydablacky akhirnye bertemu jua lewat december 2010.



Gambarajah di atas adalah perempuan perempuan gedik yang pertama kalinya bertemu setelah beberapa tahun bercinta bagai di alam maya. Sekian. Hahahaha. -iklan-


Okeh, kembali ke pangkal jalan.

Selain dari cita cita di atas tadi, banyak lagi azam saya tahun depan. Yer banyak dan nampak sangat menarik. Harap harap termakbul hendaknya. Tapi saya tak mahu menjadi orang yang tamak, sebab mereka cakap orang tamak selalu rugi macam ............. eh, tak mampu dan sebut perkataan seterusnya tu dekat diri sendiri. Ha ha ha. Sangat keji okeh. Jadi, saya dah decide tak mahu lah menjadi orang tamak itu. Kalau tak dapat capai semuanya pun impian tadi, dapat sikit pun kira okay lah kan. Janji, saya nak jadi manusia yang berguna pada bangsa dan negara. Hey, apa yang kau melalut ni sash? Patriotik kejap. Sila kibar jalur gemilang sekarang.

Saya juga mahu menjadi anak yang solehah. Anak yang sentiasa menggembirakan ibubapa sedaya kudrat saya. Anak yang sering mendoakan ibubapanya dan tak pernah lupa akan mereka, anak yang selalu kasihkan ibubapanya sampai ke hujung nyawa saya. Sangat banyak kasih sayang saya kepada mereka. Hanya Allah yang tahu. Harap harap zuriat saya kelak akan menyayangi kami sepertimana saya menyayangi kedua ibubapa saya. -Sebak sekali lagi-


Nak pegi peluk mom and dad kuat kuat. Nak cakap saya sayang sangat sangat diaorang. Kau pun pergi buat sekarang.

Lepas tu nak pegi peluk hubby pulak. Tapi mesti dia sangsi akan pelukan tiba tiba saya itu. Hahaha!! Kuarkauskrang!

Selamat tahun baru kepada semua darling darling ku di malaysia dan di mana mana aje lah, yang sudi membaca blog saya yang tak bercirikan apa apa nih setiap hari. Saya dengan rasa rendah diri, sangat sangat menghargai kamu semua. Walaupun hakikatnya saya nih kadang kadang terlebih sudu merapu dari cerita. Maafkan lah, terimalah hakikat blog ini. Ha ha -Terharu sangat-


Selamat datang January. Selamat datang 2011. Saya pasti menyambutmu dengan penuh kecintaan.


winks&smiles!

Sunday, December 26, 2010

Drama minggu ini.

Ohai !

Ingat tak entry yang lepas tentang kegigihan blogger memujuk encik hubby ke ikea. Sekali pujuk tak jalan, tiga kali pujuk baru terjah terus kami ke sana malam tu jugak. Bangga okeh atas hasil kejayaan saya. Jom kongsi sama sama hasil pujukan purak purak pening kepala itu.. Selamat menghadap tipu helah ku. muahahaha.


Lantas, si wifey terus menjadi sihat walafiat bila sampai sana. Senyum sampai telinga kau. Tapi tetap tak puas hati sebab ada barang yang tak dapat dibeli..

finance minister saya yang paling dermawan di dunia. Hahahaha.

Hai darling kecintaan ku!


Kira puas hati sangat lah sebab dapat pegi, walaupun keletihan . Mind you, saya nih adalah berpenyakit degil degilan. Tantrum akan bersepah sepah kalau tak dapat hajat di hati nurani. Kat mana agaknye nak cari ubat penyakit ni yer? Eh, tak nak. tak nak. Saya suka akan begini. Jadi cintailah saya seadanya. Ha ha ha. -iklan-


Jalan sampai lemau. Yer lemau, bukan lemang. Kalau lemang saya suka cicah dengan rendang ayam. Kau suka tak? Lalu, terlajak perahu sudah.


Cerita tadi tak habis lagi. Memang giler ramai orang kat sana semalam. Hubby asyik dok ulang cakap rumah dah jadi macam showroom ikea. Barang dah banyak ber-cap ikea semata mata. Kalau lah diaorang ada jual ayam dan daging, nikmatnya hidup kan. Dulu masa kat the haque, pun sama jugak. Lagi lah dekat dengan apartment kami masa tu. Tiap tiap hari pegi breakfast pun mampu lagi, kira macam dari rumah kami sekarang nih nak ke solaris aje. Rugi tak amik gambar buat kenangan. Sekarang sapa nak caya kau penah pegi sukat barang kat sana kalau takde bukti bersurat cik puan ooi? Pasrah aje lah. Ha ha.

Tapi saya ada bukti nih. Ini adalah bukti kaki yang disakiti oleh gladiator saya lepas balik rumah tadi. Danggg!! Tak mengapa. Biar cantik asalkan sakit. Eh silap. Kau betulkan lah sendiri ayat tuh. Takde maknanye nak bersiaran ulangan.

Hari ni bangun pagi, rasa segar bugar macam bunga bungaan. (sambil tengok cermin dan pose ala diva malaya, kau ada? ) Aktiviti riadah awal pagi ini adalah, sediakan breakfast untuk suami, membasuh baju (walaupun mesin yang tolong basuh, tapi feeling macam menyental pakaian di tepi air terjun sambil menyanyi nyanyi kecil), mencuci sana sini dan membeli grocerieessssss....Kali ni buat pertama kalinya kiter membeli di Tesco. Selalunya di carefour ataupun cold storage aje, sebab dekat dengan rumah. Nak ke Tesco tu pun bukannya apa, sebab dekat dengan Ikano. Tak dapat masuk, lalu depan pun jadik. Banyak lah pulak unsur unsur ketaksuban yang diselitkan di dalam entry ini yer. Harap bersabar semua.

Nih adalah bekalan untuk lebih kurang seminggu. Tapi kadang kadang tak sampai seminggu pun dah tak cukup stok makanan kitaorang. Bukan apa, bila datang mood memasak dan makan macam monster, mana nak cukup kan. Kena lah pegi membeli macam mak mak orang lagi. Haiyooh.. paling tak suka okeh.

Tapi minggu ni rasa best lain macam, sebab parents jadi datang akhirnye. Selalu kalau ibubapa datang ke rumah, anak anak akan memasak dengan sangatlah rajin bukan? Tapi mak bapak saya nih lain lah pulak. Diaorang suka jejalan ngan makan kat luar bila datang sini.

Daddy saya tak confident sangat nak drive kat KL. Kereta kat sini suma terkejar kejar katanya. Yer lah orang penang kan cool aje. Jadi bila saya yang meng-offerkan diri untuk menjadi driver sambilan, rezeki bertambah tambah lah murah. Upah dan hadiah semuanye boleh dapat macam magic.! Kalau sebulan duduk sini pun takpe dad!! Berebut rebut dah pulak dengan hubby, giliran sape nak drive tiap tiap hari sebab diumpan upah macam magic.. Hahahaha. Anak menantu gedik. Sabar aje lah.

Balik Tesco, singgah makan di JomBali. Tekak saya kata lain kali boley datang lagi nokz. Not bad not bad. Hurmmm.



Silang beef koey teow. Signature dish katanye. Punya la besar besaran size dia. Mana la saya mampu nak makan sorang sorang kan. Sangat tak gorjes kalau makan banyak cengini di depan suami tau. Itu adalah sejenis tips songsang. sila bertenang semua.


Jadi, terpaksa lah hubby yang habiskan jugak setelah wifey kesayangan hampir membazirkan rezeki tersebut. Rasa bersalah tak cik puan? Ampunkan saya wahai suami.

Tapi yang nih saya mampu makan sorang sorang. Giler sedap. Walaupun asalnye hubby yang punye, tetapi telah berjaya dicuri oleh saya. Muahahaha.!!

Thank u kesayangan ku sebab sudi merelakan diri dibuli manja oleh wifey pada weekend yang lepas. Hey, i cakap buli buli manja okeh? Kau ni pun. Suka tau sangsi dengan wifey berhati mulia nih. :D :D



Winks&Smiles!

Friday, December 24, 2010

Random.

1. Ibubapa tak jadi datang weekend, maka sempat lah anakanda bergoyang kaki tangan. Dua tiga hari sampai lah kot. Yay bonda datang yay!
2. Cuaca buruk di kuala lumpur. Ahahah. Percaya tak? Agak agak la kan kalau nak menipu. Maksud saya agak luar biasa dari yang biasa. Betul. Belum pernah lagi saya tido ber-pakaikan knitwear dan stokin serta ber-blanket besar besaran. Giler sejuk sejak kelmarin. Terus badan rasa macam nak demam dan harus minta dimanja. Damn sangat.
3. Hari ni dapat makan sizzling yee mee kat klcc. Dah berhari hari mengidam nak makan benda alah ni. Memang bukan makanan paling sedap di dunia. Tahu. Tapi hati degil. Kalau tak dapat makan rasa macam nak hentak kaki tanda protes.
4.Oh ya. Malam karang tido saya takkan terganggu lagi. Sila rujuk entry yang lepas. Jeng je jeng!!! Senyum sampai ke bintang lah ye cik puan.
5. Baru perasan, rupanya dah dua hari saya tak makan nasi. Tapi takde maknanya sebab aku dah sapu yee mee masa lunch tadi kan. Akhirnya diet menjadi separa sia sia juga. Boring.
6. Tak sabar nak tengok movie terbaru kakak saya, The Tourist. Maaf tak beritahu awal awal pasal dia. Saya nak low profile aje sebenarnya.
7. Maybe fieza @pinkydablacky nak datang sini esok lusa. Dapat la berjumpa si ratu santek itu. Dah hampir setahun kami berhubungan di alam maya. Yabedabedoo!
8.Tetiba teringat banana leaf kat nirvana. Selang beberapa saat teringat akan daddy pulak. Dia pon suka makan kat sini macam saya. Motif dok teringat bagai ni apahal pulak cik puan? Ker cik puan lapar nasi ek?
9. Kenderaan saya dah lama tak di-showerkan. Saya guna dia sampai lunyai. Hahahah. Suami mesti tensi kalau tengok berhabuk sikit, nih bukan dah tahap habuk, segala macam khazanah dah melekat kat badan sexy dia. Pity my tuuuuuut.
10. Dalam process meng-ajak, mem-pujuk dan mem-paksa si suami ke Ikea malam ni jugak. x'mas sales katanya dalam tv. Paling kurang pon dapat beli mug dan mug dan mug lagi. Janji ada produktiviti. Nak ker dia ni pegi nanti? Cepat purak purak pening kepala ;)


Entry akan bersambung seiring dengan aktiviti berfaedah oleh blogger kelak.


Merry xmas and happy new year semua! sambil lambai tangan ala diva universe. Kau mampu?


Winks&Smiles!

lagu sedap.

Merry Xmas and Happy New Year!

Wednesday, December 22, 2010

Bila tak puasa.

Ohai!Ohai!

Minggu lepas seperti yang telah dibincang panjang lebar oleh blogger akan sebab penyebab dia tak memasak. Maka minggu nih sah sah saya tak mampu nak mengelat lagi. Mengelat bukan mengulat. Mengulat mampu lagi nokz, bila ada masa terluang. Ha ha

Minggu ni takde sape sape pun yang berpuasa, eh jap..ada sape lagi cik puan? bukan ker watak korang berdua jer yang asyik diulang tayang? Itu lah. Nampak sangat drama aku kekurangan character. Cepat pegi tambah sorang lagi. APA?? Hey, kau ingat semudah membeli Dorothy Perkins di KLCC? Tetibe kena siggah sana jugak kan. Damn sangat. Ha ha ha.

Justeru, menu kembali meriah macam orang berpuasa padahal dimakan oleh makhluk yang tak berpuasa. Nak makan itu ini begitu begini. Semua berselera bagai kalau nampak makanan di tv. Gedik. Eh bukan saya sorang. Hubby pon sama gedik. Poor baby, terpaksa kena tempias kegedikan ku jua akhirnya. Kan. Sapa suruh tido sebelah. Eh.!

Sila rujuk gambarajah di bawah.


Menu ni bernama tak ingat hari apa. Chillax. Jangan kelam kabut. Maksud nya, blogger tak ingat hari apa dia telah merasmikan menu tersebut. Fried minced lamb with Eton oil. Pernah dengar tak? Hahaha. Itu nama manja di rumah. Olive oil nama glamour dia. Korang ni pun. Jadi, tambah la bawang, tomato, garlic paste dan sedikit black pepper untuk penyedap tekak masing masing. Lepas tu boley la dihidangkan bersama fresh salad yang dibeli di carefour. Posh beckham pon makan cengini aje. Betul tak?

Tetapi, sebelum berlakunya kejadian menu di atas, saya dan hubby telah berpadu tenaga di work station untuk menyediakan ini pula.

Nama cik adik ini adalah ayam masak kerutuk. Jangan berani tanya mengapa dia bernama sedemikian rupa. Penyebabnya adalah rempah adabi itu. Iyer. Katanye rempah kerutuk itu adalah keluaran terbaru mereka. Gigih lain macam aje la saya memasak hari tu. Sampai si suami pun diheret bersama untuk aktiviti mengupas bawang bawangan. Mana nak cari hubby yang sanggup berkasih sayang di dapur sebegitu? hahahaha. I love you bee! -iklan-

Dengar lagi la. Tak habis lagi cerita sang kerutuk ini. Rasanya sangat sedap. Harus la sedap aje kalau aku yang memasak kan. Bukan. Faktor penyumbangnya adalah rempah itu juga. Tanpa dia siapalah diri ini. Cuba lah.

Adabi, bila nak sponsor rempah ratus ke rumah saya pula lepas ni?

nasi tomato macam mom masak.

ayam masak merah campur preggo. eh sedap kau! patut la merahnya makngah!
kesukaan!kesukaan!

Nampaknya perot bersuka ria semenjak dua menjak. Suap segala gala. Semuanya dimakan. Takdenya ditolak. Kalau bagi lempeng pisang cicah gula pun aku sapu bersih. Dulu menggeletis tak lalu makan, tekak perasan diva. Sekarang bila dah jadi penduduk tetap KL, sibuk aje nak mencari kuih tradisi di pasar malam. Baru sedar diri. Bak kata pepatah, hujan diamond di negeri orang, baik lah white gold Habib aje di negeri sendiri. Kan. Ha ha.

Sudah. Jangan sibuk nak berlari lari setempat sebab nak membuang lemak ayam dan daging di badan kau lepas ni. Itu belum masuk lagi half boiled eggs yang dimakan dengan kicap semasa breakfast selang sehari. Semuanya berunsur pembesaran dan kebolatan semata mata cik puan ooi.

*nanges*

Ooooohyeah, MNG tengah giler sales sekarang kau. Sejak itu, tido malam saya sering kali terganggu sudah. Entah la kenapa.. Jeng je jeng!!

Winks&Smiles!

Tuesday, December 21, 2010

Burp-day!


HAPPY 29th BIRTHDAY CHEDA!!!



Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberkati dunia dan akhirat. Jangan makan banyak banyak sangat, sebab kamu dah semakin hari semakin bolat!! Nantikan kepulangan adindamu di perantauan tak lama lagi. Dapat la kita membina badan dan membesar bersama sama pula. Bukan kah itu lebih menarik?


Ha ha ha.! gelak guling sepak terajang semua dah!! :P


Looking forward for many more years of fun and friendship with uuuu!! hendak tak?? ;)


Ikhlas dari,
Kesayanganmu selalu. Ha ha.

Description not needed

Hai!!









....................Dan ini pula...?????



Love&Love!

Sunday, December 19, 2010

Tak wajib baca.

Kalau weekend tak kemana mana, mesti saya akan berasa kurang produktiviti. Sungguh. Macam mana nak menyahut seruan kerajaan dan menjana ekonomi negara kalau begini sudahnye? ahahaha. Bersungguh jer saya mengatur ayat kan. Macam la banyak sangat contribution kau kat negara selama ni.

Kelmarin pun work station saya ditutup. Letih dan malas sebenarnya. Rasa nak berehat rehat macam tuan puteri mayang mengurai kejap. Hubby pun sama. Letih lain macam aje minggu ni kan. Kerja bertimbun. Project baru untuk shell tahun depan katanye. Layan aje, janji tetap dapat petrol free pun dah kira bagus kat aku. Yang lain tak nak amik tahu, sebab takde kena mengena dengan aktiviti pergerakan harian. Tapi kebusy-an dia tu amatlah berbeza dengan saya. Sebusy busy saya pon masih boley sempat hadap shoppingnsales.com tiap tiap hari. Atau singgah buat many & pady. Nak jugak kasi kuku cantik kan. Kang nanti zahir semua dah okay, sekali keluar kuku macam Mak Esah sapa nak jawab?? Apsal nak kena masuk unsur unsur horror Mak Esah pulak dah cik puan ooi.

Berbalik pada hubby saya, dia ni kalau busy, akan lebih bercirikan tidak bercakap banyak di talian tapi tidak mahu memberitahu yang dirinya busy. Kira macam degil tapi mahu rupanya. "Oh, Okay, Yeps, Orait, Ic , I love u" Begitu lah. Ayat ayatnye akan menjadi lebih pendek daripada biasa. Maka fahamlah wifey ini yang kadangkala saja jugak gedik nak meng-akses suamiku tiga jam sekali. Itu belum masuk bab sms lagi. Nanti akan diperjelaskan bila kita dah jadi kawan karib yer. Ha ha ha.

"Break kejap. Mengangkat jemuran di balcony sebab hujan lebat dah tempias sampai kena baju yang tak bersalah itu.."

Yay. Masuk hari ni dah empat hari saya berjaya mengelat tak masak di rumah dan memberi injection pada suami sendiri. Ha ha. ( tak payah kau nak tiru aksi blogger nih demi kesejahteraan rumahtangga masih masing ) Breakfast tu tak kira lah. Kalau setakat sandwich, salads, muesli atau nasik lemak sambal tumis telur pon belum lagi layak masuk dalam carta memasak aku tau. Definasi memasak bagi saya haruslah yang hard core aje. Hahahahaha. Hep!Hep! Apsal kau kerut kerut muka ni??

Maksudnya, mesti lah ada aktiviti membasuh beras, memotong ayam atau daging dan melibatkan tumis tumisan manja. Kalau setakat masak nasik lemak di pagi hari tuh kira sap sap sui lah ;p

Kelmarin petang, pegi Al Rawsha, lunch merangkap dinner sekaligus. Sebab seharian berlepak dan menghadap muka masing masing kat rumah aje. Sekali sedar dah pukul empat. Baru tergedik gedik saya kelaparan macam anak kucing dua hari tak makan..

Sila hadap yang ni dulu. Belum apa apa dah kena tengok gambar yang baik tah yah tengok pun takpe. Ha ha ha . Kami semua nak protes lah!!!!!

Chicken shawarma yang menjadi kegilaan saya dari dulu lagi..

Bestestest punya nasi arab in town. So far saya rasa Tarbush yang kat starhill tu pun tak bley lawan dia nih lagi..

Selalunye kiter makan chicken mandy kalau kat sana, tapi sejak dipengaruhi oleh blog Dr Nicole ( bukan nama sebenar ) yang sangat pandai dan rajin memasak lamb itu, sampai terliur saya dibuatnya saban hari. Menyedari hakikat diri yang tak berape reti memasak haiwan ternakan itu, maka semalam saya pun meng-order lamb mandy di sana. Sedapnye mak aaihh!! Sampai tapau bawak balik untuk makan hari ni pulak. Tapi yang tak bestnye, restoren dia ni dah nak tutup dan berpindah ke tempat lain rupanye. Haiyooh..jangan ler jauh jauh sangat dari rumah saya. Pasrah aje lah kalau dia jadi tutup hujung tahun ni. Uwaaa!

Tak lupa jugak, akibat ketagihan melampau akan takoyaki.. maka, dengan penuh kesungguhan kiter pergi mendapatkannya sekali lagi. Alasan sebenarnye nak jalan jalan, dah dasar tak reti balik rumah terus. Nak buet camno tuh?



Tapi semalam kiter cuba rasa yang baru pulak, chicken n cheese. Hakikatnye tekak saya masih cakap octpus and chili lagi yummy dari yang nih. Hmmmm nasib kau lah..

Sudah. Dah selesai sesi merapu bagai. Banyak lagi keja kau nak buat hari ni. Jom pegi carefour beli groceries macam mak mak orang pulak.

Alaaaaaaaa..sangat tak gorjes bukan? Dangg!!!!


Winks&smiles!

Wednesday, December 15, 2010

kisah rumahtangga.

Halo!

Saya suka lagu Halo, Beyonce tuh. Taylor Swift pun saya suka jugak. Kalau terdengar lagu mereka di radio atau tv di rumah atau kereta, saya akan menyanyi nyanyi dengan penuh kecintaan. Ha ha.

Okay. Berbalik ke bentuk asal.


Sehari dua yang lepas rutin tak banyak berubah. Kebusy-an agak agak bertambah, maklum la di akhir akhir tahun. Dan semangat mengemas rumah semakin berkobar kobar lately. Ibu bapa nak datang melawat. Oh patut lah. Saya semakin ganas mengemas, mengubah, menyusun apa saja dalam rumah. Sampai hubby pun jadi pening. Kedudukan semua barang berubah ubah macam dalam billboard music charts. Sama lah macam mood aku jugak. Ha ha.

kenalkan, ini adalah pokok Ikea saya.

Sememangnya saya akan menjadi sangat suka bila dapat membuat semua orang happy dan selesa berada dalam kawasan jajahan saya. So tak payah la cerita apa yang boley membuatkan saya murka. Lain kali kita akan bincang pasal tu.

Jadi, esok dah 10 Muharam. Hari yang paling bertuah, hari Assyura. Maka kita disunatkan berpuasa right? Sepatutnye hari nih dah start puasa. Tapi atas sebab sebab yang tak mampu dielakkan, maka saya hanya akan mula berpuasa esok dan Jumaat, Insyaallah. So, petang tadi saya dah siap siap memasak untuk dinner dan boleh lah dibuat makan sahur sekali. Terasa macam Ramadan pulak :)

Menu malam ni. simple simple aje. Kiter masak chicken rice. tapi agak agak berlebihan sedikit, dah kata nak simpan untuk bersahur nanti kan..

inchi kabin with salad. 2 in 1.

lemond and herbs fried chicken with enoki mushroom. konsepnye sama macam gambarajah di atas. 2 dalam 1. Selain daripada ayam, dalam masa yang sama terdapat unsur unsur sayuran jugak. Sangat berkhasiat dan cepat disediakan oleh wifey wifey yang mengejar masa macam saya ni. Cuba lah.

Herbal chicken soup. Guna perencah bunjut Adaaabiiii. (kena nyanyi macam iklan adabi dalam tv tu dulu, tapi jaga pitching yer.. )

yogurt serbaneka. dah lari konsep asal. nih macam rojak campur dah pulak aku nengok. Ha ha. Tapi tekak saya tetap memuji akan kesedapannya. Okay la tu.

mango nectar. sesuai untuk sedapkan hati dan tekak.

Lepas masak, terus saya bantai sorang sorang. Tapi sikit aje, sebab nak test market dulu. muahahah. Hey, sedappp nye chicken rice saya!! Tak sudah sudah memuji diri sendiri dalam hati sambil makan.

Mesti darling saya suka menu malam karang. Semoga rezeki yang dihidangkan dengan air tangan isteri ni nanti dapat melapangkan fikirannya yang seharian penat bekerja. Insyaallah.

saat saat manis si suami menikmati lamb kebab and shawarma di Dutamas. tak ingat nama restoren ape, sebab terlampau sedap sampai saya hilang ingatan.. ha ha.

Cheers!

Winks&smiles!

Monday, December 13, 2010

Hey Pavlova!

Tolong, tolong jangan boring.

Entry ini adalah sambungan dari entry pening kepala yang lepas. Maka gambarajah di bawah pun dapat dilihat dari kesungguhan blogger memasukkan unsur unsur kepeningan juga.


perempuan berwarna black dan pink ini adalah peminat Delicious tegar. sekian.

Setelah pening saya masih di tahap suam suam kuku Paris Hilton (apesal nak kena letak Paris Hilton pulak?) maka hubby sudah tidak ada pilihan lagi melainkan membawa saya berjumpa specialist. Dan mereka berpakat memberi saya ubat ini...

Berrylicious chocolate Pavlova. Wow!

Hey, pavlova.. kamu sangat gorjes.!

Gebusss nye diaa!

Lihat. Hari ni pening saya sudah hilang. Macam magic bukan?


p/s Photos taken at Delicious Specialist Center. Mid Valley.


winks&smiles!

Saturday, December 11, 2010

Cerita pening dan nasi lemak

Headache telah menyakiti saya seakan tak dapat dimaafkan lagi sampai raya tahun depan. Haah.. hambek! Mana taknye, dah dua hari berturut turut kepala saya bertampal salonpas. Sangat tak gorjes okeh. Asal petang aje pening.. asal pening aje petang. Damn sangat. Oleh yang demikian, sehari dua yang lepas perot dan kaki sudah tak demanding , sebab menyedari hakikat kemampuan diri ini. Nampak tenat sangat sakit kepala aku ni kan. Ha ha

Masak? Oh semestinye lah uols. Masak manja manja aje, sebab cik puan kan tak sihat. Hubby telah men-request nak makan sambal goreng eggplant, dan saya pulak men-request dengan diri sendiri nak makan chicken curry yang macam mom masak. Rindu lah.
Maka kami berdua pun bersuka ria menikmati juadah yang hakikatnye tak la berapa nak grand sangat hari tu. Ha ha

dah lama bebenor saya tak masak cengini.. hubby paling suka ratah eggplant gitu aje sbb sedap katanye ;)


Dalam pada tu, sebenarnye ramai jugak yang bertanya tanya kenapa saya suka memasak, tak penat ke masak tiap tiap hari nih ( sebenarnye selang sehari atau dua atau tiga hari ikut kepala angin saya lah ..) masak macam nak makan berempat padahal perot berdua aje. Ker kau dapat upah kalau rajin masak?

Jawapannye entah lah. Sebab aku pun tak paham kenape. Ha ha ha. Padahal dulu, saya lah yang paling malas dan jarang pegang perkakas dapur sebelum kawin. Nak masak nasi pun terkulat kulat macam tak pernah tengok beras. Sangat menjengkilkan bukan? LMAO

Tapi disebabkan pegangan prinsip diva ku, hendak seribu daya kalau tak nak jangan kau berani paksa, telah membuatkan saya berjaya menjadi chef di work station sendiri. Ha ha. Alaaa.. ni yang nyampah baca blog sash ni taw. Suka bercinta dengan diri sendiri aje.

Sumpah bukan cita cita saya untuk menjadi wifey yang pandai memasak. Eh, jap..pandai sangat ker kau masak ni sash? Mom saya cakap saya pandai. Kira okay la tu kan. Muahahaha. Yer la, walaupun belajar anthropology dengan business asalnye saya ni(apsal, kau ingat aku belajar ape dulu? ha ha ha ) namun, sejak menggalas status wifey nih, last last terus terlajak dari cita cita yang asal. Oh terlalu sadis bukan?

Tapi takpe , saya pasrah. Sebab hubby saya sentiasa memahami dan senantiasa akan dipaksa memahami walau apa pun terjadi. Kalau saya buat sandwich tuna pun dia akan tersenyum girang dan berbangga dengan achievement wifey dia nih. Ha ha.

Hey kejap, uols perasan tak..awalnye topic saya adalah headache semata mata. Apsal sekarang dah bercirikan kepentingan diri sendiri dah pulak? Halaamak.. nak log off lah macam ni..bosan tau.

Okay tak nak layan pun takpe.

Semalam dalam kefeningan yang berpanjangan itu jugak, tiba tiba hubby giler teringin nak makan nasik lemak. Jadi awal awal lagi saya dah menyerah diri untuk tidak memasak di malam hari. Sebab sangat penat okeh. Siang pegi klcc sebab nak lunch dengan dia kat sana. Sementara tunggu dia solat Jumaat, dalam pening pening kucing itu jugak saya mencuci mata apa yang patut. Big sales kat isetan rupanye uolss! Patut la kaki membawa saya ke situ. Mak aiiihh.!


Hero Kampung Baru yaww! hahahahahahaha. *gelak guling*


Dan malam tu jugak kami membawa diri ke kampung baru sebab nak cari nasi lemak yang katanye bagus sangat itu. Tetibe, teringat dengan Dr Nicole (bukan nama sebenar), sebab saya tau dia pun pencinta makanan macam saya. Tapi Dr Nicole cakap saya terlewat train, sebab dia dah pun dinner dengan suami tercinta. Takpe doc, next time saya janji akan heret jugak!! ha ha

Damn. sangat rasa bersalah makan banyak cengini di malam hari, kan. Peparu goreng lada, daging rendang pedas dan sambal tumis.

Nih hubby punye. Pencinta ayam. Harus lah berlaukkan ayam walau apa pun terjadi. Ha ha. Dan daging pun dia makan jugak. Haiyoooh.

Balik dari situ, sesi ter-minum teh tarik dan milo panas satuuuu! kat Bestari pulak dah, sambil mencari cari DVD yang baru kat situ. Another disaster. Tiap tiap minggu mesti nak pegi beli. Boring tul!

Kenyangnye perot saya sampai hari ni. Nak diet lah. Jom pegi exercise kat Mid Valley petang nih. nak nak?

Winks&smiles!

Wednesday, December 8, 2010

Oh YES!

YES! di sana. YES! di sini. Di mana mana aje lah sekarang Year End Sale. Dapat beli sepasang kasut pun saya dah cukup bangga dengan diri sendiri sebab dapat menyahut seruan kerajaan. Ha ha. Macam mana la nak jadi contoh kat anak anak nanti in future? Mak aaihh..!

Jadi sambungan entry semalam, kiter telah merelakan diri masing masing pegi men-sukat 1Utama. Cantiknye deco yang diaorang buat sempena X'mas yang ala ala Venice itew.. Terus teringat kenangan masa kat Venice dulu..

Venice yang sangat sejuk gegile that time. Hanya kitaorang berdua je atas bot dok gedik posing kiri kanan masa winter. Takde sape pun sanggup kecuali kami. Ha ha. We stayed at Ca' Pozzo Inn..right in front of the jetty kat situ.Very the classic uols..Tapi hubby tak suka Venice :> Dia cakap boring. Dia tau apekan.. Cuba tanya saya. ha ha ha


Posing peminum tegar Twinings Earl Grey :)

Ini adalah Venice celupan. Tapi hubby suka yang ni. Sebab tak gile sejuk sampai kuku beku. Yang part dia tak suka adalah kena teman saya seumur hidup jalan jalan sampai lemau. Ha ha.

Aktiviti window shopping berjalan lancar dengan senyuman lebar semacam kat muka.. Maklum la dah lama tak datang sini. Walaupun dekat jugak dengan rumah, masalahnye bukan ape.. jenuh jugak nak mencari parking lot. Kena banyak sabar dan hormone kena balance betul betul kalau nak datang time weekend atau public holidays.

saya suka jack cheese dia..!
Nak makan pun kena beratur panjang. Semua tempat pun camtu jugak. Last last, pegi Chili's Grill and Bar, dan terpaksa la saya makan. Ehh, apesal kau cakap terpaksa? sapa yang paksa cik puan nih?? Bukan ker cik puan yang punye idea nak makan fajitas yang ada jack cheeeeese itu?? Danggg!!

Entry yang lepas punye la beriya bagai dah tak nak makan cheese, nak makan ringan ringan aje lepas sesi mac and cheese itu, hambek kau. Nafsu nafsu! Jangan cakap besar lepas ni. Tengok dan lihat aje..


Asalnye kat rumah dah janji janji tak nak beli apeape pon. Namun.. dot dot dot!

Kalau bahan berfaedah..sah sah hubby yang punya. Ha ha

Haaihh.. hati senang la katakan, gelak sampai telinga lah kelmarin. Memang patut. Sonoknye kalau tiap tiap hari cengini.. Hubby buat lawak yang separa lawak pun aku leh gelak guling! Ha ha ha. Tapi memang ada something yang dia cakap sampai saya ketawa macam nak pengsan. Riuh satu Chili's tu, buat macam rumah kau sendiri. Wifey sapekah itu??? Tak payah lah dibincangkan kat sini.

Lepas makan sambung jenjalan lagi. Sampai kaki pun akan mintak rehat kalau dia boley cakap. So saya pun tak nak la menjual ikan, ha ha ha.. maka kita singgah isi minyak eh,,, isi tekak dan perut lagi sekali.
sesi men-dessert at Delicious. saja je kan.. kat Chili's pun ada dessert tapi alasan nak jalan jauh lagi, sangat bijak! ;)

aksi superhero saya bersuka ria! ha ha

dah dapat forever 21 pun kau fening kepala lagi cik puan?? ;p

saya adalah hantu pudding. sape sape buat pudding lebey jemput la saya makan. sekian..

Bread butter pudding with vanilla sauce.. oh tasty!

Dah habis selesai segala gala, entah macam mana terlajak ke area Sunway Giza..kat sunway damansara. Dah semakin membesar la tempat ni uols. Sekali pandang dah macam Paris Van Java di Bandung. Terus teringat ke Bandung pulak dah. Sape nak sponsor saya pi sana lagi? Haha..Tetibe!

Mula mula tak nak singgah, tapi memandangkan traffic sangat teruk masa nak balik.. baik singgah dulu kan. Rehatkan minda kejap.

Oh Penang! ;)

Mana lagiiii.. dalam banyak banyak kedai makan, situ jugak yang menarik perhatian ku..Diet? Apekah diet????


Balik rumah, kaki tangan badan kepala semua sengal dan jam habis. Tapi tak berani bagitaw hubby, sebab weekend dah janji janji nak jejalan lagi cengini. ;)


Okay la tu kan..


winks&smiles $$$!