Wednesday, December 29, 2010

Goodbye 2010

Assalammualaikum semua.

Selamat tinggal December. Selamat tinggal 2010.

Banyak jugak kenangan manis tahun ni. Tiap tiap hari pun berebut rebut nak jadi kenangan yang paling manis. Tapi kalau semuanya mahu menjadi si cantik manis, siape yang sanggup nak menjadi si buruk dan pahit itu? Maka ada lah juga secubit rasa pahit sana sini dalam cerita 2010 saya. Tak mampu nak cerita. Terus dada jadi sebak. Okay, baik tak payah cerita. Sebab takde sapa nak manja kan kau hari ni, masing masing menjadi sibuk sudah.

Tak sabar sebenarnya nak membuka lembaran tahun baru 2011 ni. Semoga segala doa dan amalan akan senantiasa diberkati oleh Allah swt. Semoga Allah akan terus memberikan kami hidayah dan tak akan hentikan rahmat dan rezekiNya ke atas keluarga kami. Insyaallah. Sebenarnya, impian tahun nih ada yang dah tercapai, tapi ada jugak yang separuh tercapai, sebab tangan si cik puan nih kurang kepanjangan, jadi tak sempat nak capai semuanya. Ha ha. Mudah mudahan hajat yang belum termakbul tu akan dipermudahkan urusannya kelak.
Bukan kah ipad itu sangat menarik kawan kawan ? ;)

Tahun depan jugak, saya berazam ingin menjadi wifey yang paling baik dan rajin di dunia. Kau tak nak ke jadi cengitu? Mesti nak jugak kan. Hubby agak meragui cita cita murni saya itu bila diberitahu padanya di satu malam yang hening. Ececeh..! Dia sememangnya takde masalah dengan kerajinan saya (dia yang cakap okeh, bukan saya, lolz) tapi agak sangsi dengan kebaikan terlampau saya yang kadang kadang datangnya tanpa diundang.

Selain itu, tahukah kamu bahawasanya saya juga bercita cita ingin menjadi mommy yang paling cool dan best dan vogue kepada triplets saya kelak. Bertenang semua bertenang. Terimalah kenyataan cita cita saya ini. Terima lah semuanya.. muahahahaha!!



me and pinkydablacky akhirnye bertemu jua lewat december 2010.



Gambarajah di atas adalah perempuan perempuan gedik yang pertama kalinya bertemu setelah beberapa tahun bercinta bagai di alam maya. Sekian. Hahahaha. -iklan-


Okeh, kembali ke pangkal jalan.

Selain dari cita cita di atas tadi, banyak lagi azam saya tahun depan. Yer banyak dan nampak sangat menarik. Harap harap termakbul hendaknya. Tapi saya tak mahu menjadi orang yang tamak, sebab mereka cakap orang tamak selalu rugi macam ............. eh, tak mampu dan sebut perkataan seterusnya tu dekat diri sendiri. Ha ha ha. Sangat keji okeh. Jadi, saya dah decide tak mahu lah menjadi orang tamak itu. Kalau tak dapat capai semuanya pun impian tadi, dapat sikit pun kira okay lah kan. Janji, saya nak jadi manusia yang berguna pada bangsa dan negara. Hey, apa yang kau melalut ni sash? Patriotik kejap. Sila kibar jalur gemilang sekarang.

Saya juga mahu menjadi anak yang solehah. Anak yang sentiasa menggembirakan ibubapa sedaya kudrat saya. Anak yang sering mendoakan ibubapanya dan tak pernah lupa akan mereka, anak yang selalu kasihkan ibubapanya sampai ke hujung nyawa saya. Sangat banyak kasih sayang saya kepada mereka. Hanya Allah yang tahu. Harap harap zuriat saya kelak akan menyayangi kami sepertimana saya menyayangi kedua ibubapa saya. -Sebak sekali lagi-


Nak pegi peluk mom and dad kuat kuat. Nak cakap saya sayang sangat sangat diaorang. Kau pun pergi buat sekarang.

Lepas tu nak pegi peluk hubby pulak. Tapi mesti dia sangsi akan pelukan tiba tiba saya itu. Hahaha!! Kuarkauskrang!

Selamat tahun baru kepada semua darling darling ku di malaysia dan di mana mana aje lah, yang sudi membaca blog saya yang tak bercirikan apa apa nih setiap hari. Saya dengan rasa rendah diri, sangat sangat menghargai kamu semua. Walaupun hakikatnya saya nih kadang kadang terlebih sudu merapu dari cerita. Maafkan lah, terimalah hakikat blog ini. Ha ha -Terharu sangat-


Selamat datang January. Selamat datang 2011. Saya pasti menyambutmu dengan penuh kecintaan.


winks&smiles!

No comments:

Post a Comment