Sunday, April 17, 2011

ratah ratah

Afni the nenek-kebayan to be. Kahkahkah. Ampun ampun. Afni sangat baik hati. Dia juga rajin memasak. Cheh. Apsal keluar ayat macam karangan budak dolu dolu nih.

Semalam Afni datang melawat saya yang kegersangan konon akibat selsema kat rumah. Macam lah tenat sangat aku sakit. Siap bawak bakul besar besaran penuh berisi ulam ulaman tradisi, buah buahan kampung,tak lupa juga pekasam dan kuih muih yang manis belaka. Nampak tidak? Hidup saya sangat dipenuhi dengan kasih sayang dan juga makanan yang sedap sedap. Sayang Afni!!

Saya juga ada belikan beberapa souvenir untuk dia hari tuh. Harap harap dia suka lah, kalau tak suka jaga hang! Tapi she is very simple and humble. Kawan yang paling tak banyak songeh dan tak berkira bagai. Eh banyak lah aku bodek kau hari nih. Rasa rasa dapat upah bakul lagi tak? Kahkahkahkah.

Hari ni tummy saya menari nari gembira umpama Lady Gaga. Apekah?? Dah lama tak dapat makan ketam yang fresh dari lautan biru. Kalau kat pasar tu kira tak fresh sangat bagi taste saya lah. Sebab di penang, nak makan seafood yang cantik cantik belaka haruslah terus aje ke lautan. Kalau kau rajin nak men-pancing lah. Kalau malas macam saya dan kami sekeluarga ini, baiklah pegi ke kuala aje. Tunggu nelayan balik bawak muatan berbakul bakul, pilih ramai ramai ikut selera masing masing. Naah, makan lah kau sepuas hati.

steamed crabs with lemonade and cili padi.

Saya sorang aje yang berani ratah udang dalam rumah nih, yang lain sila tengok lah ye. Masing masing cholesterol tinggi tak hengat. Ha ha ha.

Suka cicah cicah dengan air asam. Sedap hoiih!


So hari nih saya kembali berdiet tanpa nasi. Cukuplah ratah manja manja menu nelayan di lautan itu..



winks&smiles!

No comments:

Post a Comment