Friday, December 24, 2010

Random.

1. Ibubapa tak jadi datang weekend, maka sempat lah anakanda bergoyang kaki tangan. Dua tiga hari sampai lah kot. Yay bonda datang yay!
2. Cuaca buruk di kuala lumpur. Ahahah. Percaya tak? Agak agak la kan kalau nak menipu. Maksud saya agak luar biasa dari yang biasa. Betul. Belum pernah lagi saya tido ber-pakaikan knitwear dan stokin serta ber-blanket besar besaran. Giler sejuk sejak kelmarin. Terus badan rasa macam nak demam dan harus minta dimanja. Damn sangat.
3. Hari ni dapat makan sizzling yee mee kat klcc. Dah berhari hari mengidam nak makan benda alah ni. Memang bukan makanan paling sedap di dunia. Tahu. Tapi hati degil. Kalau tak dapat makan rasa macam nak hentak kaki tanda protes.
4.Oh ya. Malam karang tido saya takkan terganggu lagi. Sila rujuk entry yang lepas. Jeng je jeng!!! Senyum sampai ke bintang lah ye cik puan.
5. Baru perasan, rupanya dah dua hari saya tak makan nasi. Tapi takde maknanya sebab aku dah sapu yee mee masa lunch tadi kan. Akhirnya diet menjadi separa sia sia juga. Boring.
6. Tak sabar nak tengok movie terbaru kakak saya, The Tourist. Maaf tak beritahu awal awal pasal dia. Saya nak low profile aje sebenarnya.
7. Maybe fieza @pinkydablacky nak datang sini esok lusa. Dapat la berjumpa si ratu santek itu. Dah hampir setahun kami berhubungan di alam maya. Yabedabedoo!
8.Tetiba teringat banana leaf kat nirvana. Selang beberapa saat teringat akan daddy pulak. Dia pon suka makan kat sini macam saya. Motif dok teringat bagai ni apahal pulak cik puan? Ker cik puan lapar nasi ek?
9. Kenderaan saya dah lama tak di-showerkan. Saya guna dia sampai lunyai. Hahahah. Suami mesti tensi kalau tengok berhabuk sikit, nih bukan dah tahap habuk, segala macam khazanah dah melekat kat badan sexy dia. Pity my tuuuuuut.
10. Dalam process meng-ajak, mem-pujuk dan mem-paksa si suami ke Ikea malam ni jugak. x'mas sales katanya dalam tv. Paling kurang pon dapat beli mug dan mug dan mug lagi. Janji ada produktiviti. Nak ker dia ni pegi nanti? Cepat purak purak pening kepala ;)


Entry akan bersambung seiring dengan aktiviti berfaedah oleh blogger kelak.


Merry xmas and happy new year semua! sambil lambai tangan ala diva universe. Kau mampu?


Winks&Smiles!

3 comments:

  1. Hahahaha,kelakar post ni. Pening kepala Sang Suami nak melayan kerenah, tapi maklumlah...kita kan pompuan kesayangan...

    ReplyDelete
  2. n jangan lupa kirim salam kat parents. Mine are coming too tomorrow!

    ReplyDelete
  3. insyaallah doc :D

    Dah takdir dapat wifey cengitu, pasrah aje lah wahai suami suami sekalian.. lolz

    ReplyDelete