Dan ini pula..???
.
.
.
.
.
.
.
.
Duke & Duchess of dot dot dot ( Duchess yang terpaksa di-censored mukanye akibat sebab dan penyebab yang tak payah kau kecoh nak tahu ) kah kah kah! sangat mahu gelak guling.
nak buat susah jugak, nak habiskan kejap aje.. ha ha
Thank you mom sebab susah susah buat pudding untuk saya sebagai bekalan di rantau. Cheh. Ayat tak boley blah. Resam anak rantau begitulah, nak balik rumah aje, bag baju dengan tidak semena mena akan dipenuhi oleh bekalan makanan. Bukan tak boley buat sendiri, masalahnye memang bermasalah kalau nak membuat benda benda alah sebegini. Makan aku pandai lah. Heh heh.
Jumpa lagi bila ada masa dan mood nak menconteng blog kelak.
muah muah muah!
Sakit tekak dan sikit sikit selsema telah melanda diri ini. Ape lagi, jangan kau perasan nak menghadap nasi kandar beratur malam esok. Akan ditunda pada tarikh dan waktu yang bakal ditentukan kelak.
Buat tika dan saat ini, tuh menu di atas tuh. Kau hadaplah siang malam ye cik puan.Assalammualaikum
Heh lama tak buka blogger. R.I.N.D.U. berkarya. Heh heh.
Dua tiga hari kat sini, dad tibe tibe tak berape sihat. Biaselah sakit orang veteran. Risau memula, tapi dah beransur okay nampaknye. Lega hati saya.
Saya macam biase. Makan banyak tak hengat. Cakap aje nak makan ape, dapat macam magic. Hoih diet kau dah ke laut derr cik puan!
Ibubapa sangat suka akan hadiah hadiah mereka. Dad siap dah bagitau nak ape kalau saya pegi lagi. Kalau kalau lah. Ade rezeki sampai lah aku kat London bebila pulak. Apa lah sangatkan. Cheh. Cita cita murni begitulah. Faham tidak?
Itu aje buat masa sekarang, nak bergegas pegi makan. Umpama bergegas ke tempat kerja kekdahnye. Haaih!
Nasi kandar beratur tak makan lagi, pulut durian pon belum. Eh takpe, lambat lagi nak balik. Banyak lagi boley disumbat.
Sebelum balik kampung sempat pegi makan di Al Rawsha Kg Pandan itu. Nanti ibubapa datang KL boley la bawa ke sana :) Tempat pon cantik dari yang lama.Jumpa lagi esok esok.
xoxo from Penang!
Bow shaped pasta with prawns, sun dried tomatoes and baby leaf spinach. Yumms, rindu!
tiap tiap hari dapat. tiap tiap hari kumpul. sampai tak lalu nak makan sudah.
Malam karang hubby ajak dine kat luar. Jadi tak payah la terkejar kejar nak masak petang nanti. Seminggu dua nih goyang kaki tangan le lagi nampaknye. April seems to be bulan bersenang lenang, bulan depan dok umah diam diam sudah macam isteri yang baik mulia. Kot kot dapat upah lagi? Jeng je jeng.
Ha ha ha.
winks&smiles!
Kat rumah sendiri takdenye aku nak makan sejam sekali macam nih, siap kira berapa sudu nasik masuk dalam tummy ada lah. Ha ha ha ha. Diet weh diet :)
Sebelum puasa nih kalau pegi Bandung macam best tidak? Jubah murah murah lah, boley pakai di pagi raya.
Sekian.